Anda di halaman 1dari 8

HIJRAH RASULULLAH SAW

Hijrah merupakan satu daripada peristiwa besar yang berlaku di dalam sejarah
Islam zaman Rasulullah SAW.Peristiwa inilah yang bertanggungjawab meletakkan
Islam pada tahap yang selamatdan Berjaya mengisytiharkan Islam sebagai
agama yang toleransi,syumul,adil dan mampu memberi kesejahteraan kepada
penganut-penganutnya.Hijrah juga menjadi ilham kepada perjuangan umat Islam
di sepanjang zaman.Pembetukan calendar Islam turut merujuk kepada tarikh
hijrah di dalam menetapkan takwimnya.
Daripada sudut bahasa perkataan `hijrah membawa maksud
meninggalkan suatu tempat atau berpindah dari satu tempat menuju ke tempat
lain.Daripada perspektif sejarah Islam hijrah membawa perngertian perpindahan
Nabi SAW dan para sahabat dari Mekah ke Kota Yathrib yang kemudiannya
dikenali sebagai Kota Madinah.(Halim: 1990)Namun Ianya tidak sekadar sematamata berpindah tempat tetapi membawa maksud yang lebih luas merangkumi
perpindahan daripada sudut jasmani,rohani dan mental kearah tingkat yang leih
tinggi atau ke tahap yang lebih baik.Keluarnya Rasulullah dan para sahabat dari
bumi Mekah ke Kota Yathrib bukan menggambarkan sifat pengecut dan penakut
atau cuba lari daripada tanggungjawab,tapi bagi mengelakkan diri buat
sementara waktu dalam usaha mengatur strategi kekuatan dan ketenteraan
yang lebih besar bagi mengekalkan yang hak dan benar.
Dalam catatan sejarah Islam,penghijrahan rasulullah dan para sahabat ke
Madinah al-Munawwarah iaitu Kota Bercahaya merupakan siri kedua dalam
episod hijrah kerana sebelum ini telah pun berlaku hijrah pertama sekumpulan
umat Islam ke Habsyah (Abbisinia) pada tahun ke-5 kerasulan Nabi Muhammad
SAW yang diserati oleh 75 orang sahabat Nabi lelaki dan wanita bagi mencari
perlindungan daripada kekejaman dan penyeksaan musyrikin Mekah.Di sana
umat Islam mendapat perlindungan daripada Raja Najasyi seorang penganut
Nasrani yang adil dan bermurah hati.
Rasulullah kemudiannya di atas perintah Allah telah memerintahkan umat
Islam sekali lagi berhijrah ke kota Yathrib bagi mencari tapak yang lebih selamat
dan subur untuk perkembangan Ilam seterusnya.Rasulullah menamakan
golongan Islam yang berhijrah sebagai Muhajirin dan Muslimin Madinah yang
sanggup berkorban membantu sebagai kaum Ansar.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA HIJRAH
Keputusanuntuk berhijrah ke Yathrib yang diambil oleh Rasulullah SAW adalah
jalan terakhir bagi menyelamatkan umat Islam dan agama Allah pada ketika
itu.Nabi sudah pun menyebarkan Islam dalam segala kepayahan di tengahtengah kota Mekah yang dikuasai oleh kumpulan Abu Jahal dan Abu Lahab yang
merupakan bapa saudara baginda sendiri .Kecekalan dan kesabaran Nabi selama
hampir tiga belas tahun bukanlah jangka waktu yang singkat dan bukan juga
tanda kepada putus asa baginda,tetapi hijrah ini membawa lebih daripada segala
makna yang tersurat di atas.Terdapat beberapa situasi yang mendorong kepada
penghijrahan suci ini.

Pertama,peluang daripada persengketaan yang berlaku di antara suku


Khazraj dan Aus yang tinggal di Madinah atau Yathrib.Kedua-dua kablah ini
berasal daripada nenek moyang yang sama tetapi tidak pernah hidup secara
aman teutama sejak tercetusnya Peperangan Buaath.Masing-masing sentiasa
cuba mencari sekutu ataupun teman yang akan bersatu dengan mereka bagi
mengalahkan pihak yang satu lagi.
Sewaktu berlangsungnya situasi tersebut,padaa musim haji tahun ke-11
kerasulan,Rasulullah SAW mengambil kesempatan pada suatu malam menyeru
enam orang daripada kebilah Khazraj yang sedang berbincang tentang lahirnya
seorang nabi di akhir zaman kepada seruan Islam.Mereka ialah Asad bin
Zurarah,`Auf bun Al-Harith,Rafi bin Malik bin `Ajlan,Qhutbah bin`Amir,`Uqbah
bin `Amir dan Jabir bin Abdullah bin Riab.Mereka terdiri daripada pemuka atau
pemimpin-pemimpin Khazraj di Madinah.Mereka mengadu kepada Rasulullah
SAW dengan berkata,`Kami tinggalkan kaum kami di sana dalam keadaan
bermusuhan di antara satu sama lain.Mudah-mudahan Allah menyatukan mereka
denganmu.Kami akan kembali menemui mereka dan mengajak mereka kepada
agama ini.Kalaulah Allah menyatukan mereka di atas ajaranmu,maka tiada lagi
orang yang paling mulia kepada kami selain darimu.Mereka menerima Islam
dengan ikhlas dan menjadi pengikut Islam yang setia.Cahaya keinsafan mula
menular di segenap sanubar mereka sehingga mereka merasakan tiada gunanya
berada dalam persengketaan yang panjang dan membosankan dan cahaya Islam
itulah yang teah menyatukan hati dua kabilah yang berperang sejak sekian
lama.
Kembalinya mereka ke Madinah membawa episode baru di dalam sejarah
penyebaran Islam dan penyediaan kepada tapak yang subur untuk
perkembangan Islam kemudiannya.Fenomena ini terbukti apabila termeterainya
Perjanjian atau Baiah Aqabah pertama atau terkenal sebagai Baiatun-Nisak
pada tahun ke-12 nubuwah di antara Rasulullah SAW dengan dua belas orang
lelaki, sepuluh daripadanya daripada kabilah Aus dan dua daripada kabilah
Khazraj.
Tanda-tanda hijrah semakin hampir dan sokongan semakin kuat dengan
kedatangan robongan seramai tujuh puluh lima orang Islam dari Madinah
termasuk dia wanita iaitu Nusaibah binti Kaab an Asma binti `Amru pada musim
haji berikutnya iaitu tahun ke-13 nubuwah.Di saat itulah mereka mengikat
sumpah setia dan menjemput Rasulullah berhijrah ke Madinah.Mereka berbaiah
untuk mempertahankan isteri dan anak-anak mereka sendiri.
Kedua,sifat semula jadi orang-orang Yathrib atau orang Ansar yang lebih
halus dan lembut daripada orang Mekah.Orang-orang Madinah atau Yathrib
berasal daripada keturunan Yaman yang pernah disebut oleh nabi sebagai
bangsa yang memiliki hati yang lunak.Mereka berpindah ke Yathrib sewaktu
berlakunya banjir besar.Sabda Rasulullah,`Telah datang kepada kamu penduduk
Yaman yang mempunyai hati dan tabiat yang sangat halus sekali.Aus dan
Khazraj juga adalah keturunan Harithsah bin Amru bin Amir.Mereka memiliki jiwa
yang mulia dan bercita-cita tinggi.Mereka adalah golongan yang berani dan tidak

pernah membayar pajak atau cukai terhadap mana-mana raja atau


penguasa.Sifat mereka juga dipuji menerusi al-Hasyr ayat 9 Allah berfiran,`Dan
orang-orang yang terlebih dahulu daripada mereka bertempat tinggal di
kampong (Madinah)(kaum Ansar) serta beriman.Mereka menunjukkan kasih
sayang kepada orang yang berhijrah ke kampung mereka.Dan mereka tidak
menaruh keinginan di hati mereka terhadap apa yang mereka berikan kepada
orang yang berpindah itu.Bahkan mereka mengutamakan(muhajirin)lebih
daripada mereka sendiri,walaupun mereka sendiri dalam kepapaan.Sifat belas
ihsan dan kasih saying yang tinggi inilah yang menjadi jaminan penyuntik
kekuatan di dalam diri nabi Muhammad dan umat Islam yang lain untuk
menerima pelawaan berpindah ke bumi Yathrib.
Ketiga,bangsa Arab Yathrib juga lebih memahami agama-agama
ketuhanan kerana mereka biasa mendengarnya daripada orang-orang Yahudi
yang diceritakan di dalam kitab Taurat tentang Allah,wahyu,kebangkitan di hari
Kiamat,syurga,neraka dan lain-lainn perara samiyat ata metafizik.Sekiranya
berlaku perbalahan di antara orang-orang Yahudi dengan bangsa Arab,orang
Yahudi akan berkata,`Tida lama lagi akan diutus seorang Rasul seperti yang
tersebut di dalam kitab kami.Bla dia diutus kami akan mengikutnya,dengan
demikian kami akan kuat dan kami akan membunuh kamu seperti pembunuhan
Aad dan Thamud.Oleh yang demikian dakwah rasul bukanlah merupakan
sesuatu yang terlalu asing bagi mereka,hanya keangkuhan sahaja yang mungkin
membuatkan mereka menafikannya sebagai mana yang dilakukan oleh orangorang Yahudi sendiri terhadap nabi dan agama Islam.
Keempat,pakatan keselamatan (Baiah Aqabah kedua)yang telah dimeterai
oleh Rasulullah dengan umat Islam Madinah adalah suatu keperluan dan strategi
demi masa depan Islam,memandangkan bantu Hasyim yang selama ini
memberikan sokongan dan perlindungan kepada baginda dan dakwah Islam
semakin hilang kedudukannya.Kematian dua insan yang dikasihi iaitu isteri
baginda Sayidatina Khadijah Khuwailid dan bapa saudara baginda Abu Talib elah
meletakkan Rasulullah dalam kedukaan dan membuka ruang yang lebih luas
kepada Musyrikin Mekah untuk terus menekan dan menyeksa Rasulullah dan
umat Islam.OLeh itu Allah Yang Maha Pemurah Dan Pengasih telah menentukan
kepada kekasihnya tempat lain yang lebih baik sebagai janji kepada kesabaran
yang disemai sekian lama dalam sanubari Rasul dan umatnya.
Kelima,hubungan kekeluargaan.Selain daripada Bani Hasyim di
Mekah,Nabi juga mempunyai kerabat atau saudara mara di Madinah kerana
datuk Nabi iaitu Hasyim pernah berkahwin dngan seorang wanita Madinah
daripada keluarga Banu Najjar.Hasil perkahwinan itu melahirkan Abdul
Mutalib,datuknya yang telah dibawa dan dibesarkan di Mekah.Selain daripada itu
tuan rumah di mana Nabi tinggal sewaktu berhijrah juga terdiri daripada
keturunan Hasyim iaitu Aby Ayyub al-Ansari.
Keenam,keistimewaan yang dimiliki Kota Madinah sendiri.Sesungguhnya
pemilihan Allah ke atas bumi Madinah telah memuliakan kedudukan
masyarakatnya dan penduduknya di mata dunia.Kota ini juga amat strategik

daripada sudut pertahanan semula jadinya yang dibentengi oleh gunung-ganang


pejal di barat dan timurnya.Rimba dan kebun kurma tumbuh di merata tempat
sehingga menyukarkan musuh untuk mengadakan serangan ke dalam dan sulit
untuk melarikan diri sekiranya mereka diserang.Sebuah hadis Rasulullah
menyebut bahawa,`Pernah aku ditunjukkan(bermimpi) seolah-oah aku melihat
tempat yang ditutupi oleh kebun kurma dan dikelilingi oleh dua pergunungan
pejal yang terjal.Tiada satu pun dari kota di Jazirah Arab yang menyamai Kota
Madinah dalam hal ini.
Ketujuh,perintah berhijrah adalah diterima daripada Allah SWT sendiri.Ia
amatlah bertepatan kerana apa-apa yang dilakukan oleh Rasulullah bukanlah
terbit daripada nafsunya sendiri melainkan apa yang telah diwahyukan oleh
Allah.Tambahan pula soal hijrah keluar dari tanah tumpah darah sendiri akan
melibatkan nyawa dan jiwa serta masa depan umat Islam pada waktu
itu.Rasulullah sendiri pernah bersabda,`Sesungguhnya Allah telah menyediakan
buat kamu saudara(pelindung) dan tempat hijrah yang aman(Madinah).
Setelah kelihatan gejala-gejala kemenangan di Yathrib,Nabi
memerintahkan sahabat-sahabatnya berhijrah secara beransur-ansur dan secara
bersembunyi ke sana untuk menyelamatkan agama daripada penganiayaan
Quraisy.
PERANCANGAN MUSYRIKIN MEKAH UNTUK MENGHALANG HIJRAH
Gelombang baru Islam yang sedang melanda ini amat memeranjatkan
membimbangkan pemimpin-pemimpin Quraisy.Mereka tidak menyedari bahawa
musim-musim haji yang sedang berlansung di Kota Mekah selama ini memberi
ruang yang amat baik untuk percambahan agama Allah di bumi
Yathrib.Penggabungan Rasulullah SAW dengan orang Ansar pasti akan
menggugat bukan sahaja persoalan agama nenek moyang mereka malah soal
rezeki atau ekonomi dan perniagaan di antara Mekah dan Syam kerana Yathrib
terletak di antara keduanya.
Bagi menghadapi bahaya yang sedang mengancam,orang-orang Quraisy
bermesyuarat di Darun Nadwah untuk berbincang tentang tindakan yang patut
diambil bagi menghalang hjrah Rasulullah SAW ke Yathrib.Iblis turut mengambil
bahagian dengan menyerupai seorang lelaki tua.Setelah berbahas mereka
sepaka untuk membunuh Rasulullah,satu tindakan nekad hasutan Iblis
laknatullah.PEmbunuhan itu akan dilaksanakan secara kolektif oleh pemuda
daripada setiap suku Arab agar tindakan kemudiannya ke atas mereka adalah
mustahil.Berhubung hal ini Allah SWT berfirman dalam surah al-Anfal ayat 30
yang bermaksud ,`Dan ingatlah tatkala orang-orang kafir mengatur tipu daya
terhadapmu buat menahanmu,ataupun membunuhmu,ataupun
mengeluarkanmu.Mereka mengatur tipu daya sedangkan Allah mengatur tipu
dayanya pula.Allahlah sebaik-baik pengatur tipu daya.
Komplot bunuh yang diatur oleh mereka disampaikan oleh Allaha melalui
wahyunya dan memerintahkan agar Nabi SAW berhijrah ke Yathri.Berita ini
disampaikan segera kepada sahabat baik baginda iaitu Sayidina Abu Bakar as-

Siddiq seraya disambut dengan penuh kesyukuran kerana keinginan menemui


Nabi adalah suatu yang telah lama dicita-citakan oleh Abu Bakar.Abu Bakar lalu
menyiapkan dua ekor unta dan bekalan yang diperlukan dalam
perjalanan.Malaikat ibrail juga memberitahu kepada Nabi,`Pada malam ini
janganlah dikau tidur di tempat tidurmu yang biasa kamu tidur di situ.
PERISTIWA KEBERANGKATAN RASULULLAH KE MADINAH
Pada malam dijadualkan hijrah sebelas orang pemuda musyrikin Quraisy
daripada pelbagai kabilah telah ditugaskan mengepung rumah nabi dan akan
membunuh bagind pada malam hari tersebut.Rasulullah yang sudah mengetahui
rancangan jahat mereka telah memerintahkan Sayidina Ali Bin Abi Talib untuk
tidur di katil baginda,berselimut dengan selimut Nabi yang berwarna hijau.Kata
Rasulullah kepada Ali,`Tidurlah di situ,engkau tidak akan diapa-apakn.Ali patuh
dan rela sebagai tanda ketaatan kepada Nabi dan keimanan yang tinggi kepada
Allah SWT. Rasulullah keluar melalui pintu yang dikawal oleh pasukan bertindak
Quraisy di mana pada ketika itu Allah melenakan mereka.Rasulullah mengambil
debu lalu ditaburkan ke atas kepala mereka sambil membaca firmah Allah surah
Yasin ayat 9 yang bermaksud,`Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan
dibelakang mereka dinding dan Kami tutupkan mata mereka sehingga tidak dapa
melihat.
Rasulullah brsembunyi menuju ke rumah Abu Bakar as-Siddiq dan mengajak
beliau meninggalkan bumi Mekah.Mereka keluar berjalan kaki sejauh lima batu
keaarah yang bercanggah dari Madinah dan bersembunyi di Gua Thur.Peristiwa
ini berlaku pada 2 Rabiulawal tahun ke-13 nubuwah.Bersama-sama Rasulullah
ialah beberapa orang yang ikhlas membantu setiap masa.Antaranya Abdullah
bin`Uraiqit,penjaga unta,Abdullah bin Abu bakar,anak Abu Bakar sebagai
pembawa khabar dari Mekah,Amir bin Fuhairah hambanya yang disuruh
menggembala biri-biri bagi menghapuskan kesan tapak kaki dan sumber
minuman pada waktu malam serta anak perempuan Abu Bakar,iaitu Asma yang
menghantar bekal makanan setiap hari.Mereka menjadi penolong Rasulullah dan
agama Allah agar perjalanan hijrah itu tidak dapat dikesan.
Pelbagai keajaiban dikurniakan oleh Allah bagi menunjukkan kekuasaanNya kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa mentaainya.Penghijrahan Nabi
walau bagaimanapun dapat dicium oleh kafir Quraisy lalu melancarkan gerakan
mencari dan memburu Rasulullah sehingga mereka berada betul-betul di
hadapan pintu Gua Thur.Rasululah sentiasa menenangkan jiwa Sayidini Abu
Bakar yang berada dalam ketakutan.Rasulullah dan Abu Bakar walau
bagaimanapun tidak dilihat Allah telah memerintahkan sepasang merpati liar
membuat sarang di hadapan pintu gua dan bertelur di dalam sarang
tersebut,lelabah juga membuat sarang yang banyak di hadapan pintu gua dan
ditumbuhkan oleh Allah juga sepohon pokok yang besar(acacia)di hadapan pintu
gua Thur bagi menampakkan mustahilnya manusia boleh berada di dalamnya
dalam masa sehri dua itu.(The Consice Encyclopedia of Islam:157:1989)Setelah
keadaan dijangkakan reda selepas beberapa hari bersembunyi di dalam Gua
Thur,Rasulullah dan Abu Bakar as-Siddiq mengambil jalan persisiran Laut

Merah,satu jalan yang jarang ditempuh orang pada masa itu,ditemani penunjuk
jalan yang setia,Abdullah bin`Uraiqit menuju Kota Madinah yang merindukan
kunjungan Nabi Allah yang mulia.
KETIBAAN YANG DINANTIKAN
Perjalan Rasulullah dan Abu Bakar yang penuh dengan dugaan dan tanda-tanda
kebenaran daripada Allah SWT itu akhirnya hampir di penghujung apabila
Rasulullah tiba di Quba pada hari Isnin lapan Rabiulawal tahun ke-14 nubuwah
dan tahun pertama hijrah di kala baginda berusia lima puluh tiga tahun dan
setelah tiga belas tahun menjadi Nabi dan Rasul.
Di Quba Rasulullah dan Sayidina Abu Bakar menumpang di rumah Amr bin
Auf dan sempat mendirikan sebuah masjid yang merupakan masjid pertama
yang dibangunkan oleh Rasulullah yang dikenali sebagai masjid Quba.Setelah
empat hari berada di Quba Rasulullah dan Abu Bakar memasuki pusat Kota
Madinah di tengah-tegah sambutan meriah penduduk sambil mereka
mendendangkan syair-syair pujian dan selamat dating.Para pemuka Bani Aus
dan Khazraj berebut-rebut memegang tali unta Rasulullah dan masing-masing
merayu agar Rasulullah tinggal di rumah mereka.Bagi mendapatkan keputusan
yang adil Rasulullah bersabda kepada mereka,`Lepaskan untaku,ia tahu di mana
ia diperintahkan berhenti.Unta itu berjalan sendiri dan berhenti melutut di
rumah Abu Ayyub al-Ansari.Maka di situlah Rasulullah SAW tinggal selama lebih
kurang tujuh tahun sehingga rumah baginda dibangunkan.
NEGARA BARU ISLAM:MADINATUR-RASUL
Sejak ketibaan Rasulullah SAW ke Yathrib,kota itu telah ditukarkan nama menjadi
Madinatur-Rasul yang disebut secara ringkas sebagai al-Madinah.Tahun itu juga
telah ditetapkan sebagai permulaan tahun Islam atau `Tahun Hijra.Dalam
suasana yang penuh sokongan dan memberangsangkan itu Rasulullah
mengambil langkah seterusnya dengan meletakkan dasar-dasar pembinaan
ebuah masyarakat dan Negara Islam.
Pertama,Rasulullah membangunkan masjid yang berperanan sebagai
tempat menunaikan solat dan tempat pertemuan umat Islam bagi mengadakan
pelbagai aktiviti seperti mengadili,belajar,jual beli dan sebagainya.Masjid ini
didirikan di atas sebuah tanah yang dibeli daripada sepasang anak yatim.Masjid
ini telah menjadi pengikat dan penyatu hati dan jiwa kaum Muslimin
Madinah.Nabi memupuk kecenderungan kaum Muslimin kepada ibadah dan
seruan Islam serta membina ikatan social yang kukuh dan luas yang
direalisasikan dalam konteks sebuah masjid.
Kedua,mempersaudarakan golongan Mujahirin ddan Ansar.Penghijrahan
kaum Muslimin Mekah ke Madinah merupakan suatu pengorbanan yang cukup
besar.Ramai daripada merek ayang berhijrah sehelai sepinggang seperti Abdul
Rahman bin `Auf dan Suhaib al-Rumi serta Uthman bin Affan.Mereka yang terdiri
daripada golongan hartawan itu redha meninggalkan segala kemewahan dunia
demi berhijrah mempertahankan agama Islam yang suci.Saad bin `Ubadah telah

ditangkap kafir Quraisy sebelum sempat berhijrah tetapi Berjaya


diselamatkan.Kisah lebih pilu menimpa Abu Salamah apabila beliau dipisahkan
daripada anak dan isterinya oleh keluarga isterinya sendiri.Saban hari menangis
menanggung rindu dan akhirnya diizinkan untuk menyertai suami dan kaum
Muslimin di Madinah.
Oleh itu langkah yang diambil oleh Rasulullah dapat menjadi penawar dan
menghidupkan kaum Muslimin dalam suasana kasih saying dan
keberkatan.Persaudaraan di antara Ansar dan Muhajirin itu bukan sekadar
berkonsi harta benda malah ada yang sanggup menceraikan seorang daripada
isteri yang mereka miliki untuk diperisterikan oleh saudara Muhajirin
mereka.Suatu suasana persaudaraan yang menakjubkan.Mereka lakukan
semata-mata kerana Allah bagi membantu Muhajirin memulakan hidup
baru,Sabda Rasulullah,`Dan barang siapa berhijrah di jalan Allah nescaya
mereka mendapati di muka bumi tempat hijrah yang luas dan rezeki yang
banyak.Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan bermaksud berhijrah
kepada Allah dan Rasulnya kemudian ia ditimpa kematian(sebelum sampai ke
tempat hijrah) maka sesungguhnya telah tetap pahalanya di sisi Allah dan Allah
Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang(Surah al-NIsak:ayat 100)
Ketiga,mengadakan perjajian bantu membantu di antara kaum Muslimin
dengan Non-Muslim.Setelah Muslimin Mekah berhijrah ke Madinah,peduduknya
kini terdiri daripada kaum Muslimin,orang-orang Yahudi(Bani Nadhir,Bani
Quraidzah dan bani Qanuqa) serta bangsa Arab yang belum menganut agama
Islam.Ketiga-tiga kelompok masyarakat ini diikat dengan sebuah perjanjian
bantu-membantu dan taat setia sebagai strategi bijak untuk melicinkan politik
pentadbiran Rasulullah di Negara Madinah.Perjanjan ini juga berupaya mencegah
perasaan hasad yang berterusan di kalangan orang-orang Yahudi terhadap
orang-orang Islam.Perjanjian ini secara tidak lansung telah enafikan fanatic
kesukuan yang begitu menebal di kalangan masyarakat Arab selama berabad
lamanya dan meletakkan semua suku di dalam satu ummah.(Ismail
Faruqi:1999)Dengan ini Rasulullah mendapat kepercayaan orang ramai sebagai
ketua negara bagi sebuah masyarakat majmuk.
Keempat,meletakkan dasar-dasar politik,ekonomi dan social untuk
masyarakat baru.Dasar-dasar ini dimanifestasikan oleh Rasulullah SAW di dalam
Piagam Madinah,sebuah perlembagaan yang cuup sistematik kesinambungan
daripada Perjanjian Aqabah yang dimeterai di bumi Mekah.Pada period ini ayatayat al-Quran yang diterima oleh Rasulullah menyentuh secara khusus perihal
hukum-hakam dan yang berkaitan dengan persoalan politik,ekonomi,kehidupan
berkeluarga,bermasyarakat dan bernegara.Rasulullah menjadi model aplikasi
dan pentafsir terus kepada ayat-ayat al-Quran yang diturunkan dan menjadi titik
tolak kepada perlaksanaan Islam sehingga zaman sekarang dan akan datang.
KESIMPULAN
Hijrah Rasulullah SW dan para sahabat ke Kota Madinah dengan segala
pengorbanan dan kepayahan telah meletakkan tapak dan platform yang kukuh
kepada umat Islam di seluruh dunia pada masa kini.Peluang beribadat dan

mengamalkan ajaran agama Islam dengan aman sekarang ini adalah hadiah
daripada pengorbanan besar yang dilakukan oleh kaum Muslimin zaman
Rasulullah dahulu.Seharusnya umat Islam tidak terpedaya dengan tohmahan
kaum Orientalis yang menuduh Rasulullah dan para sahabat sebagai pengecut
dan putus asa.ahkan merekalah yang telah menyelamatkan Islam dan umatnya
daripada terus difitnah dan diseksa sehingga boleh menghapuskan umat Islam di
muka bumi ini.Tanpa hijrah masyarakat dan Negara Islam tidak dapat dibentuk.
Terdapat tiga perkara pokok yang boleh dikutip daripada peristiwa hijrah
iaitu iman,hijrah dan jihad.(Abu Bakar Yang:2001)Ian menjadi titik tolak kepada
hijrah.Hijrah merupakan ujian kepada kekuatan iman yang kemudiannya akan
menghasilkan jihad ke jalan Allah dan menerusi jihad pula akan menjamin
kejayaan dalam perjuangan menegakkan masyarakat Islam.Ketiga-tiga rangkaian
inilah yang disebutkan oleh Allah di dalam surah at-Taubah ayat 20 yang
bermaksud,`Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta
berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih
besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah(yakni daripada orang-orang yang hanya
memberi minum orang-orang haji dan orang-orang yang memakmurkan masjid
sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Oleh yang demikian,umat Islam perlulah menghayati hijrah setiap masa
sebagai syiar kepada keimanan.Dengan iman itu seseorang individu Muslim
ataupun masyarakat Islam boleh berhijrah daripada sifat malas kepada sifat
rajin,sifat berpada-pada kepada sifat berusaha dan bertawakal,daripada maksiat
kepada ketaatan dan daripada kejahilan kepada kebijaksanaan dan sifat
bermusuhan dan bercakaran sesama sendiri kepada semangat perpaduan dan
ukhuwah agar tapak yang dibina oleh Rasulullah SAW dan para Muslimin zaman
awal dalam jeirh payah tidak hancur dan patah.

Anda mungkin juga menyukai