Anda di halaman 1dari 3

1.

LAFAZ PENYERAHAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI


SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH)
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan
membaca:
Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin
perempuan) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan
kepada isteriku mas kahwin (nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah
dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala
perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam..

Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan


lalu membaca Basmalah dan doa berikut:
Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau
ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan
keburukan yang Engkau ciptakan padanya.

2. LAFAZ PENERIMAAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)


Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami
dengan berdoa di dalam hati:
Ya Allah, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di
dunia dan akhirat..
Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin:
Adalah saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin
lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan
murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang
tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa
memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan
kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari
Allah s.w.t..

3. PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI KEPADA PENGANTIN


LELAKI (DIBACA OLEH WALI KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)
Dilakukan oleh wali perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh keluarga keduadua belah pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab adalah seperti berikut :

Adalah saya (nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin
perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan,
keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu (nama
pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah s.w.t ke
atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan
kamu. Amin..

4. PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN (DIBACA OLEH IBU KEPADA


PENGANTIN PEREMPUAN)

Anakku (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari
naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan
suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk
menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan
kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini.
Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi
teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya
dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi
pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah
maruah keluargamu. Taatilah Allah sepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan
ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu
memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu..

5. TERIMA KASIH DARI ANAK (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)

Wahai ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya
akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang
belum saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi
segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan
terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih
sayang yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan
dan kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..
Kemudian salam dan cium tangan ibu ayah.

6. LAFAZ PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI)

Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada (nama
pengantin perempuan) bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat Iman,
Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat
bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima
tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama pengantin
perempuan)dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas
sebagai suami seperti berikut :
1. Memberi nafkah zahir dan batin.
2. Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3. Keselamatan yang terjamin.
4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.

Anda mungkin juga menyukai