Anda di halaman 1dari 7

LAFAZ SAKINAH

LAFAZ SUAMI
Adalah saya, Mohd Khairil Ridzuan bin
Abdul Molok, suami kepada Noratiqah
Hanim binti Mohd Roslin yang telah
menerima tanggungjawab, dengan ini
menyerahkan kepada isteriku dengan mas
kahwin sebanyak RM 22.50 tunai. Oleh
itu, hendaklah kamu, isteriku,
menunjukkan taat setia kepadaku sebagai
suami dengan mengikut segala perintah
dan nasihatku selagi mana ianya tidak
bercanggah dengan hukum Islam dan
Undang-Undang Negara,
LAFAZ ISTERI
Adalah saya, Noratiqah Hanim binti
Mohd Roslin, isteri kepada kekanda
dengan penuh kesyukuran menerima mas
kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan
suci dan akan menumpukan sepenuh
perhatian terhadapmu dan taat setia yang
tidak berbelah bahagi kepada
kekanda,dan adinda mengharapkan
kepada kekanda agar sentiasa memberi
bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar
demi kepentingan dan kebahagiaan
bersama. Semoga Allah merestui
perkahwinan kita,
LAFAZ IBU PENGANTIN PEREMPUAN
Anakku, Ika, Hari ini kamu akan berpindah dari
naungan dan perlindungan mak dan abah ke
suatu alam yang baru di bawah naungan
suamimu. Mak dan abah telah mendidik dan
mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadi
seorang anak yang solehah. Hari ni, mak dan abah
mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan
segala tunjuk ajar dan nasihat mak dan abah
selama ini. Jadikanlah dirimu itu sebagai seorang
isteri yang solehah. Nescaya suamimu akan
menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikan
khidmat dan ketaatan mu kepadanya dengan jujur
dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataan,
budi pekerti dan tingkah lakumu terhadapnya.
Jagalah maruah dirimu dan maruah keluargamu.
Taatilah Allah di sepanjang hidupmu. Dan
janganlah sesekali kamu melupakan akan kedua
ibu bapamu. Semoga Allah memberikan
ketabahan dan kesihatan serta ketenangan dan
kebahagiaan kepada kamu. Mak dan abah juga
menghalalkan segala makan minum dan jasa bakti
yang telah mak dan abah berikan kepadamu.
Maafkan mak dan abah atas segala kesilapan dan
kesalahan semasa mendidikmu.
LAFAZ PENGANTIN PEREMPUAN KEPADA
IBU DAN AYAH
Mak dan Abah, budi dan jasamu selama
ini tidak dapat ku balas,hari ini saya akan
berpindah dari naungan mak dan abah ke
satu alam yg baru yang belum saya
ketahui. Saya mohon doa restu mak dan
abah agar saya dapat menghadapi
cabaran rumahtangga dengan sabar . Saya
ucapkan jutaan terima kasih yg tidak
terhingga di atas segala tunjuk ajar,
bimbingan dan nasihat dan kasih sayang
yang tidak ternilai. Ampunkan segala dosa
dan kesilapan saya semasa berada dengan
mak dan abah. Terima kasih untuk
segalanya.
LAFAZ BAPA PENGANTIN PEREMPUAN
Adalah saya , Mohd Roslin bin Mohd Din,
bapa kepada Noratiqah Hanim, dari saat
ini menyerahkan tanggungjawab,
nafkah,perlindungan, keselamatan , kasih
sayang, dan tanggungjawab agama islam
kepada kamu Mohd Khairil Ridzuan
(pengantin lelaki). Semoga diberkati olah
Allah SWT di atas kamu, dan orang yang
membawa tanggungjawab kamu dan
zuriat kamu.
LAFAZ PENGANTIN LELAKI
Dengan ini saya Mohd Khairil Ridzuan bin
Abdul Molok, suami yang sah kepada
Noratiqah Hanim binti Mohd Roslin,
bersyukur kepada Allah s.w.t di atas anugerah
nikmat iman, islam, kesihatan dan isteri serta
berterima kasih kepada semua pihak yang
terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini.
Oleh itu mulai saat ini, saya menerima
tanggungjawab sebagai suami kepada isteri
saya. Dan akan berusaha dengan sebaik-
baiknya untuk menjalankan tugas sebagai
suami seperti berikut:
1. Memberi nafkah zahir dan batin.
2. Pemeliharaan dan perlindungan yang
sempurna.
3. Keselamatan yang terjamin.
4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan
yang diredhai oleh Allah s.w.t.
Saya mengharapkan doa restu dari semua
pihak terutama kedua ibubapa dan kedua
ibubapa mertua saya. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai