Anda di halaman 1dari 8

TEKS MC GALA NIGHT’S DINNER FAMILY TOK AYAH ZAINUN 2023

MASA/CUE TEKS CATATAN


General Mohon perhatian.
**semua
hadirin Semua hadirin diminta untuk mengambil tempat duduk masing-masing kerana 08.15 pm
mengambil majlis akan dimulakan sebentar lagi.
tempat duduk
Kerjasama hadirin amatlah dihargai. Terima kasih.

Sirih berlipat sirih pinang,


Aluan MC Sirih dari pulau mutiara, 08.20 pm
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Berbahagia,
 Puan Rukiah binti Abdul Rahman (Bonda Tersayang bagi keluarga Family
Tok Ayah Zainun)
Yang Dihormati,
 Ahli-ahli keluarga yang cantik dan segak bergaya
 Serta para hadirin yang dikasihi sekalian

Alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal


mursaliin, wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Banyak jatuh buah delima
Ada sayur dimakan ngengat
Walau hidup banyak dilema
Tetap bersyukur dan terus semangat

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan keizinanNya
dapat kita sama-sama berada dalm Majlis Makan Malam Gala Keluarga Tok Ayah
Zainun Tahun 2023 di ruang yang serba sederhana ini.

Moga majlis ini dapat dijadikan wadah untuk kita terus bersatu, bekerjasama,
bantu membantu dan sayang menyayangi demi kesejahteraan, keharmonian dan
kebahagian keluarga besar Tok Ayah Zainun.

Bacaan doa Hadirin yang dimuliakan, 08.25 pm

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd
Zairul Azhar bin Mohd Zainun.

Majlis mempersilakan. Falya Tafadhal masyqura’


**bacaan doa

Amin. Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al-
Fadhil Ustaz Mohd Zairul Azhar bin Mohd Zainun atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.

Ucapan oleh Pergi ke kota beli selasih, 08.30 pm


Wakil Sayang si dara buat halwa,
Keluarga Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada wakil keluarga besar Tok Ayah Zainun.
Dengan ini, pihak majlis menjemput Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd Zairul
Aswadie bin Mohd Zainun, selaku wakil keluarga untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*Ucapan wakil keluarga.

Terima kasih diucapkan kepada Datuk Seri Mohd Zairul Aswadie bin Mohd
Zainun atas ucapan sebentar tadi.
Jamuan Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
08.30 pm
Bagus rupanya bunga melur
Putih warnanya sibunga pinang
Berukir,bertangkai perak
Perhiasan si anak dara
Cawan cerek sudah teratur
Pinggan mangkuk sudah terhidang
Hidangan juadah sudah terletak
Bersamalah duduk menjamu selera

Seterusnya, pihak majlis sekali lagi menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohd Zairul
Azhar bin Mohd Zainun bagi memimpin bacaan doa makan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

*doa makan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Zairul
Azhar bin Mohd Zainun atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan semua hadirin untuk menjamu hidangan yang sudah
tersedia di atas meja. Dipersilakan.

Cabutan Hadirin sekalian, 08.35 pm


bertuah
Hidangan sudah dijamu. Makanan sudah dijamah.

Kini tibalah masanya untuk acara selingan iaitu cabutan bertuah. Untuk acara
cabutan bertuah sesi pertama ini saya mempersilakan Datin Rozaini binti Mohd
Zainun untuk membuat cabutan. Dipersilakan.
Pemenang bagi cabutan bertuah yang pertama ialah
___________________________. Tahniah diucapkan.

seterusnya, pemenang cabutan bertuah yang kedua ialah


____________________________ . Tahniah kepada insan bertuah malam ini.

**sehingga selesai

Persembahan Hadirin yang dimuliakan, 08.45 pm

Majlis kita pada hari ini akan diserikan lagi dengan persembahan yang akan
disampaikan oleh anak-anak riang yang sentiasa comel, riuh dan menghiburkan
hati seluruh keluarga.

Persembahan pertama yang akan dipersembahkan kepada semua hadirin ialah


persembahan nasyid. Dengan ini tanpa melengahkan masa, pihak majlis
menjemput dan mempersilakan persembahan nasyid daripada anakanda putera
puteri keluarga besar Tok Ayah Zainun.

**nasyid

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan nasyid yang cukup menusuk kalbu itu
tadi.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah,

Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan pantun yang akan disampaikan
oleh ____________________________________________________________.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada ________________________________________
atas persembahan pantun itu tadi.

Budak-budak sukakan kartun


Sambil tengok suka bertanya
Kalau anakanda sudah berpantun
Dengar baik-baik cik ma nak membalasnya

Menyepak bola hingga tergolek


Jatuh ditimpa seekor angsa
Anakanda berpantun sangatlah molek
Moga tidak ditinggalkan warisan seni bangsa

Hadirin yang dimuliakan, kita masih ada satu persembahan lagi yang akan
disampaikan oleh _________________________________. Dengan ini pihak
majlis menjemput dan mempersilakan persembahan mendeklamasi sajak oleh
___________________________________________________ . Dipersilakan.

Wahh.. ternyata persembahan yang cukup hebat oleh anak-anak cilik keluarga
Tok Ayah Zainun. Terima kasih diucapkan kepada
________________________________ atas persembahan sajak itu tadi.
Sekali lagi tepukan yang paling gemuruh buat semua anakanda-anakanda yang
telah membuat persembahan yang begitu baik dan menghiburkan. Pujian harus
diberikan atas kegigihan mereka dalam bekerjasama membuat persediaan dan
seterusnya menyajikan satu persembahan yang cukup baik pada malam ini.
Semoga anakanda semua terus mencintai warisan seni berpantun, bersajak
mahupun bernasyid kerana ianya satu seni yang mungkin akan ditelan zaman jika
tidak dipraktikkan dalam kehidupan kita.
Cabutan Hadirin sekalian, 09.30 pm
bertuah kedua
Tuah ayam nampak dikaki
Tuah manusia siapa yang tahu

Majlis akan diteruskan dengan acara cabutan bertuah buat kali yang kedua.
Dengan ini, pihak majlis menjemput Yang Berbahagia Permaisuri Rukiah binti
Abdul Rahman untuk membuat cabutan. Dipersilakan.

Insan bertuah yang pertama buat sesi cabutan bertuah kali kedua ialah
___________________________________ . tahniah diucapkan.

Seterusnya ialah _________________________________________ .

** sehingga selesai.

Hadirin dipersilakan untuk menjamu selera. Sekian terima kasih.

Permainan Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, 09.40 pm

Aturcara majlis yang seterusnya ialah permainan keluarga. Oleh itu, pihak majlis
menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Puan Nor Hidayah binti
Mohd Zailani bagi mengendalikan acara tersebut. Dipersilakan.

**permainan
Terima kasih diucapkan kepada Puan Nor Hidayah binti Mohd Zailani untuk
slot permainan itu tadi. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
ahli keluarga atas kerjasama yang telah diberikan.

10.40 pm
Bergambar, Majlis akan diteruskan lagi dengan sesi bergambar. Diminta semua ahli keluarga
Gotong- yang disayangi untuk berada diruangan pentas bagi sesi bergambar.
royong &
Bersurai
Nampaknya majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Saya mewakili pihak
majlis sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli keluarga
tersayang yang telah memberikan sumbangan tenaga, wang ringgit, masa dan
seluruh aspek dalam memastikan program pada malam ini dapat berjalan dengan
lancar dan meriah. Semoga majlis kita pada hari ini menjadi salah satu memori
indah buat semua ahli keluarga dan semoga ukhuwah kekeluargaan dalam
keluarga besar Tok Ayah Zainun sentiasa dipelihara oleh Allah SWT. Mohon
Maaf juga diucapkan di atas segala kekhilafan saya dalam mengendalikan majlis
kita pada malam ini.

Bagi mengakhiri majlis kita pada mala mini, pihak majlis menjemput Al-Fadhil
Ustaz Mohd Zairul Azhar bin Mohd Zainun untuk memimpin doa penutup
majlis. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Zairul Azhar bin Mohd
Zainun. Sekian majlis bersurai. Semua hadirin boleh mula sesi gotong royong.

Anda mungkin juga menyukai