Anda di halaman 1dari 17

Nama: Muhammad Darwisy Bin Ahmad

Husainy
Tingkatan: 1 Mutiara

TAMADUN ISLAM
DAN
SUMBANGANNYA
ISI KANDUNGAN

I. PERANCANGAN 3

II. PENGHARGAAN 4

III. PENDAHULUAN 5

IV. PENGENALAN 6

V. DEFINISI 7

VI. OBJEKTIF KAJIAN 8

VII. HURAIAN 9

VIII. KAEDAH KAJIAN 10

IX. RUJUKAN 11

X. RUMUSAN 12

XI. LAMPIRAN 13

2
PERANCANGAN

Tarikh Mula Tarikh Tamat Aktiviti

21 Julai 2020 26 Julai 2020 Pergi ke Muzium Negara bagi


mendapatkan maklumat mengenai
Tamadun Islam
27 Julai 2020 2 Ogos 2020 Pergi ke Perpustakaan Negara untuk
mendapatkan maklumat tambahan
3 Ogos 2020 9 Ogos 2020 Mengadakan perbincangan dengan ahli
keluarga
10 Ogos 2020 16 Ogos Menulis folio dengan menggunakan
2020 komputer
17 Ogos 2020 23 Ogos Menemubual datuk dan nenek
2020 mengenai tamadun islam
24 Ogos 2020 30 Ogos Menyiapkan folio dengan menjilidkan
2020 folio di kedai buku

3
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada guru sejarah saya Cikgu Hadi Hamdan Awang
yang tidak jemu-jemu membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang
proses menyiapkan buku folio sejarah ini.

Tidak dilupakan juga kepada kedua ibu bapa, datuk dan nenek saya yang
turut membantu memberi sumbangan dari segi maklumat, buah fikiran dan
juga tenaga. Tanpa bantuan dan sokongan dari mereka mungkin saya tidak
dapat menyiapkan kerja ini mengikut waktu yang diberikan.

Akhir sekali tidak dilupakan kawan-kawan 1 Mutiara yang terlibat secara


langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan buku folio ini. Hanya
Allah SW.T sahaja yang dapat membalas budi baik kalian.

Diharapkan dengan adanya folio ini dapatlah saya menyumbang sedikit


maklumat untuk perkongsian kita bersama.

4
PENDAHULUAN

Folio ini dihasilkan bagi tujuan pembelajaran kepada topik Tamadun Islam
dan Sumbangannya dalam kehidupan manusia sejagat. Ia membolehkan
generasi muda mempelajari sejarah yang telah ditinggalkan oleh orang
yang terdahulu.

Dengan ini, generasi muda boleh menteladani cara-cara orang terdahulu


dan menambahbaik kegiatan ekonomi dan cara hidup oleh kesan - kesan
sejarah yg telah ditinggalkan.

5
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab mengamalkan pelbagai corak


kehidupan dari segi:-

 Politik- Hidup dalam kelompok kumpulan kabilah yang terdiri dari dua
kaum iaitu kaum Hadhari yang tinggal di kota menjalankan perniagaan
serta mempunyai binatang ternakan dan kaum Badwi hidup secara
nomad dengan memelihara binatang ternakan.

 Ekonomi-Kegiatan utama ialah pertanian dan perdagangan.

 Sosial – Mengamalkan kepelbagaian amalan dan adat yang diwarisi


turun temurun.

Zaman kegelapan masyarakat Arab bermula selepas keruntuhan Empangan


Maarib sekitar tahun 300 M yang menjadi punca kemerosotan ekonomi
mula berlaku dikalangan masyarakat Arab.

Kehidupan sosial yang lemah juga menyebabkan ilmu dari zaman


sebelumnya tidak diwarisi oleh masyarakat Arab menyebabkan mereka
tidak mampu membina semulan Empangan Maarib.

Maka bermulalah zaman kegelapan yang dikenali sebagai Zaman Jahiliah


atau dalam Bahasa Arab jahala yang bermaksud jahil.

6
1.2 Kemunculan dan Perkembangan Tamadun Islam

Peristiwa penerimaan wahyu pertama olen Nabi Muhammad SAW di Gua


Hira pada hari Isnin, 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 M merupakan
detik permulaan Tamadun Islam dalam sejarah perkembangan tamadun
manusia.

Dakwah Nabi Muhammad SAW dilakukan dalam dua peringkat iaitu :

 Secara rahsia – Berlaku selama tiga tahun. Siti Khadijah, Ali bin Abi
Talib, Zaid bin Harith dan Abu Bakar al-Siddiq merupakan individu
awal yang memeluk agama islam. Selain itu, dakwah juga turut
disebarkan melalui sahabat baginda dirumah al-Arqam bin Abi al-
Arqam.

 Secara terang-terangan – Baginda telah memulakan dakwah ini secara


terang-terangan kepada kaum keluarganya dengan mengadakan
pertemuan di Bukit Safa. Namun begitu baginda mendapat tentangan
hebat dari bapa saudaranya iaitu Abu Lahab. Baginda tetap tabah
menghadapi tentangan dan cabaran daripada masyarakat Arab Quraisy
yang enggan menerima dakwah baginda.

7
1.3 Sumbangan Tamadun Islam Kepada Dunia

 Politik
i. Kehidupan bernegara
ii. Pemerintahan dan cara hidup berteraskan keadilan
iii. Konsep ummah
iv. Sistem syura

 Ekonomi
i. Amalan ekonomi islam
ii. Institusi Baitulmal (Institusi Kewangan)
iii. Memesatkan gedung-gedung perniagaan
iv. Menyediakan kemudahan asas

 Sosial
i. Islam mengangkat kedudukan dan maruah wanita
ii. Teknik penyelidikan saintifik

 Kewujudan Pusat Kegiatan Intelektual

8
1.3 Sumbangan Tamadun Islam Kepada Dunia

 Kemunculan Ilmuan Islam

Bidang Tokoh Sumbangan

Ilmu Sains dan Jabir bin Menghasilkan 80 buah karya


Kimia Hayyan (Geber) berkaitan perubatan dan kimia.
Himpunan hasil penulisannya
dikenali sebagai korpus Jabir.
Kebanyakkan karyanya
diterjemahkan ke dalam Bahasa
Latin.

Perubatan Ibn Sina Merupakan tokoh perubatan dan


ahli falsafah yang masyhur dengan
bukunya al-quran fi al-tib. Ahli
falsafah Barat, Albert the Great
telah dipengaruhi dengan
karyanya.

Falsafah Al-Kindi Menghasilkan lebih dari 270 buah


karya pelbagai bidang seperti
logik, muzik dan perubatan. Tokoh
ilmuan atau pengkaji Eropah
seperti Roger Bacon dan Descartes
terpengaruh dengan idea beliau.

Astronomi dan Al-Battani Memperkenalkan asas ilmu


falak trigonometri, menulis buku
astranomi dan mencipta alat
ukuran masa.
Geografi Al-Biruni Kajian utama beliau adalah dalam
bidang kartografi (peta) dan
geografi. Kebanyakan orang
Eropah telah belayar dengan
menggunakan peta yang dicipta
oleh tokoh ini.

9
DEFINISI

Tamadun ialah keadaan kehidupan manusia yang mencapai taraf kehalusan


tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi sesebuah masyarakat.

Tamadun Islam adalah berkisar tentang kekuasaan, kehebatan,


kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan.

Sumber-Sumber tamadun Islam:

Terdapat 2 sumber bagi tamadun islam

1. Khusus
i. Al-Quran
ii. Al-Sunnah

2. Umum
i. Ijmak
ii. Istihsan
iii. Qias
iv. Istishab dan lain-lain

Dasar-dasar Tamadun Islam:


Dasar tamadun Islam adala merupakan asas yang membezakannya
dengan tamadun lain.

Tamadun Islam berpaksikan kepada:

v. Aqidah – Ketauhidan kepada Allah


vi. Ibadah – ketaatan kepada Allah
vii. Syariah – Menjadikan Islam sebagai cara hidup
viii. Muamalah – berurusan dengan manusia

10
OBJEKTIF KAJIAN

1. Objektif Kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat:

i. Mengenali  tokoh tokoh dan cendekiawan Islam.


ii. Mengetahui Sumbangan Islam dalam bidang kejuruteraan 
iii. Memupuk nilai mencintai agama Islam
iv. Meningkatkan semangat bekerjasama untuk memperkukuhkan agama
Allah

11
HURAIAN

Sumbangan Tamadun Islam kepada dunia terbahagi kepada 3 kategori iaitu


Politik, Ekonomi dan Sosial.

 Politik

Dalam bidang politik, Islam mementingkan corak hidup yang sejahtera dan
makmur. Islam juga mementingkan kehidupn bernegara, pemerintahan dan cara
hidup berteraskan keadilan, konsep ummah dan sistem syura

 Ekonomi

Sumbangan Tamadun Islam juga. Contohnya, memperkenalkan amalan ekonomi


Islam, pengenalan Baitulmal, menggalakkan perniagaan dan perdagangan serta
memperluas pembinaan empangan dan kemudahan asas lain.

 Sosial

Sumbangan Tamadun Islam dalam bidang sosial adalah luas dan kekal hingga
sekarang. Hal ini terbukti dalam pelbagai aspek seperti mengangkat kedudukan
wanita, memajukan penyelidikan saitifik, memesatkan kegiatan intelektual dan
kemunculan ilmuan Islam.

 Sumbangan Tamadun Islam dalam bidang seni bina.

Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikn bangunan, reka bentuk dan
reka letak yang dibina oleh manusia. Seni bina bangunan Islam boleh dilihat
pada masjid. Ciri-ciri seni bina Islam terbahagi kepada lima:

1. Mempunyai ruang cahaya untuk keselesaan beribadat


2. Terdapat ruang memisahkan lelaki dan wanita
3. Reka bentuk ruang sesuai dengan iklim setempat
4. Binaan yank kukuh, selamat dan tahan lama
5. Berunsurkan luahan kerasaan, hening dan aman

 Secara keseluruhnya, Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang


besar dalam peradaban dunia. Ia juga telah membuka minda masyarakat untuk
mengkaji corak hidup yang sejahtera, di samping memajukan pelbagai bidang
sama ada politik, ekonomi, mahupun sosial.

12
KAEDAH KAJIAN

1. Membuat rujukan di perpustakaan negara

2. Menubual ahli keluarga

3. Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan

4. Membuat rujukan di laman web

13
RUJUKAN

1. Buku teks sejarah Tingkatan 1.

2. Melakukan temuduga dengan ahli keluarga

3. Melakukan rujukan di laman web seperti Google

4. Membuat rujukan di Perpustakaan Negara

14
RUMUSAN
 Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai masyarakat
Jahiliah. Mereka mengamalkan pelbagai corak hidup seperti mengamalkan
riba, tilik nasib dan perjudian.

 Penyebaran Islam bermula daripada zaman Nabi Muhammad SAW dan


seterusnya berkembang pada zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah,
Bani Abbasiyah dan beberapa kerajaan Islam lain termasuklah Turki
Uthmaniyah. Agama Islam menekankan keimanan kepada Allah SWT dan
kehidupan berharmoni.

 Kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam penyebaran agama Islam,


pembinaan negara, pemerintahan yang adil dan mewujudkan masyarakat
yang harmoni patutlah dicontohi bagi membentuk masyarakat dan kehidupan
yang sejahtera.

 Tamadun Islam telah menyinari dunia dalam pelbagai aspek sama ada
politik, ekonomi mahupun social.

 Islam memberikan sumbangan yang besar dalam bidang seni bina yang
menjadi warisan dunia sehingga hari ini.

15
LAMPIRAN

1. Lawatan ke Perpustakaan Negara

2. Laman Web Google

16
~ TAMAT ~

17

Anda mungkin juga menyukai