Anda di halaman 1dari 4

Nama: Munirah Atirah Binti Muhamed Asli

No Matrik: JIC190021

No telefon: 0165465762

Kursus dan No kod: Budaya Popular Melayu, JIC1003

Budaya popular Melayu tradisional

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai bangsa yang mempunyai


keunikkannya yang tersendiri. Bangsa Melayu merupakan salah satu bangsa yang
mempunyai pelbagai keintimewaan budaya tradisionalnya yang tersendiri. Kebudayaan-
kebudayaan yang wujud didalam masyarakat Melayu masih ada lagi yang diamalkan dan ada
juga yang sudah hilang dan lupus ditelan arus pemodenan. Oleh itu, budaya-budaya
tradisional yang masih lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu kini hendaklah diteruskan dan
diamalkan agar nilai serta keindahannya tidak hilang dan sekaligus dijadikan sebagai norma
dalam kehidupan masyarakat Melayu kini.

Antara budaya popular tradisional yang masih diamalkan oleh masyrakat Melayu kini
ialah adat didalam perkahwinan. Bagi masyarakat Melayu, sebelum seorang itu bergelar
suami isteri yang sah mereka hendaklah menjalankan beberapa adat resam Melayu dimana
adat ini melibatkan beberapa fasa sebelum seseorang itu bergelar suami isteri yang sah. Fasa
pertama merupakan fasa awal yang lebih kepada mengenali iaitu merisik, meminang dan
bertunang. Fasa ini masih lagi diamalkan sehingga kini oleh masyarakat melayu dimana
bakal pengantin perempuan akan dikenalkan kepada pihak lelaki. Terdapat amalan dimana
ibu kepada bakal pengantin lelaki akan mengusap telapak tangan bakal pengantin perempuan
bagi memastikan bahawa gadis ini sesuai dijadikan isteri bagi anaknya. Fasa ini juga
melibatkan penyarungan cincin belah rotan oleh ibu bakal pengantin lelaki kepada pengantin
perempuan itu sendiri. Jelaslah fasa ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu namun
sudah terselit unsur-unsur moden dimana sepatutnya pada fasa ini pasangan teruna dan dara
ini tidak digalakkan untuk berjumpa kerana belum wujudnya ikatan yang sah, namun ekoran
peredaran zaman sudah ramai yang mengadakan majlis tunang secara besar besaran
mengalahkan majlis akad nikah.

Seterusnya, fasa kedua yang melibatkan acara berendam dan berasah gigi serta
berinai. Adat berendam dan berasah gigi merupakan amalan silam yang tidak lagi diamalkan
kerana dianggap sudah lapuk. Adat ini kebiasaannya diamalkan 3 hari sebelum akad nikah
dimana anak rambut pengantin perempuan serta bulu keningnya dicukur halus manakala
giginya diasah bagi Nampak rata dan berkilau. Amalan ini sudah tidak lagi diamalkan kerana
bakal-bakal pengantin masa kini lebih gemar mendapatkan rawatan kecantikkan di spa dan
khidmat juru solek professional. Seterusnya adat berinai, adat berinai masih lagi diamalkan
sehingga kini dan disebabkan arus pemodenan majlis berinai ini kadangkala diadakan secara
besar besaran dan melibatkan kedua-dua bakal mempelai. Jelaslah fasa kedua ini merupakan
fasa yang semakin hampir untuk kedua-dua pasangan diijabkabulkan namun menurut
perspektif Islam kedua-dua amalan ini tidak diwajibkan sama sekali.

Seterusnya, fasa ketiga yang melibatkan penyatuan kedua-dua mempelai iaitu akad
nikah serta bersanding. Masyarakat Melayu semamangnya sinonim dengan agama Islam.
Agama Islam mewajibkan seluruh umatnya bernikah sebelum menjalinkan apa apa ikatan
diantara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Oleh itu, masyarakat Melayu semamangnya
akan bernikah dimana melibatkan jurunikah yang sah bagi menyimpulkan ikatan secara sah
diantara kedua-dua teruna dan dara. Sejurus bernikah, kedua-dua mempelai akan bersanding
dimana bersanding bertujuan bagi memberi hebahan kepada seluruh kampung ataupun
kenalan bahawa kedua-dua mempelai ini sudah sah bergelar suami isteri. Adat-adat resam
diatas sememangnya sesetengah masih lagi diamalkan dan sesetengahnya sudah lupus. Hal
ini kerana, sesetengah amalan itu tidak sesuai lagi untuk diamalkan kerana mampu
memudaratkan diri dan tidak sesusai dengan simbolik masyarakat Melayu sebagai umat
Islam.

Disamping itu, budaya popular tradisional juga boleh dilihat didalam permainan
tradisonal. Masyarakat Melayu dahulu tidak mendapat hiburan seperti masyarakat Melayu
kini. Mereka dahulu berhibur dengan permainan-permainan tradisional yang sememangnya
menjadi platform mengukuhkan ikatan diantara mereka. Antara permainan tradisional yang
masih lagi terkenal dan dimainkan oleh masyarakat kini ialah congkak. Congkak merupakan
permainan tradisional yang memerlukan bongkah kayu yang dilubangkan sebanyak lima,
tujuh atau Sembilan kepada dua bahagian serta terdapat dua lubang besar dikiri dan kanan
yang dikenali sebagai “rumah”. Namun, bagi mereka yang kurang berkemampuan dahulu,
mereka akan mengorek tanah dan dijadikan lubang sama bentuk seperti congkang. Congkak
boleh dimain bersama guli, biji getah, batu-batu kecil dan segala objek yang muat diletakkan
didalam lubang-lubang yang tersedia. Permainan congkak hanya boleh dimainkan 2 orang
setiap perlawanan. Masyarakat Melayu terdahulu gemar bermain congkak disekitar anjung
dan beranda rumah. Permainan tradisional ini masih lagi banyak diamainkan oleh masyarakat
sehingga kini. Permainan ini dapat dilihat berlangsung ketika hari keluarga, kenduri kendara
dan sebagainya.

Seterusnya, permainan tradisional yang masih lagi dimainkan sehingga kini ialah
gasing. Gasing merupakan antara permainan tradisional yang masih popular sehingga kini.
Gasing merupakan sejenia permainan yang berputar pada paksinya sambal mengimbang
kepada satu titik. Masyarakat Melayu dahulu amat gemar bermain gasing sehingga diadakan
perlawanan diantara mereka. Permainan gasing selalunya dipelopori oleh kaum lelaki. Setiap
gasing diperbuat daripada pelbagai kayu seperti berbaru, merbau, rambai dan sebagainya
manakala talinya kebiasaanya diperbuat daripada tali nilon. Setiap gasing itu terdiri daripada
bahagian kepala, badan dan buritan. Ia mestilah dibuat dan diukir dengan betul agar dapat
memastikan ketahanannya ketika bertanding. Namun begitu, terdapat pelbagai jenis gasing
yang berbeza bentuk dan namanya. Antara gasing tradisional yang popular sehingga kini
ialah gasing toyol, gasing begelen, gasing kuno, gasing pangkah dan sebagainya. gasing-
gasing ini kebiasaanya diperbuat daripada kayu dan dimainkan dengan tali yang dipintal
menggunakan sabut. Namun begitu, walaupun permainan gasing ini masih lagi dimainkan
sehingga kini, gasing-gasing tradisional ini tidak lagi mendapat sambutan kerana berlaku arus
permodenan. Hal ini kerana, wujud gasing-gasing moden yang diperbuat daripada plastik dan
dilengkapkan dengan magnet bagi memudahkan gerakkan gasing tersebut. Sebagai contoh,
permaian “Beyblade” yang sekarang semakin hangat dikalangan kanak-kanak muda telah
menjadikan gasing-gasing tradisional ini kian hari semakin dilupakan. Jelaslah, permainan
tradisional juga merupakan antara budaya tradisonal popular yang wujud didalam kehidupan
masyarakat Melayu kini.

Kesimpulannya, kesemua budaya popular tradisional yang masih wujud ini hendaklah
dijaga dan dikekalkan agar tidak ditelan arus permodenan. Setiap budaya tradisional ini telah
melambangkan kebanggaan serta keunikkan bangsa Melayu di muka bumi ini. Oleh itu, kita
sebagai bangsa Melayu haruslah mengamalkan amalan-amalan serta adat-adat Melayu yang
serba indah ini agar dapat mewujudkan rasa cinta akan budaya sehingga ke generasi yang
akan datang.
RUJUKAN

Cikgu Saliza Teh, Cikgu Rosmini Selamat. 2016. Permainan Tradisional Melayu.
https://pt.slideshare.net/nurafiqahbahiah1/permainan-tradisional-melayu-70120608

Aimi. 2015. Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu.


http://malaysiakuterbilang.blogspot.com/2015/11/adat-istiadat-perkahwinan-masyarakat.html

Metro Online. 2019. Gasing Nusantara.


https://www.hmetro.com.my/nuansa/2019/05/453327/gasing-nusantara

Muhammad Harith Bin Mokhtar. 2015. Adat Resam Perkahwinan Kaum di Malaysia.
http://pengajianmalaysiadls1b.blogspot.com/2015/02/20-perkahwinan-masyarakat-melayu.html

Anda mungkin juga menyukai