Anda di halaman 1dari 8

BAB SINOPSIS

1 Pak Yusuf gelisah menanti sarapan pagi daripada isterinya Mak Temah. Kegelisahannya
itu dapat dikesan oleh anak saudaranya Zahar yang sedang menggergaji kayu di bengkel
kayu milik Pak Yusuf.  Mak Temah datang membawa dulang berisi air kopi dan dua
pinggan bihun. Mak Temah meminta maaf daripada Zahar kerana lewat menghantar
sarapan dan Zahar menyatakan Mak Temah perlu meminta maaf kepada Pak Yusuf
kerana dari tadi menunggu air kopi yang merupakan minuman kegemarannya setiap
pagi. Mak Temah berlalu dengan pesanan daripada Pak Yusuf supaya menyediakan
makan tengah hari dan juga mempelawa anak buahnya Zahar makan tengah hari
bersama mereka. Zahar mencadangkan supaya rak kasut yang sedang dibuat oleh
mereka ini di siapkan lebih awal supaya dapat mengatasi masalah ketiadaan tempat
meletak kasut di surau. Pak Imam pasti sangat gembira dan mengucapkan terima kasih
kepada Pak Yusuf kerana menyiapkan rak kasut lebih awal daripada yang diminta. Pak
Yusuf bukanlah tukang kayu yang berkelulusan tinggi. Dia hanya belajar sendiri untuk
menjadi tukang kayu yang mahir. Hasil tukangannya dapat dijual dengan harga yang
murah kerana berkualiti. Pak Yusuf bertanyakan Zahar mengenai permohonan ke
IKM ,namun Zahar masih lagi menunggu keputusan yang dijangka keluar pada  minggu
hadapan. Zahar menyatakan jika suatu hari dia menjadi seorang tukang kayu yang mahir
dia akan memberitahu orang yang pendorong utama dia berjaya dalam bidang ini ialah
bapa saudaranya Pak Yusuf.

2 Mak Kiah tersenyum melihat kepulangan Zahar  dan terus bertanya sebab Zahar tidak
pulang makan tengah hari di rumah. Zahar menjelaskan bahawa dia  makan di rumah Pak
Yusuf kerana tidak sampai hati menolak pelawaan bapa saudaranya itu. Mak Kiah
menunjukkan sekeping surat yang dihantar Posmen pagi tadi. Dari fizikal surat tersebut
Zahar dapat mengagak bahawa surat tersebut daripada IKM dan setelah dibuka Zahar
tersenyum kerana telah ditawarkan mengikuti kursus pertukangan perabut di IKM Sungai
Petani.  Setelah selesai solat magrib, Zahar, Bakar dan Rahim duduk di bangku luar
masjid. Bakar mengusahakan kedai peninggalan arwah ayahnya dan sedang berusaha
mengembangkan perniagaannya. Zahar memberitahu rakannya bahawa dia telah
ditawarkan untuk ke IKM dan rakanya mengucapkan tahniah kepada zahar. Bakar
mengusik Zahar tentang hubungannya dengan suhaili yang merupakan rakan rapat Zahar
sewaktu di bangku sekolah. Suhaili kini melanjutkan pelajaran di ITM dan sudah
berada  di Tahun tiga  serta sedang menunggu keputusan peperiksaan akhir. Zahar
membaca semula surat tawaran memasuki IKM yang terletak di atas meja. Surat itu
dengan pantas mengembalikan ingatannya ke alam persekolahan yang telah
ditinggalkannya lebih tiga tahun lalu. Namun Zahar cepat sedar bahawa pelajaran yang
akan diikutinya nanti amat jauh berbeza dengan pelajaran yang pernah diikutinya semasa
di sekolah menengah dulu.
3 Zahar gelisah mencari jalan untuk berhubung dengan suhaili. Kebetulan pada waktu itu
jaringan telefon telah dipasang di kampung mereka. Orang yang berkemampuan seperti
Pak Karim iaitu ayah kepada Suhaili telah memasang telefon di rumah mereka. Zahar
berjaya menghubungi Suhaili dengan bantuan Rahim. Zahar dan Suhaili berjanji untuk
berjumpa pada keesokan hari di City Point Alor Setar. Zahar terimbas kembali kenangan
sewaktu berada di bangku sekolah. Suhaili seorang pelajar yang pandai tetapi pendiam.
Sukar untuk pelajar lain terutama pelajar lelaki untuk dekat dengannya kecuali Zahar.
Mereka berdua sering diusik oleh rakan-rakan sekelas. Zahar dicabar oleh Suhaili untuk
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beberapa hari sebelum
peperiksaan Zahar demam dan semasa peperiksaan berlangsung Zahar masih kurang
sihat. Dia tidak mampu menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Zahar
membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu bahawa dia akan melanjutkan pelajaran
dalam bidang kemahiran.

4 Zahar ke Alor Setar untuk berjumpa dengan Suhaili dengan menaiki bas. Zahar sengaja
datang awal untuk duduk-duduk sambil minum di sebuah warung. Mereka sengaja
berjumpa di Alor Setar supaya tidak diketahui oleh orang kampung dan tidak mahu
perjumpaan mereka boleh menimbulkan cerita yang kurang enak. Zahar mundar-mandir
di ruang legar tingkat bawah City Point sementara menuggu kehadiran Suhaili. Ketika
Zahar berdiri di tepi tangga menghadap jalan, kelihatan Suhaili sedang melintas jalan dan
datang ke arahnya. Suhaili yang berpakaian skirt berwarna merah jambu, kembang
berkedut dan baju juga berkedut di bahagian hadapan cukup menarik hati Zahar. Mereka
segera  ke Restoran KFC yang terletak di sebelah kompleks MPKS. Selepas duduk
membuat pesanan mereka bertanya khabar. Sambil menikmati hidangan Zahar
menyatakan tujuannya berjumpa dengan Suhaili. Zahar memberitahu bahawa dia telah
mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IKM. Suhaili memandang rendah dan
mempersoalkan cabaran yang pernah dilontarkannya kepada Zahar ketika di bangku
sekolah dahulu. Zahar menjelaskan yang dia tidak pernah melupakan cabaran
yang  pernah dibuat oleh Suhaili tetapi memberikan alasan bahawa ibunya tidak mampu
untuk menampung pengajiannya. Zahar juga menyatakan walaupun gagal menyahut
cabaran Suhaili dia tetap ingin membuktikan bahawa masih ada jalan lain untuk berjaya
dalam hidup. Suhaili tetap dengan pendiriannya dan memperlekehkan hasrat Zahar.
Suhaili tergesa-gesa membuat bayaran dan terus meninggalkan Zahar. Zahar berasa
curiga dan mengekori Suhaili tampa pengetahuannya dan mendapati Suhaili menaiki
kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tampan yang berusia lingkungan tiga puluhan
dan terus meninggalkan tempat tersebut.

5 Pak Yusuf menegur sikap zahar yang dari pagi kelihatan muram. Pak Yusuf cuba bertanya
tentang masalah Zahar yang menyebabkan dia bersikap demikian. Zahar
menyembunyikan sebab sebenar dan memberikan alasan yang lain. Mak Temah bertanya
Zahar ke mana Zahar pergi semalam kerana dia  tidak kelihatan di rumah. Zahar
menyatakan bahawa dia ke Alor Setar untuk membeli barang keperluan sebagai
persediaan ke IKM. Pak Yusuf mempelawa Zahar untuk makan tengah hari di rumahnya.
6 Zahar ditemani Pak Yusuf pergi ke Sungai Petani dengan menaiki teksi kepunyaan Pak
Usin untuk mendaftar di IKM. Teksi tersebut juga dinaiki oleh Tauke Lim yang mempunyai
hal mustahak di Sungai Petani. Dalam perjalanan mereka bersembang mengenai masa
depan pelajar lulusan ITM dan IKM. Peluang kerja bagi pelajar lepasan ITM dan IKM
dikatakan mempunyai  peluang kerja yang baik dalam sektor kerajaan dan juga swasta.
Ingatan Zahar terimbas kejadian Suhaili dan pemuda kacak di Alor Setar tempoh hari.
Sesampainya di IKM Zahar terus menuju ke tempat pendaftaran. Setelah selesai
mendaftar Zahar kembali mendapatkan Pak Yusuf. Kelihatan Pak Yusuf sedang duduk di
bangku simen dengan seorang lelaki separuh umur, berbadan tegap dan bersongkok. Pak
Yusuf memperkenalkan Zahar kepada Pak Cik Kamil yang sama-sama datang
mendaftarkan anak perempuanya yang bernama Norimi. Ketika Norimi datang kepada
mereka Pak Cik Kamil memperkenalkan Norimi kepada Zahar dan Pak Yusuf. Mereka
berbual seketika dan seterusnya beredar ke asrama. Setelah mendapatkan kunci bilik
Zahar dan Pak Yusuf bergerak ke asrama. Mereka tertarik dengan beberapa orang pelajar
yang sedang berkerumun di hadapan papan kenyataan. Zahar membaca poster
berkenaan minggu suai kenal pelajar baru yang perlu berkumpul di padang pada jam 230
petang. Zahar kembali melangkah diikuti pak Yusuf dengan persoalan yang bermain di
fikirannya  iaitu tentang minggu suai kenal tersebut.

7 Bermulanya kehidupan Zahar sebagai pelajar IKM. Pada waktu petang selepas
pendaftaran bermula program orientasi pelajar baharu IKM. Pelajar senior mengarahkan
semua pelajar baru berkumpul di padang untuk tujuan gotong royong. Zahar bersama-
sama  rakan-rakan baharunya membersihkan kawasan belakang IKM yang akan didirikan
bangunan asrama baharu. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang
di ketuai oleh seorang pelajar senior. Pelajar perempuan ditugaskan untuk mengangkat
rumput yang telah ditebas untuk dibawa ke tempat pembakaran.  Selepas selesai gotong
royong mereka diarahkan ke dewan makan untuk minum petang. Setelah selesai minum
pelajar diberi masa untuk berehat dan menguruskan diri. Program disambung pada
sebelah malamnya.

8 Minggu suai kenal sudah berakhir. Semua pelatih baru telah ditempatkan dalam kelas
mengikut bidang kursus masing-masing. Cikgu Baharum, guru kelas Zahar memulakan
kelas dengan memberi peluang kepada pelatih-pelatihnya untuk berkenal-kenalan
dengan lebih dekat. Seterusnya cikgu Baharum memberikan penerangan ringkas latihan
Pertukangan Perabut. Zahar berasa kagum melihat peralatan yang serba lengkap di
dalam bengkel. Cikgu Baharum membawa semua pelatihnya ke stor
menyimpan  pelbagai jenis kayu dan papan bermacam-macam ukuran. Zahar dan pelatih-
pelatih lain tertarik melihat deretan mesin yang terletak di sebelah stor itu. Pada akhir
kelas, Cikgu Baharum membahagi-bahagikan alat pertukangan yang perlu kepada pelatih-
pelatihnya. Cikgu Baharum menyampaikan sedikit nasihat kepada semua pelatih. Zahar
berjanji pada dirinya untuk berusaha bersungguh-sungguh menjadi seorang pelatih yang
berjaya dan membuktikan anggapan sesetengah orang yang memandang rendah
terhadap lulusan IKM itu tidak benar. Selepas minum petan, Zahar berjumpa dengan
Norimi untuk kali pertama sejak selesainya minggu suai kenal. Mereka berbual-bual
sambil ditemani oleh Ramli dan Habsah. Mereka merancang untuk keluar ke Sungai
Petani untuk membeli alat-alat lukisan untuk kegunaan Norimi dan Habsah.

9 Zahar pulang ke kampung pada pagi hari sabtu setelah beberapa minggu berada di
IKM.  Zahar berasa pelik dengan suasana kampung setelah mula melangkah masuk ke
kampungnya. Dua tiga orang laju berbasikal  menuju ke rumah Pak Karim. Di sudut
halaman rumah Pak Karim yang luas itu kelihatan orang sedang memasak menggunakan
kawah yang besar dan suasana agak riuh rendah. Zahar terfikir bermacam-macam
perkara walaupun pada hakikatnya dia tidak mahu memikirkan hal keluarga Pak Karim.
Zahar terus melangkah pulang ke rumahnya. Adiknya Zakri memaklumkan bahawa abang
dan emaknya pergi ke rumah pak karim makan kenduri. Zahar menyalin pakaian dan
terus turun untuk ke rumah Pak Yusuf. Rumah Pak Yusuf lenggan kerana Pak Yusuf dan
isnterinya ke rumah Pak Karim. Zahar masuk kebangsal pertukangan Pak Yusuf melihat
keadaan sekeliling yang tidak banyak berubah. Terdapat sebuah almari pakaian yang
sudah berdiri tegak. Dia teringat akan pesanan Cikgu Baharum bahawa perabot yang
bermutu tinggi bukan terletak pada ukiran yang unik tetapi juga pada kerja yang cermat,
teliti, halus dan berseni. Zahir terbayang suasana kenduri di rumah Pak Karim. Zahar di
sapa oleh Pak Yusuf yang baharu saja tiba di rumah. Pak Yusuf bertanyakan zahar bilakah
dia sampai dan adakah dia pergi ke majlis kenduri di rumah Pak Karim. Zahar mengatakan
yang dia baru sahaja tiba dan segan untuk ke majlis tersebut. Zahar terbayang bengkel
baru yang lebih maju beroperasi di rumah Pak Yusuf. Lamunan Zahar putus dan dia
melihat Mak Temah berjalan menuju ke arahnya. Mak Temah mengusik Zahar dan
bertanyakan soal Suhaili. Mak Temah mengajak Zahar untuk makan nasi kenduri yang
dibawa pulang dari rumah Pak Karim.

10 Setiap awal bulan, suasana di pejabat IKM agak sibuk. Zahar dan pelatih-pelatih berbaris
menunggu giliran untuk mengambil wang imbuhan masing-masing. Setelah
menandatanggani baucar, wang imbuhan sebanyak RM 200 yang diterimanya dengan
perasaan gembira dan bersyukur. Dengan wang itulah dia menampung perbelanjaannya
di IKM. Setelah mengambil imbuhan, Zahar segera keluar menuju ke tempat surat.
Kelihatan Norimi dan Habsah sedang melihat sampul-sampul surat yang hampir
memenuhi rak. Habsah menyatakan ada surat untuk Zahar. Norimi bertanyakan daripada
siapa surat tersebut dan Zahar menjelaskan bahawa surat ini datangnya daripada adiknya
di kampung. Norimi tidak berpuas hati dan merampas surat itu daripada Zahar untuk
melihat sampulnya. Norimi menyatakan surat itu bercop posnya di Shah Alam dan tulisan
orang perempuan sambil melirik senyuman kelat kepada Zahar. Zahar meminta semula
surat itu daripada Norimi dan menafikan dakwaan Norimi itu. Perbualan mereka terhenti
apabila pengetua keluar dari pejabat dan Zahar melangkah pantas menuju ke kelasnya.
Zahar membelok ke tandas dan menatap sampul surat di tanganya. Dengan tidak sabar
dia terus membuka sampul surat dan membacanya. Rupa-rupanya surat itu dikirim oleh
suhaili. Isi surat tersebut menyatakan hasrat Suhaili untuk meleraikan ikatan hati kerana
masing-masing memilih haluan yang berbeza. Suhaili juga menyatakan rasa hampa
dengan jalan yang dipilih oleh Zahar dan beranggapan haluan yang dipilih oleh Zahar
tiada masa depan. Niatnya untuk membuang air kecil terbantut di situ sahaja dan terus
bergegas keluar dan berlajan pantas masuk semula ke kelasnya. Zahar meneruskan
kerjanya menyiapkan sebuah kerusi. Sementara menunggu cikgu Baharum datang untuk
melihat hasil kerjanya, fikirannya terbawa kembali pada surat yang diterimanya. Surat itu
tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya terus menguatkan tekadnya untuk
mencapai cita-citanya .Zahar berazam untuk membuktikan bahawa dia boleh menjadi
manusia yang berjaya dalam hidup yang penuh pancaroba ini.

11 Norimi dan Zahar bertengkar mengenai surat yang diterima Zahar tempoh hari. Dengan
rasa tidak puas hati Zahar memberikan surat tersebut untuk dibaca oleh Norimi. Setelah
selesai membaca barulah Norimi tahu perkara sebenar yang di hadapi Zahar. Norimi
datang menghampiri Zahar yang ketika itu sedang berdiri menghadap padang
memerhatikan rakannya bermain bola sepak. Zahar tidak menghiraukan Norimi. Norimi
meminta maaf atas sikapnya yang suka mengusik Zahar mengenai surat tersebut. Zahar
berharap agar Norimi berpuas hati dengan ini kandungan surat tersebut dan meminta
Norimi menjadi penawar luka hatinya. Ramli menjerit memanggil Zahar dari tengah
padang dan Maarof berlari-lari anak menghampiri zahar dan mengajak Zahar dan
mengajaknya berlatih bersama kerana kekurangan pemain.

12 Bas yang membawa pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan penyokong-
penyokongnya bergerak meninggalkan perkarangan IKM Alor Setar. Maarof sebagai
ketua pasukan memuji Zahar kerana menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan
persahabatan tersebut dan meminta rakan-rakan memberikan tepukan kepada
Zahar.  Zahar dengan rasa rendah diri menyatakan kejayaan pasukannya bukan hanya
bergantung kepada dirinya seorang tetapi kerjasama semua pemain dan penyokong-
penyokong. Maarof juga meminta semua pemain turun berlatih untuk memperkemas
permainan bagi menghadapi perlawanan akan datang.

13 Perlawanan timbal balik pertandingan bola sepak antara pasukan bola IKM Alor Setar dan
pasukan IKM Sungai Petani berlangsung sengit. Namun pasukan bola sepak IKM Sungai
Petani memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0. Kemenangan mereka
dibantu oleh ketangkasan Redzuan menjaga gawang dan sokongan pelatih dan tenaga
pengajar yang memberikan sokongan di tepi padang. Pasukan bola sepak Sungai Petani
tidak begitu meraikan kejayaan kerana menghormati pasukan lawan sehingga mereka
pulang. Mereka merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pihak
luar untuk mengeratkan perhubungan.

14 Sebelum bermulanya peperiksaan, semua kegiatan luar ditangguhkan sementara waktu.


Semua pelatih gigih membuat persediaan untuk peperiksaan. Pelatih-pelatih baharu akan
mengambil peperiksaan asas.  Zahar awal-awal lagi berazam untuk mencapai kejayaan
yang cemerlang. Tiba hari peperiksaan semua pelatih awal-awal lagi sudah berada di
dalam bengkel. Tanpa melupakan pesanan Cikgu Baharum, Zahar memulakan
peperiksaan dengan tenang. Hari pertama peperiksaan berakhir,  Zahar berasa cukup
puas hati dengan hasil kerjanya. Bila peperiksaan disambung pada  keesokan harinya,
Zahar semakin yakin dengan kebolehan dirinya. Dua minggu selepas peperiksaan, semua
pelatih bercuti semester selama tiga minggu. Cuti adalah peluang yang dinantikan oleh
Zahar untuk mempraktikkan kemahiran yang ditimbanya di IKM bagi membantu Pak
Yusuf di bengkelnya.
15 Kesempatan bercuti di kampung memang menggembirakan Zahar. Apatah lagi keadaan
ibunya sihat dan dapat bekerja dengan baik. Cuma mengusik hatinya apabila terpaksa
melintasi rumah Suhaili untuk sampai ke rumahnya.Walaupun hatinya terusik, pada masa
yang sama usikan itu menguatkan lagi awamnya untuk mengorak langkah hingga ke
mercu kejayaan. Selepas sarapan pagi, Zahar terus ke rumah Pak Yusuf. Pak Yusuf
terkejut dengan kepulangan Zahar dan mereka berbual-bual dengan mesra. Kemunculan
Mak Temah membantutkan perbualan mereka. Mak Temah juga terkejut dengan
kedatangan Zahar pada pagi itu. Pada masa yang sama gembira kerana Zahar dapat
membantu Pak Yusuf yang akhir-akhir ini banyak mendapat tempahan membuat
perabot.

16 Setelah tiga bulan menunggu dengan penuh debaran, keputusan peperiksaan yang di
nanti-nantipun diumumkan. Zahar telah lulus dengan cemerlang. Cikgu Baharum juga
tersenyum girang kerana hanya seorang sahaja pelatihnya gagal dan dikehendaki
mengulang semula peperiksaan. Cikgu Baharum memberi nasihat kepada semua
pelatihnya agar tidak lalai dan berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai. Suasana
gembira dengan keputusan peperiksaan bukan sahaja tercetus dalam kalangan pelatih-
pelatih Pertukangan Perabot tetapi juga semua pelatih yang mengambil peperiksaan
asas. Norimi juga mendapat keputusan yang cemerlang.

17 Enam bulan yang dilalui terasa cukup singkat. Pelatih-pelatih perlu bekerja keras
menjalani latihan yang lebih intensif kerana akan menduduki dua peperiksaan dalam
masa yang singkat. Zahar tidak menghadapi sebarang masalah. Doa restu daripada ibu
dan dorongan daripada Pak Yusuf membuatkan fikirannya sentiasa tenteram dan
bersemangat untuk berjaya dalam peperiksaan berikutnya. Dalam masa yang sama,
ingatannya pada Suhaili kian luput. Pengalaman pertama semasa menduduki peperiksaan
asas, banyak membantu Zahar dan rakan-rakannya ketika menduduki peperiksaan
peringkat pertengahan. Peperiksaan akhir  sijil IKM pula diadakan selepas tiga minggu
peperiksaan peringkat pertengahan. Zahar dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan
itu dengan lebih yakin. Seminggu sebelum bermulanya cuti semester ketiga, pelatih-
pelatih dimaklumkan mengenai latihan di dalam loji yang diwajibkan kepada mereka.
Zahar yang tidak banyak kerenah dan sanggup dihantar ke mana-mana  sahaja,
menerima dengan senang hati tawaran latihan di dalam loji di sebuah kilang perabot di
Kemunting, Perak. Begitu juga dengan Ramli, Habsah, dan Norimi yang mendapat tempat
latihan dalam loji pilihan masing-masing. Satu majlis perpisahan telah diadakan secara
sederhana sahaja. Pengetua berucap memberikan kata-kata nasihat kepada pelatih-
pelatih yang telah tamat kursus mereka. Majlis peperiksaan yang diatur secara tidak
formal pada malam itu berlangsung dalam suasana yang mengharukan kerana
mengenangkan kemesraan yang terjalin selama ini akan berakhir  selepas peperiksaan
berlangsung.

18 Selama tiga minggu bercuti di kampung, Zahar sibuk dengan kerjanya. Setelah seminggu
membantu ibunya, barulah zahar berpeluang membantu pak Yusuf pula. Selepas
menghabiskan cuti, Zahar ke Taiping untuk menjalani latihan di  dalam loji di kilang
perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Ketua Unit Personel menyambut ketibaan
Zahar dengan mesra. Seterusnya Zahar diperkenalkan kepada Encik Manaf, Penyelia Unit
Pengeluaran. Zahar di bawa ke blok pengeluaran untuk melihat operasi pengeluaran
perabot. Pada waktu rehat tengah hari, Zahar berpeluang berkenalan dan beramah
mesra dengan pekerja kilang.  Di situlah Zahar berkenalan dengan Razali yang
mengajaknya tinggal bersama-sama.

19 Suhaili gelisah apabila terpandang Zahar dari dalam pejabatnya. Suasana pejabat yang
dingin ibarat haba pada waktu itu. Perasaan Suhaili bercampur baur dan dia berasa tidak
bersemangat untuk meneruskan kerjanya.  Suhaili  berjalan ke bahagian Personel yang
terletak tidak jauh dari bahagian pemasaran untuk berjumpa Miss Ooi, Ketua Unit
Personel  bertanyakan tentang Zahar.

20 Setelah dua minggu mengikuti latihan, Zahar sudah dapat menyesuaikan diri sepenuhnya
dengan suasana kerja di kilang. Dia mudah didekati dan hubunganya dengan rakan-rakan
sekerja begitu mesra walaupun baru dua minggu bertegur sapa.  Zahar bertuah dapat
berkawan dengan Razali yang rajin dan tidak banyak kerenah. Zahar yang ditugaskan di
bahagian pemasangan, bekerja dengan tekun. Zahar dikejutkan oleh kedatangan Encik
Manaf yang memaklumkan Ketua Unit Pemasaran ingin berjumpa dengannya. Zahar
terus ke bahagian pemasaran dengan perasaan berdebar dan tertanya-tanya. Zahar amat
terkejut kerana orang yang ingin berjumpanya ialah kawan lamanya, Suhaili. Zahar serius
dalam perbualan mereka namun Suhaili kelihatan cuba untuk senyum dan berbaik-baik.
Kerana berselisih pendapat Zahar dan Suhaili bertengkar sehingga menyebabkan Zahar
bangun meninggalkan bilik dengan tergesa-gesa.

21 Zahar duduk di meja ruang tamu menghirup kopi setelah pulang dari kerja. Dia teringat
rakan-rakannya di kampung  dan juga Norimi yang merupakan kawannya di IKM. Surat
tidak sempat untuk dihantar kerana dia tidak  ada perasan untuk menulis surat. Ketika
mula menulis, Razali tiba dengan membawa bungkusan plastik berisi kuih. Zahar berhenti
menulis dan  menikmati minum petang bersama Razali. Ketika minum bersama, razali
bertanyakan Zahar yang kelihatan muram setelah berjumpa dengan Penolong Ketua Unit
Pemasaran. Pada mulanya Razali ingin merahsiakan hal tersebut tetapi akhirnya terpaksa
menceritakan perkara yang sebenar kepada Razali.

22 Setelah berbulan-bulan menjalani latihan, Zahar menerima berita gembira iaitu dia telah
lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun dengan mendapat
pangkat satu. Zahar sedar Suhaili cuba berbaik semula dengannya tetapi dia masih
mampu mengelak daripada berselisih dengan Suhaili. Dia juga tahu bahawa Suhaili masih
berhasrat untuk menemuinya. Bukan dia tidak mahu menemui Suhaili, tetapi bagi Zahar
tiada gunanya dia menemui Suhaili untuk berbual kosong kerana hal tersebut hanya akan
mengembalikan kenangan lama. Kenangan lama akan tetap dipadamkannya dengan apa
jua cara. Dia lebih senang berehat selepas pulang dari kerja. Jika tidak berjoging atau ke
bandar Taiping untuk membeli keperluan, masanya dihabiskan dengan menulis dan
membalas surat kawan-kawannya. Zahar lebih tertarik membaca surat daripada Norimi
yang penuh dengan kata-kata puitis  dan ada persoalan yang sukar untuk dijawab.
Pengalaman telah mengajarnya supaya tidak terlalu emosional. Dia tidak mahu
terperangkap dalam sangkar rasa yang boleh menggoyahkan cita-cita yang belum
tercapai. Tempoh enam bulan menemui kesudahannya. Begitu cepat masa berlalu
meninggalkan kenangan manis dan pahit sepanjang menjalani latihan di dalam loji. Zahar
terharu apabila diraikan dalam satu majlis ringkas yang di adakan untuknya. Selepas
majlis itu berakhir, dia sempat bertemu dengan Suhaili.

23 Setelah berfikir masak-masak Zahar membuat keputusan bahawa bengkel perabot yang
akan didirikannya mestilah terletak atas tanah milik ibunya sendiri. Zahar bersyukur
dengan pembangunan di kampungnya dan berasa rugi jika pembangunan yang disalurkan
oleh kerajaan tidak di manfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat. Ibunya cukup
gembira mendengar perancangannya untuk membina bengkel perabot di halaman rumah
mereka dan Pak Yusuf tidak membantah. Zahar berasa dirinya cukup bernasib baik
kerana pinjaman yang dimohonnya lulus dalam masa yang singkat. Sumbangan Pak Yusuf
dan wang elaun serta sagu hati semasa menjalani latihan di dalam loji dahulu
membolehkannya membina sebuah bengkel lengkap dengan mesin utama. Masyarakat
kampung bekerjasama mendirikan bengkel tersebut dan disajikan dengan jamuan makan
tengah hari.

24 Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai setelah tersiarnya rencana “Kejar
Kejayaan Selepas Dihina Kekasih”. Zahar memilih nama “Meniti Impian” kerana nama
itulah paling sesuai bagi mendukung makna yang besar dan tersendiri pada dirinya.
Perniagaanya semakin maju, malah Zahar juga menawarkan tiga tempat di bengkelnya
kepada pelatih Pertukangan Perabot yang terlibat dengan latihan di dalam loji. Pak Yusuf
memainkan peranan penting dalam membantu Zahar memasarkan perabotnya. Zahar
sendiri juga berusaha untuk mendapatkan pasaran luar bagi mengembangkan lagi
perniagaannya. Pihak MARA juga cuba membantu untuk memasarkan barangan
pengusaha-pengusaha perabut bumiputera. Ketika berehat di ruang tamu bersama Pak
Yusuf selepas makan tengah hari, posmen tiba dan menghulurkan dua pucuk surat
kepada zahar. Zahar mendapat dua pucuk surat daripada Suhaili dan Norimi. Pak Yusuf
dan Mak Kiah bertanyakan Zahar dari mana datangnya surat tersebut. Zahar menyatakan
surat tersebut daripada Norimi yang mengatakan akan datang pada hari penyampaian
sijil di IKM bersama ayahnya nanti.

Anda mungkin juga menyukai