Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGACARA

MAJLIS PERKAHWINAN
ABDUL WALED B. JAIS & SALIMAH BT TAHAM
19 MAC 2022 ( SABTU )

NO QUE SKRIP

1 Pengantin Melayang serindit di atas permatang


bersedia utk Merbah berkicau di hujung muara
berarak masuk Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Berdiri bersama
rombongan (belum
berjalan) Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt di atas limpah kurnia, taufik,


dan hidayah daripadaNya, dapat kita sama-sama berada dalam majlis
yang penuh barakah ini.

Sirih junjung berhias indah,


Sekacip pinang pembuka kata,
Bunga manggar kilau bercahaya,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Sejarah terukir nilai permata,
Lembaran sejarah kini bermula.

Membuka tirai majlis yang penuh dengan senyuman dan kemeriahan ini,
Sama-samalah kita raikan ketibaan kedua mempelai.

Inilah dia pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi
menawan, pasangan raja sehari ABDUL WALED B. JAIS & SALIMAH
BT TAHAM

Dengan lafaz Bismillah, melangkahlah ke mahligai kasih wahai Raja dan


Permaisuri Sehari Dipersilakan.

2 Pengantin tiba di Panas dan kering siapakan tahu,


atas pentas. Hujan rintik di Pulau Pandan,
Berjalan seiring tersipu malu,,
Samalah cantik, samalah padan.
Dengan langkah yang penuh tertib.
Dengan senyuman terukir manis.
Saling menjeling tanda bahagia…..itulah dia pasangan mempelai Abdul
waled & Salimah
Selamat Pengantin Baru.!

3 Menyambut Yang berbahagia, tuan-tuan, puan-puan, hadirin yang dihormati


tetamu yg hadir. sekalian, bagi pihak tuan rumah bersama,
En Jais bin Basah dan Puan Seni binti Bujang serta
Puan Sema binti keram.
kami sekeluarga, malah 2 keluarga, yang baru saja disatukan,
mengalu-alukan kehadiran para hadirin yang sudi sama-sama
menyerikan majlis perkahwinan Raja Sehari Abdul Waled b Jais &
Salimah bt Taham di dewan yang permai lagi berkat ini.

4 Bacaan doa Semua yg hadir, termasuk kaum keluarga, rakan taulan dan sahabat
handai, ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua
Raja dan Permaisuri Sehari kita Abdul Waled b Jais & Salimah bt
Taham

Semoga mereka berdua tabah menghadapi hari hari mendatang dan


dapat hidup penuh bahagia dan dilimpahi kasih & sayang yang
berkekalan.

Burung nuri hinggap di balai,


Balai seri buatan pak tua,
Tempat berehat rakan dan taulan,
Duduk tersenyum kedua mempelai,
Menadah tangan memanjatkan doa,
Moga jodoh sentiasa berkekalan.

Bagi menzahir hasrat di hati, marilah kita sama-sama mengaminkan


bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil ustaz Wan Morni b. Wan
Ibrahim
Dengan segala hormatnya , dipersilakan Al Fadhil ustaz.

(DOA TAMAT)

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Al


Fadhil ustaz Wan Morni b. Wan Ibrahim atas bacaan doa sebentar
tadi.

5 Selingan sebelum Abdul Waled orangnya peramah,


menepung tawar Memang kiut lagi berbudi
Jodohnya dengan puan Salimah
Memang keduanya sama serasi.

Burung jelatik si burung undan


Bersarang rendah burung tempua
Sama cantik sama padan
Bagaikan pinang di belah dua

Untuk makluman para hadirin sekalian,pasangan ini telah di


ijabkabulkan pada 18.05.2021 yang bertempat di Pejabat Agama Islam
Bahagian Kuching. Bagi mematuhi PKPD dan SOP ketat masa itu, maka
majlis persandingan ditangguhkan hingga ke hari ini.

6 Majlis Menepung Bagi meneruskan acara kita di hari yang berbahagia ini, majlis
tawar diteruskan dengan acara menepung tawar.

Dengan ini majlis mempersilakan bonda kepada pengantin perempuan


Puan Sema binti Keram untuk memulakan majlis ….Dipersilakan...

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan ayahanda dan bonda


kepada pengantin lelaki En Jais b Basah dan Puan Seni bt Bujang
untuk meneruskan upacara menepung tawar kedua mempelai,
Dipersilakan.

Majlis seterusnya menjemput ibu & bapa saudara kepada pengantin


lelaki, En. Jamaludin b Pozan & pn. chik bt Bujang dan pn. Limah bt
basah (chik lombek)

Majlis mempersilakan ibu & bapa saudara kpd pengantin perempuan,


En. Mat b Taham dan Pn Hamsiah bt Taham.

Begitulah tadi berakhirnya upacara menepung tawar kedua mempelai.


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi
menyempurnakan majlis.

7 Makan nasi Pagi-pagi pergi menuggal


Temuan Menuggal jagung Bersama teman
Adat resam jangan di tinggal
Adat makan nasi Temuan

Dengan ini majlis mempersilakan kedua mempelai ke pentas berteman


kakak long pengantin lelaki, Pn Sariah Jais atau lebih dikenali sebagai
kak yot untuk acara kita seterusnya iaitu makan nasi temuan.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan……

(selepas makan nasi temuan)

Kedua-dua mempelai sama cekap dan tangkas,semoga rumahtangga


rukun dan Bahagia.

8 Makan beradab Puan dibawa ke Gunung Ledang


Dibawa dengan penuh beradab
Lauk pauk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Jambangan indah berbunga seroja


Diraut dibelai hiasan taman
Hidangan menyelera penuh semeja
Jemput mempelai santapan berteman

Dengan rasa hormatnya, majlis menjemput pasangan pengantin dan ahli


keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi
menikmati hidangan.

Majlis dengan ini juga mempersilakan semua hadirin untuk menemani


kedua mempelai yang diraikan untuk bersantapan menjamu selera .

Dipersilakan…..

9 Pengenalan Sambil hadirin sekalian dan pasangan mempelai kita menikmati


Pengantin hidangan yang disediakan, molek rasanya untuk kita singkap bibit-bibit
perkenalan pasangan pengantin ini.

Raja sehari kita pada hari ini iaitu Abdul Waled b. Jais, merupakan
anak bongsu daripada 7 orang adik beradik. Merupakan seorang guru
KAFA di SK Matu Baru.

Manakala ratu hati beliau, Salimah bt Taham, merupakan anak ke 6


daripada 7 orang adik beradik.

Orang jauh dikenang-kenang


Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula


mengenali satu sama lain di sekolah menengah lagi. menuntut ilmu di
kelas yang sama hingga lah tamat sekolah menengah. Selepas tamat
persekolahan, masing-masing membawa haluan sendiri sehinggalah
dipertemukan semula pada tahun 2020. Bak kata perpatah, kalau dah
jodoh tak ke mana. ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu
juga. Perkenalan kali ini lebih serius dan akhirnya memutikkan rasa cinta
dalam hati kedua-dua pasangan ini sehingga termetri pertunangan pada
05 Disember 2020.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu


keluarga, mereka akhirnya pada hari yang penuh bermakna ini, janji
sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh
berbahagia ini.

10 Sesi Bergambar Hadirin yg dimuliakan, kita teruskan ke acara terakhir iaitu sesi
bergambar.

Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke pelaminan semula bagi


meneruskan sesi bergambar bersama kaum keluarga dan sanak
saudara tercinta serta sahabat handai.

[ SESI BERGAMBAR ]

11 Penutup Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta.


Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia
dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut
agama.
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan,

Umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Sekali lagi tahniah kepada Abdul Waled & Salimah.

Selamat Pengantin Baru.


Selamat Menempuh Kehidupan berumah tangga.
Semoga dikurniakan zuriat yang soleh & solehah.
Berkekalan hingga ke akhir hayat.

Kepada semua hadirin yang turut menyerikan majlis ini, ucapan


penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kami hulurkan.

Kepada ahli keluarga kedua-dua pihak yang telah bertungkus lumus


dengan persiapan bagi menjayakan majlis perkahwinan ini, terima kasih
diucapkan.

Tulus dan ikhlas bagi pihak En Jais dan Puan Seni serta
Puan Sema.

Ribuan ampun dan maaf seandainya majlis yang tidak seberapa ini
terselit sebarang kekurangan dan kecacatan yang tidak disengajakan.
Yang baik datangnya dari Allah taala dan yang buruk datangnya dari
kami sendiri.

Terima kasih di atas segala bantuan dan doa semua sehingga majlis ini
dapat disempurnakan.

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat laksamana bermain rodat
Senyum pengantin jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa bali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian.
Salam kemaafan, salam kecerian, dan Selamat pengantin Baru.

Wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum wrt.

Anda mungkin juga menyukai