Anda di halaman 1dari 12

KUMPULAN

LIMA



MENANGANI GURU LEWAT
MASUK KELAS

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para
pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima
minit sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas
harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00 pagi. Adalah
menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan
masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang
dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk
mengajar. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru
hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan
meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah.Peraturan
ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan
para pelajar.Walau bagaimana pun terdapat juga guru-guru yang
masih engkar dengan peraturan ini.

* Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh
12 September 1981


Meningkatkan komitmen guru
terhadap tanggungjawab
menepati masa masuk kelas

3.1 Mengenalpasti punca-
punca guru lewat masuk ke
kelas
3.2 Guru masuk ke kelas
menepati masa

4.1 Apakah punca-punca
guru lewat masuk ke
kelas?
4.2 Bagaimanakah cara
untuk memastikan guru
menepati masa masuk ke
kelas?


KUALITATIF
Berdasarkan pemerhatian dan maklumbalas guru-guru,
beberapa orang guru masuk ke kelas terutamanya pada
waktu pertama dan selepas rehat. Senario ini telah
menyebabkan suasana bising sehingga mengganggu
pengajaran dan pembelajaran di kelas sebelah. Selain itu,
ianya menimbulkan gejala ponteng kelas dalam kalangan
murid. Dari segi pemerhatian dan pemantauan, kumpulan
guru ini tidak menunjukkan rasa tanggungjawab yang tinggi
dalam menepati masa masuk ke kelas.

Oleh kerana itu kesedaran, semangat dan motivasi harus
diberi kepada guru-guru ini supaya dapat meningkatkan
akauntabiliti dan komitmen mereka.

7.1 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 4 orang guru lelaki dan 4
orang guru perempuan

7.2 Tinjauan Awal
Kenalpasti melalui pemantauan pentadbir dan
maklumbalas daripada guru dan murid.
Kelewatan guru berlaku pada waktu pertama
dan selepas rehat.

Instrumen kajian : buku laporan pemantauan blok,
buku kawalan kelas dan rekod temu bual tertutup


8.1 Bagi mengatasi masalah kelewatan ini, cadangan
tindakan Ingat, Insentif dan Intai .

Ingat
Mempamerkan jadual waktu ditempat yang strategik

Intai
Pemantauan dan pencerapan pada waktu pertama
dan selepas rehat

Insentif
Memberi penghargaan kepada guru-guru yang
menepati masa masuk ke kelas dalam bentuk pujian,
sijil perhargaan dan anugerah.




BIL TINDAKAN JAN FEB MAC APRIL Mei JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV
1 Kenalpasti
masalah
2 Kumpul data
3 Merancang
Itervensi
4 Kumpul/Analisis
Data
5 Tindakan
6 Refleksi
PELAN TINDAKAN

Anda mungkin juga menyukai