Anda di halaman 1dari 11

HBEF2203: BIMBINGAN DAN KAUNSELING JAWAPAN TUGASAN Soalan 1 Kaunseling ialah hubungan peribadi bersemuka antara dua orang,

yang seorang ialah kaunselor dan seorang lagi ialah kaunseli atau klien. Kaunselor, melalui hubungan itu dan dengan menggunakan kemahiran khususnya, menyediakan satu situasi dan suasana, apabila kaunseli, seorang yang normal, dibantu memahami atau mengetahui dirinya, mengetahui situasi semasanya serta juga kemungkinan situasi masa hadapannya, supaya dia boleh menggunakan sifatsifat keperibadiannya dan potensinya dengan cara yang memuaskan dirinya dan memberikan faedah kepada masyarakat dan selanjutnya, mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah, dan memenuhi keperluannya pada masa akan datang. Perkataan kaunseling mempunyai pelbagai pengertian mengikut pendekatan individu yang mempraktikkannya.Antaranya bertujuan membantu seseorang membuat pilihan dan melaksanakan pilihan yang dibuat.Menurut Krumboltz (1965) , kaunseling ialah apa saja aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien menunjukkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien. Shertzer dan Stone ( 1981 ) menegaskan bahawa bimbingan adalah satu proses yang membantu seseorang individu memahami diri mereka dan dunia mereka.Menurut Zainal Abidin (2002) Kaunseling adalah satu perbincangan antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang sedang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan.Bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kekeliruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.

HBEF2203: BIMBINGAN DAN KAUNSELING Terdapat 4 fasa atau peringkat yang perlu diikuti di dalam sesi kaunseling pertama iaitu :

Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi

Menstruktur hubungan

Tahap Membina Perhubungan


Menentukan matlamat awal kaunseling Membina kepercayaan

Soalan 2 a) Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi Pertemuan pertama adalah sangat penting kerana ia mempunyai kesan penting terhadap kualiti hubungan yang akan dibentuk dan ia menyediakan asas bagi interaksi selanjutnya. Hubungan yang baik ialah suasana saling memahami, mempercayai dan meyakini, dan perasaan baik yang membolehkan manusia berinteraksi dan bekerjasama dengan berkesan, bercakap dengan bebas, belajar dan membuat rancangan. Klien selalunya memerlukan rasa senang berkomunikasi dengan

kaunselor, merasakan dirinya diterima dan difahami dengan cara yang betul. Kaunselor perlu berkomunikasi dengan rasa minat terhadap klien, memahami 2

HBEF2203: BIMBINGAN DAN KAUNSELING dan menghormati perasaan, sikap dan masalahnya. Ini boleh dilakukan dengan cara : Menunjukkan anda sentiasa hadir dan memberi sepenuh perhatian kepada klien dan menganggapnya sebagai seorang yang dihormati dan dihargai. Mendengar secara intensif dan cuba merasakan bagaimana klien merasa dan memikirkan masalahnya. Memberi respon kepada klien dengan sepenuhnya Personal distance jarak duduk antara kaunselor dan klien juga perlu dititikberatkan supaya kaunselor berupaya mendengar dan mengingat dengan sepenuhnya masalah klien. b) Menentukan matlamat awal kaunseling Pada peringkat awal lagi dalam proses kaunseling, kaunselor perlu memberikan klien pemahaman tentang apa itu kaunseling dan jenis pertolongan yang dia berikan dalam kaunseling. Kaunselor boleh melakukan ini dengan menerangkan apakah bentuk pertolongan yang boleh diberikannya dalam kaunseling dan apa yang tidak boleh dilakukannya; ini mungkin dilakukannya melalui tingkah lakunya atau melalui penerangan secara langsung, atau gabungan kedua-kedua. Di tahap ini kaunselor perlu menjelaskan peranannya dan menolong klien memahami peranan yang dia boleh mainkan. Ini perlu dibuat Kebiasaannya, klien akan mengemukakan satu masalah awal pada kaunselor, tetapi bukan masalah besar yang sebenarnya dihadapi. Kecenderungan untuk menyelesaikan masalahnya mungkin, lemah, pertengahan atau tinggi. Apapun, kaunselor mesti memastikan bersama klien apakah matlamat yang hendak dicapai pada akhir sesi kaunseling. 3

HBEF2203: BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Matlamat awal mungkin sama-sama bersetuju untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan pada waktu itu. Di samping itu, mendengar masalahnya, membantu dia melihat dirinya sendiri (klien), supaya dia lebih memahami tentang dirinya, dan dengan itu diharapkan klien dapat mengenalpasti matlamat kaunseling yang lebih tepat. c) Menstruktur Hubungan Semua hubungan kaunselor dengan kliennya mesti mempunyai struktur supaya klien akan nampak dengan lebih jelas ke arah mana hendak dituju dan memahami proses kaunseling. Pada mulanya, klien agak sukar untuk menggambarkan apa yang akan terjadi, bagaimana perubahan boleh berlaku dan meragui apakah semua ini akan dapat membantunya. Sebagai kaunselor, anda dan klien mesti saling bersetuju tentang beberapa perkara sebelum memulakan proses kaunseling. Terdapat beberapa kaedah atu aspek-aspek yang perlu diambil kira bagi memastikan satu suasana yang konduksif ketika sessi kaunseling dijalankan. ( Sila rujuk mukasurat seterusnya )

HBEF2203: BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Ini dapat dijelaskan melalui rajah seperti di bawah :

Struktur Hubungan

Kefahaman tentang proses kaunseling

Penjelasan tentang perkaraperkara terlibat

Aspek kerahsiaan klien

Kefahaman tentang proses kaunseling

Untuk memberi kefahaman kepada klien tentang proses kaunseling, kaunselor harus memberitahu bagaimana kaunseling boleh membantu dengan menjelaskan cara-cara berinteraksi dalam setiap sesi. Kaunselor juga perlu memberitahu peranan masing-masing sebagai kaunselor dan klien. Kaunselor hendaklah mendapat seberapa banyak maklumat yang diperlukan, meneliti dan menimbangnya, dengan mengambil kira latar belakang dan nilainilai klien. Penjelasan tentang perkara yang terlibat

HBEF2203: BIMBINGAN DAN KAUNSELING Kaunselor perlu memberi penjelasan supaya klien dan kaunselor bersetuju tentang beberapa perkara yang tidak perlu diulang, seperti masa bertemu, berapa lama, jarak kekerapan bertemu dan berapa lama proses kaunseling keseluruhannya akan mengambil masa. Perkara-perkara lain yang perlu diperjelaskan pada awal pertemuan ialah tempat bertemu, persefahaman apabila berlaku pembatalan pertemuan, kecemasan dan hal-hal lain. Aspek kerahsiaan klien

Aspek kerahsiaan klien mesti diterangkan kepadanya. Misalnya, Apa yang anda cakapkan dalam sesi ini akan dirahsiakan. Sesi ini saya rekodkan supaya dapat dibincangkan kes anda dengan penyelia saya. Penggunaan menstruktur kaunseling hendaklah dengan cara yang

berpatutan. Ia bergantung kepada situasi semasa, keperluan klien dan jenis masalah yang hendak dikemukakan. Menstruktur hubungan tidak seharusnya mengganggu proses kaunseling dan semasa memberikannya jangan sampai menghalang klien daripada bercakap tentang dirinya dan menyatakan perasaannya. Bahkan ia boleh diberikan kepada klien dengan cara yang lebih baik melalui tingkah laku kaunselor, melalui apa yang ia lakukan dan bukan semata-mata melalui apa yang ia ucapkan. Sekiranya kaunselor terlalu menekankan aspek penstrukturan, klien mungkin akan bertambah risau. Manakala jika kurang penstrukturan, ada kemungkinan klien akan menaruh persepsi yang salah tentang perjalanan proses kaunseling. Kenyataan-kenyataan di atas perlu dibuat dengan seberapa ringkasnya. Kaunselor boleh memulakan pertanyaan seperti yang telah dicadangkan, seperti apakah yang telah mendorongnya dating berjumpa kaunselor, dan apakah yang diharapkan tercapai sebagai matlamat kaunseling.

HBEF2203: BIMBINGAN DAN KAUNSELING Setelah mendengar dengan teliti apa yang dihuraikan oleh klien, barulah kaunselor memberi reaksinya tentang harapan yang diperjelaskannya. Kemudian, temubual itu bolehlah diteruskan dengan topik atau subjek yang klien pilih. d) Memberi Kepercayaan Seorang kaunselor mesti menunjukkan sifat dan tingkahlaku yang beretika tinggisepanjang menjalankan proses kaunseling. Pada peringkat permulaan kaunseling, kaunselor seharusnya sudah menjelaskan tentang tuntutan kerahsiaan dan traf kemahiran yang dipunyai oleh kaunselor. Semua isu ini boleh diperjelaskan pada masa penstrukturan yang telah dibincangkan. Pada hakikatnya, kaunselor mesti memikirkan soal tingkahlaku yang beretika di sepanjang proses menjalinkan hubungan dengan klien, dan di sepanjang perjumpaan denan klien daklam sesi-sesi yang lain. Ini bertujuan utuk mendapatkan kepercayaan klien. Tanggapan klien terhadap klien pada awal perjumpaan akan menentukan sama ada hubungan kaunseling yang produktif akan dapat dikembangkan, atau rasa tidak selesa dan perasaan tidak mempercayaiakan wujud sedemikian rupa sehinggakan proses kaunseling yang melewati sesi permulaan akan menjadi sukar atau mungkin tdak boleh dilaksanakan. Tanggapan klien terhadap kaunselor pada peringkat permulaan temu bual atau pertemuan boleh mempengaruhi proses kaunseling selanjutnya atau kejayaan kaunseling, atau boleh menyebabkan klien berasa selesa mempercayai kaunselor atau tidak. Perjumpaan pertama ini amat penting kerana klien akan mula membina perasaan percayakan kaunselornya. Segala apa yang dilakukan oleh klien dalam perbincangan akan diperhatikan oleh kaunselor. Matlamat utama sesi 7 atau

HBEF2203: BIMBINGAN DAN KAUNSELING pertama ialah untuk mengasaskan satu hubungan yang baik dengan klien, supaya perbincangan selanjutnya akan lebih mudah dan mesra. Lain-lain matlamat yang sesuai pada masa ini ialah: Merangsang perbincangan permulaan dengan klien supaya ia dapat menyatakan masalah secara terbuka dan ikhlas, apakah perkara-perkara yang perlu dibincang, apakah latar belakang yang berkaitan dengan permasalahan. Kaunselor cuba mengamati masalah klien, menunjukkan sikap

keterbukaannya, menghormati klien dan memberi kepercayaan bahawa dia benar-benar ingin membantu. Meyakinkan klien bahawa, melalui perbincangan kaunseling, sesuatu yang berfaedah mungkin dapat dicapai. Mengenalpasti masalah-masalah tertentu untuk diterokai pada sesi-sesi akan datang. Mencari maklumat tentang klien berkaitan dengan masalahnya dan memikirkan cara-cara mengatasi.

Soalan 3 Fasa 1- Membina perhubungan. Kaunselor : Klien : Assalamualaikum. Waalaikummussalam. Siapa nama awak? Nama saya Mohd. Aleff Bin Ismail. 8

Kaunselor : Klien :

HBEF2203: BIMBINGAN DAN KAUNSELING Kaunselor : Klien : Boleh saya memanggil anda Aleff? Boleh ( sambil mengangguk kepala ) Berapa umur Aleff? Umur saya 12 tahun. Aleff tinggal di mana? Saya tinggal di Kg. Kemumin, Pengkalan Chepa Apakah hobi Aleff pada masa lapang? main basikal. Apakah subjek yang paling Aleff minati di sekolah? Matematik.( sambil memandang ke lantai) Kenapa awak menyukai subjek tersebut? Saya sukakan operasi pengiraan. Apakah pekerjaan ayah dan ibu Aleff? . Berapakah bilangan adik beradik awak? .. Aleff anak yang ke berapa? . Apa yang saya boleh Bantu Aleff? (Terdiam sejenak sambil tunduk ke bawah)

Kaunselor : Klien :

Kaunselor : Klien :

Kaunselor : Klien :

Kaunselor : Klien :

Kaunselor : Klien :

Kaunselor : Klien :

Kaunselor : Klien :

Kaunselor : Klien :

Kaunselor: Klien :

HBEF2203: BIMBINGAN DAN KAUNSELING Kaunselor: Klien : Jangan bimbang.Cuba luahkan masalah awak dan kita samaSama-sama berbincang untuk selesaikannya. Baiklah. ( mula mengangguk dan mengangkat muka ) Apa yang Aleff cakapkan akan menjadi rahsia antara kita dan jangan risau. Fasa 2- Tahap penerokaan Klien Kaunselor: : Saya rasa bosan duduk di rumah. Asyik saya sahaja yang kena bantu mak dan ayah buat kerja kat rumah. Tugas membantu emak dan ayah membuatkan Aleff bosan? Saya juga pernah melalui pengalaman itu. ( sambil menunjukkan rasa empati) Kaunselor: Klien : Adakah Aleff pernah beritahu emak dan ayah tentang ini? Sudah. Apa reaksi mereka? : Mereka tegur saya supaya jangan mengeluh.Saya anak sulong,jadi kena bantu mereka. Kaunselor: Klien : Habis tu apa yang Aleff buat? Kadang-kadang saya balik rumah lewat.Saya pergi merayau dengan kawan-kawan dulu.

Kaunselor:

Kaunselor: Klien

Kaunselor: Klien :

Adakah Aleff rasa itu satu tindakan yang baik? Tak tahu.Tapi saya rasa bebas dan senang hati.

10

HBEF2203: BIMBINGAN DAN KAUNSELING Kaunselor: Aleff memang akan rasa seronok dan lega.Tapi adakah Aleff tidak kasihankan emak dan ayah.Mereka terpaksa bekerja untuk menyara keluarga dan cuma minta Aleff bantu mereka di rumah sahaja. Klien : Diam dan menundukkan muka.

Fasa 3 Tahap membuat keputusan. Kaunselor: meringankan kita sebagai anak sulong. Klien : (Sambil memandang ke arah kaunselor) Ya! Saya faham sekarang Fasa 4 Tahap pelaksanaan. Adakah Aleff faham sekarang bahawa emak dan ayah Aleff perlukan sedikit bantuan Aleff di rumah untuk tugas mereka?. Ini satu tanggungjawab dan Aleff sebagai anak yang

11

Anda mungkin juga menyukai