Anda di halaman 1dari 3

MODUL AMALI SAINS SARAWAK (MASS) 2016

MODUL PANDUAN GURU


Tempoh 80 minit
Tajuk 1. keelektrikan
Tingkatan 3 Bestari
1.4 Mengkaji hubungan antara arus, voltan dan rintangan.
Objektif pembelajaran
Di akhir pembelajaran, pelajar dapat:
a) Menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara rintangan dan arus.
Kriteria kejayaan b) Menyatakan kesan perubahan rintangan ke atas arus.

Ammeter, pembaris, dawai nikrom, mentol, dan lembaran aktiviti


Bahan pengajaran &
pembelajaran
Kata kunci / istilah Arus dan rintangan
(ditulis pada papan
putih)
1. Apakah yang dimaksudkan dengan arus?
Kunci soalan 2. Nyatakan kesan rintangan terhadap arus?
3. Adakah panjang konduktor mempengaruhi nilai rintangan?
4. Nyatakan hubungan di antara arus dengan rintangan?

a) Mengukur dan menggunakan nombor


b) Berkomunikasi
c) Mengawal pembolehubah
Kemahiran proses d) Memerhati
sains e) Membuat kesimpulan
f) mengeksperimen

(a) mengendalikan radas eksperimen dengan betul.


Kemahiran Manipulatif (b) Menyimpan peralatan sains dengan betul.

Nilai moral a) berkerjasama


Aplikasi kemahiran (a) Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
berfikir

AKTIVITI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN TEMPOH

PENGLIBATAN
Mengenalpasti pengetahuan sedia ada melalui konteks
1. Mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan menganalogi peristiwa yang berlaku dalam sukan lari pecut
100m serta membuat perbandingan dengan larian 110m lari berpagar.
2. Guru menayangkan video larian 100m dan larian 110m berpagar.
3. Guru mengeksploitasi kemahiran berfikir murid untuk memahami konsep rintangan, litar, pengaliran elektron dan
arus elektrik berdasarkan video yang ditonton dan bertanyakan soalan berikut:
10 Mins
a) Pelari manakah yang mencatat larian terpantas, pelari 100m atau pelari 110m berpagar?
- Pelari 100m (10.18s)
b) Mengapakah pelari 110m berpagar lambat sampai ke garis penamat?
- Kerana ada hurdle sebagai penghalang.
c) Apakah penghalang pengaliran elektron dalam litar elektrik?
- Perintang
d) Sama seperti larian 110m berpagar, adakah elektron mengalir cepat atau lambat jika adanya perintang dalam
litar? Bagaimana dengan arus?
- Elektron mengalir lebih perlahan. Arus semakin berkurangan.

1
JPN SARAWAK
MODUL AMALI SAINS SARAWAK (MASS) 2016

PENEROKAAN
Aktiviti 1
Menjalankan penyiasatan saintifik tentang hubungan antara rintangan dan arus
1. Murid merancang dan menjalankan aktiviti penerokaan berdasarkan persoalan yang ditimbulkan dalam kumpulan.
Persoalan yang boleh dikemukakan semasa penerokaan oleh murid adalah seperti berikut.
a) Apakah kaedah yang sesuai untuk mengkaji hubungan antara arus dan rintangan?
b) Apakah radas dan bahan yang diperlukan?
c) Apakah langkah-langkah penyiasatan yang perlu diikuti?
d) Adakah panjang perintang mempengaruhi jumlah arus?
e) Bagaimanakah cara untuk mengumpul data yang telah diperolehi?
2. Semasa menjalankan aktiviti ini, guru membimbing murid untuk membuat panduan penyiasatan yang betul.
30 Mins
Aktiviti 2 (Inquiri terbimbing)

a) Guru mengedarkan lembaran laporan amali kosong bagi menjalankan eksperimen kepada setiap kumpulan.
b) Pelajar diperuntukan masa 20 minit untuk melengkapkan setiap langkah-langkah dalam lembaran aktiviti 1
tersebut.
c) Wakil setiap kumpulan diarahkan untuk mengambil radas eksperimen.
d) Setiap kumpulan diberi masa 5 minit untuk menyiapkan litar dan memberitahu kepada guru jika litar yang dipasang
telah lengkap dan berfungsi.
e) Guru memeriksa sambungan pada litar.
f) Pelajar mencatat nilai arus dan kecerahan mentol pada jadual yang disediakan di dalam lembaran prosedur.

PENERANGAN
1. Murid berkomunikasi dapatan penerokaan dengan menggunakan laptop dan projector LCD. Murid setiap kumpulan
menghantar wakil bagi mencatatkan data yang diperolehi dan menerangkan kepada kelas berkenaan hubungan
antara panjang perintang dan arus serta kecerahan mentol.
2. Persoalan kepada murid:
Daripada data yang di kumpul oleh setiap kumpulan,
a)Nyatakan hubungan panjang dawai dengan kecerahan mentol?
b)Mengapa mentol menjadi malap apabila rintangan meningkat?
c)Nyatakan hubungan panjang dawai dengan bacaan ammeter?
d)Mengapa bacaan ammeter berkurangan apabila rintangan bertambah? 15 Mins
3. Guru mengedarkan kertas graf bersaiz A3 kepada setiap kumpulan.
a )Guru mengarahkan setiap kumpulan melukis graf garis berpandukan data yang mereka perolehi dalam
eksperimen.
b) Setiap kumpulan menampalkan hasil kerja di papan putih.
c) Guru menyemak hasil kerja setiap kumpulan bersama pelajar.
d) Kumpulan lain dikehendaki menilai hasil kerja rakan mereka. Kad hijau menandakan setuju dan kad merah
tanda tidak setuju.

PENGEMBANGAN
1. Mengembangkan idea dalam situasi baru.
a) Guru menunjukkan gambarajah menggunakan powerpoint 1
b) Pelajar dalam kumpulan berbincang berkenaan gambarajah berdasarkan soalan rangsangan yang diberikan. 15 Mins
c) Guru kemudian mengarahkan pelajar menulis jawapan dalam kertas majong yang dibekalkan.
d) Pelajar dari kumpulan lain menyemak jawapan rakan dari kumpulan lain.
e) Guru merumuskan perbincangan bersama-sama murid.

PENILAIAN
1. Menyemak pemahaman dan perkembangan murid.
a) Guru mengedarkan lembaran kerja 1 kepada setiap murid. 10 Mins
b) Murid dikehendaki menjawab secara individu.
c) Guru memilih murid secara rawak untuk menjawab soalan.
d) Murid lain menilai jawapan yang diberikan oleh rakan mereka. Jika bersetuju tunjukkan isyarat thumb up dan

2
JPN SARAWAK
MODUL AMALI SAINS SARAWAK (MASS) 2016

sebaliknya.
Refleksi :

3
JPN SARAWAK

Anda mungkin juga menyukai