Anda di halaman 1dari 11

Semangat nasionalisme sangat penting dipupuk sejak kecil lagi kerana mampu

mengurangkan risiko berlakunya rusuhan kaum di negara ini. Masyarakat kita yang
berbilang bangsa menjadikan perkara ini satu risiko yang boleh berlaku dalam sekelip mata
sahaja. Jika rusuhan kaum tercetus di negara ini maka semua pembangunan yang
dirancang selama ini akan hilang begitu sahaja. Jelaslah, semangat nasionalisme harus
dipupuk dalam jiwa

anak - anak kita.

Selain itu, pemupukan semangat patriotik ini berupaya menjamin keseinambungan


pembangunan negara pada masa hadapan tanpa sebarang kekangan. Remaja bakal
meneraju pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan tanpa sikap nasionalis sudah
pasti mereka menganggap pembangunan negara itu sesuatu yang tidak bermakna untuk
diteruskan usahanya. Negara memang memerlukan jiwa remaja yang penuh kreativiti dan
inovatif itu dalam memastikan pembangunan negara berjalan lancar. Maka, kewujudan
semangat patriotik memang penting untuk memastikan arus pembangunan negara mampu
diteruskan. Dengan menyedari kepentingan semanagat nasionalisme, kerajaan Malaysia
telah mereka dan melaksanakan beberapa langkah dalam membentuk dan membangunkan
satu tamadun bangsa Malaysia sejak kemerdekaan lagi terutamanya bagi anak- anak
remaja.
Tanpa semangat nasionalisme, rakyat Malaysia yang berbeza bangsa, latar belakang
dan agama akan mudah diprovokasi oleh pihak yang mempunyai kepentingan mereka
sendiri. Dengan kefahaman nasionalisme yang tinggi, pemeliharaan dan pemerkasaan
perpaduan dapat dibentuk dengan mudah. Dengan itu, peristiwa yang dapat menggugat
keamanan negara seperti peristiwa 13 Mei dan peristiwa Kampung Medan 4 Mac 2001
dapat kita hindari.
Pernahkah kita berfikir apa yang akan terjadi pada kemajuan negara kita jika nilai
nasionalisme tidak diterap dalam diri masing-masing? Lihatlah apa yang terjadi melalui
peperangan negara Iraq dan Afghanistan, penjajahan Israel ke atas Palestin, Mexico dengan
masalah dadah serta Thailand dengan konflik berdarah oleh kumpulan 'Baju Merah'
melawan 'Baju Kuning'. Kesan kepada keadaan yang dihadapi oleh negara itu,
menyebabkan perkembangan ekonomi negara tersebut terencat serta mengganggu
hubungan baik antara negara. Kestabilan ekonomi sesebuah negara tidak dapat dikekalkan
jika masalah-masalah dalaman yang telah mereka hadapi atau sedang harungi, tidak
dirungkai. Rakyat Malaysia perlu sedar betapa pentingnya nilai nasionalisme bagi memupuk
semangat perpaduan yang tinggi sekali gus menentukan hala tuju negara ke arah negara
maju yang kukuh. Kejayaan yang telah dicapai pada hari ini bukanlah bergantung kepada
individu semata-mata, tetapi merangkumi semua aspek seperti ke arah nasionalisme rakyat.

Kita menjadi contoh yang baik di rantau Asia mahupun dunia luar dalam membentuk satu
ketamadunan bangsa Malaysia walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dengan adanya
semangat nasionalisme yang kukuh.
Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum
dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada
perkongsian nilai serta semangat nasionalisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi
dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan
sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan
dari pelbagai negara.
Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh
dihuraikan seperti berikut:
...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan
yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan
kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan
persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia
dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)
Nasionalisme dalam satu pengertian khusus mencerminkan semangat keinginan dan
keupayaan untuk sesuatu perubahan khususnya dalam memperjuangkan maruah dan
menyumbang bakti kepada sebuah bangsa yang berdaulat. Oleh yang demikian, semangat
ini boleh dicapai apabila seluruh anggota sesebuah negara dapat menghayati erti kata
sebenar sesebuah kemerdekaan. Dalam menghayati erti kemerdekaan, masyarakat bukan
sekadar perlu menyanjung pengorbanan wira bangsa yang sanggup bergadai nyawa dalam
menuntut kemerdekaan tetapi kita perlu mempertahankan dan memenuhi erti kemerdekaan
itu dengan pelbagai kaedah dan cara khususnya dalam menyumbang jasa dan bakti kepada
pembangunan negara, kesejahteraan masyarakat dan keharmonian sejagat. Justeru itu,
dalam konteks memenuhi erti kemerdekaan, seluruh masyarakat Malaysia amnya perlu
mengambil bahagian secara aktif dalam merealisasikan wawasan dan aspirasi negara
dalam usaha membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu-padu, mantap, unggul dan
berdaya maju.
Lantaran daripada itu, kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa inisiatif dalam
menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Antaranya ialah
Rukun Negara.

Sepanjang

sejarah

selepas

kemerdekaan,

isu

bagi

memperkukuhkan

perpaduan antara kaum telah menjadi isu yang tiada titik noktah. Kerajaan telah
mewujudkan pelbagai langkah ke arah pembentukan perpaduan antara kaum.
Pendidikan awal adalah satu perkara yang cukup penting dalam pembinaan sahsiah
seseorang individu. Pendidikan yang sempurna perlu bermula seawal umur kanak-kanak
lagi. Hakikat yang perlu kita ketahui daripada fakta yang dikemukakan oleh pakar
perkembangan dan psikologi kanak-kanak, pada usia enam tahun pertama inilah peringkat
yang paling optimum dan paling pantas perkembangan mereka berbanding dengan
peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang
manusia. Maka kerajaan Malaysia telah mengambil satu langkah yang bijak dengan
memperkenalkan Tabika Perpaduan.
Tabika Perpaduan diwujudkan untuk membentuk potensi kanak-kanak dalam semua
aspek pertumbuhan diri yang seimbang, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap
positif dengan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.
Program Tabika Perpaduan menggalas tanggungjawab yang penting bukan sahaja
untuk memberi pendidikan awal dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga menyelitkan
elemen nasionalisme dan keharmonian antara kaum. Pada prinsipnya, memupuk konsep
nasionalisme pada peringkat kanak-kanak pada umur sebegini sepatutnya lebih berkesan
kerana mereka merupakan golongan yang tidak mempunyai rasa prejudis yang tinggi.
Sehubungan itu, program ini juga menarik kerana menyediakan kemudahan
pendidikan awal yang amat rendah dari segi kos dan dipimpin oleh guru-guru yang terlatih.
Tabika Perpaduan di bawah pengurusan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional
(JPNIN) sejumlah 1,515 unit yang merangkumi seluruh daerah di setiap negeri di Malaysia
menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada kanak-kanak pra-sekolah.
Dari satu segi, peringkat umur pra-persekolahan merupakan kohort umur yang belum
lagi mengenali erti prejudis/pilih kasih dan segala bentuk diskriminasi yang negatif. Maka,
peringkat umur ini merupakan tahap yang paling sesuai untuk menerima ideologi
nasionalisme dan perpaduan negara dengan mudah dan telus.
Setiap modul latihan yang direka oleh Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional
(IKLIN). IKLIN memastikan agar pengisian kursus yang dilaksanakan untuk tenaga pendidik
Tabika Perpaduan mempunyai elemen nilai tambah seiring ledakan perkembangan ilmu dari
masa ke semasa. Kita tidak dapat menafikan bahawa implikasi kepada perubahan semasa
negara turut memberi tempias kepada pendidikan awal kanak-kanak.
8

Kerajaan Malaysia melalui pihak sekolah dan guru telah memainkan peranan domain
dalam menanam benih benih nasionalisme dan perpaduan sejak kecil lagi dalam kanakkanak Malaysia. Tegasnya, Tabika Perpaduan merupakan salah satu langkah yang efisen
kerajaan Malaysia yang mampu memupuk semangat nasionalisme kalangan murid sejak
kecil lagi.
Seterusnya, kerajaan telah memantapkan lagi Kelab Rukun Negara. Penubuhan
Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan disarankan oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah
Bin Haji Ahmad Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri) semasa merasmikan
sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka. Beliau telah menyeru
agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara
untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara terus berkekalan.
Menerusi Kelab Rukun Negara ini, para pelajar telah didedahkan mengenai prinsipprinsip tersebut supaya mereka benar-benar dapat memahami serta menghayatinya agar
dapat diamal dan dijadikan budaya hidup seharian. Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di
sekolah-sekolah akan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan
pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun Negara dalam
kalangan murid. Selain daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid
tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu
strategi utama ke arah pengukuhan semangat nasionalisme dan integrasi nasional
dalam kalangan murid pelbagai kaum. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun
Negara dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Negara.
Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
selaras dengan wawasan negara, penubuhan Kelab Rukun Negara akan menjadi
pemangkin kepada proses untuk mencapai semangat nasionalisme yang unggul di negara
ini. Tegasnya, usaha mewujudkan Kelab Rukun Tetangga dijadikan sebagai salah satu
strategi utama ke arah pengukuhan semangat nasionalisme dan seterusnya integrasi
nasional dalam kalangan murid pelbagai kaum.
Jemaah Menteri yang telah diadakan pada 9 September 2009 telah membuat
keputusan supaya Rukun Tetangga dijenamakan semula supaya lebih mirip kepada konsep
kesatuan penduduk di sekitar kawasan perumahan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak
terhad kepada soal keselamatan penduduk tetapi meliputi juga aktiviti-aktiviti
meningkatkan semangat nasionalisme dan keharmonian kaum. Jentera-jentera
kerajaan di peringkat umbi seperti JASA, KEMAS, RT, SRS, RELA dan sebagainya telah
digembeling dalam usaha memperkukuhkan semangat nasinalisme dan perpaduan antara
kaum.
9

Semua aktiviti yang dijalankan yang melibatkan penduduk telah memberi impak yang
besar dan berkesan untuk memperkukuhkan sesuatu ketamadunan bangsa Malaysia yang
kukuh.

Gambar Majlis Anugerah Perdana Rukun Tetangga pada 24 Januari 2015 bertempat di Dewan
Bankuasi Dewan Undangan Negeri Sabah Rukun Tetangga telah mengadakan Majlis Anugerah
Perdana Rukun Tetangga 2015 telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri turut hadir Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, YBhg Tuan Gandesan Letchumanan Ketua Pengarah JPNIN.

Langkah seterusnya ialah mengamalkan budaya dialog. Budaya dialog dapat


membentuk persefahaman, persetujuan dan penyelesaian antara setiap lapisan masyarakat
di Malaysia. Manusia tidak mampu mewujudkan nilai persamaan dan pengiktirafan sama
rata antara dua atau lebih pihak yang berlainan fahaman kepercayaan. Apa yang mampu
dilaksanakan adalah dengan mewujudkan persefahaman dan rasa hormat antara satu
lain dengan membudayakan dialog antara kita.
Pemahaman yang jitu dan jelas bukan sekadar dapat dibaca melalui buku-buku
tetapi yang lebih penting ialah pemahaman menerusi dialog dan interaksi perbincangan
antara satu sama lain. Maka, kerajaan Malaysia telah mengamalkan budaya dialog bagi
memupuk semangat nasionalisme dan patriotisme dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
Hal ini kerana budaya dialog merupakan mekanisme persefahaman bagi manusia yang
terdiri dari latar belakang kepercayaan yang berbeza.
Masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan mengamalkan pelbagai budaya
yang berbeza dan menganut pelbagai kepercayaan. Walaupun wujud hubungan yang baik
antara kaum, kadangkala masih wujud rasa curiga berpunca dari perbezaan budaya. Kita
perlu menanangi kemusykilan- kemusykilan yang timbul secara bijaksana bagi mengelakkan
kejadian tidak diingini seperti Peristiwa 13 Mei 1969 dan Peristiwa Kampung Medan. Jika

10

kita meninjau kembali peristiwa berkenan kita akan dapati kita gagal memahami antara satu
sama lain sehingga mencetuskan rusuhan kaum di Malaysia.
Menerusi dialog setiap kaum dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan masingmasing serta dapat memperbaiki diri melalui proses saling member pandangan dan kritikan
secara positif. Langkah kerajaan ini penting untuk mempersiapkan rakyat Malaysia
menghadapi pelbagai cabaran baru di alaf ke -21. Dialog telah melibatkan semua lapisan
masyarakat di Malaysia dan dilakukan secara menyeluruh untuk mencapai kesan yang
menyeluruh.
Mantan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menunjukkan
bahawa beliau berminat dengan isu dialog peradaban dan dialog antara budaya. Kerajaan
pimpinannya juga berminat dengan gagasan Pakatan Peradaban-Peradaban Dunia
(The Alliance of Civilizations) yang dipelopori oleh Turki dan Sepanyol dan disokong kuat
oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Gagasan ini telah dilancarkan oleh mantan
Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan pada 27-29 November 2005 yang menekan
pengamalan budaya dialog.
Beliau sentiasa menekankan bahawa dialog antara budaya dan peradaban adalah
merupakan pra syarat bagi keamanan dunia. Sehubungan dengan itu, sejak tahun 2006
sudah tiga tahun berturut-turut diadakan persidangan antarabangsa di sekitar tema
hubungan dan dialog antara Islam dan Barat. Penganjurnya ialah Institut Diplomasi dan
Hubungan Luar (IDFR).
Dengan melaksanakan budaya dialog, kerajaan Malaysia telah menegaskan identiti
budaya yang diterima, memahami dan belajar kebudayaan etknik-etnik lain serta menilai
dan menerima perbezaan budaya yang wujud tanpa rasa sangsi yang dapat menyumbang
kepada perpaduan kaum dan integrasi nasional secara tidak langsung. Hal ini turut kita
dapat melihat menerusi usaha Rasulullah SAW ialah mengamalkan budaya dialog antara
semua pihak dan bersatu dan bertoleransi bagi pembentukan masyarakat manusia
bertamadun seterusnya memupuk perpaduan untuk kelangsungan identiti Negara. Tegasnya
dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradapan dapat memainkan peranan dalam
mewujudkan semangat nasionalisme dan integrasi yang merupakan kunci kelestarian serta
kelansungan identiti negara kita.
Bidang sukan bukan sahaja medan melahirkan ahli sukan semata-mata, tetapi
sebenarnya juga berperanan menjadi landasan memupuk semangat nasionalisme.
Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan di semua sekolah di Malaysia menjadi penggerak
utama perpaduan pelajar berbilang kaum di negara ini. Dasar tersebut dibuat setelah
11

terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Menurut kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Meor Shaharuddin,
dengan menceburi bidang sukan, akan dapat memupuk semangat setiakawan dan
berpasukan terutamanya dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita di samping
mampu melahirkan atlet yang berkaliber sehingga ke peringkat antarabangsa.
Seterusnya, melalui Kejohanan Peringkat MSSM yang dianjurkan juga mampu
memperlihatkan

peranan

sukan

sebagai

medium

dalam

membentuk

semangat

nasionalisme. Kejohanan ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah bantuan kerajaan
bawah umur 18 tahun. Selain itu, kejohanan ini selalunya disertai oleh berpuluh-puluh
sekolah termasuklah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina serta
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil.
Ketika kejohanan ini berlangsung, bukan sahaja kita dapat melihat atlet-atlet yang
berlatarbelakangkan daripada pelbagai kaum beraksi untuk sekolah mereka malah kita
dapat melihat kedudukan khemah-khemah setiap sekolah yang disusun sebelah
menyebelah yang disusun secara rawak atau secara cabutan undi tanpa mengira jenis
sekolah. Keadaan ini membuka peluang kepada para atlet sekolah serta guru pengiring
untuk berkenalan dan menambah kenalan dengan atlet-atlet daripada sekolah-sekolah lain
terutamanya atlet daripada Sekolah Jenis Kebangsaan.
Bukan itu sahaja, kita juga dapat melihat kerjasama antara pegawai-pegawai
kejohanan dalam memastikan kejohanan tersebut berjalan dengan lancar di mana mereka
ini telah dilantik berdasarkan ilmu serta kemahiran mereka dan bukannya berdasarkan
bangsa mahupun agama mereka.
Peranan sukan dalam membentuk nasionalisme juga boleh dilihat melalui acara
sukan berkumpulan seperti bola sepak, badminton beregu, kapal layar dan sebagainya.
Tidak kiralah wakil bagi peringkat sekolah hinggalah ke peringkat antarabangsa, pemilihan
ahli kumpulan pastinya berdasarkan bakat, kebolehan dan potensi seseorang atlet itu dalam
acara terbabit.
Acara berkumpulan memerlukan semangat kerjasama yang tinggi di antara ahli
kumpulan tanpa mengira warna kulit mahupun kepercayaan masing-masing. Sekiranya
masing-masing membuang sifat perkauman serta sikap prejudis di kalangan ahli kumpulan
yang berlainan bangsa, pastinya kumpulan sukan itu mampu mencapai kemenangan serta
melangkah lebih jauh.

12

Sebagai contoh, kebolehan bekas penjaga gol pasukan Malaysia, Datuk Ho Koh
Chye yang menggunakan tangan untuk makan nasi tanpa kekok kerana percampurannya
dengan rakan-rakan pemain hoki keturunan Melayu dan India yang memang menggunakan
tangan ketika makan. Pergaulan beliau dengan rakan-rakan Melayu dan India diperoleh
banyak melalui aktiviti sukan khususnya ketika berada dalam pasukan kebangsaan.
Kemampuan beliau makan nasi menggunakan tangan bukan diperolehi kerana beliau duduk
di kampung tetapi kerana percampuran beliau dalam sukan.
Contoh lain yang boleh diambil ialah semangat kerjasama antara ahli pasukan bola
sepak Malaysia sebelum terbentuknya Malaysia yang lebih dikenali sebagai pasukan bola
sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal
1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea
Selatan.
Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia
1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini
dianggotai pemain-pemain yang berlainan bangsa seperti Abdul Ghani Minhat, Arthur Koh,
G.Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.
Pada hari ini, pasukan bola sepak Malaysia lebih dikenali sebagai Harimau Malaya
dan diletakkan di bawah jagaan jurulatih dari kaum lain seperti Datuk Rajagopal a/l
Krishnasamy, bekas pemain kebangsaan pada era 80-an walaupun majoriti anak didikan
ialah orang Melayu.
Tegasnya, di sini kita boleh lihat bahawa perbezaan agama dan bangsa bukanlah
satu penghalang atau gangguan dalam sukan. Sebaliknya, sukan merupakan alat yang
sesuai dalam membentuk dan memperkukuhkan semangat nasionalisme di negara kita.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik kaya dengan pelbagai corak
seni warisan yang menggambarkan identiti etnik masing- masing. Malah penerimaan,
penghormatan dan pengiktirafan masyarakat kepada kepelbagaian corak seni tersebut
menjadi salah satu unsur penting dalam usaha memupuk kesepaduan sosial.
Penerimaan, penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terserlah khususnya terhadap
karya seni nukilan karyawan tempatan, di samping dapat membentuk hubungan sosial
dalam proses penghasilan dan penghayatan setiap karya.
Kita boleh mengambil satu contoh daripada penghasilan sebuah karya muzik,
komposer muzik adalah daripada etnik Cina yang mendapat pendidikan muzik dari Barat
dan pada masa yang sama ingin mengetengahkan bunyi daripada alat muzik tradisional

13

Cina. Penulis lirik pula dari Sarawak yang ingin menghasilkan lirik yang sesuai dengan
selera pendengar dalam kalangan etnik Melayu.
Setelah selesai proses mencipta muzik dan lagu, pemilihan penyanyi pula tidak
semestinya daripada etnik Melayu sahaja tetapi gabungan penyanyi daripada pelbagai etnik.
Kerjasama daripada pelbagai etnik tersebut telah menghasilkan suatu bentuk karya muzik
yang sempurna mengandungi unsur muzik campuran pelbagai etnik dan didengar serta
dinikmati juga oleh masyarakat pelbagai etnik.
Lagu Pergi nyanyian Aizat yang memenangi Anugerah Juara lagu Ke-24 pada 2009
sebagai satu contoh unik dan amat baik untuk memahami bagaimana karya seni itu terhasil
daripada gabungan kerjasama pelbagai etnik. Lagu tersebut dicipta oleh Pete Teo yang
berasal dari Sabah manakala liriknya pula digubah oleh Amran Omar dan dinyanyikan oleh
Aizat dengan iringan alat muzik tradisional Cina yang dipanggil erhu.
Hubungan sosial dalam ruang kesenian di Malaysia saling terkait dan saling
bergantungan merentas etnik dan menyumbang kepada pemupukan nasionalisme dan
kesepaduan sosial. Keadaan ini juga terserlah dalam karya seni yang lain seperti seni lukis
yang dihasilkan oleh pelukis tempatan Chuah Thean Teng dan Sam Karuna dalam lukisan
batik moden. Contohnya,Chuah Thean Ten. Chuah Thean Teng seorang pelukis keturunan
etnik Cina dan beliau menggunakan corak batik dalam karya lukisan beliau manakala subjek
utama dalam lukisannya ialah kehidupan di perkampungan Melayu. Dalam hal ini, Chuah
bukan sahaja memartabatkan perkampungan Melayu dalam lukisan beliau tetapi telah
menjadikan corak batik sebagai medium dan beliau telah mendapat julukan sebagai Bapa
Lukisan Batik Moden Malaysia oleh kerajaan Malaysia.
Selain itu, filem karya P. Ramlee banyak memaparkan nilai-nilai nasionalisme yang
menjadikan filem tersebut bernilai tinggi dari sudut pemikiran masyarakat Malaysia.
Pemikiran masyarakat Malaysia adalah berlandaskan pemikiran semua kaum yang
dianggap rakyat peribuminya. Justeru, semua kaum menerima filemnya sebagai karya kaum
mereka juga, kerana pembabitan mereka turut dipaparkan.P. Ramlee menghasilkan filemnya
seolah-olah memimpin sebuah negara. Dia berjaya memimpin manusia penonton belajar
mencintai bangsa dan negara. Selain itu, menyatukan masyarakat Malaysia dalam dunia
perfilemannya.
Dalam karya Filem P. Ramlee, menyuntik cintakan bangsa dan semangat perjuangan
dalam filem Sarjan Hassan. Gambaran dalam filem ini, jelas menunjukkan semangat
perjuangan yang tinggi ditunjukkan oleh Hassan.

14

Walaupun beliau pernah dijemuh, dihina dan dipersendakan oleh orang kampung,
rakan-rakan dan tidak ketinggalan Buang dan Ajis itu itu anak bapak angkatnya. Namun,
seorang pemuda yang berhati waja dan berpekerti mulia mengambil segala itu sebagai
cabaran untuk memenuhi hasratnya menjadi seorang askar.
Watak Hassan merujuk sebagai pekerti mulia orang-orang Melayu ketika itu. Dia
sedar kerana menumpang di rumah bekas majikan tempat orang tuanya bekerja dahulu,
dan tidak mahu mencatatkan keruh tinta hitam dalam keluarganya yakni menderhaka
ataupun sebagai pepatah Melayu mengatakan; seperti kacang lupakan kulit. Walaupun yang
dihadapinya ketika menumpang di rumah tersebut, dia sentiasa dihina oleh Ajis
sebagaimana dailog berikut. Penghinaan demi penghinaan Hassan tanggung dengan penuh
ketabahaan sehingga dewasa dan menjadi askar. Dengan menyedari filem- filem P. Ramlee
mampu meyemarakkan lagi semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia,
kerajaan Malaysia telah menyiarkan dalam rancangan Teater Melayu pada setiap Isnin
dalam Rancangan Radio Malaysia (RTM).

Tegasnya,
budaya

dan

usaha kerajaan Malaysia menerusi seni

seni

perfileman yang kaya dengan pelbagai


Filem Sarjan Hassan
corak seni warisan juga dapat menjadi salah satu alat bagi menyemarakkan lagi semangat
nasionalisme bangsa Malaysia.
Majlis rumah terbuka yang melibatkan pelbagai etnik ini sekali gus memberi
peluang kepada pengunjung untuk bertegur sapa, beramah mesra, bertanya khabar dan
berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara.
Suasana ini dapat memupuk sikap bertoleransi antara satu sama lain kerana dengan
mengadakan sesuatu majlis, mereka akan mengajak jiran dan kenalan tanpa mengira taraf,
status atau keturunan masing-masing. Kemeriahan majlis yang disambut oleh pelbagai etnik
adalah lebih bermakna kerana kesepaduan sosial dapat dibentuk daripada interaksi
sedemikian.
Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie berkata beliau kagum dengan konsep
rumah terbuka yang diamalkan oleh masyarakat Melayu, Cina, India dan etnik di Sabah dan
Sarawak ketika musim perayaan. Beliau membandingkan keadaan masyarakat Jepun dan
Malaysia yang jauh berbeza. Masyarakat Jepun yang bersifat homogen disifatkannya
15

kurang kaya dengan budaya, tradisi dan bahasa berbanding masyarakat Malaysia. Unlike
Japan which too homogeneous, where its people share the same culture, tradition and
language, Malaysia is unique in many ways.
Hidangan pelbagai jenis makanan tradisi mahupun moden yang disajikan dalam
majlis atau upacara tertentu sesuatu etnik yang dihadiri oleh etnik lain di negara ini
memberikan impak dalam hubungan antara mereka.
Semangat nasionalisme dan kesepaduan social boleh dilihat dengan jelas semasa
rakyat Malaysia meraikan perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali,
Krismas, Hari Kaamatan dan Hari Gawai. Dalam setiap perayaan tersebut, makanan
menyatukan semua melalui hidangan jamuan yang disediakan.
Manakala dalam kehidupan harian kesepaduan sosial menerusi makanan ini dapat
disaksikan di tempat-tempat makan umum seperti di restoran milik etnik Melayu, restoran
Mamak yang biasanya beroperasi dua puluh empat jam, restoran Kopitiam milik etnik Cina
atau Melayu, atau di tempat makan yang eksklusif.
Pelbagai etnik bertumpu di tempat berkenaan, menikmati makanan yang juga
bersifat pelbagai dan secara tidak langsung interaksi antara etnik berlaku lalu membentuk
semangat nasionalisme dan kesepaduan sosial yang lestari. Tegasnya, Majlis rumah
terbuka semangat nasionalisme menerusi makanan yang bersifat pelbagai dapat menyemai
semangat toleransi persefahaman dan sikap kekitaan sebagai bangsa Malaysia. Keadaan
ini dapat membuka ruang agar memelihara dan mengukuhkan lagi semangat nasionalisme
serta perpaduan setelah mencapai kemerdekaan selama 58 tahun.
Idealism nasionalisme membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum
bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana
yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam
semangat

nasionalisme

adalah

perasaan

hormat

menghormati

dan

sikap

saling

mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala
tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. Semua kaum perlu menganggap
bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara
bersama.

16

Anda mungkin juga menyukai