sedikit coretan dan pesanan petua kekeluargaan kepada bakal pengantin baru yang
menjadi kelaziman kebanyakkan umat Islam di Negara ini mengadakan kenduri
perkahwinan pada musim cuti persekolahan.
Kami juga mendapat banyak warkah undangan, tetapi maaf yang kami pinta kerana
sebahagiannya tidak dapat kami penuhi. Coretan ini kami lakarkan khusus buat
murid kami Ustaz Hashim dan pasangannya Fatimah.
Muridku, ketahuilah perkara pertama dalam perkahwinan iaitu pembetulan niat, iaitu
mencari keredhaan Allah SWT. Antara tujuan murni ini ialah :
Inilah sebahagian cita-cita dan tujuan perkahwinan itu sendiri, benarlah firman Allah
SWT:
َو ِمْن آَياِتِه َأْن َخ َلَق َلُك ْم ِمْن َأْنُفِس ُك ْم َأْز َو اًج ا ِلَت ْس ُكُن وا ِإَلْي َه ا َو َج َع َل َب ْي َن ُك ْم َمَو َّد ًة َو َر ْح َم ًة ۚ ِإَّن ِفي َٰذ ِلَك آَل َي اٍت ِلَقْو ٍم َي َتَفَّك ُروَن
Muridku, akad nikah dengan lafaz ijab kabul mengesahkan ikatan perkahwinan
dengan kalimah Allah SWT. Justeru terpikullah “amanah” kekeluargaan yang wajib
dilaksanakan dengan jayanya. Suami mestilah bermusyawarah dengan baik
terhadap pasangan dan keluarga masing-masing.
Isteri pula amat perlu mentaati suaminya dengan penuh keikhlasan dengan cara itu
sudah barang tentu rumahtangga akan menjadi harmoni dan melahirkan sakinah,
mawaddah dan rahmah. Natijahnya, jadilah rumahtangga idaman iaitu “Baiti
Jannati” (Rumahku Syurgaku).
اَل َي ْن ُظ ُر ُهَّللا ِإَلى اْم َر َأٍة اَل َت ْشُك ُر ِلَز ْو ِجَه ا َو ِهَي اَل َت ْس َتْغ ِني َع ْن ُه
Kesimpulannya, Allah SWT memberikan empat laluan mudah ke syurga bagi para
wanita tetapi setiap syarat penuh dengan halangan dan rintangan. Wanita
memerlukan mujahadah dan usaha berterusan untuk memperbaiki diri. Hanya iman
yang kuat sahaja dapat membantu para muslimah mengawal nafsunya daripada
terpedaya dengan pujukan syaitan.
Muridku, dalam perkahwinan bukan semuanya manis dan indah tetapi hakikat
kehidupan penuh dengan ranjau dan duri. Inilah yang difirmankan Allah SWT di
dalam Al-Quran:
اَّلِذي َخ َلَق اْلَم ْو َت َو اْلَح َي اَة ِلَي ْب ُلَو ُك ْم َأُّي ُك ْم َأْح َس ُن َعَم اًل َو ُه َو اْلَع ِز يُز اْلَغ ُفوُر
Maksudnya: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di
antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha
Pengampun”.
(Surah Al-Mulk: 2)
Justeru itu, sebarang bentuk ombak, onak dan duri perlu diselesaikan dengan penuh
hikmah dan bijaksana. Ini akan melahirkan rumahku “Syurgaku”.
Pepatah orang tua, “Buang yang keruh, ambil yang jernih” amatlah baik dihayati
dalam menuju ke gerbang kejayaan.
Oleh itu, jangan ikut nafsu dan jejak langkah syaitan. Sebaliknya, hendaklah iaitu
sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Muridku, bila ada perasaan tidak baik bertapak, cubalah tafakkur, dan renungkanlah
sisi-sisi berikut:
Muridku, dalam hal suami tidak mampu memberi kemewahan, seorang isteri perlu
faham dan ingat, ajaran Islam secara khususnya meminta para isteri supaya menjadi
wanita yang redha dan sentiasa bersyukur dengan pemberian suami. Sikap ini
penting demi mempertahankan keharmonian sebuah rumah tangga. Apakah harta
dan wang ringgit lebih penting daripada memiliki keluarga yang bahagia? Janganlah
kerana tidak memperolehi nikmat yang Allah SWT rezekikan. Sedangkan di luar
sana, masih ramai orang yang belum bertemu jodoh ataupun sudah kematian suami.
Jadilah isteri yang setia bersama suami pada waktu senang atau susah. Ia
menjamin ketenangan dan keharmonian rumah tangga , sekaligus memberi
pengaruh besar bagi melahirkan rumah tangga bahagia.
Kesetiaan suami isteri diperlukan bagi menjamin rumah tangga yang bahagia dan
stabil. Apabila rumah tangga dibina berasaskan hukum Islam di mana suami dan
isteri tahu dan sedar tujuan perkahwinan, masing-masing akan berusaha mencapai
tujuan itu. Dengan demikian, sikap curang dapat dielakkan.
Didik Anak
Mendidik anak ibarat membuat kuih. Bagaimana acuannya, begitulah bentuk kuih
yang terhasil. Ibu sebagai acuan, perlu menjaga akhlak kerana anak-anak akan
terkesan dengan sikap dan tauladan yang dipamerkan. Ibu dan bapa sepatutnya
menjadi role model atau contoh ikutan anak-anak yang paling berkesan. Maka
tentulah menjadi role model perlu mengusahakan segala sifat baik yang dianjurkan
oleh Islam dengan mengamalkan ilmu dan panduan daripada al-Quran dan Sunnah.
Jika tidak, usaha pendidikan itu pasti gagal.
Silaplah jika kita sibuk melatih anak-anak menghafal abjad dan nombor tanpa
berusaha menanamkan jiwa tauhid yang kukuh. Anak-anak yang dikenalkan kepada
Allah SWT sejak kecil, akan tahu kepada siapa hendak bengantung dan bagaimana
untuk meminta pertolongan daripada Allah SWT ketika menghadapi kesulitan hidup.
Kesan jangka panjangnya, mereka tidak mudah menghadapi tekanan jiwa hingga
berpaling kepada dadah atau hiburan yang melalaikan.
Muridku, akhirnya kami zahirkan rasa syukur dengan termeterai ikatan nikah yang
sah ini, dan jadikan pesanan dari petua ini sebagai azimat. Hiduplah susah sama
susah senang sama senang. Insha Allah sinar bahagia akan bertapuk dalam jiwa
kamu. Kami ucapkan,
َب اَر َك ُهَّللا َلَك َو َب اَر َك َع َلْي َك َو َج َمَع َب ْي َن ُك َم ا ِفي َخ ْي ٍر َو َأْس َأُل َهللا الَع ِظ يَم َأن ُيِدَي م َع َلْي ُك َم ا الَسَع اَد َة َو اْلَمَو َّدَة َو الَّر ْح َم ة َو المَح َّب َة
َر َّب َن ا َه ْب َلَن ا ِمْن َأْز َو اِجَن ا َو ُذ ِّر َّياِتَن ا ُقَّر َة َأْع ُيٍن َو اْج َع ْلَن ا ِلْلُم َّت ِقيَن ِإَم اًما
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah
kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Bayan Linnas