Anda di halaman 1dari 14

1.

TEORI BEHAVIORISME DAN APLIKASINYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Pengenalan Menurut teori behaviorisme, belajar adalah perubahan tingkah laku yang terhasil daripada pengalaman. Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara gerak balas (respon) dan rangsangan (stimulus). Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan tingkah lakunya. Menurut teori ini, dalam belajar yang penting adalah input yang merupakan rangsangan dan output adalah gerak balas. Rangsangan adalah apa saja yang diberikan guru kepada pelajar, sedangkan gerak balas merupakan reaksi atau tanggapan pelajar terhadap rangsangan yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang terjadi antara rangsangan dan gerak balas tidak penting untuk diperhatikan kerana tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur. Perkara yang dapat diamati adalah rangsangan dan gerak balas. Oleh itu, apa-apa yang diberikan oleh guru (rangsangan) dan apa yang diterima oleh pelajar (gerak balas) hendaklah diamati dan diukur. Teori ini mengutamakan pengukuran kerana pengukuran merupakan suatu perkara yang penting untuk melihat berlaku atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut.Faktor lain yang dianggap penting oleh aliran behaviorisme adalah faktor peneguhan. Apabila peneguhan positif diteruskan, maka gerak balas akan menjadi semakin kuat. Begitu pula apabila peneguhan negatif, maka gerak balas akan menjadi semakin hilang.

2. Pelaziman Klasik 2.1 Teori Pelaziman Klasik Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936) Ivan Petrovich Pavlov merupakan seorang saintis dan ahli fisiologi Rusia memperkenalkanTeori Pelaziman Klasik atau Teori R-G (Rangsangan Gerak Balas. Beliau berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Kajian beliau tentang proses pencernaan dalam anjing dan pemerhatian terhadap perubahan-perubahan dalam kadar penghasilan air liur anjing. Akhirnya membawa kepada teori pelaziman klasik di bawah kajian bidang fisiologi.

Melalui kajian ini, Pavlov telah mengemukakan konsep rangsangan dan gerak balas (Mook Soon Sang, 2002). Selain konsep tersebut, Pavlov turut mengemukakan konsep generalisasi, diskriminasi dan penghapusan yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rahil Mahyuddin (2000) dalam buku Psikologi Pendidikan telah menjelaskan konsep generalisasi dan diskriminasi dalam situasi bilik darjah. Menurut beliau, generalisasi bererti kemahiran boleh dipindahkan kepada beberapa mata pelajaran seperti kemahiran menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran matematik dapat diaplikasikan dalam mata pelajaran fizik. Manakala diskriminasi pula bererti peneguhan berlaku hanya apabila sesuatu rangsangan wujud. Contohnya, guru memberitahu pelajar bila dan dalam situasi mana pelajar boleh melakukan sesuatu tindakan seperti mengangkat tangan apabila guru habis menyoal dan berdiri apabila disoal. Laman web http://www.homestead.com telah mentakrifkan penghapusan

mengikut perspektif behaviorisme dan pembelajaran sebagai gerak balas yang wujud akan berperingkat-peringkat terhapus apabila peneguhan atau ganjaran tidak diberikan lagi. Dalam kajian Pavlov, prinsip penghapusan terjadi apabila loceng yang tidak disertakan dengan rangsangan tak terlazim (makanan). Lama-kelamaan loceng tidak lagi tidak merangsang anjing untuk mengeluarkan air liur.

2.2 Teori Pelaziman Klasik J.B. Watson (1878-1958) Watson juga adalah seorang ahli behaviorisme kerana kajiannya tentang tingkah laku manusia yang dapat dikawal dan diramal. Watson mendefinisikan pembelajaran sebagai proses interaksi antara rangsangan (stimulus) dan gerak balas (respon). Namun rangsangan dan gerak balas yang dimaksud harus dapat diperhati dan diukur. Walaupun dia mengakui adanya perubahan-perubahan mental dalam diri seseorang selama proses belajar, namun dia menganggap faktor tersebut sebagai perkara yang tidak perlu diambil kira kerana tidak dapat diamati. Watson terkenal dengan kajiannya berkaitan pelaziman dan kawalan emosi manusia, iaitu uji kaji tentang Albert. Kanak-kanak Albert dibiarkan bermain dengan tikus putih.

Ketika Albert sedang asyik bermain, Watson membunyikan ketukan yang kuat. Gandingan dua perkara itu dibuat berulang-ulang kali. Albert terkejut dan terus menjadi takut kepada tikus putih. Albert mengaitkan tikus putih dengan bunyi yang mengejutkan. Kemudiannya, Albert menjadi takut kepada semua benda putih yang berbulu termasuk rambut Watson. Watson membentuk teori bahawa kanak-kanak memiliki tiga tindak balas emosi yang asas, iaitu takut, marah dan sayang. Tindak balas ini dapat dilazimkan. Memandangkan emosi kanak-kanak dapat dilazimkan, maka guru hendaklah memastikan emosi positif dapat dibina dalam diri pelajar. Suasana bilik darjah yang mesra, berperaturan, layanan yang adil dan seumpamanya dapat membentuk emosi yang positif. Kesimpulannya, persekitaran psikososial bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi emosi setiap pelajar.

3. Pelaziman Operan 3.1 Teori Pelaziman Operan E.L. Thorndike (1874-1949) Salah seorang ahli behaviorisme, E.L. Thorndike telah memperkenalkan teori proses pembelajaran yang dikenali sebagai connectionisme (hubungan). Menurut

Thorndike, hubungan antara rangsangan dan gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan. Kajian Thorndike tentang bagaimana kucing belajar keluar dari sangkar

menunjukkan hubungan yang dimaksudkan. Seekor kucing yang lapar dimasukkan ke dalam sangkar. Manakala makanannya diletakkan di luar sangkar. Pintu sangkar akan dapat dibuka sekiranya selak dipijak. Kucing tersebut melakukan pelbagai tindakan seperti mencakar, berlari, menguis, memanjat, meronta-ronta dan sebagainya. Dalam usaha rawak ini, kucing terpijak tuil selak pintu berkenaan. Kucing pun dapat keluar dan mendapatkan makanan. Tindakan rawak ini dikenali sebagai teori cuba jaya. Pada kali kedua, ketiga dan seterusnya, kucing berjaya keluar dari sangkar dalam tempoh masa yang semakin singkat dan tindakan rawak juga berkurangan. Menurut Thorndike, hubungan antara rangsangan (makanan) dengan gerak balas (tekan tuil selak) menjadi lebih kukuh apabila wujud kesan yang positif. Sekiranya kesan tindakan negatif, hubungan rangsangan dengan tindak balas akan lemah dan tingkah laku tidak berulang.

Dalam kajian ini, Thorndike telah mengemukakan tiga hukum atau prinsip pembelajaran, iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum kesan memainkan peranan yang sangat penting dalam teori hubungan anjuran Thorndike.

i. Hukum Kesediaan Kesediaan belajar termasuklah kesediaan kognitif, keseadiaan efektif serta kesediaan psikomotor. Oleh itu, setiap pelajar perlu ada kesediaan tersebut untuk memungkinkan tindakan atau tindak balas berlaku. Hukum kesediaan mengarah kepada pencapaian matlamat pembelajaran. Sekiranya pelajar sudah bersedia untuk bertindak, guru hendaklah

memberikan bimbingan dan membantu pelajar berkenaan, maka kesannya amat memuaskan. Jika pelajar sudah bersedia untuk bertindak tetapi dihalang, maka natijahnya amat mengecewakan. Adapun pelajar yang belum bersedia untuk bertindak tetapi dipaksa, kesannya juga turut mengecewakan. Oleh itu, guru hendaklah memastikan setiap pelajar ada kesediaan yang diperlukan untuk memulakan sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran. Keadaan ini akan membantu pelajar mengikuti pembelajaran dengan baik dan akan mencapai kejayaan sekiranya apa-apa yang dipelajari selaras dengan keupayaan mereka.

ii. Hukum Latihan Hubungan rangsangan dan gerak balas akan menjadi kukuh dengan adanya pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. Hubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi lemah jika ia tidak digunakan, iaitu tiada pengulangan dan latihan. Hukum latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui proses membuat dan lupaan akan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak digunakan. Bagi menjamin kelangsungan pembelajaran, latihan dalam pelbagai bentuk, pengulangan, latuh tubi, aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari hendaklah dibuat dengan lebih kerap. Penggunaan pengetahuan dan latihan serta kemahiran yang dikuasai akan mengukuhkan pembelajaran.

Mengikut hukum ini, latihan tanpa ganjaran tidak akan bermakna. Pengulangan latihan yang tidak sistematik tanpa ganjaran tidak akan mengakibatkan pembelajaran. Manakala Kamarudin Hj. Husin (1993) pula melihat latihan yang dimaksudkan dalam hukum latihan sebagai sesuatu yang utama dalam proses pembelajaran. Hukum ini menyatakan sesuatu perkaitan antara rangsangan dan tindak balas akan bertambah kukuh jika terdapat latihan. Sebaliknya, tanpa latihan dan ulangan, ikatan tersebut akan lemah. Hukum ini banyak diaplikasikan dalam latihan menghafal dan latihan-latihan otot. Hukum latihan merujuk kepada peneguhan perkaitan melalui latihan dan kelemahan perkaitan atau lupaan apabila latihan tidak diteruskan (Habibah Eliasdan Rahil Mahyuddin, 1990). Pengukuhan berkemungkinan mendorong bertambahnya gerak balas terutamanya apabila diulang serta-merta. Selepas menyemak semula andaian ini, Thorndike kemudiannya mengemukakan bahawa pengukuhan dan kelemahan dalam satu perkaitan antara rangsangan dan gerak balas semasa latihan bergantung kepada perasaan kepuasan atau kesan yang tidak menyenangkan. Kesimpulannya, guru dapat mengaplikasikan prinsip asas ini dalam bilik darjah dengan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. Hukum latihan ini sangat penting untuk mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Tanpa adanya latihan akan menyebabkan kelemahan dan kelupaan. Oleh itu, pembelajaran pastinya akan lebih berkesan sekiranya pembelajaran disertai latihan sebagai pengukuhan sesuatu pembelajaran.

iii. Hukum Kesan Mok Soon Sang (2000) menyatakan bahawa hukum kesan menjelaskan bahawa ikatan rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan selepas gerak balasnya dihasilkan. Sebaliknya, gerak balas yang tidak mendatangkan hasil yang berkesan akan kian menjadi lemah khasnya apabila sesuatu gerak balas yang membawa kesan yang menyakitkan atau tidak menyeronokkan. Thorndike berpendapat bahawa pemberian ganjaran merupakan cara yang berkesan untuk membentuk tingkah laku yang diharapkan. Di dalam buku Psikologi Pendidikan, Habibah Elias dan Rahil Mahyuddin(1990) menegaskan bahawa hukum kesan merupakan hukum yang terpenting sekali dan mereka juga berpendapat bahawa kemungkinan perkaitan itu berulang adalah besar sekiranya sesuatu perkaitan itu diiringi dengan perasaan kepuasan.

Sebaliknya, apabila perkaitan itu diiringi dengan perasaan yang tidak menyenangkan, pengukuhan menjadi lemah. Thorndike merumuskan bahawa ganjaran menggalakkan pelajar melakukan sesuatu gerak balas, manakala denda akan menghalang manusia daripada melakukannya. Guru hendaklah memberi ganjaran atau peneguhan sebagai respon atau gerak balas yang betul kepada pelajar. Peneguhan di dalam bilik darjah boleh diberikan melalui tiga komponen iaitu (a) secara konkrit seperti hadiah, markah, makanan dan lain-lain, (b) sosial misalnya memberikan senyuman, perhatian, penghargaan dan pujian kepada pelajar serta (c) melalui aktiviti-aktiviti yang digemari oleh pelajar. Proses pembelajaran yang melibatkan tingkah laku akan sering diulang jika terdapatnya peneguhan yang positif atau ganjaran dan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Secara tidak langsung, guru berupaya mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan ke arah pencapaian yang lebih memberangsangkan. Ringkasnya, kesan pengalaman yang menyeronokkan akan mengukuhkan lagi pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Ini menggalakkan gerak balas diulang. Sebaliknya, kesan pengalaman yang menyakitkan hanya melenyapkan gerak balas yang terhasil. Contohnya, dalam tajuk Kewajipan Menunaikan Solat, guru memberi latihan kepada murid-murid iaitu menghafal bacaan-bacaan dalam solat. Kemudian, guru menyemak hafalan murid-murid dan membetulkan jika terdapat sebarang kesalahan dalam bacaan mereka. Latihan dan pengukuhan memberi banyak kesan positif kepada murid-murid. Guru boleh memberi peneguhan atau ganjaran sebagai motivasi. Kesannya murid akan menjadi rajin dan bersemangat untuk mengikuti pelajaran yang diajar. Secara tidak langsung, murid-murid berpotensi untuk berjaya dalam pelajaran. Justeru, guru hendaklah menyediakan suasana pembelajaran yang dapat membawa perasaan rasa berjaya. Sekiranya pelajar dapat menguasai pembelajaran atau mendapat pujian, pelajar akan merasa puas hati dan gembira. Situasi ini akan membuatkan pelajar akan berusaha dengan lebih gigih untuk terus berjaya. Sebaliknya, jika pelajar tidak menguasai pembelajaran, dikritik, dimarahi, dikecam atau dimalukan, pelajar akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar.

3.2 Teori Pelaziman Operan B. F. Skinner (1904-1990) Burrhus Frederic Skinner, seorang ahli psikologi di AmerikaSyarikat, juga merupakan pelopor dalam bidang kajian pelaziman operan telah mengkaji dan memperbaiki lagi

teori-teori behaviorisme. Menurut beliau, pembelajaran akan berlaku jika ada rangsangan dan tindak balas yang berulangan. Hipotesisnya berkaitan teori pelaziman operan telah dibuktikan melalui beberapa eksperimen menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati, di mana tingkah laku binatang tersebut dikawal dan gerak balasnya dihitung dalam sebuah kotak yang direka bentuk dan dikenali sebagai Kotak Skinner (Skinner Box). Beliau telah menggunakan hasil daripada kajian ini untuk diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut beliau, dalam teori pelaziman operan, gerak balas boleh diulangi atau dihapuskan jika diberikan peneguhan sejurus selepas gerak balas ditunjukkan. Menurut pendapat Amir Awang (1986), mengikut pelaziman klasik, murid

akan menjadi pasif kerana ganjaran diberikan kepadanya bukan atas usahanya mendapatkan ganjaran tersebut. Manakala mengikut pelaziman operan, pelajar bertindak aktif kerana ganjaran diperoleh dengan cara berusaha sendiri.

i. Peneguhan dan Hukuman Peneguhan bermaksud mengukuhkan lagi tingkah laku yang memungkinkan tingkah laku diulangi atau diteruskan. Skinner memperkenalkan dua kategori peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berupa peneguhan yang diberikan menjadi rangsangan kepada tingkah laku seterusnya. Contohnya, seorang pelajar yang menyiapkan tugasan dengan baik dan tepat pada masanya, guru memberikan pujian yang merangsangkan. Hal ini akan menyebabkan pelajar menyiapkan tugasan seterusnya dengan baik dan menepati masa. Skinner membahagikan peneguhan positif kepada dua kategori, iaitu peneguhan berterusan dan peneguhan berkala. Peneguhan berkala bermaksud memberi peneguhan pada kala atau masa tertentu. Bukan semua tingkah laku mendapat peneguhan. Peneguhan berkala juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu mengikut selang masa dan mengikut nisbah pencapaian tingkah laku. Peneguhan mengikut selang masa dan nisbah juga boleh dibahagikan kepada nisbah tetap dan berubah. Manakala peneguhan negatif ialah peneguhan yang diberikan memungkinkan tingkah laku diteruskan apabila rangsangan yang tidak selesa disingkirkan (Baldwin dan Baldwin, 2001). Kebarangkalian tingkah laku diteruskan adalah tinggi apabila

tidak ada leteran, bebelan dan teguran. Contohnya, guru menegur pelajar yang berambut panjang dan tidak kemas setiap kali masuk kelas. Akhirnya pelajar memotong dan menyikat rambut. Dengan itu, guru tidak lagi mengkritik dan pelajar kekal menjaga kekemasan rambutnya. Skinner juga memperkenalkan dua jenis hukuman, iaitu hukuman beri (persembah) dan hukuman tarik (singkir). Hukuman beri (persembah) mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang diberikan. Contohnya, kena rotan, kena tampar, kena sebat dan sebagainya. Hukuman tarik (singkir) mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang selesa ditarik balik. Rangsangan ditarik balik hasil kesan daripada tingkah laku biasanya sesuatu digemari. Contohnya, peluang keluar malam, menonton rancangan kegemaran dan sebagainya dalan tempoh tertentu. Kesimpulannya, teori behaviorisme menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan antara sesuatu rangsangan dengan sesuatu gerak balas. Pelaziman klasik dan pelaziman operan adalah contoh teori behaviorisme yang menekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan. Peneguhan positif dan negatif memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran dan boleh meningkatkan tingkah laku yang diinginkan. Denda mempunyai kesan yang tertentu dan tidak digalakkan sebagai cara untuk mengawal tingkah laku.

2. TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL DAN APLIKASINYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Pengenalan Menurut Albert Bandura (1925), manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan, mendapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman daripada perlakuan. Pembelajaran sosial boleh didefinisikan sebagai satu pembelajaran

yang berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorangsebagai model bertingkah laku. Ini bererti persekitaran akan

mempengaruhi tingkah laku.

Kajian Bandura ke atas sekumpulan kanak-kanak tadika memperakui pernyataan tersebut. Dalam uji kaji anak patung Bobo, kanak-kanak tadika dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk menonton video. Kumpulan 1 menonton video orang dewasa bertindak kasar dengan memukul, mengetuk dan menendang Bobo. Perbuatan ini mendapat peneguhan. Kumpulan 2 pula menonton tindakan yang sama, tetapi mendapat peneguhan. Manakala kumpulan 3 menonton tindakan orang dewasa yang tidak bertindak ganas terhadap Bobo. Selepas menonton video, Semua kanak-kanak dimasukkan kedalam bilik permainan yang terdapat anak patung Bobo. Kanak-kanak tersebut bertindak sebagaimana yang diperhatikan dalam video. Teori pembelajaran sosial menjelaskan bagaimana proses peniruan berlaku. Kanak-kanak meniru tingkah laku yang diperhatikan, terutama tingkah laku yang mendapat peneguhan. Teori Pembelajaran Sosial juga dikenali sebagai teori pembelajaran peniruan dan juga sebagai pembelajaran pemerhatian atau modeling. Menurut teori ini, terdapat beberapa cara peniruan yang boleh dilakukan, iaitu peniruan secara langsung,

peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan, dan peniruan elisitasi.

i. Peniruan secara langsung Peniruan secara langsung terjadi apabila seseorang melihat orang lain (model) melakukan sesuatu dan meniru kelakuan itu. Contohnya apabila guru menunjukkan cara berwuduk, maka pelajar akan menirunya secara langsung.

ii. Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan Peniruan sekat lakuan ialah tindakan yang boleh dilakukan dalam semua situasi (tak sekat lakuan). Contohnya murid boleh meniru kawan mereka bersorak di padang tetapi tidak boleh meniru kawan bersorak di dalam kelas. Manakala peniruan tak sekat lakuan ialah tindakan yang hanya boleh dilakukan dalam situasi yang tertentu sahaja (sekat lakuan). Contohnya pelajar boleh meniru gaya berbudi bahasa gurunya.

iii. Peniruan elisitasi Peniruan ini melibatkan emosi dan keinginan. Dalam proses elisitasi, seseorang akan terus lakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara melakukan tingkah laku tersebut. Contohnya timbul keinginan di hati Zainal untuk

membantu bapanya mencuci motosikal setelah melihat kawannya menolong bapanya mencuci motosikal. Bandura mengemukakan model timbal balik (determinisme) yang

mengandungi tiga faktor utama, iaitu perlakuan, individu (kognisi) dan persekitaran. Faktor-faktor tersebut saling berinteraksi dan mempengaruhi pembelajaran. Bandura berpendapat bahawa perlakuan seseorang adalah hasil interaksi antara faktor dalam diri dan juga persekitaran. Berdasarkan kepada teori ini, sebagai seorang guru, kita hendaklah sentiasa memperbaiki kaedah pengajaran danpembelajaran kerana ada kemungkinan

kaedah pengajaran yang kita gunakan semasa pengajaran dan pembelajaran kurang menarik dan sekaligus mematikan minat pelajar untuk memahaminya. Guru juga perlu pandai mengaplikasikan pengetahuan baru dengan

pengetahuan sedia ada pelajar dan sentiasa mengaitkan pelajaran dengan situasi sebenar pelajar. Dengan itu, pasti mereka akan lebih memahami dan meneroka sendiri ilmu pengetahuan dengan menyeronokkan. Di samping itu, guru juga perlu berusaha menganalisis suasana pengajaran dan pembelajaran dan bagaimana suasana pengajaran boleh menyebabkan tingkah laku negatif. Guru hendaklah kerap menekankan nilai-nilai murni dalam pengajaran supaya pelajar-pelajar dapat dididik dan dibimbing menjadi orang yang mempunyai keperbadian tinggi dan juga sifat-sifat mulia. Guru perlu mendampingi pelajar dan menghormati pendapat serta kemahuan mereka. Guru tidak sewajarnya menggunakan sindiran kepada pelajar dan memberikan hukuman yang akan mencacatkan perkembangan sosio emosi mereka. Di samping itu, guru perlu memberi peneguhan kepada tingkah laku yang positif.

3. TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK DAN APLIKASINYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Pengenalan Humanistik melihat pelajar sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayan untuk belajar dan berkembang. Humanistik percaya bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai. Dengan itu, individu harus dilihat sebagai satu entiti.

Pendekatan humanistik terhadap pendidikan menekankan keunikan setiap individu dengan mengiktiraf persepsi, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran yang berbeza. Ini bererti pendekatan ini memberi tumpuan kepada perkembangan konsep kendiri, motivasi intrinsik dan kesedaran kendiri pelajar. Gagne dan Berliner (1991) menyenaraikan lima objektif asas pendidikan mengikut pandangan humanistik, iaitu: i. Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. ii. Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan perkara yang dipelajari. iii. iv. v. Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah. Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan. Mengembang kecenderungan aspek seni dan emosi. Menurut Gagne dan Berliner (1991), prinsip-prinsip pendekatan humanistik merangkumi: 1. Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari dan perkara yang ingin diketahui oleh mereka. 2. Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak pengetahuan. 3. Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan penilaian yang bermakna, namun pelajar perlu mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan. 4. Perasaan adalah sama penting dengan fakta. 5. Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman. Antara tokoh-tokoh utama bagi pendekatan pembelajaran humanistik ialah Carl Rogers dan Abraham Maslow.

1. Carl Rogers (1902-1987) Carl Rogers (1902-1987) yang terkenal sebagai pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien. Pada mulanya, beliau belajar teologi dan kemudiannya beralih kepada psikologi klinikal serta psikologi pendidikan. Carl Rogers berpendapat bahawa manusia pada dasarnya baik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai potensi diri. Sebagai insan yang baik, jika dijurus ke arah yang betul akan berkembang secara positif, baik rohani dan jasmani. Dalam pembelajaran, Rogers memberi penekanan kepada hubungan personel antara guru sebagai fasilitator dengan pelajar. Oleh itu, teori humanistik mengutamakan pembelajaran berpusatkan pelajar. Prinsip umum pembelajaran bagi Rogers ialah: Kita tidak boleh mengajar seseorang secara langsung, tetapi kita hanya dapat membimbing pembelajarannya. Struktur dan organisasi diri seseorang menjadi lebih rigid jika dia merasakan dirinya terancam dan sebaliknya akan menjadi tenang jika tiada ancaman. Dalam bidang pendidikan, Rogers terkenal dengan teori pembelajaran pengalaman (experiental learning). Menurut Rogers, semua insan mempunyai daya dan keinginan yang tinggi untuk belajar. Kegagalan untuk belajar bukan kerana ketidakupayaan pelajar tetapi puncanya suasana pembelajaran yang kurang sesuai. Oleh itu, guru perlu menyediakan suasana yang kondusif untuk murid-murid belajar. Guru juga perlu menjelaskan objektif pembelajaran yang akan diajar, membekalkan sumber pembelajaran intelektual yang dan sesuai emosi dengan yang tahap pelajar, dengan

mengimbangkan

komponen

berkaitan

pembelajaran, dan berkongsi perasaan dan idea dengan mereka. Rogers mengkategorikan pembelajaran kepada dua bentuk, iaitu

pembelajaran kognitif dan pembelajaran pengalaman. Pengajaran kognitif danggap kurang bermakna kerana melibatkan pembelajaran mata pelajaran akademik semata-mata. Manakala pembelajaran pengalaman melibatkan aplikasi

pengetahuan. Pembelajaran jenis ini mengambil kira keperluan dan kehendak pelajar.

Lantaran itu, pembelajaran pengalaman melibatkan perkembangan diri, motivasi, daya usaha, penilaian kendiri dan mempunyai kesan jangka panjang. Pembelajaran pengalaman ialah belajar melalui proses membuat. Pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran, merancang, membuat kajian, menghasilkan sesuatu yang pasti akan ada hasil dan kesan yang memberangsangkan.

Dengan yang demikian, pelajar meneroka, mencari jalan penyelesaian, membuat uji kaji, kajian dan sebagainya, berbanding pembelajaran kognitif yang hanya melibatkan proses belajar dalam bilik darjah, membaca, berbincang tentang pengalaman orang lain. Melalui proses membuat sendiri, terutamanya dalam kumpulan, pelajar akan belajar berkerjasama, berfikir, merancang, menghayati nilai, dan memupuk sikap yang baik. Secara tidak langsung pelajar belajar mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran kendiri. Dalam pembelajaran pengalaman ini, guru berperanan sebagai fasilatitator sahaja. Guru tidak boleh memberi pengajaran secara langsung kepada pelajar tetapi guru hanya dapat membimbing pembelajarannya. 2. Teori Abraham Harold Maslow (1908-1970) Abraham Maslow dilahirkan di Rusia dan kemudiannya menetap di Amerika Syarikat. Beliau merupakan salah seorang ahli psikologi yang terkenal dengan Hirarki Keperluan yang diperkenalkan pada tahun 1947 hingga 1954. Beliau terkenal dengan perkembangan potensi manusia terutamanya teori keperluan. Maslow mengutarakan pemeringkatan keperluan manusia yang perlu dipenuhi sebelum manusia mencapai potensi diri. Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Maslow membahagikan keperluan manusia kepada dua bahagian, iaitu keperluan kekurangan (deficiency needs) dan keperluan perkembangan (being/ growth needs). Keperluan kekurangan perlu dipenuhi peringkat demi peringkat

sebelum manusia berusaha untuk memenuhi keperluan perkembangan. Menurut Maslow, sekiranya keperluan kekurangan belum dipenuhi, keperluan perkembangan tidak akan bermakna. Apabila keperluan kekurangan telah dipenuhi, seseorang itu tidak bermotivasi untuk memenuhinya, tetapi akan bergerak ke hirarki yang lebih tinggi. Berbeza dengan keperluan perkembangan, seseorang itu tidak akan jemu memenuhinya dan terus berusaha untuk mengembangkan lagi minat dan kecenderungannya dalam akademik atau seni estetika yang dicapainya. Oleh itu, seseorang guru perlu memberi perhatian agar pelajar dapat belajar dengan baik berdasarkan hirarki keperluan. Untuk memastikan pelajar dapat belajar dengan baik, guru hendaklah memastikan keperluan fisiologi pelajar telah dipenuhi, seperti makan, minum, waktu rehat, cahaya dan pengudaraan bilik darjah yang baik. Selain itu, guru perlu memastikan keselamatan pelajar terjamin seperti keadaan fizikal bilik darjah, ancaman buli, peraturan dan rutin harian yang sesuai, wujudnya semangat setia kawan dan dinamika kumpulan. Guru juga perlu melayani pelajar secara individu dan yakin bahawa setiap pelajar ada potensi. Seseorang guru juga perlu memastikan tugasan yang diberi biarlah sesuai dengan keupayaan pelajar supaya pelajar berjaya membuatnya. Kejayaan pelajar akan menimbulkan rasa berjaya dan meningkatkan harga diri pelajar. Di samping itu, berilah peneguhan dan pengiktirafan bagi hasil kerja pelajar dengan sesuatu yang dapat meningkatkan motivasi pelajar.

Anda mungkin juga menyukai