Anda di halaman 1dari 11

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)

UNIT 10.1(a)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Mengenal dan menamakan bentuk 2D Segiempat sama Segiempat tepat Segitiga Bulat LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid duduk secara berkumpulan ( 4 orang ). Edarkan kertas mahjong, warna air, berus lukisan dan satu bentuk 3D kepada setiap kumpulan. 2. Secara berkumpulan, minta murid bergilir-gilir mewarnakan salah satu permukaan bentuk 3D dan kemudian capkan ia pada kertas mahjong. Ulangi aktiviti ini dengan menggunakan warna yang berlainan bagi setiap permukaan. Kemudian minta mereka menuliskan nama kumpulan pada kertas mahjong tersebut. 3. Kumpulkan semula warna air dan berus lukisan. Soal jawab: Siapa dapat bentuk ini? (Lukiskan bentuk segiempat sama di papan putih.) Bentuk ini dipanggil segiempat sama. (Tulis segiempat sama dan minta murid menuliskannya di bawah segiempat sama mereka.) Pada pepejal manakah ada segiempat sama ini? Berapakah bilangan segiempat sama pada ... (nama bentuk 3D)? 4. Perkenalkan bentuk-bentuk 2D yang lain melalui sesi soal jawab yang serupa. Bincang tentang bentuk 2D yang terdapat pada kesemua bentuk 3D yang lain. 5. Selepas sesi perbincangan, edarkan Lembaran Aktiviti 10.1(a) kepada setiap murid. Minta mereka melekatkan lembaran tersebut dalam buku latihan.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Bentuk 3D (kuboid, kon & piramid) 2. Kertas mahjong 3. Warna air 4. Berus lukisan 5. Pen marker 6. Lembaran Aktiviti 10.1(a) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Bentuk 3D 2. Gunting 3. Gam

PERBENDAHARAAN KATA Warna air Berus lukisan Cap Serupa Beza Buka Kongsi

AKTIVITI PENGUKUHAN 1. Edarkan satu bentuk 3D yang dihasilkan dalam Unit 9.1 kepada setiap murid. Minta mereka buka pita pelekat pada bentuk 3D tersebut, gunting setiap bentuk 2D yang ada dan lekatkannya dalam buku latihan. 2. Minta murid berkongsi dapatan mereka dengan murid yang lain. Bincangkan perbezaan dan persamaan bentuk-bentuk 2D yang terhasil. 3. Kemudian minta murid melukis dan menuliskan nama bentuk-bentuk 2D tersebut dalam buku latihan.

99

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)

Lembaran Aktiviti 10.1(a) Saya boleh mengenal dan menamakan bentuk 2D. Nama: __________________ Kelas: _________ Bentuk 3D Tarikh:____________

Bentuk 2D yang ada

100

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)

UNIT 10.1(b)
HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1. Mengenal dan menamakan bentuk 2D Bintang LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Tunjukkan sebiji buah belimbing. Potong buah belimbing itu secara melintang untuk memperlihatkan corak yang terbentuk. Minta murid memerhatikan bentuk tersebut dengan teliti. Soal jawab: Apakah bentuk yang dapat kamu lihat? Bentuk ini dipanggil bintang. (Lukiskan bentuknya dan tulis bintang di papan putih.) Apakah yang kamu dapat terangkan tentang bentuk ini? Di manakah dapat kamu lihat bentuk ini?

BAHAN BANTU MENGAJAR

101

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Buah belimbing 2. Pisau 3. Papan potong Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Penyangkut baju 2. Benang/tali 3. Gunting 4. Kad manila 5. Gam 6. Krayon 7. Penebuk kertas 8. Loceng kecil 2. Ulang semula semua bentuk 2D yang telah dipelajari. Minta murid menyebut, mengeja dan menuliskan nama bentuk-bentuk tersebut dengan betul. 3. Edarkan Lembaran Kerja 10.1.

PERBENDAHARAAN KATA

AKTIVITI PENGUKUHAN

102

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


Buah belimbing Potong Corak Tebuk Lubang Ikat Benang Penyangkut baju Loceng 1. Edarkan kad manila dan Lembaran Aktiviti 10.1(b) kepada setiap murid. 2. Minta murid sambungkan titik-titik, tuliskan nama bentuk dan warnakan bentuk tersebut. 3. Kemudian minta murid lekatkan lembaran yang telah siap pada kad manila dan guntingkan bentuk tersebut. 4. Bantu murid untuk menebuk lubang di bahagian atas setiap bentuk itu dan mengikat benang padanya. Selepas itu ikatkan hujung benang yang satu lagi pada penyangkut baju. Hasilnya akan kelihatan seperti berikut:

5. Gantungkan loceng kecil pada penyangkut baju tersebut sebagai hiasan. 6. Pamerkan hasil kerja murid ini di dalam kelas. Mereka juga boleh membawa pulang hasil seni mereka sebagai hiasan di rumah.

Lembaran Aktiviti 10.1(b)

103

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)

UNIT 10.2
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

104

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


Murid berupaya: 2. Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 2D Sisi Penjuru 1. Ulang semula bentuk-bentuk yang telah dipelajari. 2. Gunakan keratan bentuk untuk yang berikut: Perkenalkan perkataan sisi lurus dan sisi melengkung. Minta murid menggunakan pergerakan tangan untuk membanding-bezakan kedua-duanya. Perkenalkan perkataan penjuru. Minta murid mengunakan jari untuk marasai bahawa ianya tajam bila disentuh. Minta murid membilang jumlah sisi dan penjuru pada setiap bentuk 2D. 2. Tanpa dilihat oleh murid, lipat dua kesemua keratan seperti berikut:

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Keratan bentuk 2D bersaiz besar Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Pembayang/Tekateki/Puzzle gambar bentuk 2D 2. Sampul surat 3. Pen/Pensel 4. Kertas A4

3. Tunjukkan kepada murid. Soal jawab: Teka bentuk ini. Bagaimana anda tahu ianya ... (nama bentuk yang disebutkan oleh murid tadi)? Apabila saya buka lipatan ini, apakah bentuk yang saya dapat? Terangkan kenapa. (Minta murid meneka dengan melukis gambar atau menggambarkan bilangan/jenis sisi dan penjuru.) 4. Edarkan Lembaran Kerja 10.2.

PERBENDAHARAAN KATA

AKTIVITI PENGUKUHAN

105

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


Keratan Sisi Penjuru Lurus melengkung Lipat Buka Teka Stesen 1. Bentukkan kumpulan (4 orang). Adakan permainan Mencari Bentuk 2D. 2. Letakkan pembayang/teka-teki/puzzle gambar bentuk 2D dalam sampul surat di setiap stesen untuk diselesaikan oleh setiap kumpulan. 3. Pada akhir permainan mereka harus menyerahkan jawapan. 4. Pemenangnya ialah kumpulan yang menjawab soalan dengan cepat dan tepat. dapat

5. Contoh pembayang/teka-teki adalah seperti berikut: Sayang emak duduk di sisi, Sayang ayah tinggal di sini, Bentuk ini sama sisi, Siapa tahu bentuk ini? (Segiempat sama) Pergi sekolah muka berseri, Seronok sekali belajar di sini, Berkelip di langit cantik berseri, Cuba teka bentuk ini? (Bintang) Buat kaya bersama bonda, Boleh dihidang di hari raya, Badan saya macam roda, Cuba teka siapa saya? (Bulat) Dalam semak nampak besi, Dari jauh nampak bercahaya, Saya ada tiga sisi, Cuba teka siapa saya? (Segitiga) Pergi Melaka membeli ragi, Cantik berseri berbaju kebaya, Badan saya empat segi, Cuba teka sampai berjaya. (Segiempat tepat)

UNIT 10.3
HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

106

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


Murid berupaya: 1. Mengkelaskan bentuk 2D Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Letakkan 2 gelung rotan. Asingkan bentuk 2D mengikut bentuknya, contohnya, segitiga dengan segitiga, dan segiempat sama dengan segiempat sama.

BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Gelung rotan/plastik 2. 1 set bentuk 2D berwarna biru 3. 1 set bentuk 2D berwarna merah 4. 1 set bentuk 2D bersaiz kecil 5. 1 set bentuk 2D bersaiz besar 6. Set bentuk 2D Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Gelung rotan/plastik 2. 1 set bentuk 2D berwarna biru 3. 1 set bentuk 2D berwarna merah 4. 1 set bentuk 2D bersaiz kecil 5. 1 set bentuk 2D bersaiz besar 6. Set bentuk 2D 2. Soal jawab: Saya sedang mengkelaskan bentuk-bentuk ini kepada 2 kumpulan. Cuba teka bagaimana saya kelaskan bentuk ini ? Bincang dengan kawan. (Beri beberapa ketika untuk mereka berbincang.) Apakah yang sama tentang bentuk ini? Apakah yang berbeza tentang bentuk ini? Apa yang kamu nampak tentang jenis (saiz/warna/sisi/penjuru) bentuk yang ada di dalam gelung rotan ini? Bolehkah kita letakkan ... (tunjukkan bentuk bulat/bintang/segiempat tepat) di sini? Mengapa? Mengapa tidak? 3. Ulang Langkah 2 dengan memilih mana-mana dua ciri berikut: Merah dan biru Besar dan kecil Sisi melengkung dan sisi lurus Mempunyai penjuru dan tidak mempunyai penjuru Mempunyai sisi dan tidak mempunyai sisi 4. Bentukkan dua kumpulan. Edarkan bentuk 2D kepada setiap murid dan letakkan dua gelung untuk setiap kumpulan. Secara berkumpulan, minta murid mengkelaskan bentuk 2D ke dalam gelung rotan yang betul mengikut cirri-ciri yang diberi. Soal jawab: Adakah semua bentuk ini dalam gelung rotan yang betul? Mengapa? Mengapa tidak? 5. Edarkan Lembaran Kerja 10.3.

107

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


PERBENDAHARAAN KATA Gelung rotan Mengkelaskan Teka Sama Berbeza Mempunyai Pusing Kiri Kanan Hayun Goyang Langkah Dengar Di tengah Berdiri Setempat Memeriksa AKTIVITI PENGUKUHAN Aktiviti berikut dijalankan di luar bilik darjah. Aktiviti 1 Bentukkan empat kumpulan. Untuk setiap kumpulan, letakkan 2 gelung rotan pada jarak yang sesuai. Label setiap gelung rotan, contohnya, merah dan biru, besar dan kecil, sisi melengkung dan sisi lurus, mempunyai penjuru dan tidak mempunyai penjuru. Edarkan bentuk 2D kepada setiap murid. Aktiviti bermula apabila guru meniup wisel. Murid pertama dalam setiap kumpulan akan berlari ke arah gelung rotan dan meletakkan bentuk tersebut ke dalam gelung rotan yang betul. Dia kemudiannya berlari semula ke kumpulannya dan menepuk tangan murid berikutnya. Teruskan permainan sehingga selesai. Kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dikira sebagai pemenang.

Aktiviti 2 Bentukkan dua kumpulan. Edarkan bentuk 2D kepada setiap murid. Secara berkumpulan, minta murid membentuk bulatan besar. Sambil memegang bentuk 2D, mereka menyanyi dan bergerak mengikut lagu berikut (mengikut irama yang sesuai): Pusing ke kiri Pusing ke kanan Hayunkan tangan Goyangkan badan Langkah ke depan Buat kumpulan ... (sebutkan nama bentuk 2D) Sejurus selepas guru menyebutkan bentuk 2D, murid yang memegang bentuk yang disebutkan itu akan berkumpul di tengah bulatan dan menunjukkan bentuk itu kepada semua. Murid yang lain berdiri setempat dan memeriksa jawapan rakan. Soal jawab: Adakah semua bentuk ... (nama bentuk 2D) berada di tengah bulatan? Mari kita lihat.

UNIT 10.4 108

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


HASIL PEMBELAJARAN Murid berupaya: 2. Menghasilkan rekaan dengan bentuk 2D LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN 1. Bentukkan kumpulan (3 orang). Edarkan kertas mahjong, gunting, gam, krayon/pensel warna dan Lembaran Aktiviti 10.4 kepada setiap kumpulan. 2. Minta murid memotong bentuk 2D dan lekatkan di atas kertas mahjong. 3. Minta murid menghasilkan rekaan yang paling cantik atau yang paling kreatif dengan bentuk tersebut. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kertas mahjong 2. Gunting 3. Gam 4. Krayon/Pensel warna 5. Lembaran Aktiviti 10.4 Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Bahan yang sesuai untuk membuat kolaj, lukisan atau cetakan/cap 4. Mereka boleh mewarna/mencorakkan dengan pelbagai motif. bentuk

5. Minta murid menerangkan hasil rekaan mereka. 6. Pilih rekaan yang terbaik dan pamerkan di papan kenyataan. 7. Edarkan Lembaran Kerja 10.4.

PERBENDAHARAAN KATA Rekaan Corak Motif Kolaj Cetak Cap Kain Kad manila

AKTIVITI PENGUKUHAN Minta murid untuk menghasilkan rekaan dalam bentuk yang lain, contohnya kolaj, cetakan/cap dan lukisan.

109

Anda mungkin juga menyukai