Anda di halaman 1dari 14

TUGASAN 1 (a)

PENGENALAN
Dalam kamus dewan, etika membawa maksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah
laku atau kesusilaan. Menurut kamus oxford pula, etika ialah prinsip moral atau set prinsip
moral. Profesion pula bermaksud pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang
tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan,
perakaunan dan lain-lain. keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab
(kerjaya) sebagai guru. Kesimpulannya, etika guru dalam pendidikan ini adalah sangat
penting. Etika pelajar yang diajar oleh seorang guru yang tidak bersahsiah mencerminkan diri
seorang guru yang tidak beretika. Guru yang baik dan beretika akan melahirkan generasi
yang baik dan berjaya.
Begitu juga dengan isu etika guru bukanlah cerita baru yang menghiasi dada
akhbar dan kini sering dibicarakan di kaca televisyen. Profesion perguruan hari ini dilihat
semakin goyah kerana ada segelintir golongan guru yang melanggar kod etika keguruan yang
telah sedia termaktub. Ini jelas apabila semakin banyak isu salah laku guru tersiar di kaca
televisyen, menjadi topik perbincangan pihak tertentu dan menghiasi dada-dada akhbar.
Terdapat pelbagai jenis salahlaku yang dilakukan oleh guru yang mana bukan hanya
melanggar etika profesion perguruan tetapi juga telah terlibat dengan akta jenayah negara.
Ini sudah tentu akan mencemarkan martabat profesion perguruan sebagai satu profesion yang
mulia pada pandangan masyarakat. Berikut merupakan antara isu ponteng yang kini semakin
menular dikalangan guru. Isu ini telah melanggar peraturan dan boleh dikenakan tindakan
tatatertib.
DEFINISI PONTENG

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ponteng dari segi bahasa boleh didefinisikan
sebagai kecoh, tipu, lari daripada tugas yakni tanggungjawab dan lain-lain

[PEMBANGUNAN SAHSIAH]

PJJ201
1

Manakala ponteng dari segi istilah merujuk kepada tidak hadir bertugas tanpa
sebarang surat akuan sakit mahupun apa-apa sebab yang munasabah. Menurut Cascio (2005),
ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan
diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan
sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke pejabat pada waktu
bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir
tanpa sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja.
Oleh itu, guru ponteng bermaksud guru yang lari daripada melakukan tugas yang
diamanahkan kepada mereka, sama ada tugas utama iaitu mengajar atau tugas-tugas
sampingan seperti hadir mesyuarat, melaksanakan program dan sebagainya. Faktor utama
yang menyebabkan berlakunya masalah ponteng ini ialah faktor sikap guru itu sendiri.

JENIS-JENIS PONTENG
Ponteng boleh dikategorikan dalam beberapa jenis, iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas dan
ponteng tugasan. Kesemua jenis ponteng ini memberi kesan negatif kepada murid dan
sekolah.
a) Ponteng sekolah
Ponteng sekolah bermaksud guru tidak hadir bertugas ke sekolah tanpa sebab atau dengan
sebab yang tidak munasabah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang sangat besar kepada
pembangunan dan pencapaian sesebuah sekolah dan muridnya. Antara alasan-alasan yang
sering diguna oleh guru ialah kurang sihat dan anak kurang sihat. Guru juga ponteng sekolah
dengan pulang ke kampung lebih awal terutamanya ketika musim cuti sekolah dan musimmusim perayaan dengan pelbagai alasan yang kurang logik.

b) Ponteng kelas
Ponteng kelas pula bermaksud guru tidak masuk mengajar ke kelas atau lewat wasuk ke
dalam kelas dengan sengaja atau keluar lebih awal sebelum masa pengajaran dan
pembelajaran tamat tanpa alasan yang munasabah. Sikap guru yang lebih suka melepak di

ISU PONTENG

[PEMBANGUNAN SAHSIAH]

PJJ201
1

kantin sekolah, berbual atau bersembang kosong dengan rakan, melayari facebook dan
sebagainya. Guru bermasalah ini menjadikan aktiviti-aktiviti sampingan

lebih penting

berbanding mengajar di dalam bilik darjah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang amat besar
kepada pencapaian murid dalam akademik.

c) Ponteng tugasan
Ponteng tugasan ialah tidak melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir
sekolah. Contohnya guru tidak menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan
oleh pihak sekolah, tidak menghadirikan diri semasa aktiviti atau kegiatan ko-kurikulum
dijalankan, tidak menyertai program yang dilaksanakan di sekolah tanpa alasan yang
munasabah dan kukuh, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya. Ponteng jenis ini
menyebabkan kelancaran sesuatu program yang dijalankan oleh pihak sekolah akan terbantut.

FAKTOR-FAKTOR PONTENG
Dalam mengkaji isu ponteng yang dilakukan oleh guru, terdapat beberapa faktor yang dikenal
pasti yang memungkinkan guru-guru mengambil jalan mudah untuk ponteng. Hal ini
merangkumi aspek dalaman dan luaran yang mana masing-masing memberi impak kepada
pembangunan sahsiah seorang guru.

i) Faktor Dalaman
a) Kurangan Pegangan Agama.
Guru tidak menghayati apa yang diajarkan dalam agama. Agama Islam contohnya
menganjurkan agar umatnya berkerja dengan ikhlas, amanah dan penuh bertanggungjawab.
Kerja adalah satu ibadah dan ramai diantara guru yang bekerja tetapi tidak bersungguhsungguh, tidak amanah. Walaupun ramai diantaranya yang berpuasa dan menunaikan solat
tetapi perbuatan seperti ponteng tetap berlaku dalam pekerjaan (Pahrol Mohamad Juoi,
2010). Guru menganggap ponteng adalah perkara biasa dan tidak berkait dengan pahala dan
dosa. Walhal guru perlu menjadikan pekerjaan sebagai satu sumber yang halal untuk
dinikmati oleh anak-anak dan ahli keluarga.

ISU PONTENG

[PEMBANGUNAN SAHSIAH]

PJJ201
1

b) Kurang motivasi dari dalaman guru.


Guru terbeban dengan hal-hal persekitaran yana mungkin menyebabkan guru dibelenggu rasa
kecewa kurang motivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehinggakan guru merasa
tertekan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya. Tanpa motivasi diri, seseorang guru
itu akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti hilang fokus, tiada matlamat yang jelas,
hilang minat dan luntur komitmen dalaman (Pendidik, September 2010).

c) Gangguan emosi.
Emosi yang tidak stabil akan menyebabkan kemurungan. Kemurungan yang melampau boleh
memberi kesan negatif dalam kehidupan sehingga membawa kepada gejala yang tidak sihat
kepada tubuh badan dan pemikiran. Selain itu juga kemurungan boleh menyebabkan
seseorang bertindak mengasingkan diri dari kelompok rakan dan masyarakat (Pendidik, April
2010). Gangguan emosi ini terhasil apabila guru-guru tidak mencapai keperluan peribadi.
Misalnya seorang guru mempunyai sasaran terhadap keputusan markah murid-murid dalam
peperiksaan. Apabila telah berulang kali keputusan yang diharapkan tidak memenuhi sasaran
yang diharapkan, guru akan merasa kecewa, rasa putus dan akhirnya menganggu kerja-kerja
guru yang lain. Penambahan masalah akhirnya guru mengambil jalan untuk ponteng kelas,
dan ponteng kerja.

d) Sifat yang tidak ikhlas


Ikhlas selalunya dikaitkan dengan bersedekah, jarang-jarang sekali ikhlas dikaitkan dengan
kerja atau profesion, jika ada ianya hanya disebut sepintas lalu. Ini adalah satu persoalan yang
penting kerana apabila kerja dianggap sebagai satu ibadah, maka inti pati atau terasnya
mestilah sifat ikhlas. Ikhlas adalah nilai teras yang membuahkan nilai-nilai yang lain.
Ikhlaslah melahirkan integriti, produktiviti dan kualiti juga lain-lain nilai murni dalam
pekerjaan. Ikhlas adalah pemantau dalaman yang menjamin seseorang itu berlaku telus, lurus
dan benar sebelum, semasa dan selepas sesuatu pekerjaan dilakukan (Pahrol Mohamad Juoi,
2010). Jika seseorang guru tidak ikhlas, maka amat sukar baginya menumpukan sepenuh
perhatian terhadap pekerjaan utama di sekolah dan yang paling penting kepada proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

ISU PONTENG

[PEMBANGUNAN SAHSIAH]

ii)

PJJ201
1

Faktor Luaran

a) Tekanan beban kerja


Kyriacou & Sutcliffe, (1978) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai
perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan
yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang
menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap
perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi
perlu mendidik manusia agar menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat. Guru
terpaksa melakukan kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu mengajar,
menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan penyesuaian
terhadap kaedah pengajaran yang baru sehingga mengabaikan emosi dan kehendak dalaman
mereka. Seorang guru di Sarawak juga menyuarakan tentang suasana kerjanya di salah
sebuah sekolah membuktikan bahawa dalam era pemodenan pendidikan ini masih terdapat
suasana tidak selesa pada tempat kerja guru. Apa yang digambarkan adalah, isu kepadatan
guru dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan perabut yang tidak sesuai serta
mencukupi. (Berita Harian, 19 Julai 2005). Hal ini menyebabkan guru bertindak ponteng
daripada membebankan emosi dan perasaan mereka dengan tekanan.

b) Murid yang tidak menghormati guru


Dalam era modenisasi kini, murid kurang menghargai dan menghormati perasaaan guru.
Sambutan Hari Guru saban tahun semakin hambar dan tidak terkesan di dalam sanubari
murid-murid. Tiada lagi ucapan penghargaan kepada guru yang diterima oleh murid. Mereka
leka dengan aktiviti persekitaran tanpa menghargai perasaan guru yang selama ini
mencurahkan khidmat bakti menjadikan mereka modal insan yang akan menentukan corak
kepimpinan negara pada masa akan datang. Murid tidak lagi menjadikan guru sebagai role
model mereka tetapi lebih memilih artis-artis barat dan tempatan sebagai ikutan mereka.
Guru yang bersemangat mendidik anak bangsa seringkali dikejutkan dengan tindakan murid
yang diluar jangkaan seperti memancitkan dan menconteng kereta guru, memandang sinis
guru, tidak menyiapkan kerja sekolah yang diarahkan, tidak mematuhi arahan, melanggar
disiplin sekolah dan sebagainya. Bagi golongan guru yang tidak mempunyai kekuatan emosi

ISU PONTENG

[PEMBANGUNAN SAHSIAH]

PJJ201
1

mereka lebih mudah memilih jalan ponteng sebagai penyelesaian kepada permasalahan yang
mereka hadapi.

c) Kurang galakan dan pemantauan dari pentadbir


Faktor ini juga amat penting dalam menjadikan pekerjaan guru sebagai satu profesion yang
berjaya. Pentadbir yang perihatin selalu mengambil berat akan masalah kakitangan bawahan.
Bukan bermaksud untuk mencampuri urusan guru berkenaan, tetapi lebih kepada
mengelakkan masalah guru menjadi lebih berat sehingga boleh mengganggu tugas-tugas
mereka di sekolah. Pentadbir juga perlu mengambil tindakan serta merta kepada guru yang
sering ponteng. Ini kerana ditakuti gejala ini akan diikuti oleh guru-guru lain apabila
mendapati pihak pentadbir terutamanya Guru Besar tidak mengambil tindakan kepada guru
yang melakukan kesalahan.

d) Jarak sekolah dan keadaan persekitaraan


Keadaan ini biasanya merujuk kepada di mana guru itu mengajar. Bagi guru yang mengajar
di luar bandar, dan di pulau-pulau guru lebih terdedah untuk ponteng sekolah memandangkan
kurangnya lawatan dari pihak atasan dan nazir. Guru mengambil cuti lebih awal dari masa
yang ditetapkan untuk tujuan tertentu seperti pulang untuk sambutan perayaan dan cuti
persekolahan. Hal ini telah disahkan apabila Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Dr
Muhiddin bin Yussin berkata, perkara itu dikenalpasti hasil lawatan jemaah nazir sekolah dari
Kementerian Pelajaran ke sekolah-sekolah baru-baru ini (Berita Harian). Lain pula halnya
apabila guru tersebut mengajar di kawasan bandar. Guru akan keluar pada sesi persekolahan
untuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarga. Contohnya guru akan keluar untuk
membeli barang-barang dapur, keperluan anak-anak, keperluan peribadi, mengambil wang
gaji pada sesi persekolahan berjalan. Guru akan keluar apabila mempunyai masa terluang
terutamanya rehat dan tidak ada kelas dalam jadual. Namun guru tidak sedar sebenarnya
mereka juga dikategorikan sebagai ponteng kerana tidak berada di kawasan persekolahan
pada sesi persekolahan berjalan demi untuk memenuhi keperluan peribadi.

e) Pengaruh rakan-rakan
Pengaruh rakan sejawat dan rakan sekeliling juga mempengaruhi isu ponteng guru. Ini
kerana guru baru contohnya akan mudah terpengaruh dengan sifat rakan guru yang malas,

ISU PONTENG

[PEMBANGUNAN SAHSIAH]

PJJ201
1

membuat kerja sambil lewa dan sering ponteng. Besar kemungkinan ponteng telah menjadi
kebiasaan kepada guru-guru disekelilingnya dan ini menjadikan guru tersebut terikut-ikut
dan terbawa-bawa dengan sahsiah negatif guru lain lebih-lebih lagi jika pihak pentadbir
sekolah tersebut tidak menangani isu ponteng ini dengan tegas.

f) Penyalahgunaan dadah
Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu penyebab utama berlakunya masalah ponteng
di kalangan guru. Guru yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan hilang kawalan diri
dan tidak mampu untuk berfikiran dengan waras. Mereka ini telah hanyut dalam dunia
mereka sendiri dan telah hilang matlamat sebenar kehidupan. Spiritual mereka amat lemah,
manakala emosi mereka sukar dikawal dan mudah tertekan. Apabila seseorang guru telah
terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mereka akan lebih mudah dihimpit dengan pelbagai
masalah lain, contohnya kewangan, ponteng kerja, masalah keluarga, tindakan undangundang dan sebagainya.

IMPLIKASI ISU PONTENG


a) Kepada Murid
Apabila guru ponteng kelas, murid akan tercicir dalam pelajaran. Ini kerana pelajaran yang
sepatutnya dikuasai oleh murid tidak dapat diaplikasikan terutamanya dalam menjawab
soalan-soalan ujian dan peperiksaan. Secara tidak langsung murid-murid akan mengalami
masalah pembelajaran di sekolah, lebih-lebih lagi kepada murid yang mempunyai tahap
kebolehan yang rendah. Di samping itu juga, akan berlaku masalah disiplin terutamanya jika
guru tiada di dalam kelas. Murid yang lebih agresif akan membuli rakan murid yang lemah.
Murid-murid ini juga akan bertindak di luar kawalan apabila cuba merosakkan harta benda
sekolah seperti meja dan kerusi di dalam kelas. Guru adalah role model kepada murid-murid
di sekolah, maka tidak hairanlah jika ada murid yang mengikut sahsiah guru yang negatif
seperti ponteng sekolah. Murid beranggapan jika guru boleh ponteng kelas, mengapa mereka
tidak boleh mengikut guru tersebut sedangkan guru adalah cerminan kemenjadian murid di
sekolah.

ISU PONTENG

[PEMBANGUNAN SAHSIAH]

PJJ201
1

b) Kepada Sekolah
Apabila isu ponteng membawa kesan kepada murid, secara tidak langsung isu ini juga tentu
akan mendatangkan impak kepada sekolah. Keputusan peperiksaan akan merosot dan tentu
sahaja sekolah terpaksa menjawab dengan pihak jabatan punca kemerosotan peratus
kelulusan murid. Sekolah pastinya akan dikategorikan sebagai sekolah berprestasi rendah.
Ini pastinya akan menjatuhkan imej sekolah dan pentadbirnya. Seterusnya pihak sekolah dan
guru akan dibebenkan dengan pelbagai program untuk membaiki dan memulihkan imej
sekolah yang telah tercalar.

c) Kepada Profesion Perguruan


Gejala ponteng hanya dilakukan oleh segelintir guru, tetapi seperti kata pepatah kerana nila
setitik rosak susu sebelanga. Kesan daripada tindakan segelintir guru tadi akan merosakkan
dan mencemarkan imej profesion perguruan. Masyarakat lebih cenderung melihat dan
menilai sesuatu yang negatif berbanding perkara positif. Masyarakat dan ibu bapa akan
memandang sinis akan profesion perguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru-guru
dalam mendidik anak mereka.

d) Kepada Ibu bapa


Kesan daripada guru ponteng juga memberi kesan yang negatif kepada ibu bapa murid.
Mereka akan merasa kecewa sekiranya anak mereka gagal mendapat keputusan yang baik
dalam peperiksaan. Mereka akan meletakkan kesalahan kepada pihak sekolah. Mereka lebih
menghormati dan mempercayai guru-guru luar seperti guru-guru tuisyen yang mengajar anak
mereka daripada guru-guru di sekolah. Mereka lebih rela membelanjakan wang ringgit demi
untuk ilmu dan kemenjadian anak mereka daripada mengharapkan guru-guru yang tidak
berkualiti dan tidak beretika. Ibu bapa akan rasa terkilan jika guru yang dibayar gaji untuk
mengajar anak mereka tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sepenuh
hati.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

ISU PONTENG

[PEMBANGUNAN SAHSIAH]

PJJ201
1

a) Pihak Pentadbir
Perbincangan - Pelbagai langkah yang boleh diambil oleh pihak pentadbir bagi
mengelakkan masalah ponteng ini dari terus berlarutan dan menjadi ikutan kepada guruguru lain. Pihak pentadbir perlu mengadakan perbincangan dengan guru yang bermasalah
iaitu guru yang sering ponteng. Ini bertujuan mengkaji dan mengetahui mengapa guru
mengambil tindakan sedemikian sehingga mengabaikan tanggungjawab dan peranan mereka
di sekolah. Pihak pentadbir perlu bersemuka dan mendekatkan diri kepada guru-guru ini bagi
mengetahui punca masalah ini berlaku. Nasihat, dan motivasi diperlukan agar perkara seperti
ini tidak akan berulang dikemudian hari.
Surat Tunjuk Sebab Jika perbincangan telah pun dijalankan dan perkara ini masih tetap
berulang, pihak pentadbir akan mengeluarkan surat tunjuk sebab dan surat amaran bagi
memberi amaran kepada guru tersebut. Surat tunjuk sebab ini menunjukkan bahawa pihak
pentadbir amat memandang berat akan isu ponteng ini. Dalam sesetengah kes, guru yang
ponteng akan kembali bertugas setelah mendapat surat tersebut.
Merujuk Kepada Lembaga Tatatertib - Namun demikin jika perkara ini masih
berlanjutan, pihak pentadbir iaitu Guru Besar mempunyai kuasa merujuk guru bermasalah
tersebut kepada lembaga tatatertib selaras dengan Peraturan 25(1) yang terkandung dalam
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 Bahagian III.

b) Pihak Guru
Kembali Kepada Pegangan Agama Dengan mendalami ilmu agama, seseorang guru itu
akan sedar peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanankan dengan
sebaik yang mungkin dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas.
Memotivasikan diri sendiri / Mengubah sikap Apabila guru berasa tidak lagi
bersemangat mengajar sehingga hilang fokus, dan tidak berupaya menjalankan tugas kerana
menghadapi masalah tertentu, maka amat penting bagi seorang guru mempunyai kekuatan

ISU PONTENG

[PEMBANGUNAN SAHSIAH]

PJJ201
1

dalaman yang kuat untuk membantu menaikkan semangat diri bagi menghadapi masalah
tertentu.
Menghadiri sesi kaunseling secara sukarela Seandainya jika masalah yang dihadapi
masih berpanjangan, adalah lebih baik guru tersebut menghadiri sesi kaunseling dalam
mencari jalan keluar yang terbaik

RUMUSAN
Dapatlah dirumuskan bahawa, isu ponteng bukan sahaja melanggar etika profesion
perguruan, malah kesannya boleh mempengaruhi semua pihak sama ada murid, sekolah, ibu
bapa dan masyarakat sekeliling. Tindakan yang tegas dan pantas daripada pihak pentadbir
akan dapat menyelesaikan masalah ini. Namun sering kali pihak pentadbir terlewat
mengambil tindakan yang menyebabkan

masalah ponteng ini berlarutan. Oleh yang

demikian perlu ada pemantauan yang berterusan daripada pentadbir dan pihak jabatan untuk
memastikan masalah ponteng di kalangan guru dapat dibendung.

ISU PONTENG

1
0

[PEMBANGUNAN SAHSIAH]

PJJ201
1

RUJUKAN
Ahmad Jazimin & Muhammad Bazlan Mustafa.(2011). Pembangunan Sahsiah : Unit 5
Pendekatan Kognitif Teori Pilihan dan Terapi Realiti. Perak : Universiti
Perguruan Sultan Idris
Ishak Ismail. (2010, April). Murung bawa kesan negative kepada individu. Pendidik Bil. 71,
26-28
Kamus Dewan Edisi Ketiga.(2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Panduan Penyelenggaraan Tindakan Tatatertib
Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Sumber Manusia : Kementerian
Pendidikan Malaysia
Kyriacou, C., & Sutcliffe, J. (1978). Teacher stress : Prevalence, sources and Symptoms.
British Journal of Education Psychology, 48, 159-167.
Mok Soon Sang.(2007). Kursus Penilaian Tahap Kecekapan Guru (P.T.K) Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P). Selangor : Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd

ISU PONTENG

1
1

[PEMBANGUNAN SAHSIAH]

PJJ201
1

Mohd Muzafar Shah Mohd Razali, Aslina Ahmad & NazariahAbd.Samad.(2011).


Pembangunan Sahsiah : Unit 10 - Isu-isu dalam pembentukan sahsiah guru.
Perak : Universiti Perguruan Sultan Idris
Sakinah Salleh (2010, September). Guru perlu ada motivasi. Pendidik Bil.76, 34-35
Guru ponteng sebelum cuti dikenal pasti
http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/06/guru-ponteng-sebelum-cuti-dikenalpasti.html di muat turun pada 9/5/11

Guru ponteng: Tindakan tegas akan diambil


http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/05/guru-ponteng-tindakan-tegas-akan.html
di muat turun pada 9/5/2011
Berita Harian (2005, 19 Julai). Guru dakwa suasana kerja tak kondusif. Berita Harian

LAMPIRAN
http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2010/06/guruponteng-sebelum-cuti-dikenal-pasti.html 9/5/11
Rabu, 2 Jun 2010
Guru ponteng sebelum cuti dikenal pasti

KOTA BELUD 1 Jun - Jabatan Pelajaran mengenal pasti terdapat segelintir guru di negeri ini
'ponteng' sekolah untuk pulang ke kampung masing-masing sebelum cuti sekolah bermula.
Pengarah Pelajaran Negeri, Dr. Muhiddin Yussin berkata, perkara itu dikenalpasti hasil
lawatan jemaah nazir sekolah dari Kementerian Pelajaran ke sekolah-sekolah baru-baru ini.
"Jabatan kami sedang menunggu laporan rasmi bertulis daripada jemaah nazir itu sebelum
mengambil tindakan yang perlu sebab guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan sekolah
mereka sebelum cuti penggal bermula.
"Jadi mulai sekarang Jabatan Pelajaran negeri akan lebih serius dalam menangani kes-kes
disiplin (di kalangan guru-guru dan kakitangan) di semua sekolah di negeri ini," katanya
ketika ditemui selepas majlis penutupan program 'Ke Arah Kecemerlangan Akademik' di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arshad di sini semalam.

ISU PONTENG

1
2

[PEMBANGUNAN SAHSIAH]

PJJ201
1

Beliau mengulas mengenai aduan ibu bapa bahawa terdapat sebilangan guru di negeri ini
khususnya yang berkhidmat di pulau-pulau pulang ke kampung sebelum cuti penggal
bermula.
Menurut aduan, guru berkenaan dikatakan meninggalkan sekolah mereka seawal 24 Mei
sedangkan cuti sekolah bermula pada 5 Jun.
Muhiddin berkata, jabatan pelajaran sentiasa serius dalam usaha meningkatkan tahap
pendidikan di sekolah-sekolah di negeri ini dan akan mengambil tindakan tegas terdapat guru
yang melanggar disiplin.
"Jika terbukti benar mereka akan dikenakan tindakan sewajarnya tanpa mengira siapa
mereka.
"Jika ketidakhadiran mereka memerlukan tindakan disiplin kita akan
melakukannya berdasarkan perintah Am Perkhidmatan Awam sedia ada,"
katanya.
Utusan Malaysia Online: 2 Jun 2010
Dicatat oleh GURU_CIKGU di 9:32 AM
Label: malu, pertuduhan/jenayah/selisih faham

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/05/guru-ponteng-tindakantegas-akan.html 9/5/2011

Selasa, 20 Mei 2008


Guru ponteng: Tindakan tegas akan diambil
BATU PAHAT 11 Mei - Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas
termasuk memecat seorang guru di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT) di Perak jika siasatan membuktikan guru itu 'ponteng' mengajar dengan
sengaja.

Timbalan menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, tindakan itu akan diambil sekiranya
guru terbabit didapati ponteng atau bercuti tanpa alasan munasabah.
"Kementerian sedang menunggu laporan lengkap mengenai kes tersebut daripada pengarah
pelajaran negeri dan ia dijangka diterima esok," katanya selepas merasmikan Majlis
Keselamatan Kanak-Kanak Sekolah di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini.
Semalam, sebuah stesen televisyen tempatan melaporkan rungutan ibu bapa mengenai
tindakan seorang guru di sebuah SJKT di Ipoh yang kerap tidak hadir mengajar di sekolah.

ISU PONTENG

1
3

[PEMBANGUNAN SAHSIAH]

PJJ201
1

Ka Siong berkata, maklumat awal mendapati guru itu telah tidak hadir ke sekolah selama 30
hari sejak awal Januari lalu dan dia hanya memaklumkan mengenainya kepada pihak sekolah
melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Beliau berkata, kementerian mengambil serius kes tersebut walaupun ia merupakan kes
terpencil dan jarang berlaku.
"Tindakan tegas perlu dilakukan kerana tidak mahu menjejaskan kerjaya perguruan," ujarnya.
Sementara itu, ketika ditemui selepas Majlis Dialog Dengan Warga Pengajar di sebuah
restoran di sini, Ka Siong berkata, kementerian akan mengkaji semula kenaikan pangkat guru
penolong kanan dan guru bukan siswazah kepada siswazah yang kini dianggap tidak
munasabah.
Beliau berkata, guru-guru penolong kanan merungut kerana kenaikan pangkat yang diberikan
tidak setanding dengan kenaikan gaji dan beban kerja juga yang ditanggung.
Katanya, guru bukan siswazah yang bertukar status kepada guru siswazah pula mendakwa
jumlah kenaikan gaji mereka terlalu sedikit.
Menurutnya, rungutan-rungutan tersebut akan diambil perhatian dan dirujuk kepada Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kajian dan tindakan selanjutnya.
Utusan Malaysia Online: 20 Mei 2008

ISU PONTENG

1
4

Anda mungkin juga menyukai