Anda di halaman 1dari 3

MENITI IMPIAN KARYA OSMAN AYOB

SINOPSIS

Zahar seorang pelajar yang mempunyai keazaman


dan cita-cita yang tinggi. Impiannya untuk melanjutkan
pelajaran ke ITM selepas menduduki peperiksaan SPM
musnah. Hal ini berlaku demikian kerana dia demam
sewaktu peperiksaan berlangsung. Kemiskinan
menyebabkan Zahar tidak berpeluang untuk belajar
semula. Zahar terpaksa memikul tanggungjawab untuk
membantu dua orang adiknya yang masih bersekolah.
Bapa Zahar telah meninggal dunia, sementara ibunya
hanya mengambil upah menoreh getah dan menganyam
tikar mengkuang bagi menyara kehidupan mereka
sekeluarga. Tanggungjawab sebagai anak sulung
memaksa Zahar melupakan impiannya untuk ke menara
gading seketika. Tindakannya itu telah disalahertikan
oleh kawan baiknya, Suhaili. Suhaili menganggap
Zahar sebagai manusia yang gagal kerana tidak berjaya
ke ITM walaupun semasa di sekolah mereka telah
berjanji bersama-sama untuk ke ITM.

   

Bagi meringankan beban ibunya, Zahar membantu bapa saudaranya,


Pak Yusuf di bengkel perabot. Pak Yusuf dapat mengesan bakat,
keazaman, dan kemahiran yang dimiliki oleh anak saudaranya itu. Dia
sentiasa memberi perangsang dan dorongan agar Zahar berjaya suatu
masa nanti. Zahar memberitahu Pak Yusuf bahawa dia sangat
berminat dalam kerja pertukangan perabot dan bercita-cita untuk
memiliki bengkel perabot suatu masa nanti. Oleh itu, dia telah
membuat permohonan ke IKM bagi memenuhi impiannya itu. Pak
Yusuf berasa amat gembira. Pak Yusuf berharap agar Zahar dapat
meneruskan warisannya sebagai tukang perabot di kampungnya
nanti. 

Impian Zahar untuk ke IKM terlaksana. Permohonannya untuk


mengikuti kursus Pertukangan Perabot telah berjaya. Dia ingin
berkongsi kegembiraan bersama kawan baiknya, Suhaili yang telah
pun berada di tahun akhir di ITM. Suhaili memandang rendah
terhadap kejayaan Zahar. Bagi Suhaili, IKM tidak akan menjanjikan
masa depan yang baik untuk Zahar. Suhaili beranggapan bahawa IKM
hanya melahirkan pelatih yang gagal dan akhirnya merempat. Zahar
menyimpan azam untuk membuktikan bahawa lepasan IKM juga
dapat mencipta kejayaan pada masa depan. Kesedihan Zahar semakin
terasa apabila melihat Suhaili memasuki kereta yang dipandu oleh
seorang lelaki yang tampan.

     Semasa di IKM, Zahar telah menunjukkan prestasi yang amat


cemerlang dalam peperiksaan dan juga latihan amali. Di sana Zahar
telah berjumpa dengan rakan-rakan baharu yang juga mempunyai
cita-cita sepertinya. Kesedihan hatinya sedikit terubat apabila bertemu
dengan Norimi yang mengikuti bidang Lukisan Seni Bina. Selepas
enam bulan berkursus, Zahar dan rakan-rakannya telah diarahkan
untuk mengikuti latihan praktikal di kilang. Zahar telah diterima
menjalani latihan di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. 

     Kilang itu terletak di kawasan perindustrian Kamunting, Taiping.


Secara kebetulan, Suhaili turut bekerja sebagai Penolong Ketua Unit
Pemasaran di kilang yang sama. Suhaili berasa bersalah atas kata-
katanya terhadap Zahar dahulu. Dia cuba meminta maaf dan ingin
membantu Zahar untuk bekerja di kilang tersebut tetapi Zahar
menolak bantuan Suhaili itu dengan tegas. Hatinya kini telah dimiliki
oleh orang lain dan dia tidak mahu meminta pertolongan kepada
orang yang pernah menghinanya dahulu. Sampai masanya latihan
praktikal Zahar di kilang itu tamat. Zahar diberi pujian oleh pihak
pengurusan kilang kerana telah menunjukkan prestasi yang
cemerlang.

     Selepas menamatkan kursusnya di IKM, Zahar kembali ke


kampung. Dia menyatakan keinginannya untuk membuka sebuah
bengkel perabot di kampung kepada ibunya, Pak Yusuf, dan rakan-
rakan lamanya. Mereka sangat gembira kerana impian Zahar akhirnya
terlaksana. Dengan bantuan pinjaman kewangan daripada MARA
sebanyak RM 10,000 dan juga sumbangan daripada Pak Yusuf
sebanyak RM5,000, Zahar telah berjaya membuka bengkel
perabotnya. Kini, segala Impian Zahar tercapai. Zahar berjaya
membuktikan kepada Suhaili bahawa belajar di IKM juga mampu
untuk mengubah nasib seseorang. Bengkel perabotmilik Zahar
menjadi makin terkenal apabila kisah perjalanan hidupnya untuk
mencapai impiannya itu tersiar dalam akhbar. Norimi mengirim surat
kepada Zahar dan itu ialah tanda bahawa dia akan dapat
melangsungkan hubungan dengan gadis tersebut. Bapa saudara Zahar,
Pak Yusuf juga mengharapkan Zahar akan berjodoh dengan Norimi.

Anda mungkin juga menyukai