Anda di halaman 1dari 11

I.

Pendahuluan
KONSEP PEJABAT@RUMAH

Konsep “bekerja dari rumah” atau “work from home” merujuk kepada mereka yang bekerja dari
kediaman mereka, rumah, apartmen, kondominium dan sebagainya. Mereka mungkin bekerja untuk
diri sendiri ataupun bekerja untuk sesebuah syarikat tetapi tidak perlu berada di premis pejabat
majikan untuk melaksanakan kerja harian mereka secara sepenuh masa atau atas dasar perlu sahaja.

Penganalisis ekonomi berpendapat bekerja dari rumah adalah cara bekerja masa akan datang. Di negara
Amerika Syarikat umpamanya, bekerja dari rumah sedang pesat berkembang dengan kadar
pertumbuhan tahunan kira-kira sepuluh peratus. Keinginan untuk mencapai economic self-sufficiency
memberi motivasi dan semangat kepada ramai penduduk negara itu untuk memasarkan kemahiran
dari kediaman mereka bagi memperolehi pendapatan.

Perkembangan semasa ini mendorong semakin ramai orang di seluruh dunia untuk mengurus semula
kehidupan mereka dengan bekerja dari rumah atau memulakan perniagaan dari rumah. Konsep ini boleh
menjadi sumber pendapatan utama seseorang ataupun kerjaya separa-masa bagi memperolehi pendapatan
sampingan untuk keluarga mereka.

Inovasi dan perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
terutamanya internet telah membuka peluang bagi membolehkan orang ramai bekerja dari rumah.
Dari pengalaman negara Barat, didapati bahawa sebahagian besar pengamal konsep bekerja dari rumah
memulakannya secara sambilan terlebih dahulu. Seterusnya, pekerjaan tersebut akan berkembang
menjadi pekerjaan sepenuh masa dan sumber pendapatan utama.

Di Malaysia, konsep bekerja dari rumah telah mula dipraktikkan oleh


masyarakat tempatan, tetapi belum lagi diamalkan secara meluas.
Kini terdapat sebilangan individu di Malaysia yang sudahpun
menjalankan kegiatan bekerja dari rumah secara kecil-kecilan.

Buku Panduan • Pejabat@Rumah 1


KELEBIHAN PEJABAT@RUMAH

Elemen utama dalam konsep Pejabat@Rumah ialah “kerja dan tugasan seseorang itu tidak perlu
dilakukan di pejabat atau kedai”. Ini merupakan keutamaan bagi mereka yang terpaksa membuat
pilihan sama ada untuk terus bekerja atau berhenti bekerja, terutama apabila mereka mempunyai
komitmen terhadap keluarga yang mendesak mereka supaya sentiasa berada di dalam atau berdekatan
dengan kediaman mereka.

Faedah yang diperolehi oleh individu yang mengamalkan konsep bekerja


dari rumah ialah:
• Berpeluang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga di
rumah.
• Berupaya memperolehi pendapatan dari kerja tersebut.
• Kegunaan terus kemahiran serta kepakaran yang ada.

Atas sebab-sebab inilah, konsep bekerja dari rumah mendapat sambutan


yang memberangsangkan daripada suri rumah, warga emas, golongan
kurang upaya serta individu yang ingin mencari pendapatan sampingan.

Melalui konsep ini, negara memperolehi faedah-faedah seperti berikut:


• Memanfaatkan tenaga mereka yang bekerja dari rumah dengan memberi
sumbangan ke arah pembangunan negara.
• Mengurangkan kebergantungan ke atas tenaga pekerja asing dalam
pelbagai sektor.
• Membantu mengurangkan kesesakan jalanraya dengan berkurangnya
bilangan orang yang memandu ke tempat kerja. Secara tidak langsung,
ini dapat meningkatkan produktiviti pekerja melalui pengurangan
pembaziran masa dalam perjalanan ulang-alik ke pejabat.
• Memberikan kesan yang positif kepada kualiti udara di bandar-bandar
utama disebabkan oleh pengurangan tahap pencemaran.

Buku Panduan • Pejabat@Rumah 2


II. Jenis-jenis Pekerjaan Yang Sesuai
Dialog Home Office anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
pada 18 Mei 2004 yang membincangkan konsep bekerja dari rumah serta pelaksanaannya dalam konteks
Malaysia telah membicarakan secara terperinci jenis-jenis perniagaan dan perkhidmatan yang sesuai
dijalankan di bawah konsep bekerja dari rumah.

Secara amnya untuk Pejabat@Rumah, seseorang itu mempunyai pilihan sama ada untuk:
• Menawarkan perkhidmatan kemahiran dan kepakarannya dengan menjadi pekerja maya/telepekerja
atau “teleworker”; atau
• Memulakan sebuah perniagaan.

III. Ciri-ciri Perniagaan Pejabat@Rumah


Berniaga dari rumah merupakan peluang yang sangat baik untuk menghasilkan pendapatan bagi sesiapa
sahaja yang mempunyai modal yang kecil tetapi ingin berniaga dan sentiasa berada bersama keluarga.

Memulakan perniagaan dari rumah memerlukan perancangan terperinci yang meliputi perkara-perkara
seperti menyediakan pejabat di rumah, merangka pelan perniagaan dan memenuhi permintaan pelanggan.

Ketahuilah ciri-ciri perniagaan berpusat dari rumah untuk mendapatkan gambaran


yang lebih jelas berkenaan dengan penubuhan sebuah perniagaan sedemikian.

Ia beroperasi dari rumah:


Hampir semua kegiatan boleh dikendalikan dari rumah kecuali kegiatan yang
memerlukan mesyuarat atau perjumpaan di luar. Hasil perniagaan boleh
diedarkan terus ke kedai-kedai atau melalui pengedar.

Ia menggunakan modal kecil:


Kemungkinan besar modal yang diperlukan adalah kecil, sekadar untuk menampung
kos permulaan sesuatu perniagaan, termasuk permit dan penggabungan yang
memerlukan wang. Peralatan asas, perabot dan telefon yang merupakan sebahagian
modal sudah pun tersedia.

Buku Panduan • Pejabat@Rumah 3


Sekiranya jawapan anda kepada semua soalan adalah “Ya”, anda sememangnya seorang usahawan
semulajadi. Jika terdapat beberapa kekurangan, jangan gugup - ambil langkah sewajarnya untuk
memupuk sikap-sikap tersebut!

Latihan Keusahawanan & ICT


Pada masa kini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sudah mula menawarkan
seminar sehari mengenai pejabat dari rumah untuk bakal usahawan, ibu tunggal, pesara, orang
istimewa dan siswazah yang menganggur.

Matlamat seminar ini adalah untuk memperkenalkan para peserta kepada konsep dan potensi
perniagaan dari rumah serta membantu menggariskan strategi pelaksanaan pejabat dari rumah
daripada pelbagai perspektif. Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
menawarkan lebih banyak kursus kemahiran asas untuk pejabat dari rumah di seluruh negara.

Tentukan pilihan
Langkah yang seterusnya adalah untuk menentukan bidang dan produk atau perkhidmatan yang
akan ditawarkan. Idea perniagaan boleh diilhamkan semasa anda mencari maklumat berkaitan minat
anda, ataupun apabila anda sedang merancang dengan terperinci kaedah untuk memperbaiki
keadaan tertentu.

Berikut adalah beberapa tip bagaimana minat, pengetahuan, pengalaman dan sebagainya boleh
dijadikan peluang perniagaan.

Pengalaman dan pengetahuan:


Seorang ibu yang telah membesarkan enam orang anak mungkin boleh
menggunakan pengalamannya untuk mengusahakan perkhidmatan penjagaan
kanak-kanak.

Hobi:
Jika anda berminat menjahit labuci dan manik pada pakaian sendiri sebagai
hobi, tawarkan perkhidmatan ini kepada kawan-kawan dan jiran-jiran sebagai
permulaan perniagaan anda.

Buku Panduan • Pejabat@Rumah 8

Anda mungkin juga menyukai