Anda di halaman 1dari 3

KAJIAN KEPERLUAN

Kajian Keperluan merupakan sesuatu kajian yang dilaksanakan untuk


mendapat maklumat murid atau pelajar untuk memberi gambaran terbaik untuk
merancang aktiviti-aktiviti Bimbingan dan Kaunseling di sekolah agar ianya lebih
berkesan dan mencapai objektif serta matlamat yang dihajati.

Kajian keperluan boleh dilaksanakan dalam dua teknik iaitu teknik ujian
dan bukan ujian. Teknik ujian seperti ujian pencapaian akademik, Ujian
Kecerdasan, Ujian Kecenderungan Bakat, Ujian Minat, Ujian Personaliti, Ujian
Saringan, Ujian Diagnostik, Ujian Aptitude Khas dan seumpamanya. Teknik
bukan ujian termasuklah Kajian dokumen, Soal-selidik, Rekod Anekdot,
Sosiometri dan Sosiogram, Kad 001 dan 002, Senarai Semak dan berbagai lagi.

Walau bagaimanapun dalam masa yang singkat ini (4 minggu) pihak saya
hanya dapat melakukan Teknik Pemerhatian, Teknik Temu-Bual bagi melahirkan
aktiviti-aktiviti dan program yang bertepatan dengan kehendak murid dan
sekolah.

Saya telah melapor diri pada jam lebih kurang jam 7.35 pagi hari Selasa
bertarikh 2 Mei 2006 di hadapan Tuan Abdul Samat bin Md. Salleh, Guru Besar
SK Sungai Kajang, Batu Pahat.

Dalam pertemuan singkat dengan Tuan Guru Besar, saya telah diberi
sedikit sebanyak gambaran berkaitan dengan Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah berkenaan. Selepas itu saya dibawa berjumpa dengan Pn. Rusidah bte
Hamzah iaitu Guru Bimbingan Dan Kaunseling. Saya telah melakukan ‘KAJIAN
KEPERLUAN’ pada hari pertama ini dengan bertemu-ramah dan mendapatkan
maklumat dari beliau serta melakukan pemerhatian sepanjang persekolahan hari
berkenaan.

Setelah memerhati secara kasar didapati tidak ada apa keperluan yang
mendesak terutama berkaitan dari segi disiplin murid. Murid telah melakukan
kerja-kerja dan tugasan rutinnya dalam keadaan baik, termasuk juga pengawas.

Dari temu-ramah dan perbualan serta perbincangan singkat dengan Guru


Bimbingan Dan Kaunseling sekolah ini terdapat beberapa keputusan awal yang
berkaitan dengan KEPERLUAN PRAKTIKUM.

Gambaran awal yang mungkin akan dilaksanakan hasil dari temu-bual


dan pemerhatian adalah seperti berikut:

1. Promosi Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling


1.1 Pamplet
1.2 Risalah

2. Hasil dari perbincangan kami akan memantapkan Falsafah, Misi, Visi,


Objektif Am, Objektif Khusus, Etika Perkhidmatan, Piagam
Pelanggan serta prinsip-Prinsip Bimbingan Dan Kaunseling sekolah
ini.

3. Hasil dari perkongsian idea kami ingin memantapkan lagi Carta


Organisasi Unit Bimbingan Dan Kaunseling.

4. Bimbingan / Kaunseling Individu


Kes - Seorang murid yang telah lama tidak hadhir ke sekolah.
5. Bimbingan / Kaunseling Kelompok
Kes – Beberapa orang murid yang sering gagal meyiapkan kerja-
kerja atau latihan-latihan yang diberikan oleh guru.

6. Program Bimbingan
Program yang dinyatakan di bawah ini adalah beberapa program
cadangan yang boleh dipilih:

6.1 Belajar Cara Belajar


6.2 Persediaan Menghadapi Peperiksaan
Mungkin dalam masa terdekat program ini akan dilaksanakan
dahulu memandangkan peperiksaan semester pertama
hampir tiba.
6.3 Keselamatan Pergi – Balik Sekolah
6.4 Anti-Dadah

Anda mungkin juga menyukai