Petua Beramal:
Doa ini dibaca 3 kali di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah s.w.t. selamatkan
daripada sebarang kemudaratan. Jika dibaca 3 kali di waktu maghrib, insya-Allah sepanjang
malam Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan.
Bila hendak pergi ke suatu tempat yang berisiko/merbahaya, tempat kerja, bermusafir, balik
kampong, hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada
melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7 kali.
Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu.
Setelah berehat baca lagi sehingga 7 kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau
perkerjaan tersebut.
Lazimkan juga membaca surah al-Fatihah & ayat Kursi setiap kali selepas solat 5 waktu.
أعمعومذ بلعكللعماَ ل
َت ا الستاَسماَت لمين عشرر عماَ عخعلق
Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada
keburukan makhluk. (Riwayat Muslim)
Perawi hadis ini berkata: Aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca
doa ini sebanyak tiga kali pada satu malam, maka ia tidak akan ditimpa keburukan pada
malam itu." Pada satu malam, perawi hadis ini disengat kala jengking. Kemudian orang
bertanya kepadanya:"Mana hadis yang kamu riwayatkan dahulu kepada kami, sedang kamu
sekarang (ditimpa keburukan yang serupa) disengat kalajengking?" Ia menjawab:"Demi Zat
yang tidak ada Tuhan selain Allah, aku lupa membacakan doa itu pada malam ini"