Anda di halaman 1dari 4

Bab 1: Cita-cita

– Pak Yusuf berasa simpati akan nasib yang menimpa anak saudaranya, Zahar
– Selepas gagal menduduki tingkatan enam, Zahar banyak mendiamkan diri
dan termenung
– Impian Zahar untuk belajar terhalang kerana ibunya tidak mampu
– Ibu Zahar perlu menanggung belanja persekolahan dua orang adik Zahar
– Zahar sanggup bekerja di bengkel perabot kecil milik Pak Yusuf untuk
membantu ibunya
– Pak Yusuf tahu bahawa Zahar mempunyai keazaman dan cita-cita yang tinggi
untuk berjaya
– Pak Yusuf bertanya kepada Zahar tentang keputusan temu duganya tempoh
hari
– Zahar menjawab bahawa keputusan temu duga tersebut mungkin keluar
dalam minggu itu
– Pak Yusuf berharap agar Zahar dapat masuk ke IKM
– Walaupun dengan peralatan yang serba kekurangan, Pak Yusuf dapat
menghasilkan perabot yang baik seperti yang diminta oleh orang kampung
dengan bantuan Zahar
– Pak Yusuf sentiasa memberi perangsang kepada Zahar agar dapat mencapai
impiannya untuk belajar di IKM
– Pak Yusuf yakin bahawa Zahar akan cepat mahir jika mendapat latihan yang
lebih sempurna
Bab 2: Tawaran
– Mak Kiah menunggu kepulangan Zahar di rumah pada tengah hari itu
– Mak Kiah menunjukkan sekeping surat kepada Zahar 
– Zahar membaca surat itu – berjaya masuk ke IKM – ditawarkan Kursus
Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani
– Zahar berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakannya, Bakar dan Rahim
– Zahar teringat sewaktu zaman persekolahannya dahulu dan kejayaan Suhaili
belajar di ITM
– Zahar berasa rendah diri – hanya mampu belajar di IKM jika hendak
dibandingkan dengan Suhaili
– Zahar pulang dari masjid menunaikan solat isyak – termenung
– hatinya berkonflik – mahu memberitahu Suhaili tentang tawaran yang
diterimanya siang tadi atau tidak 
– Hati Zahar resah gelisah apabila teringatkan Suhaili bekas rakan sekolahnya
dulu
– Hingga lewat malam baru Zahar dapat melelapkan mata
Bab 3: Cabaran
– Zahar ingin berkongsi kegembiraannya dengan Suhaili
– Zahar menelefon Suhaili
– Zahar berasa gembira – Suhaili sudi bertemu dengannya di City Point, Alor
Setar
– Zahar mengimbas kembali kenangan sewaktu di sekolah
– sering berbincang dan berdebat dengan Suhaili di dalam bilik darjah
– keintiman Zahar dengan Suhaili menyebabkan Bakar selalu mengusiknya
– Suhaili pendiam tetapi mudah mesra
– Suhaili menjadi kawan baiknya
– Sikap Zahar yang mementingkan pelajaran membuat Suhaili menyenanginya
– Suhaili mencabar Zahar untuk mendapatkan gred satu dalam peperiksaan
SPM supaya mereka dapat masuk ke ITM bersama-sama
– Zahar menyahut cabaran Suhaili
– Segala cita-cita Zahar musnah kerana dia demam sewaktu peperiksaan
berlangsung
Bab 4: Pertemuan
– Perasaan Zahar berdebar-debar dan sedikit gugup untuk bertemu dengan
Suhaili
– Zahar sengaja pergi awal ke Alor Setar kerana tidak mahu menaiki bas yang
sama dengan Suhaili
– Zahar bimbang jika orang kampung ternampak kelibatnya bersama Suhaili
pasti akan menjatuhkan air mukanya
– Saat yang dinanti-nanti pun tiba
– Zahar berasa sangat teruja untuk bertemu dengan Suhaili
– Zahar memberitahu Suhaili tentang tawaran yang telah diterimanya
– Suhaili kecewa kerana Zahar tidak meneruskan cita-citanya untuk ke ITM
– Zahar cuba mempertahankan dirinya – mengatakan bahawa dia tidak
mampu 
– ibunya susah - terpaksa menanggung dua orang adiknya yang masih
bersekolah
– Penjelasan Zahar tidak dapat diterima oleh Suhaili
– Suhaili memandang rendah pada lepasan IKM
– Bagi Suhaili, IKM tidak akan menjanjikan masa depan yang baik untuk Zahar -
beranggapan bahawa IKM hanya melahirkan pelatih yang gagal dan akhirnya
merempat
– Zahar berasa terhina oleh kata-kata Suhaili
– Suhaili minta diri secara tergesa-gesa
– Zahar mengekori Suhaili dari belakang secara senyap-senyap
– Suhaili memasuki kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang tampan

Anda mungkin juga menyukai