Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - bersihkan dan potong kecil-kecil
6 cawan air
1 sudu teh garam
3 akar ketumbar - ditumbuk
2 batang serai - dititik dan dipotong
10 tangkai cili akar - belah 2, buang biji jika tidak mahu pedas
6 helai daun limau purut - dicarik-carik
2 camca besar pes cili
3 camca besar sos ikan
3 camca besar jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar - dicincang kasar
3 helai daun pudina - dihiris serong
Cara Penyediaan :
Masukkan ayam, air dan garam ke dalam periuk. Panaskan hingga mendidih. Biarkan mereneh sehingga
ayam empuk.
Masukkan semua bahan yang lain kecuali daun ketumbar dan daun pudina. Masak selama 3-4 minit.
Tutup api.
Bahan-bahan:
bahan kisar:
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Penyediaan:
Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga garing. Masukkan rempah dan kacau sehingga mesra.
Masukkan ayam, kerisik, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mereneh. Masak sehingga ayam
menjadi lembut dan kuah menjadi pekat. Pastikan kacau sekali-sekala.
Tup api dan sedia untuk dihidangkan panas dengan nasi atau roti.
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Masukkan baki perencah yang digaul bersama ayam tadi diikuti 3 camca besar air dan gaul rata. Rasakan
dan tambah garam jika perlu.
Sudah masak, taburkan gajus dan cili. Gaul sebentar dan angkat unruk disajikan.
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
4 buah lada merah
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
3 biji buah keras
½ sudu teh lada putih
1 sudu teh biji ketumbar
½ sudu teh jintan kasar
½ sudu teh jintan halus
2 cm halia
3 cm kunyit
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan kayu manis, cengkih,
daun limau dan daun kunyit , panaskan hingga masak.
Masukkan ayam dan biarkan hingga ½ masak. Tambahkan 300 ml santan, masak dengan api kecil hingga
santan berkurang menjadi 2/3.
Masukkan baki santan dan masak terus hingga kuah kering.
Bakar dalam ketuhar yang sudah panas sambil sesekali diolesi baki kuah yang mengering hingga ayam
kekuningan. Angkat dan sajikan dengan nasi putih.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – dipotong mengikut saiz pilihan anda
6-8 cawan shortening
Bahan Salut:
1 biji telur, pukul
1 cawan susu
2 cawan tepung serbaguna
2 ½ sudu teh salt
¾ sudu teh pepper
¾ sudu teh MSG
1/8 sudu teh serbuk bawang putih
1/8 sudu teh Baking Powder
Cara penyediaan:
Bersihkan ayam dan letakkan di atas kertas tisu untuk menyerap air basuhan ayam.
Satukan telur dan susu di dalam sebuah mangkuk bersaiz sederhana besar.
Satukan bahan-bahan salut lain yang tinggal ke dalam mangkuk yang lain.
Ambil ketulan ayam satu per satu. Celup ke dalam adunan telur, kemudian golek-golekkan dalam
adunan tepung. Celup sekali lagi ke dalam adunan telur dan golek-golekkan sekali lagi ke dalam adunan
tepung untuk memastikan ayam tersalut sepenuhnya. Susun ayam yang telah disalut di atas pinggan
sebelum digoreng.
Setelah shortening panas, masukkan ayam yang telah disalut satu per satu. Goreng sebelah bahagian
selama 12-15 minit atau sehingga menjadi warna keemasan. Balikkan dan goreng sebahagian lagi
sehingga masak dengan sempurna.
Bahan-bahan:
Bahan I:
½ ekor ayam, potong 10 bahagian
2 batang daun bawang, potong 1 cm
2 genggam daun kemangi
3 tangkai lada hijau, hiris halus
10 tangkai lada api merah
½ labu bawang bombay, potong dadu kecil
2 batang serai, ambil putihnya, ketuk
2 helai daun salam
5 helai daun limau
400 ml santan pekat
Bahan II (kisar) :
4 ulas bawang putih
4 tangkai bawang merah
5 cm kunyit hidup
3 cm halia
1 sudu teh biji ketumbar
2 tangkai lada merah
4 sudu makan minyak masak untuk menumis
Cara Penyediaan:
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Bahan-bahan:
½ ekor ayam
4 ulas bawang merah – hiris nipis
2 ulas bawang putih – hiris nipis
1 kuntum bunga lawang
1 inci halia – hiris nipis
2 biji kentang
1 batang lobak merah
Lada sulah secukup rasa
Sedikit daun sup – potong halus
Sedikit minyak untuk menumis
6 cawan air
Cara penyediaan:
Panaskan api, tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang dan halia hingga naik bau.
Masukkan ayam, kentang, lobak dan lada sulah. Tutup periuk dan biarkan ayam separa masak.
Masukkan air dan biarkan mendidih.
Tutup api setelah ayam dan sayur telah empuk.
Taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau.
Masukkan hati ayam dan gaul hingga masak.
Angkat dan hidangkan.
Bahan hiasan:
potongan limau nipis
daun ketumbar
Cara penyediaan:
Cincang kasar bawang putih dan jeruk halia. Masukkan ke dalam lesung batu bersama biji ketumbar.
Tumbuk hingga menjadi paste.Masukkan jus halia, kicap, jus limau nipis dan minuak bijan. Gaul hingga
mesra.
Masukkan hujung kepak ayam ke bahagian kepak yang tebal membentuk segitiga. Buat satu per satu
hingga habis. Masukkan ke dalam mangkuk yang besar.
Masukkan paste yang telah dibuat awal tadi ke dalam mangkuk berisi ayam. Gaul sehingga mesra. Tutup
mangkuk itu dan simpan dalam peti ais untuk perapan selama beberpa jam atau paling baik semalaman.
Susun kepak ayam atas kertas aluminium di atas kuali leper dan bakar atas api sederhana sehingga
perang keemasaan atau sehingga masak anggaran selama 12-15 minit. Balikkan-balikkan untuk semasa
memasak supaya kepak ayam masak dengan sekata.
Hiaskan dengan potongan limau nipis dan daun ketumbar sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
250 gm ayam - potong kecil-kecil
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
½ sudu makan minyak bijan
4 cm halia – hiris halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu makan minyak masak.
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
1 tangkai cili merah – hiris halus
Sedikit daun bawang - hiris
Cara penyediaan:
Perapkan ayam dengan kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, halia dan serbuk lada hitam selama
setengah jam.
Panaskan minyak masak dan masukkan kesemua ayam bersama bahan perapan serta sos tiram dan gula.
Goreng sehingga ayam masak. Masukkan garam secukup rasa jika kurang masin.
Bahan-bahan:
2 ketul ayam
Sedikit lada hitam
Sedikit sos lea&perrine
Sedikit serbuk paprika (serbuk cili)
Garam secukup rasa
Bahan Sos:
Sedikit mentega
1 biji bawang besar
Sedikit herna rosemary
Sedikit lada hitam
100 ml air rebusan daging
Sedikit tepung gandum, gaul dengan sedikit mentega
Cara Penyediaan:
Perap ayam bersama lada hitam, serbuk paprika, sos lea&perrine dan garam secukup rasa. Perap selama
setengah jam.
Untuk sos, panaskan mentega dan tumiskan bawang besar, lada hitam dan rosemary sehingga naik bau.
Masukkan stok rebusan daging. Untuk pekatkan kuah, masukkan sedikit tepung gandum yang digaul
dengan sedikit mentega. Masak sehingga mendidih.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan bawng merah sehingga naik bau.
Teruskan memasak sehingga ayam masak dan kesemua bahan menjadi mesra.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
2 bawang besar – hiris bulat-bulat
2 biji buah tomato
1 cawan tomato sos
1 sudu makan gula
5 cm halia
1 bunga lawang
2 cm kayu manis
½ cawan mnyak masak
2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
2 cawan kacang peas
3 cengkih
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Cara penyediaan:
1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Toskan dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak untuk goreng ayam. Goreng ayam hingga garing.
3. Tumbuk/kisar cili kering hingga halus. Tumbuk kasar bawang merah dan halia.
4. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk bersama
cengkih dan bunga lawang.
5. Masukkan santan dan masak hingga mereneh.
6. Masukkan tomato sos, gula, garam dan kayu manis. Kacau selalu.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata dan biarkan mereneh selama 5 minit.
8. Masukkan bawang besar, tomato dan kacang peas.
9. Balik-balikkan ayam hingga sebati dengan kuah merah. Tutup api.
10. Hidangkan dengan nasi.
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Tumbuk atau kisar bawang putih bersama biji ketumbar hingga halus.
Hiris pedal dan hati ayam halus-halus dan gaul bersama 1 sudu bahan tumbuk/kisar.
Cincang telur rebus dan campur dengan campuran pedal dan hati. Gaul rata dan sumbatkan ke dalam
perut ayam. Tutup bahagian ayam yang tebuka dengan sematan lidi.
Satukan santan, asam jawa, garam dan lebihan bahan yang telah ditumbuk/kisar.
Masukkan ayam ke dalam periuk dan masukkan kesemua bahan campuran. Masak sehingga terbit
minyak. Keluarkan ayam dan bakar dalam oven/ salai hingga masak.
0 comments
Labels: Lauk / lain-lain, Resepi Ayam, Resepi Masakan Ayam
Resepi Ayam Kukus
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
2 cm lengkuas - ketuk
1 batang serai
2 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
3 ulas bawang putih
6 bawang merah
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
0 comments
Labels: Lauk / lain-lain, Resepi Ayam, Resepi Masakan Ayam
Resepi Kepak Ayam Devilled
Bahan-bahan:
750 gm kepak ayam
Tepung
1 sudu teh serbuk halia
4 batang seleri – potong kecil-kecil
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh serbuk lada hitam (halus)
6 ulas bawang putih
½ cawan cuka
Garam secukup rasa
1 sudu tepung jagung
1 cawan gula perang
½ cawan air
Cara Penyediaan:
1. Satukan tepung dengan garam, lada hitam dan halia. Gaul rata. Salut kepak ayam dengan campuran
tepung ini.
2. Panaskan minyak masak untuk menggoreng kepak ayam. Goreng kepak ayam hingga masak.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga keemasan.
4. Masukkan seleri, kicap, cuka, tepung jagung, gula perang dan air.
5. Kacau perlahan-lahan hingga gula larut sepenuhnya dan biarkan hingga mereneh.
6. Kecilkan api dan biarkan mereneh lagi selama 2 minit.
7. Masukkan kepak ayam yang telah dogoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
0 comments
Labels: Lauk / lain-lain, Resepi Ayam, Resepi Masakan Ayam, Resepi Masakan India
Resepi Satay Kajang
Bahan-bahan:
1.5 kg ayam — buang tulangnya
1 sudu teh jintan putih
½ sudu teh serbuk kayu manis
8 bawang merah (bawang kecil) – potong dadu
1 sudu teh ketumbar
2.5 cm kunyit hidup
1 sudu teh gula
1 serai
2 sudu makan kacang tanah – bakar tanpa minyak
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
Cara Penyediaan:
1. Potong kiub daging ayam. Tos dan ketepikan.
2. Kisar/tumbuk ketumbar, jintan putih, kunyit, kacang, garam dan gula. Gaulkan bahan-bahan yang
telah dikisar/tumbuk dengan serbuk kayu manis, bawang merah dan 1 sudu minyak masak. Lumur ayam
dengan adunan ini dan perap selama beberapa jam atau semalaman.
3. Cucuk 5 ketul daging ayam dengan lidi satay. Buat hingga habis.
4. Masak satay di atas bara arang. Balik-balikkan hingga masak sambil di percik minyak masak dengan
serai yang telah diketuk. Gunakan kipas tangan untuk mengawal bara arang.
5. Hidangkan dengan kuah kacang.
Cara Penyediaan:
1. Kisar kacang tanah kasar, ketepikan.
2. Kisar serai, halia dan lengkuas hingga halus.
3. Hiris bawang besar, goreng hingga layu.
4. Masukkan cili kisar dan kesemua bahan yang telah dikisar kecuali kacang.
5. Masukkan air asam jawa, kacang, gula dan garam. Teruskan masak sehingga kuah pekat.
0 comments
Labels: Resepi Ayam, Resepi Juadah Raya, Resepi Masakan Ayam, Resepi Satay
Resepi Ayam Vindaloo
Bahan-bahan:
1 ekor ayam sederhana besat — bersihkan dan potong
1 bawang besar — hiris
10 bawang merah - kisar
1 sudu biji sawi
1 sudu jintan putih
20 tangkai cili kering - kisar halus
1 kunyit hidup (kecil) - kisar halus
6 ulas bawang putih - kisar
2.5 cm halia - kisar
2 tangkai daun kari
Cuka secukup rasa
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak
Method:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan biji sawi dan jintan putih.
2. Setelah gemersik, masukkan bawang dan goreng hingga keemasan.
3. Masukkan semua bahan kisar dan tumis sehingga cili masak.
4. Masukkan ayam dan daun kari. Kacau rata. Masak sehingga ayam mesra dengan bahan-bahan tumis
tadi.
5. Kecilkan api, tutup dan biarkan seketika hingga ayam masak.
6. Masukkan cuka dan garam secukup rasa. Masak seketika dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
0 comments
Labels: Lauk / lain-lain, Resepi Ayam, Resepi Masakan Ayam, Resepi Masakan India
Resepi Ayam Carik Pandan
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Selamat mencuba.
0 comments
Labels: Lauk / lain-lain, Resepi Ayam, Resepi Masakan Ayam
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)