Anda di halaman 1dari 13

Perlembagaan madinah

Fatin hafizah binti mohammad sukri


900126-14-5752
Pengenalan
• Perlembagaan Madinah juga dikenali
sebagai Sahifah Madinah.
• Ia adalah perjanjian politik yang dibuat di
antara Nabi dengan penduduk Madinah
yang terdiri daripada pelbagai bangsa
termasuklah orang Muhajirin ( berhijrah
bersama nabi), Ansar dan Yahudi.
• Ia dirangka oleh Nabi dengan petunjuk wahyu.
• Ia mengandungi 10 bab yang terdiri daripada 47
fasal.
• 23 daripada fasal tersebut adalah mengenai
orang-orang Islam dan 24 lagi mengenai orang-
orang Yahudi.
• Perlembagaan Madinah dianggap sebagai
perlembagaan bertulis yang pertama di
dunia.
Penduduk
madinah

Yahudi
Arab • Bani qhuraizah
•Aus • Bani Nadhir
• Khazraj • Bani qunaiqa’
Sebab-sebab
• penggubalan
Penduduk Madinah merupakan satu kelompok masyarakat
majmuk dengan nilai-nilai yang tersendiri.
• Di antara mereka sering berlaku pertelingkahan,
khususnya antara Aus dan Khazraj, antara Arab dan Yahudi
serta antara Yahudi dan Yahudi.
• Nabi sedar kehormatan dan keamanan tidak akan terjamin jika
tiada persefahaman dan kesetiaan dari setiap golongan yang
mendudki Madinah. 
• Nabi juga sedar bahawa orang-orang Yahudi akan melakukan
penghinaan terhadap orang-orang Islam dan pada masa yang
sama, orang Musyirikin Mekah pula berusaha untuk memusnahkan
orang Islam.
• Dengan adanya perlembagaan ini, mudah bagi Nabi untuk
bertindak sekiranya berlaku pengkhianatan oleh orang
Yahudi.
• Permusuhan antara Aus dan Khazraj merupakan masalah besar
sekiranya ia tidak diselesaikan terlebih dahulu.
• Maka, cita-cita Nabi untuk menubuhkan sebuah negara Islam yang
kukuh tidak akan tercapai.
• Melalui perlembagaan ini, kedua-dua puak tersebut telah
berjaya disatukan oleh Nabi dan mereka kemudiannya
digelar orang Ansar.
Kandungan perlembagaan
Wahyu adalah undang-undang tertinggi bagi negara Islam
Madinah.
 Nabi Muhammad diakui sebagai ketua negara yang mesti
dipatuhi dan dihormati.
Tidak boleh bermusuhan di antara sesama Islam dan tidak
boleh membantu orang bukan Islam membunuh orang Islam.
Orang-orang Islam mestilah menganggap orang Islam yang
lain sebagai saudara meraka.
Kebebasan beragama diberi kepada orang bukan Islam.
Orang Yahudi boleh meneruskan amalan agama dan adat
resam mereka.
Mereka akan menerima layanan yang saksama tetapi mereka
bertanggungjawab ke atas keselamatan Madinah.
Keadilan adalah diberi kepada semua pihak.
Dalam sesetengah kes, ketua suku diberi hak untuk
menyelesaikan masalah suku mereka.Tetapi beberapa kes
jenayah perlu dirujuk kepada Nabi.
Semua penduduk Madinah tanpa mengira agama dan bangsa
adalah bertanggungjawab mempertahankan Madinah walaupun
ia diancam oleh kaum sendiri.
Kepentingan perlembagaan
madinah
(1) Bukti bahawa islam adalah agama dan
politik
• Perlembagaan ini menjadi bukti bahawa Islam
adalah agama dan politik.
• Dengan adanya perlembagaan ini dan
tertubuhnya negara Islam Madinah, maka
lengkaplah Islam sebagai al-Din.
• Hal ini jelas menunjukkan bahawa Nabi bukan
sahaja seorang Nabi dan Rasul, tetapi seorang
pemimpin yang unggul.
• Negara Islam yang ditegakkan oleh Nabi
merupakan negara contoh dan usaha ini
kemudiannya diperkukuhkan oleh sahabat Nabi
sehingga Madinah muncul sebagai kuasa
terulung di dunia.
(2) Menyatukan penduduk
madinah
• Perlembagaan ini telah berjaya
menyatukan Madinah yang
terdiri daripada pelbagai bangsa
dan kaum.
• Ia telah mengatur hubungan antara
mereka supaya mereka hidup dalam
keadaan hormat-menghormati dan
bertanggungjawab.
• Oleh itu, mereka dapat hidup dalam
suasana aman dan semua gejala
buruk dapat dihapuskan.
(3) Hukuman terhadap
pengkhianat
• Melalui perlembagaan ini, setiap
pengkhianatan akan menerima
hukuman yang setimpal tanpa
mengira kaum.
• Dengan hal ini, Nabi adalah orang yang
berhak menjatuhkan hukuman bagi setiap
kesalahan.
• Beliau adalah hakim yang baik dan adil.
• Dengan keadilan ini, semua pihak akan
berpuas hati dan keadaan aman di
Madinah dapat dikekalkan.
(4) Menyelesaikan krisis
kepimpinan
• Perlembagaan ini juga
menyelesaikan krisis kepimpinan
yang wujud di Madinah sejak sekian
lama.
• Melalui perlembagaan ini, Nabi
telah diterima sebagai pemimpin
bagi negara Islam.
• Kesemua masyarakat Madinah
termasuk Yahudi yang terdiri
daripada pelbagai puak suku
bersetuju dengan perlantikan
(5) Menjamin keselamatan
madinah
• Perlembagaan Madinah juga menjamin
keselamatan Madinah.
• Ia dengan jelas menyebutkan bahawa
semua penduduk Madinah
bertanggungjawab untuk
mempertahankan keamanan dan
melindungi Madinah dari serangan
musuh.
• Secara tidak langsung, ia akan melahirkan
semangat bersatu-padu, tolong-menolong
serta sayangkan Madinah.
(6) Aktiviti dakwah
dijalankan dengan
berkesan
• Dengan adanya perlambagaan ini,
aktiviti penyebaran Islam dapat
dijalankan dengan berkesan.
• Suasana aman dan harmoni di Madinah
membolehkan Nabi dan sahabat
menumpu dalam usaha-usaha dakwah.
• Peluang ini digunakan untuk menghantar
utusan ke luar, termasuklah menemui
pemerintah Rom dan Parsi.
(7) Persamaan taraf
• Perlembagaan ini tidak menetapkan
konsep persamaan antara semua
orang sama ada orang perseorangan
atau berkumpulan.
• Tidak ada perbezaan antara
pemerintah dengan yang
diperintah.
• Dengan ini, penindasan dapat
dielakkan.
(8) Kebebasan dan hak
asasi individu terjamin
• Kebebasan dan hak asasi individu
adalah terjamin.
• Hal ini bermakna tidak ada
sesiapa yang boleh dihina atau
ditindas.
• Keadaan ini akan mewujudkan
suasana yang aman dan harmoni di
Madinah.

Anda mungkin juga menyukai