Anda di halaman 1dari 5

1.

0 SEJARAH KAUM BAJAU


BAJAU adalah terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan
Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lama dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan
antara bumiputera terbesar di negeri abah dan sekitarnya. Manakala disebelah Pantai Barat
mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran
pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur abah sebagai nelayan dan
penyelam yang mahir.
Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal dengan penunggang kuda, pembuatan parang dan
menjadi pesawah serta penternak. Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur
Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti sea
gypsies, Panglima Dilaut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.
Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di
sekitar Putatan, Tuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai
imur pula menetap di sekitar udat, andakan, Lahad Datu, unak, Semporna dan Tawau.
Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh
dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang
kuda yang tiada tolok tandingnya.

2.0 ADAT PERKAHWINAN KAUM BAJAU
2.1 Merisik
Adatnya tidak banyak bezanya daripada adat masyarakat Melayu. Sebelum perkahwinan
berlangsung, upacara merisik terlebih dahulu dilakukan terhadap gadis yang menjadi calon.
Caranya hampir sama dengan cara yang diamalkan oleh suku kaum yang lain iaitu dengan
melantik wakil bagi menemui keluarga gadis. Setelah mendapat kepastian bahawa gadis itu
belum ada ikatan pertunangan dengan orang lain dan secocok dengan keinginan pihak lelaki
tentang rupa paras, budi bahasa serta martabat keluarganya, barulah diikuti dengan upacara
seruan yakni menyimpul tali pertunangan.

2.2 Meminang

Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan. Pada majlis itu,
pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai sebanyak
RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan. Semasa pertunangan biasanya tali pertunagan
berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat persediaan. Apabila
tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki menghantar semua barang yang dijanjikan dalam
majlis seruan itu kepada pihak perempuan. Semasa majlis penyerahan barang-barang tersebut,
tarikh perkahwinan ditentukan. Pihak keluarga perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan
dihadiahkan untuk majlis perkahwinan. Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi
keluarga yang sederhana dan seekor bagi keluarga biasa. Mas kahwin dan hadiah lain seperti
sepersalinan pakaian yang lengkap, sirih pinang, alat persolekan dan sebagainya akan diberikan
dalam majlis perkahwinan nanti.


2.3 Majlis Perkahwinan Pengantin Bajau

Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang dikalangan berada
mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi
keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis titik diadakan iaitu
memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulintangan, gong, bebandil dan gendang di tempat
kediaman kedua-dua belah pihak. Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang
diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua
orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.
Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam, kemudian diikuti dengan tarian
tradisional yang dikenal sebagai runsai. Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan orang
penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan
dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.
Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh
beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi bedak dengan ramuan bedak
tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada sebelah malam. Pada hari perkahwinan,
pengantin dihias dengan pakaian yang baru, selalunya berwarna kuning dan hijau yang diperbuat
daripada sutera. Rambut pengantin perempuan dihiasi dengan 'serempak' iaitu sejenis mahkota.
Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap dengan tanjak dan bersenjatakan
sebilah keris diusung dengan tandu oleh beberapa orang ahli keluarganya, atau menunggang
kuda ketika menuju ke ke diaman pengantin perempuan dengan diiringi pukulan gong berirama
tigad-tigad semasa melalui jalan yang dihias dengan bendera yang berwarna-warni. Beberapa das
tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat dan alu-aluan akan ketibaan rombongan pengantin
lelaki di halaman rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki yang turun dari tandu atau
kudanya dijulang di atas bahu anggota rombongan atau didukung masuk ke rumah pengantin
perempuan. Dia kemudiannya dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuknya dan bunyi
gong pun diberhentikan. Di situ, pengantin lelaki menunggu majlis akad nikah.
Setelah tiba waktunya, pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah
dilangsungkan. Pengantin lelaki kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan untuk upacara
membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki dan rombongannya harus melalui beberapa lapis
tabir yang dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan. Setiap tabir itu
hanya akan dibuka apabila dibayar sekitar RM1O hingga RM2O ataupun membaca sebuah
pantun, syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan. Setelah pengantin lelaki membatalkan air
sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, kedua-dua mempelai itu disandingkan. Kemudian
kedua-dua pengantin keluar untuk bertemu dan bersalaman dengan tetamu.












2.4 Pakaian

Bagi suku kaum Bajau ,mereka terkenal dengan pakaian yang dinamakan Alal Bimbang.
Pakaian ini sering digunakan ketika majlis perkahwinan atau satu-satu keramaian yang
melibatkan orang ramai. Pakaian ini melambangkan keagunggan suku kau bajau ketika dahulu.
Sementara pakaian suku kaum Kadazan pula dinamakan Sinipak. Pakaian ini sering digunakan
ketika menyambut majlis perkahwinan. Ia diperbuat daripada kain baldu. Baju Bajau sering
dikaitkan dengan warna Kuning dan Hijau. Ianya digunakan untuk majlis persandingan dan
tarian.











Contoh pakaian pengantin kaum bajau










2.5 Kuih Penjaram

Kuih penjaram ialah makanan orang Bajau. Kuih penjaram kebiasaannya mempunyai
rasa manis-manis sedikit. Kuih ini merupakan makanan wajib jika ketika majlis perkahwinan
orang Bajau.








Kuih Penjaram orang Bajau

2.6 Pantang Larang dalam Adat Perkahwinan Kaum Bajau
Dalam melakukan majlis perkahwinan, masyarakat Bajau berpegang kepada pantang
larang kaumnya. Penetapan hari perkahwinan perlulah dielakkan daripada hari Rabu dan Ahad.
Ini kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang baik untuk upacara tersebut. Jika ada yang
melanggar pantang ini, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang baik.
Pada kebiasaannya mereka akan memilih hari yang ke-14 atau 15 mengikut kalendar Islam,
kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin baru itu akan menjadi
murah. Bagi kaum Bajau mereka lebih mempercayai perkahwinan yang bersifat monogami
daripada poligami. Dalam adat istiadat perkahwinan kaum Bajau, kebanyakan perkahwinan
berlaku antara kaum kerabat (saudara-mara) mereka sendiri. Hal ini kerana mereka amat percaya
bahawa perkahwinan sesama kaum kerabat sendiri lebih menjamin perkembangan zuriat mereka.
Perkahwinan Bajau tidak pernah melarang perkahwinan dengan orang luar dari kerabat mereka,
namun mereka lebih cenderung untuk berkahwin dengan kaum kerabat (yang jauh) sendiri.
Mereka tidak boleh mengahwini mereka yang mempunyai ikatan akrab atau muhrim. Jika
perkahwinan berlaku dengan muhrim sendiri, maka perkahwinan itu dianggap sumbang serta
akan mendatangkan sial.

Anda mungkin juga menyukai