Anda di halaman 1dari 5

Kuih Cara Manis

Sumber: Majalah Perempuan Mac 1997


Hits: 2030 Rating: 1.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 300 gm tepung gandum
1 biji telur ayam
½ biji kelapa
4 helai daun pandan garam
gula
majerin
acuan baulu

Cara: Tepung gandum yang telah diayak dimasukkan ke dalam mangkuk.


Masukkan telur yang telah dipukul dan gaul sebati. Kemudian masukkan santan
bersama air daun pandan sedikit demi sedikit. Kacau agar tidak bergentil.
Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair dan masukkan sedikit garam.
Panaskan acuan baulu dengan sedikit majerin. Masukkan adunan dan tabur
sedikit gula di atasnya. Setelah bahagian tepi kuning bolehlah diangkat. Ambil
dua biji kuih cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan.
Kuih Cara Berinti
Sumber: Majalah Saji Ogos 2000
Hits: 1337 Rating: 0.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 250 gm cincangan kasar udang, garam dan lada sulah secukup
rasa
2 camca besar minyak
1/3 cawan sos cili

Bahan Bater:
150 gm tepung gandum, garam secukup rasa

Bahan A:
½ cawan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL
¾ cawan air
2 biji telur, dipukul sebati Beberapa titis pewarna makanan kuning
¼ cawan minyak

Bahan B:
¼ cawan bawang goreng
2 camca besar hirisan cili merah
2 camca besar hirisan daun bawang
2 camca besar hirisan daun ketumbar

Cara: Perasa cincangan udang dengan garam dan lada sulah. Tumis udang
dengan sos cili dalam minyak panas selama 2 minit. Ketepikan dari api dan
sejukkan. Ayak tepung dengan garam dan masukkan bahan A, kacau hingga
sebati. Kemudian letak acuan "kuih cara" atau "kuih bahulu" di atas api yang
kecil. Sapu acuan dengan sedikit minyak dan masukkan 2 camca besar adunan.
Letak 1 camca teh inti udang dan tabur bahan B ke atasnya. Tutup acuan
dengan penutupnya dan masak di atas api kecil selama 5 minit atau hingga
masak. Keluarkan dari acuan dan hidangkan.
Kuih Cara Berlauk
Kiriman: Nur Syahirah Said
Hits: 4744 Rating: 8.17 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: ½ kg tepung gandum
½ kg daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar (dihiris halus)
1 biji kelapa (diperah santannya)
½ liter air 1 biji telur
2 tangkai cili merah (dimayang)
1 tangkai daun sup (dihiris halus)
1 tangkai daun bawang (dihiris halus)
4 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara: Panaskan minyak dan tumis bawang. Bila layu masukkan rempah kari
daging dan sedikit air. Kemudian, kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging
dan kacau hingga masak. Angkat dan sejukkan. Bancuh tepung gandum dan
santan dan kacau hingga sebati. Masukkan garam dan gula dan kacau lagi
supaya tidak berketul. Biarkan adunan cair sedikit. Dengan menggunakan api
yang kecil, panaskan acuan kuih cara yang telah disapu minyak. Kemudian,
tuangkan adunan tepung ke dalamnya. Taburkan daging, daun bawang, daun
sup, dan hirisan cili merah ke atasnya dan tutup. Biarkan hingga masak.
Kuih Cara Pelangi Berlauk
Kiriman: riena
Sumber: resepi sendiri
Hits: 48 Rating: 0.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 1) 1 cawan Tepung gandum
2) 1 cawan santan pekat
3) pewarna kuning
4) sedikit garam
5) 2 cawan air
6) 1 biji telor
7) minyak untuk sapu acuan kueh

semua bahan disatukan dalam bekas dan kacau pastikan adunan tidak bergentel
dan sebati. bancuhan seperti membuat goreng pisang.jangan terlalu pekat dan
jangan terlalu cair.boleh tambahkan air jika terlalu pekat dan sila tambah sedikt
tepung jika cair. kerana saiz cawan mungkin tidak sama. bahan untuk inti.

1) daging cincang
2) ayam cincang
3) kentang cincang
4) lobak merah cincang
5) cili merah
6) daun sup/bawang
7) serbuk kari
8) sedikit rempah sup
9) 1 ketul kiub ayam
10)sedikit garam

bahagian 1)

masak semua bahan inti kecuali cili merah dan daun sup/daun bawang di dalam
kuali dengan sedikit air sampai kering. masukkan cili merah daun sup/daun
bawang yang dihiris halus. tutup api.

Cara: bahagian 2.

panaskan acuan cara dengan sapuan minyak. masukkan adunan tepung dan
letakkan intinya di tengah. dah masak bolehlah diangkat.
sedap dimakan untuk minum petang.

Cadangan Hidangan: hidangkan ketika masih panas.


Tambahan: pewarna untuk tepung boleh diganti dengan lain lain warna
kesukaan. ramuan untuk inti juga boleh ditukar kepada bahan bahan lain jika
tidak menggemari inti tadi.

Anda mungkin juga menyukai