Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGACARA

MAJLIS PERKAHWINAN
____________________ & __________________________
04 MAC 2023 ( SABTU )

N QUE SKRIP
O

1 Pengantin bersedia Subhanallah pagi dan petang


utk berarak masuk ke Ganjaran pohon di dalam
dalam dewan syurga Pemanis kata selamat
datang Awal Bismillah pembuka
Berdiri bersama bicara
rombongan (belum
berjalan) Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt di atas limpah kurnia, taufik, dan
hidayah daripadaNya, dapat kita sama-sama berada dalam majlis yang penuh
barakah ini.

Sirih junjung berhias indah,


Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

Membuka tirai majlis yang penuh dengan senyuman dan kemeriahan ini, Sama-
samalah kita raikan ketibaan kedua mempelai.

Inilah dia pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi
menawan, pasangan raja sehari ________________________&
________________________.

Dengan lafaz Bismillah, melangkahlah ke mahligai kasih wahai Raja dan


Permaisuri Sehari Dipersilakan.

2 Pengantin tiba di Panas dan kering siapakan tahu,


atas pentas. Hujan rintik di Pulau Pandan,
Berjalan seiring bersentuh bahu,
Samalah cantik, samalah padan.
Dengan langkah yang penuh tertib.
Dengan senyuman terukir manis.
Saling menjeling tanda bahagia…..itulah dia pasangan mempelai _____ &
___________.
Selamat Pengantin Baru.!

3 Menyambut tetamu Yang berbahagia, , dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan, hadirin yang
yg hadir. dihormati sekalian, bagi pihak tuan rumah bersama,
En _______________________dan Puan _________________ serta
En dan Puan
kami sekeluarga, malah 2 keluarga, yang baru saja disatukan,
mengalu-alukan kehadiran para hadirin yang sudi sama-sama menyerikan majlis
perkahwinan Raja Sehari kita _______________ & _______________ di
dewan yang permai lagi berkat ini.

3 Bacaan doa Burung nuri hinggap di balai,


Balai seri buatan pak tua,
Tempat berehat rakan dan taulan,
Duduk tersenyum kedua mempelai,
Menadah tangan memanjatkan
doa, Moga jodoh sentiasa
berkekalan.

Semua yg hadir, termasuk kaum keluarga, rakan taulan dan sahabat handai,
ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua Raja dan
Permaisuri Sehari
kita______________________&______________________.

Semoga mereka berdua tabah menghadapi hari hari mendatang dan dapat
hidup penuh bahagia dan dilimpahi kasih & sayang yang berkekalan.

Bagi menzahir hasrat di hati, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang
akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz/saudara
Dengan segala hormatnya , dipersilakan Al Fadhil Ustaz

(DOA TAMAT)

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz/saudara


atas bacaan doa sebentar tadi.
4 Selingan sebelum _________ nama di beri,
menepung tawar Orangnya kacak lagi berbudi
Jodohnya dengan ___________
Memang keduanya sama
serasi.

Burung jelatik si burung undan


Bersarang rendah burung
tempua Sama cantik sama padan
Bagaikan pinang di belah dua

Untuk makluman para hadirin sekalian,pasangan ini telah di ijabkabulkan pada


hari yang bertempat di kediaman pengantin
perempuan/lelaki di

5 Majlis Menepung Bagi meneruskan acara kita di hari yang berbahagia ini, majlis diteruskan dengan
tawar/Salam restu acara menepung tawar/Salam restu.

Dengan ini majlis mempersilakan ayahanda dan bonda kepada pengantin


perempuan En ________________________ dan Puan
______________________ untuk memulakan majlis ….Dipersilakan...

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan ayahanda dan bonda kepada


pengantin lelaki En dan Puan .untuk
meneruskan upacara menepung tawar/salam restu kedua mempelai,
Dipersilakan..

Seterusnya majlis juga mempersilakan saudara mara. Dipersilakan.

Begitulah tadi berakhirnya upacara menepung tawar kedua mempelai,dan majlis


merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menyempurnakan
majlis.

4 Makan beradab Puan dibawa ke Gunung Ledang


Dibawa dengan penuh beradab
Lauk pauk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Jambangan indah berbunga seroja


Diraut dibelai hiasan taman
Hidangan menyelera penuh
semeja
Jemput mempelai santapan berteman
Dengan rasa hormatnya, majlis menjemput pasangan pengantin dan ahli
keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati
hidangan.

Majlis dengan ini juga mempersilakan semua hadirin untuk menemani kedua
mempelai yang diraikan untuk bersantapan menjamu selera .

Dipersilakan .

5 Pengenalan Sambil hadirin sekalian dan pasangan mempelai kita menikmati hidangan yang
Pengantin disediakan, molek rasanya untuk kita singkap bibit-bibit perkenalan pasangan
pengantin ini.

Raja sehari kita pada hari ini iaitu ________________ berasal dari
merupakan anak ke daripada orang
adik beradik. Merupakan dan kini, beliau
bertugas sebagai di .

Manakala ratu hati beliau, _______________________, berasal daripada


merupakan anak ke daripada orang adik
beradik. Merupakan dan kini, beliau
bertugas sebagai di .

Orang jauh dikenang-kenang


Hanya terkenang pada yang
satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail


patin Mengail patin di
tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula


berkenalan pada tahun ketika .
Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta dalam
hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka
akhirnya pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah
ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.
6 Upacara Hadirin yg dimuliakan, demi merakamkan satu memori indah dan kenangan
Memotong Kek manis majlis ini kepada kedua mempelai, majlis diteruskan dengan upacara
memotong kek.

Si anak dara memakai lokek


Lokek tersangkut dihujung
julai Untuk majlis memotong
kek
Jemput persilakan kedua mempelai

Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut (lokasi


upacara memotong kek) utk upacara memotong kek

Dipersilakan kedua mempelai _______ & _________.

7 Sesi Bergambar Demikianlah tadi berakhirnya acara memotong kek.

Hadirin yg dimuliakan, kita bertukar ke acara terakhir iaitu sesi bergambar.

Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke pelaminan semula bagi


meneruskan sesi bergambar bersama kaum keluarga, sanak saudara tercinta
serta sahabat handai.

[ SESI BERGAMBAR ]

8 Penutup Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta
itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi
melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota


Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan,

Umpama belayar telah sampai di


pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai
di muara Umpama berjalan telah sampai di
destinasi
Sekali lagi tahniah kepada ___________ & _____________.

Selamat Pengantin Baru.


Selamat Menempuh Kehidupan berumah tangga.
Semoga dikurniakan zuriat yang soleh & solehah.
Berkekalan hingga ke akhir hayat.

Majlis kita masih diteruskan dengan jamuan sehingga jam 4 ptg.

Kepada semua hadirin yang turut menyerikan majlis ini, ucapan penghargaan dan
terima kasih yang tidak terhingga kami hulurkan.

Kepada ahli keluarga kedua-dua pihak yang telah bertungkus lumus dengan
persiapan bagi menjayakan majlis perkahwinan ini, terima kasih diucapkan.

Tulus dan ikhlas bagi pihak En ____________dan Puan ________ serta


En dan Puan

Ribuan ampun dan maaf seandainya majlis yang tidak seberapa ini terselit
sebarang kekurangan dan kecacatan yang tidak disengajakan.
Yang baik datangnya dari Allah taala dan yang kurang datangnya dari kami
sendiri.

Terima kasih di atas segala bantuan dan doa semua sehingga majlis ini dapat
disempurnakan.

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak
senyum Sudah sempurna segala
adat

Pergi ke dusun memetik


kelapa Kelapa muda si kelapa
bali Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian.
Salam kemaafan, salam kecerian, dan Selamat pengantin Baru.

Wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum wrt.

Anda mungkin juga menyukai