Anda di halaman 1dari 3

KATA ALU-ALUAN MENYAMBUT KETIBAAN PENGANTIN DAN TETAMU

Hadirin sekalian, bersama-sama kita memberi tumpuan di pintu masuk utama dewan
yang serba indah ini ketibaan pasangan pengantin dengan diiringi keluarga
rombongan.
Berjalan masuk ke dewan, menuju ke pelamin yang tersergam indah di hadapan,
pasangan pengantin yang cantik lagi menawan, yang segak juga rupawan, pasangan
Raja Sehari, Shendy dan Lester.
Yang dihormati tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian, bagi pihak keluarga Tuan
________________ dan Puan _______________ (NAMA TUAN RUMAH / IBU AYAH
PENGANTIN PEREMPUAN), saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua tetamu
jemputan pada hari ini, teruatama keluarga rombongan yang diketuai oleh Encik
_______________ dan Puan ________________ (KETUA ROMBONGAN / IBU AYAH
PENGANTIN LELAKI). Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah
bermakna dan dapat menyerikan majlis kita pada hari ini.

Hadirin sekalian, pasangan pengantin baru yang diraikan pada hari ini Puan Shendy
dan Encik Lester telah mula berkenalan sejak ___________ Seterusnya apabila hati
telah semakin terpaut dengan ketulusan peribadi masing-masing, pasangan ini telahpun
mengikat tali pertunangan pada _______________ Dan seterusnya pasangan ini
disatukan dalam ikatan perkhawinan pada 15 Julai 2023.

Hari ini 15 Julai 2023 bertempat di Kampung Panui ini, akan menjadi saksi detik-detik
bersejarah pasangan mempelai ini, kerana mereka akan diraikan oleh sekalian keluarga
dan sahabat handai. Semoga ianya akan menjadi ingatan dan kenangan yang terindah
untuk dibawa hingga ke anak cucu.

BACAAN DOA MAKAN DAN MAKAN

Majlis diteruskan dengan acara makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya
menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama-sama ke meja yang
disediakan bagi menikmati hidangan.

Marilah kita sama-sama mengaminkan doa makan yang dipimpin oleh


_______________.

Terima kasih atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Hadirin sekalian, janganlah malu
janganlah untuk sama–sama menikmati juadah enak yang disediakan.
PENGANTIN TUKAR BAJU

PERSEMBAHAN TRADISI

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama saksikan
persembahan tradisi yang akan dipersembahkan oleh _______________________.

Berikan tepukan gemuruh pada penari-penari tarian tradisi kita sebentar tadi.

ACARA BERGAMBAR BERSAMA PENGANTIN

Majlis diteruskan lagi dengan acara selanjutnya iaitu sesi fotografi pasangan pengantin
di atas pelamin. Dipersilakan kepada pasangan pengantin untuk duduk di atas pelamin.

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan ibu bapa kedua pengantin untuk naik
ke pelamin. Dipersilakan.

Seterusnya dijemput keluarga pihak perempuan diikuti dengan saudara maranya untuk
naik ke pelaminan. Dipersilakan.

Sekarang dijemput pula untuk naik ke pelaminan, keluarga pihak lelaki diikuti oleh
saudara mara dan rombongan pengantin lelaki. Dipersilakan.

Kita teruskan dengan sesi bergambar pengantin bersama kawan-kawannya.


Dipersilakan.

Akhir sekali, dipersilakan kepada sesiapa sahaja, tetamu yang hadir pada hari ini.
Sesiapa yang ingin mengambil gambar kenang-kenangan. Dipersilakan.

ACARA PEMOTONGAN KEK DAN YAMSENG

Hadirin sekalian, agenda majlis diteruskan ke acara kemuncak iaitu pemotongan kek
dan yamseng. Dipersilakan kedua mempelai untuk beralih ke meja pemotongan kek.
Dijemput kedua ibu bapa pengantin perempuan dan lelaki untuk turut serta.

Marilah kita sama-sama saksikan kedua pengantin memotong kek mereka.


Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu,
menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna.

Inilah yang dikatakan


umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasinya

Kita teruskan majlis kita dengan sesi suapan kek. Diminta pasangan pengantin untuk
saling menyuapkan kek.

Seterusnya, diminta pasangan pengantin untuk menyuapkan ke kepada ibu bapa


pengantin perempuan.

Sekarang diminta pula pasangan pengantin untuk menyuapkan kek kepada kedua ibu
bapa pengantin lelaki.

Begitulah tadi acara pemotongan kek dan sesi suap-menyuap. Sekarang kita teruskan
dengan yamseng pengantin bersama para tetamu yang hadir pada hari ini.

YAMSENG

RSS

Anda mungkin juga menyukai