Anda di halaman 1dari 6

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

MALAYSIA INSTITUTE OF CHEMICAL ENGINEERING TECHNOLOGY


HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (MPU3113)
TAJUK: KAUM KELABIT

PERAYAAN UTAMA KAUM KELABIT

Dua perayaan utama untuk kaum Kelabit adalah Krismas dan Easter. Mereka meraikan
kedua-dua perayaan ini sebagai satu komuniti, dan bukan sebagai satu keluarga. Hari
Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut
agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember. Rumah terbuka untuk
pelawat adalah salah satu ciri-ciri utama Krismas. Bagi kaum kelabit, Pelawat
dihidangkan dengan pelbagai kek, biskut, dan minuman. Selain itu, masyarakat rumah
panjang pula akan duduk untuk makan bersama sama ada pada malam Krismas atau
makan tengah hari Krismas, atau kedua-duanya, selepas perkhidmatan Krismas. Hari
Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang
yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang
berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain
perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan
Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor
peruncitan.

Perayaan

Easter

pula

terkenal

dengan

pemberian telur berwarna-warni

yang

berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi
merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini
selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin
yang suram dan beku. Telur itu sendiri adalah lambang kesuburan. Bagi kaum kelabit,
Perayaan Easter berlangsung selama 4 hari sekurang-kurangnya. Seluruh masyarakat
akan berkumpul di gereja utama bersama-sama untuk tujuan beribadat. Penceramah khas
adalah dijemput untuk memberikan khutbah. Ia adalah perayaan di mana orang ramai
akan menghadirkan diri.

BAHASA KAUM KELABIT


Kelabit adalah salah satu bahasa terpencil di Borneo, iaitu di sempadan SarawakKalimantan, dan dituturkan oleh salah satu etnik kecil di Borneo. Ia adalah satu-satunya
bahasa diketahui mempunyai kontras penyebutannya. Berikut merupakan contoh
perbualan dalam bahasa kelabit:
PENGENALAN DIRI
Bahasa melayu: Hai, selamat pagi. Nama saya ___. Awak berasal dari mana?
Bahasa Kelabit: Hai, Tabiq lekedtang. Ngadan kudih ___. Let ngapeh tebeyq kiko?
UNGKAPAN ASAS
MELAYU
Selamat pagi
Selamat tengahari
Selamat petang/malam
Terima kasih
Apa khabar?
Saya sihat
Gembira dapat berkenalan
Sama-sama
Jumpa lagi
Selamat tinggal

KELABIT
Tabiq lekedtang
Tabiq beruhmalem
Tabiq dedtem
Terima kasih ngemuh/dooq selinuh muh
Ken dooq tiko? Kapeh tiko?
Dooq tuih
Dooq pian kuh neh petuluh ngemuh
Paad-paad
Petulu beruh
Dooq-dooq lawey narih/dooq udeng narih

HARI DALAM SEMINGGU


MELAYU
Isnin
Selasa

KELABIT
Edto edteh
Edto duweh

Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad

Edto teluh
Edto epat
Edto limeh
Edto enem
Edto migu

NOMBOR BILANGAN
MELAYU
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh

KELABIT
Edteh
Duweh
Teluh
Epat
Limeh
Enem
Tuduq
Waluh
Iwaq
Puluq

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KELABIT


Secara tradisinya, kaum Kelabit memakai pakaian yang sangat ringkas. Seorang lelaki
kebiasaannya akan memakai cawat dan jaket yang dibuat daripada kulit kayu.

Manakala, seorang wanita pula akan memakai kain paras lutut dan menghiasi dirinya
dengan rantai manik dan topi manik.

Anda mungkin juga menyukai