Anda di halaman 1dari 9

KRISTIAN

Sejarah
Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion
penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia.
Kristian adalah sebuah agama monotheism yang berdasarkan
kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazareth.
Jesus Christ
Jesus Christ (8–2 SM hingga 29–36 Masihi), juga dikenali sebagai Jesus
dari Nazareth, ialah tokoh utama agama Kristian.
Berbangsa Bani Israel.
Kebanyakan penganut Kristian mempercayai bahawa Jesus adalah
Anak Tuhan yang dihantar untuk memberikan penyelamatan dan
perdamaian dengan Tuhan melalui penebusan dosa-dosa
kemanusiaan.
Kebanyakan penganut Kristian adalah penyokong Trinitarianism dan
mempercayai bahawa Jesus adalah jelmaan Tuhan.
Konsep-Konsep Utama dan Asas-asas Ajaran

1-Triniti
Konsep Triniti ini bermaksud tiga Tuhan dalam satu iaitu Tuhan Bapa (God/ Father),
Roh Kudus (Holy Spirit) dan Jesus Christ (Nabi Isa) bersatu dalam satu gabungan
sebagai Tuhan.
Ada juga yang memasukkan Maria (Mariam) ibu Jesus ke dalam Triniti.

2-Anak Tuhan (The Son Of God)


Ajaran Kristian percaya bahawa Jesus Christ adalah Anak tuhan yang tunggal (lihat
John 3:16), oleh kerana Jesus itu lebih hampir dengan tuhan dari orang lain
maka sudah pastinya Jesus itu amat unik. Perkara inilah yang menyebabkan
Jesus telah dilahirkan dengan cara yang amat ajaib sekali iaitu tanpa melalui
proses kelahiran manusia yang biasa.

3-Dosa Warisan (The Original Sin)


Agama Kristian percaya semua manusia mewarisi dosa daripada Nabi Adam dan
Hawa (Eve) yang pernah melanggar perintah Tuhan. Dosa waris ini terhapus
dengan penyaliban Jesus.
-Penyaliban Jesus (The Crucifixion of Jesus)
Adalah doktrin yang menjadi lambang utama dalam agama Kristian iaitu misteri
Penyaliban Jesus di tiang salib. Penganut Kristian percaya bahawa tuhan telah
menghantar anaknya yang tunggal iaitu Jesus ke dunia untuk menebus segala
dosa-dosa manusia dan juga untuk menyelamatkan manusia dari api neraka
menerusi kaedah penyaliban.

-Tenth Commandment
Merupakan 10 prinsip etika dan moral yang difirmankan tuhan kepada penganut
agama Kristian. Diwahyukan kepada Nabi Musa di Gunung Tursina.

i. Thou shalt have no other Gods before me


ii. Thou shalt not make unto thee any graven image
iii. Thou shalt not take the name of the Lord thy God in vain
iv. Remember the Sabbath day, to keep it holy
v. Honour thy father and thy mother
vi. Thou shalt not kill
vii. Thou shalt not commit adultery
viii. Thou shalt not steal
ix. Thou shalt not bear false witness against thy neighbour
x. Thou shalt not covet
KITAB SUCI (HOLY BIBLE)

Perjanjian Perjanjian
Lama Baru
(Old -Ditulis dalam bahasa (New -Ditulis dalam bahasa
Testament) Ibrani. Testament) Yunani.
-Banyak mengisahkan -Banyak mengisahkan
tentang bani Israel. tentang kehidupan Jesus.
-Mengandungi 39 kitab. -Mengandungi 27 kitab.

Antara kitab-kitabnya:
Kejadian(Genesis), Antara kitab-kitabnya:
Keluaran(Exodus), Matius, Markus, Lukas,
Yehezkiel (Ezekiel),Obaja Yohanes, Roma, John,
(Obadiah),Mazmur Korintus.
(Psalm).
Aliran dan Mazhab dalam agama Kristian
1. Roman Catholic
Gereja Roman Katolik merupakan mazhab Kristian yang terbesar di
dunia, terdiri daripada mereka yang mengakui kuasa biskop Rom
(iaitu Paus), dalam perkara yang berkaitan dengan ajaran Kristian.
Gereja Roman Katolik menganggap mereka sebagai pewaris yang sah
kepada kekuasaan yang diturunkan oleh Jesus Christ kepada 12
orang pengikut HawariNya (apostles).
Pada akhir 1990-an, jumlah penganut mazhab ini mencecah jumlah 1
bilion (lebih kurang 52 peratus penganut Kristian atau 16 peratus
penduduk dunia).
Kebanyakan penganut mazhab Katolik tertumpu di benua Eropah dan
Amerika Latin, walaupun pengaruhnya semakin bertambah di
bahagian dunia yang lain seperti Afrika.
Istilah ini berasal daripada kata sifat Bahasa
Yunani, katholikos (καθολικος) yang bermaksud "umum", "sejagat"
atau "keseluruhan". (Wikipedia)
Ketua seluruh umat Kristian Roman Katholik bergelar Pope yang tinggal
di bandaraya suci Kristian iaitu di Vatican City, negara terkecil di
dunia yang terletak di Eropah.
2. Ortodoks
Gereja Kristian Ortodoks Timur atau Kristian Ortodoks adalah salah satu mazhab dalam
agama Kristian, dan merupakan kedua terbesar di dunia selepas Gereja Katolik Rom.
Terdapat 300 juta penganut Kristian Ortodoks di seluruh dunia dan kebanyakan mereka
tinggal di Rusia, Greece, Eropah Timur dan Timur Tengah. Mereka juga terdapat di
seluruh dunia termasuk di Jepun dan Indonesia.
Pada mulanya penganut Kristian merujuk Gereja (agama) mereka sebagai "Satu, Suci, Katolik
(daripada perkataan Greek καθολική, atau sejagat) dan Gereja Hawariyun". Akan tetapi
berlaku Perpecahan Timur-Barat pada abad ke-11 yang menyaksikan Gereja Ortodoks
Timur berpisah daripada Gereja Katolik dan pihak berkuasa di Rome.
Penganut Kristian Ortodoks melakukan ibadat mengikut ritual dari pengaruh
gereja Byzantine. Selama 1000 selepas agama Kristian diasaskan, lima wilayah
iaitu Jerusalem, Alexandria, Antioch, Rome dan Konstantinople mengikuti ajaran Kristian
yang sama. Perkembangan politik dan jatuhnya Empayar Rom di barat kepada bangsa
German mengakibatnya terputusnya komunikasi antara Gereja di Rome dan Gereja di
timur (Jerusalem, Alexandria, Antioch dan Konstantinople).
Pada tahun 1054, utusan Paus Rome ke Konstantinople mengucilkan (excommunicate)
Gereja Konstantinople yang dibalas oleh Gereja Konstantinople dengan tindakan serupa.
Kedua-dua Gereja mendakwa mereka di pihak yang benar dan berlakulah perpisahan
dalam agama Kristian dengan kedua-dua Gereja memisahkan diri mereka.
Istilah "Ortodoks" diterjemahkan daripada perkataan Greek yang bermaksud "mempercayai
dengan betul" atau "memuliakan Tuhan dengan betul" (daripada adjektif orthos = benar
dan kata kerja dokeo = Saya percaya atau kata nama doxa = mulia) dan diguna pakai oleh
Gereja ini untuk membezakannya dengan mazhab Kristian yang lain. (Wikipedia)
3. Protestan
Protestan merupakan satu cabang Kristian yang berpecah daripada Gereja
Roman Katolik yang semakin cenderung kepada keduniaan dalam satu siri
gerakan yang tercetus pada kurun ke-16 di Eropah yang dikenali sebagai
gerakan Reformasi. Anggaran terkini menganggar jumlah umat Protestan di
seluruh dunia telah mencecah 800 juta orang. Nama agama ini berasal dari
perkataan Inggeris "Protest" yang bermaksud membangkang.
Pencetus reformasi ini ialah Martin Luther, seorang paderi Augustinia dan
profesor di Universiti Wittenberg, yang menyeru pembukaan debat
berkenaan penjualan "indulgences" di mana taubat seorang itu diterima
sekiranya dia melakukan sesuatu untuk menebus dosanya. Penjualan ini
digunakan secara berleluasa sewaktu Perang Salib untuk menggalak rakyat
Kristian menentang tentera Islam.
Amalan dan kepercayaan lain gereja yang diserang oleh golongan Protestan ini
termasuklah neraka sementara, azab kubur, penyembahan Maria,
pelantikan dan penyembahan wali-wali, kebanyakan doa pemujaan, amalan
pembujangan yang diwajibkan ke atas semua paderi selain kekuasaan Paus.
Walaupun penganut Protestan percaya kepada Yesus Kristus sebagai
anak Yahweh, mereka dan juga seperti penganut Kristian Ortodoks tidak
mengiktiraf kuasa biskop Rom (iaitu Paus), dalam perkara yang berkait
dengan ajaran agama Kristian. (Wikipedia)
Perayaan-perayaan
1. Krismas
Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut
agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember bagi memperingati
kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian.
Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan
peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau
lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation).
Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi
hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakan hasil gabungan St. Nicholas dari
Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian. Sementara penampilan
modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.
2. Easter
Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ telah
dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir
bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada Jumaat
sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma
(Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan
daun palma yang telah diurap oleh para paderi.
Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi
memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani
merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah
mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah
lambang kesuburan.
3. Halloween
Halloween ([hælə'win], [hælo'win]) adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober di
negara-negara yang berbahasa Inggeris, dilakukan dengan berpakaian aneh
dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-
gula atau coklat dengan berkata "Trick or treat!". Ucapan "Trick or treat!"
merupakan semacam "ugutan" yang membawa maksud "Beri kami (gula-gula)
atau kami buat kacau." Kanak-kanak zaman sekarang biasanya tidak lagi
membuat kacau di rumah orang yang tidak memberi apa-apa. Sebahagian
kanak-kanak masih membuat kacau di rumah orang yang dianggap kedekut
dengan cara "menghiasi" pohon yang ada di depan rumah dengan kertas tisu
atau menulis di tingkap dengan sabun.
Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan
makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat.
Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah
dengan simbol-simbol Halloween tersebut.
Halloween berasal dari perkataan Hallowe'en yang merupakan kependekan dari
All Hallow's Eve (malam sebelum hari All Hallow).
Hari raya agama Katolik bernama Hari Para Orang Kudus (All Saints Holy Day) yang
dirayakan 1 November pernah dikenal sebagai All Hallows' Day yang
merupakan penyingkatan dari All Hallowed Souls. Dalam bahasa Inggeris,
perkataan Hallowed (holy) bererti Orang Kudus.

4. Valentine Day

Anda mungkin juga menyukai