Anda di halaman 1dari 1

Kerjaya untuk penggemar makanan

JIKA anda seorang penggemar makanan dan dalam masa yang sama meminati subjek-subjek
sains di sekolah, mungkin kerjaya yang paling sesuai untuk anda fikirkan ialah saintis makanan
atau ahli teknologi makanan.
Tugas utama seorang saintis atau ahli teknologi makanan adalah untuk mencari cara terbaik
untuk memilih, menyimpan, memproses, membungkus dan mengedarkan hasil keluaran
makanan.
Selain itu, seorang saintis dan ahli teknologi makanan juga bertanggungjawab untuk
memastikan bahan-bahan yang akan digunakan dalam makanan yang dihasilkan.
Bersesuaian dengan kerjanya, seorang saintis dan ahli teknologi makanan perlu mempunyai
pengetahuan yang mendalam mengenai sifat-sifat semulajadi dan komposisi sesuatu makanan.
Sebagai contoh, mereka perlu tahu apa akan terjadi kepada rasa, warna dan juga kandungan
zatnya apabila sesuatu makanan itu dimasak atau disimpan.
Untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran ini, mereka yang berhajat untuk menjadi ahli
teknologi atau saintis makanan perlu mendalami bidang-bidang sains seperti biologi,
mikrobiologi, kimia dan kejuruteraan.
Pengetahuan dalam bidang ini akan memastikan makanan yang diperoleh pengguna adalah
selamat dan berkualiti tinggi.
Justeru, bagi yang berminat untuk mendalami bidang ini, mereka perlulah memilih aliran sains di
peringkat sekolah dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti yang
menawarkan bidang ini sama ada di peringkat diploma atau ijazah pertama.
Antara universiti tempatan yang menawarkan bidang pengajian yang akan melayakkan
seseorang itu menjadi ahli teknologi atau saintis makanan ialah Universiti Sains Malaysia
(USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).
Gaya hidup masyarakat kini yang semakin gemarkan kepada makanan-makanan yang diproses
dan ditambah dengan perkembangan pesat industri makanan, masa depan mereka yang
memiliki kelulusan dalam bidang ini sangat cerah.

Anda mungkin juga menyukai