Anda di halaman 1dari 7

TEKNOLOGI AUDIO DALAM PENDIDIKAN

Radio dan Radio ataupun rakaman audio dan televisyen adalah dua teknologi
Televisyen sebagai audio visual dalam pendidikan yang paling ketara. Kepentingan
dua alat AV yang audio dalam bilik darjah tidak boleh diperkecilkan kerana secara
paling ketara di purata pelajar sekolah (rendah dan menengah) menghabikan 50%
bilik darjah daripada masanya di Sekolah mendengar, sementara pelajar kolej
atau universiti menghabiskan 90% daripada masanya didalam kelas
mendengar. (Heinich, et.al, 1996).

Peranan Keberkesanan komunikasi audio banyak bergantung kepada


Penghantar dan kemahiran penghantar menyusun dan menyampaikan mesej serta
Penerima dalam kemampuan penerima memproses mesej audio berkenaan. Sebagai
Komunikasi Audio contoh mesej yang dihantar menggunakan bahasa dan istilah yang
tidak difahami oleh penerima akan mengagalkan proses komunikasi
audio berkenaan.

Halangan Halangan semasa proses penghantaran dan penerimaan juga


komunikasi menyumbang kepada kepada kegagalan proses komunikasi audio.
Audio Kejelasan (volume) suara yang rendah akan menyukarkan penerima
memetik maksud mesej dengan tepat. Sementara suara yang tinggi
akan menyebabkan penerima menutup telinganya untuk
menghalang bunyi yang mengancam atau membingitkan.

• Tiada variasi Bunyi yang mendatar (monotonous) mengakibatkan keletihan


suara dan pendengaran. Sebagai contoh suara guru yang mendatar sahaja dan
gangguan tiada variasi akan menyebabkan pelajar tidak terperasan kepada
pendengaran mesej audio berkenaan. Gangguan pendengaran yang disebabkan
oleh kecacatan dan gangguan sementara seperti deman selsema akan
menyukarakan penerima membezakan antara perkataan-perkataan
dan frasa-frasa tertentu.

Kemahiran Kemahiran mendengar juga turut menyumbang kepada keberkesan


Mendengar komunikasi audio. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan
oleh guru-guru bagi membina dan melatih kemahiran mendengar
dikalangan pelajarnya. Antaranya:

Pandu Dengar (Guide Listening) – Beri beberapa objektif dan


soalan terlebih awal. Kemudian baca petikan karangan dan minta
pelajar nyatakan isi atau mesej penting berdasarkan objektif dan
soalan yang diberi. Mula dengan petikan yang ringkas dan satu atau
dua objektif sahaja, kemudian secara perlahan-lahan guna petikan
yang lebih panjang dan dan yang lebih sukar.

1
Memberi Arahan – Beri arahan kepada pelajar secara individu
ataupun kumpulan menerusi pita audio dan nyatakan ianya akan
dimainkan hanya sekali sahaja.

Idea Utama, Huraian dan Tanggapan – Baca cerita dan minta


pelajar melakarkan apa yang didengari (sekolah rendah), atau
tuliskan idea utama, huraian ataupun tanggapan mereka mengenai
cerita berkenaan.

Analisa struktur persembahan oral – Minta pelajar nyatakan


semula struktur persembahan oral yang disampaikan oleh rakan
pelajar. Pelajar juga boleh diminta untuk menulis dan menyusun ide-
ide yang dipersembahkan menerusi persembahanan oral berkenaan
berdasarkan urutan kepentingannya. (Heinich,et.al, 2006).

Beberapa Tujuan Guru boleh menggunakan persembahan audio seperti program


Penggunaan Audio radio, rakaman (pita, piring hitam, cakera padat) boleh digunakan
untuk:

• Membawa ke kelas bunyi yang diperlukan oleh proses


Pembelajaran seperti muzik, sebutan bahasa, pengecaman dan
diskriminasi bunyi;
• Mengambil alih persembahan verbal secara total, contohnya
guru boleh rakam sesi pelajarannya dan mainkan dan dimainkan
semula oleh orang lain di dalam kelas(Romiszowski, 1988);
• Menemubual dan merakam individu yang terkenal atau sumber
manusia yang lain;
• Merakam peristiwa tempatan, ucapan dan ceramah;
• Merakam pelbagai kesan bunyi untuk aktviti kelas;
• Rakaman drama, lagu atau nasyid, aktiviti simulasi dalam bilik
darjah;
• Rakaman pelbagai aktiviti kelas (Aziz Sultan, 1997)
• Membimbing pelajar dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang
sukar bagi mereka merujuk kepada panduan bertulis.
• Membantu pelajar berlatih sesuatu kemahiran;
• Menyatakan sesuatu yang sukar untuk diungkapkan dalam
bentuk cetak;
• Mempengaruhi perasaan dan sikap pelajar (Rowntree, 1994).

Pemahaman terhadap proses pendengaran - mendengar dan


ketelitian dalam pemilihan bahan berdasarkan objektif pengajaran
anda merupakan resipi yang diperlukan dalam penggunaan media
audio untuk pengajaran dan Pembelajaran(Heinich, et.al, 2002).
2
Format Audio Format yang biasa digunakan untuk tujuan instrusional
merangkumi pita kaset, piring hitam, cakera padat, MP3 dan siaran
radio.

1. Pita Kaset Format yang paling ketara dan sering digunakan. Alat pemain/
perakam kaset mudah diperolehi dan harganya juga tidak menjadi
penghalang. Maka adalah tidak membebankan bagi sekolah untuk
membeli beberapa set perakam dan pemain kaset untuk tujuan
pengajaran dan Pembelajaran.

1. Memilih Pita Identifikasi pita kaset adalah berdasarkan kepada had maksima
Kaset rakaman setiap pita. (C-45, C-60, C-90, C-120) dan zarah rakaman
magnetiknya. (Normal, Chrome [CrO2], Metal). Perlu diingat
format dan saiz kaset adalah sama bagi setiap jenis. Oleh itu pita C90
perlu dihasilkan dengan lebih nipis bagi membolehkannya
dimuatkan dalam kaset. Maka, kemungkinan ianya mudah putus
jika digunakan secara lasak. Untuk kegunaan bilik darjah,
dinasihatkan guna pita C60.

2. Memilih Purata kepantasan seseorang itu bertutur adalah antara 100 ke 150
Pemain Kaset perkataan seminit, tetapi kebanyakkan kita boleh memahami
maklumat pertuturan pada kadar 250 hingga 300 perkataan seminit.
Maka, apabila memilih pemain kaset cari yang boleh memainkan
rakaman dalam kelajuan yang pantas atau perlahan. Kajian
menunjukkan pelajar belajar lebih pantas dan lebih mudah
mengingati sekiranya kelajuan sesuatu arahan dipercepatkan
(Heinich, et.al, 1996).

3. Beberapa 1. Apabila merakam secara langsung (“live”), pastikan gangguan


panduan gangguan bunyi persekitaran dikurangkan sebanyak mungkin.
menjalankan Idealnya, rakaman dibuat dalam studio rakaman. Jika tidak
rakaman mungkin, pilihlah tempat yang sunyi. Buat rakaman percubaan,
jika anda mendapati sukar untuk mendengar semula hasil
rakaman cuba perbaiki keadaan dengan menggunakan skrin
audio, dan bahan-bahan yang boleh menyerap bunyi.
2. Sediakan skrip audio sebelum membuat rakaman.
3. Elak daripada duduk terlalu dekat dengan mikrofon. Jarak yang
sesuai adalah antara 15 hingga 20 cm
4. Jangan rakam dipermukaan awal pita kaset. Gerakkan pita 10
hingga 15 saat sebelum memulakan rakaman. Sekirannya mesin
perakam mempunyai pengira (counter), masukkan pita kaset,
setkan penggira ke 000, kemudian gerakkan pita ke 010 sebelum
memulakan rakaman.
5. Satu tabiat yang baik jika kita merakam sedikit penerangan atau
3
memasukkan kesan bunyi SEBELUM memulakan rakaman
sebenar. "Ini adalah rakaman temubual diantara guru sains
dengan Pengurus Projek Multi-media Inc di Kelana Jaya pad 27
Mei 2008.
Rakaman akan bermula 10 saat dari sekarang...."
6. Gunakan butang "Pause" sekiranya anda mahu hentikan
rakaman buat sementara. Anda juga boleh membahagikan
rakaman kepada sesi pendek 1-3 minit, buat ringkasan, berhenti
sebentar dan libatkan pelajar.
7. Sekiranya anda memasukkan kesan bunyi, pastikan ada
pembantu bersama anda untuk menghasilkan kesan bunyi pada
masa yang sesuai.
8. Selepas rakamana pastikan kesemua maklumat penting ditulis
pada kotak kaset. Ini untuk mengelakkan rakaman anda dipadam
secara tidak sengaja.
9. “Tab” pada tulang kaset boleh dipatahkan untuk menghalang
rakaman dipadam secara tidak sengaja.
10. Tentukan tahap rakaman dengan betul. Kedudukan yang baik
adalah dibawah kawasan “overload”, dimana tahap rakaman
hanya memasuki kawasan tersebut sekali sekala sahaja. (lihat
rajah dibawah).

2. Piring Hitam Piring hitam adalah rakaman audio yang ditempa pada bahan vinyl.
Dengan kemunculan sistem rakaman digital, piring hitam sudah
jarang digunakan. Namun begitu disebabkan oleh kesempurnaan
rakaman digital, piring hitam mula digemari semula terutama
dikalangan pengemar-pengemar audio dan pengumpul koleksi
muzik.

Kelebihan piring hitam adalah kepadatannya, mudahalih dan senang


digunakan. Pengguna boleh mencari segmen, rakaman yang
diperlukan dengan mudah (lihat pada lurah garisan). Namun begitu
kekangan yang paling ketara ialah ia tidak boleh dirakam semula dan
mudah rosak (calar, melengkung kerana panas dan pecah)

3. Cakera Padat Cakera padat adalah seperti piring hitam yang kecil (tanpa groove).
Bunyi disimpan dalam bentuk bit maklumat digital. Daya tarikan
format ini ialah ketahanannya dan kualiti rakaman digitalnya
4
berbanding pita kaset, piring hitam dan rakaman analog.

4. Fomat Lain 5. Siaran Radio


6. Pita audio digital
7. Fail MIDI (Musical Instrument Digital Interface)
8. Rakaman MP3 – merupakan aliran baru dalam sistem audio
yang menggunakan computer dan jaringan Internet untuk
penyebaran fail audio. MP3 (Mpeg Audio Layer 3 )
menggunakan format pemampatan audio yang mebolehkan fail
audio yang besar dikecilkan dalam bentuk fail yang bersaiz kecil
supaya ianya mudah disebarkan melalui Internet. Kini alat
perakam MP3 boleh diperolehi dengan mudah dan berharga
murah menjadikannya format audio yang paling digemari oleh
pengguna.

Perlatan Rakaman Pada dasarnya anda hanya memerlukan dua peralatan untuk
Audio merakamkan audio, ia itu perkakam pita dan mikrofon.

• Mikrofon Mikrofon datang dalam pelbagai jenis yang berbeza dari segi
kualiti, harga. Oleh itu adalah penting untuk memilih peralatan
audio yang sesuai dengan tugas dan kualiti yang sepadan serta baget
anda. Dianggap salah jimat (false economy) sekiranya anda memilih
mikrofon yang murah berfideliti rendah yang digunakan bersama
alat perakam yang mahal dan berfideliti tinggi. Begitu juga
sebaliknya.

Jenis • Mic hablur (crystal) atau Seramik – Menggunakan


Mikrofon butiran(granules transducer) hablur piezoeletrik atau seramik.
Mic ini murah tetapi lasak dan julat frekuensi yang kecil. Ia
menghasilkan signal yang berfideliti rendah. Biasanya mic ini
terdapat dikebanyakkan alat perakam pita yang murah.
• Mik dinamik (Moving coil). – menggunakan gelung wayar
sebagai transducer. Ia menghasilkan julat frekeunsi yang lebih
lebar dan menghasilak signal yang berkualiti dan harganya lebih
mahal.
• Mic Kapasitor (condenser) – menggunakan kapasitor yang
pelbagai jarak untuk menghasilkan signal elektrik. Ia
mempunyai frekeunsi yang lebih lebar dan menghasilkan signal
yang lebih berkualiti dan mic ini bersaiz kecil.

5
Kualiti • Pelbagai arah (Omni Directional) - kepekaan
berarah yang sama dari pelbagai arah. Sesuai untuk
rakaman perbincangan kumpulan

• Dua arah (Bidirectional -figure 8) – Peka dalam


dua arah yang bertentangan tetapi
tidak pada sudut tepat padanya.
Mikrofon ini lebih sesuai untuk
temubual yang melibatkan dua
orang.

• Mic Kardiod (Cardiod) – Peka kepada satu


arah sahaja. Sesuai untuk rakaman dari satu
sumber sahaja (seorang
penceramah).

• Gun mic. – sangat terarah dari segi sensitivitinya. Ia hanya


memetik suara dalam lingkungan kon yang nipis. Sesuai untuk
merakam suara dari satu sumber yang terletak pada jarak yang
jauh.

Penggunaan Bahan Dalam pemilihan bahan audio, anda seharusnya menganalisa


Audio dalam Bilik kesesuaian bahan dengan kumpulan sasar dan objektif
Darjah Pembelajaran. Sebelum menghasilkan bahan audio anda sendiri
tentukan terlebih dahulu apakah bahan-bahan yang boleh
diperolehi secara lokal atau komersial. Pradengar kesemua bahan
audio dan tentukan bagaimana anda akan menggunakannya dan
juga bagaimana pelajar anda akan melibatkan diri dalam bahan
audio berkenaan.

Beberapa langkah penting yang perlu diberi perhatian dalam


penggunaan bahan audio untuk persembahan kumpulan ialah
seperti berikut:
1. Berlatih dalam mengoperasikan peralatan audio.
2. Gerak / Posisikan bahan pada tempat yang sesuai untuk
mengelakkan kelewatan dan membuang masa. Posisikan
setiap item pada tempat permulaannya.
3. Sediakan pengenalan dan aktiviti susulan.
4. Sekiranya anda memanipulasikan bahan lain atau objek
semasa sesi persembahan audio, pastikan anda berlatih dulu.
5. Sediakan persekitaran Pembelajaran anda supaya setiap
pelajar boleh dengar audio. Sebuah pemain kaset yang kecil

6
tidak sesuai untuk untuk kumpulan yang besar.
6. Sediakan pelajar anda dengan memaklumkan kepada mereka
bagaimana bahan audio mempunyai kaitan dengan apa yang
mereka telah belajar, apa yang mereka akan lakukan atau
belajar darinya dan apakah aktiviti susulan. Pembedaharaan
kata baru dan istilah teknikal perlu disenaraikan pada kertas
edaran , papan kapur atau lutsinar.
7. Tentukan bagaimana anda akan melibatkan pelajar anda
secara aktif.
8. Nilai keberkesanan bahan audio dalam mencapai objektif
pembelajaran. Perhati, nilai keputusan peperiksaan atau
bincang pengalaman tersebut dengan pelajar anda. (Heinich,
et.all, 2002).

Rujukan

Abdul Aziz Sultan(1997) Radio and Audio in Education. Unpublished Manuscript,


International Islamic University Malaysia.
Heinich, et.al (2002). Instructional Media and Technologies for Learning. 7th ed. UpperSaddle
River: Prentice Hall.
Rowntree, D. (1994). Teaching with Audio in open and distance learning: An audio print package for
teachers and trainers. London: Kogan Page.
The Smithsonian Associates. (2000) Voices from the Smithsonian Associates, [on-line]
Available: http://www.tsa.si.edu/voices-list.htm (Audiocassettes and online audio programmes that
are recorded live at the Smithsonian)
AwarenessHerbs Listening Room, [on-line] Available:
http://www.awarenessherbs.com/audios.hm
Disediakan untuk kegunaan pelatih diploma pendidikan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
©2008 Dr. Ahmad Marzuki Haji Zainuddin

Anda mungkin juga menyukai