Anda di halaman 1dari 7

SINOPSIS NOVEL MENITI IMPIAN

BAB 1: Cita-cita

Pak Yusuf gelisah menanti sarapan pagi daripada isterinya Mak Temah. Kegelisahannya itu
dapat dikesan oleh anak saudaranya Zahar yang sedang menggergaji kayu di bengkel kayu
milik Pak Yusuf. Mak Temah datang membawa dulang berisi air kopi dan dua pinggan mihun.
Mak Temah meminta maaf daripada Zahar kerana lewat menghantar sarapan dan Zahar
menyatakan Mak Temah perlu meminta maaf kepada Pak Yusuf kerana dari tadi menunggu air
kopi yang merupakan minuman kegemarannya setiap pagi. Mak Temah berlalu. Pak Yusuf
berpesan supaya Mak Temah menyediakan makanan tengah hari dan juga mempelawa anak
buahnya Zahar makan tengah hari bersama mereka. Zahar mencadangkan rak kasut yang
sedang mereka buat disiapkan lebih awal supaya masalah ketiadaan tempat meletak kasut di
surau dapat diatasi.

Bab 2: Tawaran

Mak Kiah tersenyum melihat kepulangan Zahar. Dia terus bertanya kenapa Zahar tidak pulang
makan tengah hari di rumah. Zahar makan di rumah Pak Yusuf kerana tidak sampai hati
menolak pelawaan bapa saudaranya itu. Mak Kiah menunjukkan sekeping surat yang dihantar
Posmen pagi tadi. Dari segi luaran surat tersebut Zahar dapat mengagak surat tersebut
daripada IKM dan setelah dibuka Zahar tersenyum kerana telah ditawarkan mengikuti kursus
pertukangan perabot di IKM Sungai Petani. Setelah selesai solat maghrib, Zahar, Bakar dan
Rahim duduk di atas bangku di luar masjid.

Bab 3 : Cabaran

Zahar gelisah mencari jalan untuk berhubung dengan Suhaili. Kebetulan pada waktu itu
jaringan telefon telah dipasang di kampung mereka. Orang yang berkemampuan seperti Pak
Karim iaitu ayah kepada Suhaili telah memasang telefon di rumah mereka. Zahar berjaya
menghubungi Suhaili dengan bantuan Rahim. Zahar dan Suhaili berjanji untuk berjumpa pada
keesokan hari di City Point Alor Setar. Zahar terimbau kembali kenangan sewaktu berada di
bangku sekolah. Suhaili seorang pelajar yang pandai tetapi pendiam. Sukar untuk pelajar lain
terutama pelajar lelaki untuk dekat dengannya kecuali Zahar.
Bab 4 Pertemuan

Zahar ke Alor Setar untuk berjumpa dengan Suhaili dengan menaiki bas. Zahar sengaja datang
awal untuk duduk-duduk sambil minum di sebuah warung. Mereka sengaja berjumpa di Alor
Setar supaya tidak diketahui oleh orang kampung dan tidak mahu perjumpaan mereka boleh

menimbulkan cerita yang kurang enak. Zahar mundar-mandir di ruang legar tingkat bawah City
Point sementara menuggu kehadiran Suhaili. Ketika Zahar berdiri di tepi tangga menghadap
jalan, kelihatan Suhaili sedang melintas jalan dan datang ke arahnya. Suhaili yang berpakaian
skirt berwarna merah jambu, kembang berkedut dan baju juga berkedut di bahagian hadapan
cukup menarik hati Zahar. Mereka ke Restoran KFC yang terletak di sebelah kompleks MPKS.
Selepas duduk membuat pesanan mereka saling bertanya khabar.

Bab 5 : Dilema

Pak Yusuf menegur Zahar kerana sejak pagi dia kelihatan muram. Pak Yusuf cuba bertanya
tentang masalah Zahar yang menyebabkan dia bersikap demikian. Zahar menyembunyikan
sebab sebenar dengan memberikan alasan yang lain. Mak Temah bertanya ke mana Zahar pergi
kerana dia tidak kelihatan semalam. Zahar menyatakan bahawa dia ke Alor Setar untuk membeli
barang keperluan sebagai persediaan ke IKM. Pak Yusuf mempelawa Zahar untuk makan tengah
hari di rumahnya.

Bab 6: Perjalanan

Zahar ditemani Pak Yusuf pergi ke Sungai Petani dengan menaiki teksi Pak Usin untuk
mendaftar di IKM. Tauke Lim turut menumpang kerana kebetulan mempunyai hal mustahak di
Sungai Petani. Dalam perjalanan mereka bersembang mengenai masa depan pelajar lulusan ITM
dan IKM. Peluang kerja bagi pelajar lepasan ITM dan IKM dikatakan mempunyai peluang kerja
yang baik dalam sektor kerajaan dan juga swasta. Ingatan Zahar terimbas akan kejadian di Alor
Setar tempoh hari, iaitu semasa dia terserempak dengan Suhaili dan pemuda kacak.

Bab 7: Suai Kenal

Bermulanya kehidupan Zahar sebagai pelajar IKM. Pada waktu petang selepas pendaftaran
bermula program orientasi pelajar baharu IKM. Pelajar senior mengarahkan semua pelajar
baharu berkumpul di padang untuk tujuan gotong-royong. Zahar bersama rakan-rakan
baharunya membersihkan kawasan belakang IKM, di situ akan didirikan bangunan asrama yang
baharu. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang
pelajar senior. Pelajar perempuan ditugaskan untuk mengangkat rumput yang telah ditebas
untuk dibawa ke tempat pembakaran. Selepas selesai gotong-royong mereka diarahkan ke
dewan makanan untuk minum petang. Setelah selesai minum pelajar berehat dan menguruskan
diri. Program disambung pada sebelah malamnya
Bab 8: Kemahiran

Minggu suai kenal sudah berakhir. Semua pelatih baharu telah ditempatkan di dalam kelas
mengikut bidang kursus masing-masing. Cikgu Baharum, guru kelas Zahar memulakan kelas
dengan memberi peluang kepada pelatih-pelatihnya untuk berkenal-kenalan dengan lebih
dekat. Seterusnya cikgu Baharum memberikan penerangan ringkas latihan Pertukangan Perabot.
Zahar kagum melihat peralatan yang serba lengkap di dalam bengkel. Cikgu Baharum
membawa semua pelatihnya ke stor penyimpanan pelbagai jenis kayu dan papan bermacam-
macam ukuran. Zahar dan pelatih-pelatih lain tertarik melihat deretan mesin yang terletak di
sebelah stor itu.

Bab 9: Kepulangan

Zahar pulang ke kampung pada pagi hari Sabtu setelah beberapa minggu berada di IKM. Zahar
berasa pelik dengan suasana kampung setelah mula melangkah masuk ke kampungnya. Dua
tiga orang berbasikal menuju ke rumah Pak Karim. Di sudut halaman rumah Pak Karim yang
luas itu kelihatan orang sedang memasak menggunakan kawah yang besar dan suasana riuh-
rendah. Zahar terfikir bermacam-macam perkara walaupun pada hakikatnya dia tidak mahu
memikirkan hal keluarga Pak Karim.

Bab 10:Nota

Setiap awal bulan, suasana di pejabat IKM agak sibuk. Zahar dan pelatih-pelatih berbaris
menunggu giliran untuk mengambil wang imbuhan masing-masing. Setelah menandatanggani
baucar, wang imbuhan sebanyak RM 200 yang diterimanya dengan perasaan gembira dan
bersyukur. Dengan wang itulah dia menampung perbelanjaannya di IKM. Setelah mengambil
imbuhan, Zahar segera keluar menuju ke tempat surat. Kelihatan Norimi dan Habsah sedang
melihat sampul-sampul surat yang hampir memenuhi rak. Habsah memberitahu ada surat
untuk Zahar.

Bab 11 : Parut Luka

Norimi dan Zahar bertengkar mengenai surat yang diterima oleh Zahar tempoh hari. Dengan
rasa tidak puas hati Zahar memberikan surat tersebut untuk dibaca oleh Norimi. Setelah selesai
membaca barulah Norimi tahu perkara sebenar yang dihadapi Zahar. Norimi datang
menghampiri Zahar yang ketika itu sedang berdiri menghadap padang memerhatikan rakannya
bermain bola sepak. Zahar tidak menghiraukan Norimi. Norimi meminta maaf atas sikapnya
yang suka mengusik Zahar mengenai surat tersebut. Zahar berharap agar Norimi berpuas hati
dengan ini kandungan surat tersebut dan meminta Norimi menjadi penawar luka hatinya.
Bab 12: Kejohanan

Bas yang membawa pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan penyokong-penyokongnya
bergerak meninggalkan perkarangan IKM Alor Setar. Maarof sebagai ketua pasukan memuji
Zahar kerana menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan persahabatan tersebut dan meminta
rakan-rakan memberikan tepukan kepada Zahar. Zahar dengan rasa rendah diri menyatakan
kejayaan pasukannya bukan bergantung pada dirinya seorang saha tetapi sebab kerjasama
semua pemain dan penyokong-penyokong. Maarof juga meminta semua pemain turun berlatih
untuk memperkemaskan permainan bagi menghadapi perlawanan akan datang.

Bab 13 : Kemenangan

Perlawanan timbal balik pertandingan bola sepak antara pasukan bola IKM Alor Setar dengan
pasukan IKM Sungai Petani berlangsung sengit. Namun pasukan bola sepak IKM Sungai Petani
memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0. Kemenangan mereka dibantu oleh
ketangkasan Redzuan menjaga gawang dan sokongan pelatih dan tenaga pengajar yang
memberikan sokongan. Pasukan bola sepak Sungai Petani tidak begitu meraikan kejayaan
kerana menghormati pasukan lawan sehingga mereka pulang. Mereka merancang untuk
mengadakan perlawanan persahabatan dengan pihak luar untuk mengeratkan perhubungan.

Bab 14: Ujian

Sebelum bermulanya peperiksaan, semua kegiatan luar ditangguhkan sementara waktu. Semua
pelatih gigih membuat persediaan untuk peperiksaan. Pelatih-pelatih baharu akan mengambil
peperiksaan asas. Zahar awal-awal lagi berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
Apabula tiba hari peperiksaan semua pelatih awal-awal lagi sudah berada di dalam bengkel.
Tanpa melupakan pesanan Cikgu Baharum.

Bab 15: Semangat

Kesempatan bercuti di kampung memang menggembirakan Zahar. Apatah lagi keadaan ibunya
sihat dan dapat bekerja dengan baik. Cuma hatinya terusik apabila terpaksa melintasi rumah
Suhaili untuk sampai ke rumahnya.Walaupun hatinya terusik, pada masa yang sama usikan itu
menguatkan lagi azamnya untuk mengorak langkah hingga ke mercu kejayaan. Selepas
bersarapan, Zahar terus ke rumah Pak Yusuf. Pak Yusuf terkejut dengan kepulangan Zahar.
Mereka berbual-bual dengan mesra. Kemunculan Mak Temah membantutkan perbualan
mereka. Mak Temah juga terkejut dengan kedatangan Zahar pada pagi itu. Pada masa yang
sama gembira kerana Zahar dapat membantu Pak Yusuf yang akhir-akhir ini banyak mendapat
tempahan perabot.
Bab 16: Perjuangan

Setelah tiga bulan menunggu denga penuh debaran, keputusan peperiksaan yang dinanti-nanti
pun diumumkan. Zahar telah lulus dengan cemerlang. Cikgu Baharum tersenyum kegirangan
kerana hanya seorang pelatihnya gagal dan dikehendaki mengulangi peperiksaan semula. Cikgu
Baharum menasihati semua pelatihnya agar tidak lalai dan tidak mudah berpuas hati dengan
kejayaan yang dicapai. Suasana gembira dengan keputusan peperiksaan bukan sahaja tercetus
dalam kalangan pelatih-pelatih Pertukangan Perabot tetapi juga semua pelatih yang mengambil
peperiksaan asas. Norimi juga mendapat keputusan yang cemerlang.

Bab 17:Harapan

Enam bulan berlalu terasa cukup singkat. Pelatih-pelatih perlu bekerja keras menjalani latihan
yang lebih intensif kerana ada dua peperiksaan perlu diduduki dalam masa yang singkat. Zahar
tidak menghadapi sebarang masalah. Doa restu ibunya dan dorongan Pak Yusuf menjadikan
fikirannya sentiasa tenteram dan bersemangat untuk berjaya dalam peperiksaan yang
berikutnya. Dalam masa yang sama, ingatannya pada Suhaili kian luput. Pengalaman pertama
semasa menduduki peperiksaan asas, bayak membantu Zahar dan rakan-rakannya ketika
menduduki peperiksaan peringkat pertengahan. Peperiksaan akhir sijil IKM pula diadakan
selepas tiga minggu peperiksaan peringkat pertengahan.

Bab 18: Matlamat

Selama tiga minggu bercuti di kampung, Zahar sibuk dengan kerjanya. Setelah seminggu
membantu ibunya, barulah Zahar berpeluang membantu Pak Yusuf pula. Selepas menghabiskan
cuti, Zahar ke Taiping untuk menjalani latihan dalam loji di kilang perabot Usaha Bersatu
Sendirian Berhad. Ketua Unit Personel menyambut ketibaan Zahar dengan mesra. Seterusnya
Zahar diperkenalkan kepada Encik Manaf, Penyelia Unit Pengeluaran. Zahar di bawa ke blok
pengeluaran untuk melihat operasi pengeluaran perabot. Pada waktu rehat tengah hari, Zahar
berpeluang berkenalan dan beramah mesra dengan pekerja kilang.

Bab 19: Kekesalan

Suhaili gelisah apabila terpandang Zahar dari dalam pejabatnya. Suasana pejabat yang dingin
berhaba rasanya pada waktu itu. Perasaan Suhaili bercampur-baur dan dia berasa tidak
bersemangat untuk meneruskan kerjanya. Suhaili berjalan ke bahagian Personel yang terletak
tidak jauh dari bahagian pemasaran untuk berjumpa Miss Ooi, Ketua Unit Personel bertanyakan
tentang Zahar.
Bab 20:Tiada Kemesraan

Setelah dua minggu mengikuti latihan, Zahar sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana
kerja di kilang sepenuhnya. Dia mudah didekati dan hubunganya dengan rakan-rakan sekerja
begitu mesra walaupun baharu dua minggu bertegur sapa. Zahar bertuah kerana berkawan
dengan Razali yang rajin dan tidak banyak kerenah. Zahar yang ditugaskan di bahagian
pemasangan, bekerja dengan tekun. Zahar dikejutkan oleh kedatangan Encik Manaf yang
memaklumkan Ketua Unit Pemasaran ingin berjumpa dengannya. Zahar terus ke bahagian
pemasaran dengan perasaan berdebar dan tertanya-tanya. Zahar amat terkejut kerana orang
yang ingin berjumpanya ialah kawan lamanya, Suhaili. Zahar serius dalam perbualan mereka
namun Suhaili kelihatan cuba untuk senyum dan berbaik-baik. Kerana berselisih pendapat
Zahar dan Suhaili bertengkar sehingga menyebabkan Zahar bangun meninggalkan pejabat
Suhaili dengan tergesa-gesa.

Bab 21:Tentang Dia

Zahar duduk di meja ruang tamu, menghirup kopi setelah pulang dari tempat kerja. Dia teringat
akan rakan-rakannya di kampung dan juga Norimi yang merupakan kawannya di IKM. Surat
tidak diutus kerana dia tidak ada keinginan untuk menulis surat. Ketika mula menulis, Razali
tiba dengan membawa bungkusan plastik berisi kuih. Zahar berhenti menulis dan menikmati
minum petang bersama Razali. Ketika minum bersama, Razali bertanyakan Zahar sebab dia
kelihatan muram setelah berjumpa dengan Penolong Ketua Unit Pemasaran.

Bab 22: Cinta dan Cita-cita

Setelah berbulan-bulan menjalani latihan, Zahar menerima berita gembira bahawa dia telah
lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun dengan mendapat pangkat satu.
Zahar menyedari bahawa Suhaili cuba berbaik-baik dengannya semula tetapi dia masih
mengelak daripada berselisih dengan Suhaili. Dia juga tahu Suhaili masih berhasrat untuk
bertemu dengannya. Bukan dia tidak mahu bertemu dengan Suhaili, tetapi bagi Zahar tiada
gunanya dia berbual-bual koong dengan Suhaili kerana hal tersebut hanya akan
mengembalikan kenangan lama. Kenangan lama akan tetap dipadamkan dengan apa-apa cara
jua.

Bab 23: Terbinanya Impian

Setelah berfikir masak-masak Zahar membuat keputusan bahawa bengkel perabot yang akan
didirikannya mestilah terletak atas tanah milik ibunya sendiri. Zahar bersyukur dengan
pembangunan kampungnya dan berasa rugi jika pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan
tidak sepenuhnya dimanfaatkan oleh masyarakat setempat. Ibunya cukup gembira mendengar
perancangannya untuk membina bengkel perabot di halaman rumah mereka. Pak Yusuf tidak
membantah. Zahar berasa dirinya cukup bernasib baik kerana pinjaman yang dimohonnya
diluluskan dalam masa yang singkat.
Bab 24: Impian Terlaksana

Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai setelah tersiarnya rencana Kejar
Kejayaan Selepas Dihina Kekasih. Zahar memilih nama Meniti Impian kerana nama itulah
paling sesuai bagi mendukung makna yang besar dan tersendiri pada dirinya. Perniagaanya
semakin maju, malah Zahar juga menawarkan tiga tempat di bengkelnya kepada pelatih
Pertukangan Perabot yang terlibat dengan latihan di dalam loji.

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL

Novel yang saya pelajari, Meniti Impian karya Osman Ayop mengisahkan kegigihan seorang
remaja, Zahar yang menjadi pelatih di Instiut Kemahiran MARA (IKM) dalam bidang pembuatan
perabot. Zahar merupakan seorang remaja yang amat yakin dengan pegangan hidupnya dan
ingin berdikari untuk mencapai cita-citanya. Perjalanan hidupnya dipenuhi pelbagai konflik
tetapi dia terus berusaha memastikan konflik yang dialami tidak menghalang cita-citanya.
Kehadiran Suhaili dan Norimi dalam hidupnya mempertemukannya dengan konflik cinta,
cemburu dan semacam dendam. Suhaili merupakan sahabat baiknya ketika di bangku sekolah
seperti menghinanya kerana menyambung pelajaran di IKM dan meninggalkannya. Norimi pula
cuba memahami keadaannya dan bersimpati tetapi agak cemburu. Dengan keyakinan yang
tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan dan pihak
MARA, akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel perabotnya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai