Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN A:

Soalan 1:

Bincangkan DUA (2) cara menerapkan pelaziman klasik Pavlov 

Ivan Pavlov telah dilahirkan pada tahun 1849 di Ryazan, Rusia Tengah
dan meninggal dunia pada tahun 1939 di Leningrad. Beliau adalah
seorang ahli fisiologi, ahli psikologi dan ahli perubatan yang berasal
daripada negara Rusia. Beliau telah mendapat gelaran doktor pada
tahun 1879. Menurut teori pelaziman klasik, cara pembelajaran yang
sesuai ialah menggunakan ransangan tak terlazim dikaitkan dengan
ransangan terlazim. Hal ini dibuktikan oleh Pavlov dan Watson melalui
kajian yang mereka jalankan iaitu Eksperimen Little Albert dan
eksperimen ke atas anjing. Eksperimen-eksperimen tersebut secara
ringkasnya menekankan bahawa, peneguhan atau keselesaan kepada
responden pada awalnya. Kemudian, setelah responden terbiasa
dengan keadaan tersebut, penghapusan akan dijalankan.

Melalui teori yang dikemukakan oleh kedua- dua tokoh tersebut,


dapatlah digunakan oleh para pendidik dalam pengajaran dan
pembelajaran. Antara implikasi teori tersebut dalam P&P ialah gerak
balas positif (perhatian dan penglibatan murid- murid dalam P&P) dapat
dipupuk melalui pelaziman klasik. Selain daripada itu juga, ia perlu
berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid- murid untuk
memudahkan proses P&P. Contohnya, jika seorang guru ingin
mengajarkan perkataan “bola” kepada murid, pastikan murid mampu
menyebut perkataan tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji
bola kearahnya. Kemudian, tunjukkan kad perkataan bola disertakan
dengan sebiji bola untuk mendapat gerak balas murid tersebut. Aktiviti
tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut
perkataan buku apabila ditunjukkan kad perkataan kepadanya.

Guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan


ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Contohnya,
memberikan penyelesaian masalah matematik dengan kerap kali.
Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak
balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu
gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid semasa aktiviti
pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan gula-
gula, pada suatu hari guru memberikan pensel sebagai peneguhan.
Malah, guru perlu membantu murid memulihkan ingatan dengan
memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan
pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak


diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak
diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus
begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu
seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Manakala cara menerapkan Hukum Pembelajaran Thorndike di dalam
bilik darjah melalui Teori Pelaziman Operan Thorndike adalah kajian
pelaziman operan tahap primer atau ‘primary instrumental
conditioning’, iaitu penghasilan gerak balas terlazim adalah berdasarkan
peneguhan ransangan tak terlazim yang berkaitan. Pada awalnya teori
ini dikenali sebagai Teori Ransangan –gerak Balas dan kajiannya pula
dinamakan sebagai Pembelajaran Cuba-Ralat atau cuba jaya

Hukum pembelajaran Thorndike terbahagi kepada tiga iaitu hukum


kesediaan, hukum latihan dan juga hukum kesan. Thorndike amat
menyarankan bahawa ketiga-tiga hukum tersebut digunakan dalam
mengawal pembelajaran manusia kerana beliau percaya jika hukum-
hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi mudah dan
berkesan.

Hukum yang pertama ialah hukum kesediaan. Hukum ini adalah perkara


yang paling penting dan asas sebelum seseorang murid memulakan
pembelajaran. Seseorang murid hendaklah mempunyai persiapan yang
rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran di dalam kelas. Selain itu,
penekanan terhadap ganjaran hanya akan berkesan jika murid mahu
menerima ganjaran tersebut. Sebagai contoh, ganjaran tidak semestinya
berkesan untuk memujuk murid jika dia tidak bersedia untuk
menjalankan aktiviti tersebut. Seterusnya, murid juga perlu dalam
mempersiapkan diri dari segi kognitif, psikomotor dan efektif. Jika murid
bersedia sepenuhnya untuk menjalani aktiviti pembelajaran, kesannya,
pembelajaran yang mereka dapati bukan sahaja berkesan malahan
mereka juga akan berasa seronok disepanjang proses pembelajaran
tersebut.
Hukum latihan yang kedua ialah hukum latihan. Menurut Thorndike,
persepsi perhubungan antara ransangan dengan gerak balas adalah
mewakili konsep pembelajaran. Hal yang demikian, untuk meningkatkan
perhubungan antara ransangan dan gerak balas, seseorang murid
hendaklah diberi latihan yang banyak untuk mendapat kesan yang baik.
Kesimpulannya, semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh
ikatan antara ransangan dengan gerak balas seseorang murid.
Contohnya, jika seseorang murid diberi latihan matematik dengan
banyak, tempoh masa untuk murid tersebut menyelesaikan soalan
matematik tersebut semakin singkat.

Hukum latihan yang ketiga ialah hukum kesan. Maksudnya di sini ialah


sekiranya seseorang murid itu mendapat kesan pengalaman yang
memuaskan daripada gerak balas yang dihasilkan, maka ikatan antara
ransangan dan gerak balas akan semakin kukuh. Namun begitu, jika
seseorang murid mendapat kesan pengalaman yang menyakitkan, gerak
balas tersebut akan semakin menghilang. Perkara ini juga boleh
dikaitkan dengan ganjaran dan denda yang diberikan berdasarkan gerak
balas yang dihasilkan

Implikasi yang pertama ialah untuk mempelajari tingkah laku,


rangsangan perlu diwujudkan. Guru perlu menyediakan pelbagai
sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mengagumkan
agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku. Contohnya
dengan menggunakan ICT dan juga audio atau video yang menarik agar
murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan.
Implikasi yang kedua ialah konsep hukum kesediaan boleh diperluas
untuk digunakan di dalam bilik darjah. Seseorang murid perlu bersedia
dari segi mental, minat dan sikap serta psikomotor sebelum
pembelajaran berkesan dapat berlaku tetapi jika murid tersebut dipaksa
belajar, pembelajaran tidak akan berkesan.

Implikasi yang ketiga ialah latihan dan pengulangan akan meningkatkan


keberkesanan pembelajaran. Ia juga boleh meningkatkan kemahiran
dan ingatan murid. Contohnya dengan memberi latih tubi, kuiz atau soal
jawab yang kerap kepada murid.

Anda mungkin juga menyukai