Anda di halaman 1dari 4

LAFAZ YANG ELOK DIAMALKAN DALAM MAJLIS AKAD NIKAH

1) LAFAZ PENYERAHAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI


SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH)
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan
membaca:
Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) yang
telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin
(nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia
kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana
ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam..
Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu
membaca Basmalah dan doa berikut :
Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan
yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya
dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya.
2) LAFAZ PENERIMAAN MAS KAHWIN (DIBACA PENGANTIN PEREMPUAN)
Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan
berdoa di dalam hati :
Ya Allah, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh
dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat..
Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin :

Adalah saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki)
dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan
suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah
bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan
dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga
perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah SWT...
3) PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI KEPADA PENGANTIN LELAKI (DIBACA
OLEH WALI KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)
Dilakukan oleh wali perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua
belah pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab adalah seperti berikut :
Adalah saya (nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin
perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan,
keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu (nama
pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah s.w.t ke atas
kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin...

4) PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN (DIBACA OLEH IBU KEPADA


PENGANTIN PEREMPUAN)
Anakku (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan
perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu
telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang
anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan
segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri
yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu.
Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah
kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya.

Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah sepanjang
hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan
kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan
kesalahan semasa mendidikmu...
5) TERIMA KASIH DARI ANAK (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)
Wahai ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya akan
berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang belum
saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi segala
cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang
tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya
selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah.. Kemudian salam dan cium
tangan ibu ayah.
6) PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB (DIBACA PENGANTIN OLEH LELAKI)
Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada (nama pengantin
perempuan) bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan
dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan
majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai
suami kepada isteri saya (nama pengantin perempuan) dan akan berusaha dengan
sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :
1 - Memberi nafkah zahir dan batin.
2 - Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3 - Keselamatan yang terjamin.
4 - Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.
Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu

bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah...
Semoga pasangan yang akan bernikah selepas ini dapat mengamalkan lafaz-lafaz di
atas agar ia memberikan kesan atas setiap individu yang berjanji akan
menyempurnakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam mewujudkan kebahagiaan
di alam rumahtangga.

Anda mungkin juga menyukai