Anda di halaman 1dari 9

Khutbah Jumaat 17 APRIL 2015: “RUMAHTANGGA YANG DIRAHMATI DAN DIBERKATI”

(Jabatan Agama Islam Perak)

*AMARAN!!!
Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari
kandungan khutbah yang dikeluarkan.

“RUMAHTANGGA YANG DIRAHMATI DAN DIBERKATI”


17 APRIL 2015M/27 JAMADIL AKHIR 1436H

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat serta umat Islam
yang dikasihi sekalian. Berdasarkan peningkatan pengaruh budaya asing
dan perubahan sosio-ekonomi yang pesat di negara ini, marilah kita sama-
sama berusaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT, tambahilah
rasa gerun dan takut kamu kepada Allah dengan melaksanakan segala
perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan sifat
ketaqwaan itu mampu menentukan hala tuju pembentukan masa depan

1
Khutbah Jumaat 17 APRIL 2015: “RUMAHTANGGA YANG DIRAHMATI DAN DIBERKATI”
(Jabatan Agama Islam Perak)

keluarga kita agar sentiasa selari dengan tuntutan ajaran Islam dan beroleh
kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Minggu ini mimbar akan berbicara tentang isu kekeluargaan.
Rumahtangga yang dirahmati dan diberkati. Kekeluargaan merupakan
salah satu aspek hidup manusia yang paling diberi perhatian oleh syariat
Islam. la dilihat sebagai wadah bagi manusia, sama ada lelaki maupun
wanita untuk mencari kedamaian dan ketenagan, kasih sayang dan
kebahagiaan. Kepentingan memelihara institusi kekeluargaan menjadi
keutamaan dan mendapat tempat yang luas dalam al-Sunnah maupun al-
Quran. Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis Rasulullah saw yang
memperkatakan tentang kekeluargaan sama ada secara prinsip atau
terperinci.
Firman Allah swt dalam surah ar Rum ayat 21 berbunyi

              

      

Yang bermaksud “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan


kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai
kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang
hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami
isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan
kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. (ar Rum ;21)

2
Khutbah Jumaat 17 APRIL 2015: “RUMAHTANGGA YANG DIRAHMATI DAN DIBERKATI”
(Jabatan Agama Islam Perak)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Islam adalah cara hidup. Setiap perkara yang menyangkuti
kehidupan manusia pasti mempunyai hukum dan peraturan. Begitulah
dalam kekeluargaan Islam. Antara intipati penting pembinaan keluarga
menurut Islam adalah Iman dan Taqwa. Iman dan Taqwa adalah pencetus
kebahagiaan rumahtangga. Tanpa Iman dan Taqwa, rumahtangga terbina
tanpa arah tanpa panduan.
Sesuai dengan fitrah kehidupan manusia, perkahwinan adalah
keperluan. Maka tidak hairan perkahwinan adalah Sunnah yang menjadi
tuntutan. Saranan Nabi saw agar perkahwinan jangan diabaikan. Namun,
Islam terlebih dahulu memberi peringatan untuk memilih pasangan yang
boleh menjanjikan kebahagiaan. Pilihlah yang ‘Beragama’, saranan penting
Nabi saw. Dengan janji ‘nescaya kamu akan berpuas hati’. Namun,
kadangkala nafsu manusia yang selalu memilih yang lawa, yang kacak,
yang kaya dan akhirnya mendatangkan kecewa.
Bagi melaksanakan urusan perkahwinan, Walimah (kenduri) menjadi
keutamaan masyarakat. Persediaan yang bersungguh-sungguh biasanya
menelan belanja yang besar. Alang-alang menjadi raja sehari! Perkataan
yang bunyinya menarik hakikatnya perit. Bebanan besar ini kemudiannya
dipindahkan kepada pihak pengantin lelaki dengan belanja hantaran yang
melambung sesuai keperluan kenduri tersebut. Akibatnya, tidak kurang
pasangan muda yang terpaksa menangguhkan perkahwinan demi
memenuhi permintaan nafsu ‘meriah’ ibu bapa. Sebahagian pula,
menanggung hutang yang membebankan.

3
Khutbah Jumaat 17 APRIL 2015: “RUMAHTANGGA YANG DIRAHMATI DAN DIBERKATI”
(Jabatan Agama Islam Perak)

Dunia tanpa sempadan membawa cabaran lebih getir kepada muda-


mudi kita. Pergaulan bebas semakin sukar dikawal. Oleh itu, perkahwinan
adalah penyelesaian. Sabda Nabi saw ;

(riwayat Bukhari, Muslim) .


Maksudnya “Dari Ibnu Mas’ud berkata, kami beberapa orang pemuda
bersama Nabi saw. Kami tidak mempunyai apa-apa (miskin) maka
Rasulullah SAW bersabda kepada kami: Wahai orang muda! Siapa
diantara kamu yang mampu memberi mas kahwin, berkahwinlah segera!
kerana perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan memelihara
kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu maka kepadanya hendaklah
berpuasa kerana puasa boleh menjadi benteng (nafsu)” (HR Bukhari dan
Muslim).

Wahai Ibu dan Bapa yang dirahmati Allah, Demi menjunjung perintah
Allah, menyayangi Nabi saw permudahkan perkahwinan anak-anak kita.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Binalah rumahtangga dengan Iman dan Taqwa. Jadikan Iman dan Taqwa
pembimbing utama segala keputusan dalam perjalanan kehidupan
berumahtangga. Kepada para suami, Iman dan taqwa diri sendiri juga isteri
akan menjadi persoalan di hari kemudian. Kepada isteri, tanpa iman dan
taqwa pasti membawa penyesalan. Kepada ibu bapa, Iman dan Taqwa
anak-anak penentu kebahagiaan hari ini dan hari kemudian.
4
Khutbah Jumaat 17 APRIL 2015: “RUMAHTANGGA YANG DIRAHMATI DAN DIBERKATI”
(Jabatan Agama Islam Perak)

Menjaga Iman dari perkara yang merosakkan adalah satu tuntutan. Binalah
rumahtangga yang bebas dari perkara syirik dan dusta. Hanya Allah yang
layak disembah. Hanya Allah yang layak diminta pertolongan. Firman Allah
swt dalam surah Luqman ayat 13;

ۖ ‫و‬
Yang bermaksud “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya,
semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku,
janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain),
sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

Taqwa pula pelengkap kepada Iman. Tanpa Taqwa, iman tiada


bekasnya. Iman mesti dibuktikan dengan taqwa. Iman mesti
disempurnakan dengan Taqwa. Rumahtangga yang bertaqwa pasti
membawa ketenangan lagi kebahagiaan. Rumahtangga bertaqwa akan
disinari rahmat dan keberkatan. Firman Allah swt dalam surah an Nisa’
ayat 1

. ۚ ۚ
Yang bermaksud “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan
kamu yang telah menciptakan kamu dari satu jiwa, dan darinya Allah
menciptakan isterinya, kemudian dari pada keduanya Allah mengembang
biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah
yang dengan (mempergunakan) namaNya kalian saling meminta satu
sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah
sentiasa menjaga dan mengawasi kamu.”

5
Khutbah Jumaat 17 APRIL 2015: “RUMAHTANGGA YANG DIRAHMATI DAN DIBERKATI”
(Jabatan Agama Islam Perak)

6
Khutbah Jumaat 17 APRIL 2015: “RUMAHTANGGA YANG DIRAHMATI DAN DIBERKATI”
(Jabatan Agama Islam Perak)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Marilah kita sama-sama meningkatkan usaha ketaqwaan kita kepada
Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-
Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Setelah mimbar
membincangkan perkara asas Iman dan Taqwa dalam pembinaan
rumahtangga, mimbar ingin berkongsi beberapa tips membina
rumahtangga yang berteraskan Iman dan taqwa:
1. Binalah rumahtangga yang berpegang kepada aqidah yang benar
iaitu Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
2. Bergantunglah segala harapan hanya kepada Allah. Jauhi perkara-
perkara syirik yang boleh mendatangkan murka Allah. Jauhi bomoh
dan dukun walaupun kononnya untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Jauhi amalan khurafat walaupun seolah ia
mendatangkan bahagia.
3. Tegakkan rumahtangga yang takut kepada Allah melebihi segala
sesuatu. Ketaqwaan akan membina keikhlasan, kejujuran dan
kebertanggungjawaban. Allah sentiasa melihat segala yang kita
kerjakan.
4. Tunaikanlah Solat. Solat adalah ibadah keutamaan. Tidak mungkin
keluarga beriman dan taqwa tanpa solat. Solat Fardhu adalah
kewajiban, solat malam adalah kekuatan.

7
Khutbah Jumaat 17 APRIL 2015: “RUMAHTANGGA YANG DIRAHMATI DAN DIBERKATI”
(Jabatan Agama Islam Perak)

5. Amalkan Sunnah dalam rumahtangga. Antara sunnah terpenting


dalam rumahtangga adalah solat berjamaah dan membaca al Quran.
Kehidupan mengikut sunnah pasti membawa kenikmatan.
6. Budayakan rumahtangga dengan Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar.
Segala kebaikan mesti diberi ganjaran manakala kejahatan diberi
amaran maupun hukuman.
7. Bersyukurlah dengan nikmat Allah. Hiduplah dengan sederhana.
Kesederhanaan adalah kesempurnaan, manakala berlebihan adalah
kesengsaraan.
8. Budayakan rumahtangga dengan budaya ilmu. Ilmu adalah kunci
kejayaan. Ilmu adalah pembimbing ketika ramai maupun
keseorangan. Jauhi budaya hedonisme yang melampau, berhibur
tanpa mengira pagi atau petang, malam atau siang.
9. Binalah rumahtangga dengan kasih sayang. Berilah didikan maupun
teguran dengan keikhlasan. Segala salah dan silap diakhiri dengan
kemaafan.
10. Hiduplah berjiran dengan sikap hormat menghormati. Jauhi
rumahtangga dari sifat sombong, takabbur dan membangga diri.
Merendah diri menjadi mulia, meninggi diri pasti celaka.
11. Binalah rumahtangga dengan semangat Cintakan Islam, Allah dan
Rasul melebihi segalanya.
12. Banyakkan berdoa agar rumahtangga mendapat kesejahteraan.
firman Allah SWT dalam surah al-Furqan ayat 74:

Maksudnya: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan
kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami
perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami
imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertaqwa”

8
Khutbah Jumaat 17 APRIL 2015: “RUMAHTANGGA YANG DIRAHMATI DAN DIBERKATI”
(Jabatan Agama Islam Perak)

Anda mungkin juga menyukai