Anda di halaman 1dari 8

Walimatul Urus Muhammad Amar & Nurul Syuhaidah

Skrip Pengacara Majlis


Walimatul Urus
Muhammad Amar & Nurul Syuhaidah

Agenda Ucapan Nota


Housekeeping Bismillahirahi Rahmani Rahim,
Annoucement
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Membayu awan di tengah kota, sambil memetik buah bidara
Salam Indah pembuka kata. Salam Bahagia manis bicara,

Saya Afeeq Omaruddin akan bersama mengendalikan hari bahagia pasangan mempelai
kita Muhammad Amar Bin Mohd Salihen dan Nurul Syuhaidah Binti Mohd Saleh dalam
dewan yang indah pada hari ini 16 Jun 2019 bersamaan 12 Syawal 1440Hijrah.

Majlis mengalukan alukan kehadiran hadirin dan hadirat ke walimatul urus pasangan
kedua mempelai Muhammad Amar dan Nurul Syuhaidah dalam dewan yang ber
bahagia pada hari ini.

Selamat datang dicucapkan kepada ahli keluarga, sanak saudara, rakan dan taulan dan
taulan bagi meraikan kedua-dua mempelai bahagia pada hari ini. Muhammad Amar
dan Nurul Syuhaidah

Disediakan Oleh: Feeq Zamar 013-2342168


Walimatul Urus Muhammad Amar & Nurul Syuhaidah

Untuk makluman hadirin dan hadirat, pasangan mempelai akan ber arak masuk pada
jam 12:30 tengahari nanti. Kini kita masih lagi menunggu kedua pasangan mempelai

Majlis mengalukan alukan kehadiran hadirin dan hadirat ke walimatul urus pasangan
kedua mempelai Muhammad Amar dan Nurul Syuhaidah dalam dewan yang ber
bahagia pada hari ini.

Saya mewakili tuan rumah dan keluarga kedua mempelai, Haji Mohd Saleh Bin Haji
Walad dan Hajah Aishah Bibi Binti Hassu mengucapkan terima kasih kepada semua
tetamu yang hadir dalam majlis bahagia ini. Bagi meraikan hari bahagia puteri mereka
Nurul Syuhaidah Binti Mohd Saleh dengan suami tercinta Muhammad Amar Bin Mohd
Salihen

Mewakili tuan rumah juga saya mempersilakan kesemua tetamu jemputan yang hadir
untuk menjamu selera dan menikmati kesemua menu istimewa daripada.

Pada hari ini kita akan meraikan hari bahagia kedua mempelai Muhammad Amar dan
Nurul Syuhaidah.
Pembukaan Majlis Anak rantau mendayung perahu
Mendayung perahu ke Tanjung Tuan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan

Berkelana panglima mencari arah

Disediakan Oleh: Feeq Zamar 013-2342168


Walimatul Urus Muhammad Amar & Nurul Syuhaidah

Demi sebentuk tepak sirih


Pasangan pengantin berinai merah
Mara menuju mahligai kasih

Hadirin dan Hadirat sekalian, (gamelan), Berarak masuk ke dalam Dewan, pasangan
raja sehari; yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, Muhammad Amar Bin
Mohd Salihen dan Nurul Syuhaidah Binti Mohd Saleh

Ke meja Makan Beradab Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis seterusnya ingin mempersilakan kepada kedua-dua mempelai bersama pengapit


mereka dan wakil ahli keluarga kedua-dua mempelai untuk ke Meja Kasih yang telah
indah disediakan. Dipersilakan.
Bacaan Doa Puteri Cantik membawa hajat
Puteri Manis diangkat-angkat
Kehadarat Ilahi Doa dipanjat
Semoga pasangan mendapat berkat

Bagi memberkati acara yang indah pada hari ini bagi kedua pasangan, Muhammad
Amar dan Nurul Syuhaidah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh Saudara Amir Hamzah Bin Abdullah. Fal
Yatafadhal Masykura.
Bacaan Doa selesai Majlis mengucapkan terima kasih kepada Saudara Amir Hamzah Bin Abdullah atas
bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis pada hari ini akan
Disediakan Oleh: Feeq Zamar 013-2342168
Walimatul Urus Muhammad Amar & Nurul Syuhaidah

dilimpahi keberkatan dan rahmat bagi kedua-dua pasangan mempelai.

Ucapan Aluan Gagah Panglima jauh bertualang


Singgah berehat di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Terbang jentayu hinggap di tanjung,


Lemah gemalai cantik sekali
Hari bahagia kita ber kampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Harum semerbak cempaka sari,


Dipetik dayang dibawa ke pantai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati, Haji Mohd Saleh Bin Haji Walad dan Hajah Aisyah Bibi Binti Hassu,
selaku tuan rumah kepada Majlis bahagia kita pada hari ini,

yang diraikan kedua pasangan mempelai; Muhammad Amar Bin Mohd Salihen dan
Nurul Syuhaidah Binti Mohd Saleh

Yang dialua-alukan ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan, dan sahabat handai bagi
kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat serta para tetamu yang diRahmati Allah

Disediakan Oleh: Feeq Zamar 013-2342168


Walimatul Urus Muhammad Amar & Nurul Syuhaidah

S.W.T. sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan Muhammad Amar Bin Mohd Salihen dan Nurul Syuhaidah Binti
Mohd Saleh pada hari yang berbahagia ini.

Hardirin sekalian, pasangan bahagia ini telah selamat diijab kabulkan pada 15 Jun
2019 di Kediaman keluarga Nurul Syuhaidah dan melangsungkan majlis bahagia
mereka pada harini.

Amar dan Syuhaidah mula memulai bibit perkenalan kenalan persatuan sebagai
seorang senior dan junior di kampus. Meneruskan perhubungan selepas tamat
pengajian teljmenyemai bibit-bibit cinta antara mereka. Kerana, perserfahman, kedua
pasangan bahagia ini mula mengikat tali pertungangan pada 12 Januari 2019. Dengan
kuasa Allah, jodoh menyatukan mereka pada harini. Dengan berkat ilahi, restu kedua-
dua belah keluarga manjadi kekuatan penyatuan mereka. Alhamdulillah

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma 


Wa jamaah baina kuma fee khair.  Kita doakan kepada kedua pasangan bahagia
Muhammad Amar Bin Mohd Salihen dan Nurul Syuhaidah Binti Mohd Saleh agar terus
dilimpahi keberkatan dalam membina sebuah mahligai bahagia.

Disediakan Oleh: Feeq Zamar 013-2342168


Walimatul Urus Muhammad Amar & Nurul Syuhaidah

Makan Beradab Hadirin sekalin, Majlis akan diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu
majlis makan beradab bagi kedua pengantin. Dijemput kedua-dua mempelai bersama
ahli keluarga dan hadirin sekalian untuk menjamu selamat, Dipersilakan.
Potong Kek Segak sang putera bertanjak bekeris
Bersama puteri berinai merah
Jangan yang pahit biar yang manis
Biar kekal bahagia hingga ke Jannah

Hadirin sekalian, kini majlis bahagia pada hari ini akan diteruskan lagi acara
memotong kek. Dipersilakan kedua mempelai untuk bersama-sama memootong
manisan indah dalam mengecapi kemanisan berumah tangga. Dengan dipersilakan.

Cantik menggayakan busana kuning keemas an, kedua mempelai sedang ,


Kek Settle Itu dia tadi acara memotong kek oleh kedua raja sehari kita, Semoga kemanisan ini
berkekalan hingga ke Jannah dan mendapat keredhaan Allah swt.
Celoteh. Kau merapulah..
Sesi Bergambar Hadirin dan Hadirat bahagia,

Bagi mengabadikan kenangan bahagia ini, kita mempersilakan Raja Sehari kita
Muhammad Amar Bin Mohd Salihen dan Nurul Syuhaidah Binti Mohd Saleh, naik ke
panggung bahagia yang indah tersedia.

Dipersilakan pengabadian kenangan, bagi sesi bergambar, dijemput keluargaa


pengantin lelaki Muhammad Amar untuk naik ke panggung raja sehari.

Disediakan Oleh: Feeq Zamar 013-2342168


Walimatul Urus Muhammad Amar & Nurul Syuhaidah

-dipersilakan kedua ibu bapa pengantin lelaki


-dipersilakan adik beradik pengantin lelaki untuk bersama ibu bapa
- dipersilakan ahli keluarga dan sanak saudara

Selesai:
Terima Kasih diucapkan kepada keluarga Pengantin lelaki kita.

0Kini sesi bergambar akan diterukan dengan menjemput keluarga Pengantin


Perempuan Nurul Syuhaidah untuk naik ke panggung kasih mempelai. Dipersilakan.
-dipersilakan kedua ibu bapa pengantin perempuan
- dipersilakan adik beradik pengantin perempuan untuk bersama ibu bapa
- dipersilakan ahli keluarga dan sanak saudara

Selesai:
Terima Kasih diucapkan kepada keluarga pengantin perempuan kita.

Bersurai Saya mewakili Tuan Rumah dan Isteri, Haji Mohd Saleh Bin Haji Walad dan Hajah
Aisyah Bibi Binti Hassu, mengucapkan terima kasih atas kesudian tuan puan, hadirin
dan hadirat meluangkan masa bagi meraikan hari bahagia Putera dan Puteri mereka
Muhammad Amar Bin Mohd Salihen dan Nurul Syuhaidah Binti Mohd Saleh.

Marilah kita sama-sama mendoakan kebahagiaan dan keberkatan bagi kedua-dua


pasangan mempelai sehinga ke Jannah InshaAllah.

Disediakan Oleh: Feeq Zamar 013-2342168


Walimatul Urus Muhammad Amar & Nurul Syuhaidah

Disediakan Oleh: Feeq Zamar 013-2342168

Anda mungkin juga menyukai