Anda di halaman 1dari 8

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah
SWT, Tuhan pemberi Rahmat sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan mulia, Nabi
Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan juga sesiapa yang mengikuti ajaran
mereka dengan ikhlas sehingga ke akhirnya.
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi diatas kesempatan ini kerana telah memberikan saya
sedikit waktu dan ruang untuk menyempurnakan tugasan ini di bawah subjek Pendidikan Islam
(GPI1083)
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Dr Ahmad Shidki Bin Mat Yusoff selaku
pensyarah pembimbing mata pelajaran Pendidikan Islam dan rakan-rakan seperjuangan yang
telah memberikan bimbingan serta tunjuk ajar yang banyak kepada saya dalam menyiapkan
tugasan ini.
Akhirulkalam, saya berharap agar tugasan ini akan memberi manfaat kepada semua
dan diberkati oleh Allah SWT dan semoga Allah melimpahkan kejayaan buat saya di dunia dan
akhirat Insya-Allah.

1
1.0 PENGENALAN

Perkahwinan atau nikah dari segi bahasa ialah himpunan, pengumpulan dan
percantuman. Adapun dari sudut terminologi, perkahwinan didefinisikan sebagai suatu akad
yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan
mahram dan menimbulkan hak serta kewajipan antara kedua-duanya (Mat Saad Abd Rahman,
1993). Namun, isu perkahwinan yang timbul pada hari ini semakin melarat sehingga membawa
kepada perceraian. Hal ini dapat dilihat melalui peratusan perceraian yang berlaku di Malaysia
semakin meningkat pada setiap tahun. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan
Kemajuan Islam (JAKIM), Selangor merupakan negeri tertinggi yang mencatatkan kadar
perceraian iaitu sebanyak 12,204 kes pada 2017. Isu ini menunjukkan bahawa secara purata,
sebanyak 33 kes perceraian berlaku pada setiap hari sepanjang tahun itu. Angka tersebut
dikategorikan sebagai suatu perkara yang membimbangkan kerana ia mungkin memberi kesan
buruk kepada institusi kekeluargaan bagi tempoh jangka panjang. Kemudian, sekiranya isu ini
tidak dapat ditangani, ia akan membawa kepada keruntuhan institusi kekeluargaan, hak dan
tanggungjawab anak-anak akan terabai dan anak-anak juga tidak akan mendapat kasih sayang
yang cukup daripada ibu bapa mereka. Tanpa kita semua sedari, setiap individu baik isteri
mahupun suami menjadi punca kepada noktah suatu ikatan perkahwinan itu. Menurut kajian
yang dijalankan oleh Noor Syaibah Shabuddin et. al. (2016), terdapat beberapa faktor utama
yang membawa kepada suatu perceraian. Antaranya termasuklah faktor masalah seksualiti,
komunikasi, kurang didikan agama, gangguan sihir, penyalahgunaan dadah dan pengabaian
tanggungjawab. Namun begitu, faktor-faktor ini bukanlah satu titik noktah kepada suatu
hubungan kerana kedua-dua belah pihak pasangan mampu untuk menjauhinya dengan
menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sebaiknya bagi mewujudkan rumah
tangga yang harmoni. Jadi, kedua-dua pihak tidak kira sama ada isteri mahupun suami perlu
mengorak langkah melakukan perubahan bagi menjalani hidup bersama secara bahagia
mengikut syariat Islam. Sehubungan dengan ini, penulisan ini dilakukan bertujuan bagi
mengenalpasti sejaumana peranan lelaki dan wanita dapat diadaptasikan dalam memastikan
institusi keluarga yang dibina lebih mantap dan sesuai dengan matlamat asal sesebuah
perkahwinan.

2
1.0 PERANAN LELAKI DALAM INSTITUSI KELUARGA

2.1 Menjadikan Rasulullah SAW Sebagai Contoh Ikutan

“Rasulullah SAW adalah suami terbaik sepanjang zaman dan ikon suami yang ideal.
Baginda bukan sahaja mampu mengatur rumah tangga bahkan dapat mewujudkan perasaan
penuh kasih sayang terhadap isteri.” Berikut merupakan kata-kata yang dipetik dari sebuah
buku karya Hasan Ahmad Hasan Hamam dan Ahmad Salim Badawilam (2017) menunjukkan
bahawa contoh suami yang terbaik dan seharusnya dicontohi oleh setiap lelaki ialah Rasulullah
SAW. Sifat baginda yang lemah lembut, sentiasa berlaku adil dan berbudi telah berjaya
membina rumah tangga yang harmoni dan sifat-sifat itulah yang seharusnya diimplementasikan
oleh para lelaki pada zaman sekarang supaya masjid yang dibina kekal utuh berdiri. Melihat
kepada realiti sekarang, ramai pasangan saling bertengkar serta bergaduh sehingga akhirnya
berlakunya penceraian disebabkan tidak wujudnya perasaan sayang antara satu sama lain.
Menyedari hakikat ini, sebagai seorang suami, bagi memastikan kerukunan rumah tangga
berkekalan, suami perlu bergerak kehadapan dalam membina kasih sayang terhadap isteri
dengan mencontohi serta menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola.

2.2 Memberi layanan yang baik terhadap isteri.

Antara sikap-sikap akhlak terpuji yang mesti ditonjolkan oleh suami terhadap isteri bagi
memastikan institusi keluarga yang dibina berkekalan ialah bersikap lemah lembut, pengasih
dan ramah mesra terhadap isteri. Perkara ini telah ditekankan oleh Rasulullah SAW sebagai
panduan kepada para suami dalam hadis baginda. Rasulullah SAW bersabda:

‫ﻷھﻠﻲ ﺧﯾرﻛم وأﻧﺎ ﻷھﻠﮫ ﺧﯾرﻛم ﺧﯾرﻛم‬


Maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya dan aku (Muhammad
SAW) adalah orang yang paling baik di antara kalian kepada isteriku.”

Hadis ini jelas menggambarkan bahawa betapa pentingnya berperilaku baik terhadap
isteri kerana Rasulullah sendiri tidak pernah menyakiti isteri-isterinya. Isteri merupakan
permaisuri yang menghiasi rumah dan memenuhi semua keperluan suami. Oleh itu, suami

3
seharusnya membalas jasa isteri dengan melayani isteri dengan baik dan jangan sesekali
mengguris hati isteri dengan perlakuan yang kasar. Analoginya, suami hendaklah memberikan
hadiah kepada isteri sebagai tanda penghargaan dan bukti cinta daripada suami kepada isteri.
Tambahan lagi, suami juga digalakkan untuk bergurau secara kerap dengan isteri untuk
meningkatkan lagi kemanisan dalam menjalani bahtera rumah tangga. Namun, suami perlu
berhati-hati dalam bergurau agar dalam gurauan itu suami tidak menyakiti hati isteri, tidak
melampaui batas bergurau dan mestilah menjaga nilai- nilai al-haq. Tegasnya,dengan memberi
layanan yang baik kepada isteri ia mampu menjadikan institusi keluarga yang dibina itu lebih
mantap selari dengan tujuan asal sesebuah perkahwinan

2.3 Memberikan didikan agama

Kehidupan rumah tangga suami isteri dipasakkan dengan dasar kerjasama di atas
syura, tolong-menolong serta cinta-mencintai di bawah pimpinan suami sebagai pihak yang
bertanggungjawab yang mempunyai kata pemutus. Inilah yang menolong melahirkan
pemantapan dan kebahagiaan rumah tangga yang selama ini diimpikan oleh setiap manusia.
Tanggungjawab utama seorang suami adalah memastikan ahli keluarga tidak lalai menunaikan
amanah sebagai seorang hamba Allah (Al-Nawawi, 1983). Hal ini dinyatakan dalam al-Quran
mengenai peranan suami dalam memberi didikan agama agar terselamat dari azab neraka.

‫ِﯾن آ َﻣ ُﻧوا ﻗُوا َأﻧﻔُ َﺳ ُﻛ ْم َوَأ ْھﻠِﯾ ُﻛ ْم َﻧﺎرًا َوﻗُو ُد َھﺎ اﻟ ﱠﻧﺎسُ َو ْاﻟ ِﺣ َﺟﺎ َرةُ َﻋﻠَ ْﯾ َﮭﺎ َﻣﻼَ ِﺋ َﻛ ٌﺔ‬
َ ‫َﯾﺎ َأ ﱡﯾ َﮭﺎ اﻟﱠذ‬
َ ‫ون َﻣﺎ ُﯾْؤ َﻣر‬
‫ُون‬ َ ُ‫ﷲﱠ َﻣﺎ َأ َﻣ َر ُھ ْم َو َﯾ ْﻔ َﻌﻠ‬ َ ‫ِﻏﻼَ ٌظ ﺷِ دَا ٌد ﻻَ َﯾﻌْ ﺻ‬
َ ‫ُون‬
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang
kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada
mereka pula tetap melakukan segala apa yang di perintahkan.” (At-Tahrim ayat 6)

Ayat ini jelas menunjukkan tugas ini menjadi amanah kepada para suami untuk
memastikan isteri tidak terpesong dari suruhan Allah ini. Dengan terbinanya ikatan cinta dalam
perkahwinan yang sentiasa disokong oleh keindahan ibadah-ibadah yang sama-sama
dikerjakan oleh suami dan isteri, sudah pasti Allah akan menjamin kebahagiaan dan keutuhan
rumah tangga mereka kerana hubungan ini lah yang paling didambakan oleh setiap manusia
iaitu bertemu dan berpisah hanya kerana Allah. Sudah pasti akan terlihatnya isteri yang

4
menjadikan rumah tangga sebagai taman syurga yang sempurna dan menggembirakan
suaminya.

3.0 PERANAN ISTERI DALAM INSTITUSI KELUARGA

3.1 Mentaati suami

Selagi mana seseorang itu bergelar isteri, maka dia wajib untuk mentaati suami dalam
semua perkara kecuali perkara-perkara yang jelas berlawanan dengan syariat. Isteri merupakan
makmun bagi seorang lelaki, oleh itu isteri mestilah sentiasa menghormati suami dengan tidak
meninggikan suara ketika berbicara, mematuhi segala arahan dan kehendak suami serta tidak
melakukan apa-apa perkara yang boleh menaikkan kemarahan suami. Hal ini jelas dikatakan
oleh Rasulullah dalam Hadis Riwayat al-Tirmidzi dan Abu Hurairah:

‫ﻟزوﺟﮭﺎ ﺗﺳﺟد أن اﻟﻣراءة ﻷﻣرت ﻷﺣد ﯾﺳﺟد أن اﺣدا أﻣر ﻛﻧت ﻟو‬
Maksudnya: “Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada orang lain, tentu aku
akan menyuruh seorang isteri sujud kepada suaminya.”

(Hadis Riwayat al-Tirmidzi dan Abu Hurairah)

Hadis di atas jelas menggambarkan betapa tingginya darjat seorang suami kepada
isteri. Oleh itu, isteri hendaklah melaksanakan tanggungjawab isteri dengan sentiasa mentaati
suami selagi mana arahan suami tidak bercanggah dengan syariat Islam agar isteri tidak
dikategorikan dalam golongan orang yang nusyuz. Namun begitu, sekiranya isteri tidak mampu
untuk melaksanakan sesuatu tugas, maka isteri hendaklah memberitahu suami akan perkara itu
agar suami tidak tersalah sangka akan kemampuan isteri dan ini penting agar isteri tidak
dikategorikan dalam golongan nusyuz atas perkara yang isteri tidak mampu.

3.2 Memelihara kehormatan

Maruah dan kehormatan diri serta suami hendaklah sentiasa dijaga dengan tidak
melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah. Allah telah menyebutkan tentang hal
menjaga kehormatan diri dan suami ini dalam Surah An-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud:
“Wanita-wanita solehah iaitu yang taat (berdiam di rumah) lagi memelihara kehormatannya
ketika suaminya pergi sebagaimana Allah telah memeliharanya.” Berdasarkan ayat ini jelas
menunjukkan kepentingan bagi seorang isteri untuk menjaga kehormatan diri dan suami agar
keutuhan institusi kekeluargaan dapat diteruskan tanpa persengketaan ataupun fitnah dari

10
orang luar. Antara maksud menjaga kehormatan isteri termasuklah menjaga kehormatan diri
sendiri ketika suami tiada di rumah seperti tidak membawa masuk orang lain ke dalam rumah
dan isteri juga wajib menjaga akhlak, aurat dan hanya berhias untuk suami. Selain itu, isteri
mahupun suami hendaklah mengelakkan diri daripada menceritakan tentang perihal rumah
tangga kepada orang lain kerana ia seolah-olah membuka aib sendiri. Rasulullah juga bersabda
seperti Hadis Riwayat Muslim dari Abus Sa’id Al-Khudry:

‫ﻣراءة إﻟﻰ ﯾﻔﺿﻲ اﻟرﺟل اﻟﻘﯾﺎﻣﺔ ﯾوم ﻣﻧزﻟﺔ ﷲ ﻋﻧد اﻟﻧﺎس أﺷر إن‬
‫ﺳرھﺎ ﯾﻧﺷر ﺛم إﻟﯾﮫ وﺗﻘﺿﻰ‬
Maksudnya: “Manusia yang paling jahat di sisi Allah SWT pada hari kiamat iaitu suami isteri
yang melakukan hubungan intim, kemudian salah seorang di antaranya menceritakan kepada
orang lain rahsia pasangann(yHaa.d” is Riwayat Muslim)

Sekiranya berlaku masalah dalam rumah tangga kedua-dua pihak hendaklah


menyimpan rahsia atau aib masing-masing agar aib itu tidak menjadi fitnah kepada satu sama
lain. Sekiranya hal itu terjadi, maka rumah tangga itu tidak lagi mampu diselamatkan. Jadi, bagi
memastikan institusi keluarga sentiasa aman maka suami isteri mestilah menjaga peribadi
masing-masing dari pengetahuan orang lain.

3.3 Menjaga harta suami

Isteri mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menjaga dan menguruskan harta
suami sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis Riwayat Thabrani yang bermaksud
“Sebaik-baik wanita ialah sesiapa yang dapat mengembirakanmu apabila dilihat, mentaatimu
apabila disuruh dan menjaga dirinya serta hartamu apabila kamu tiada.” Dalam menjaga harta
suami, isteri hendaklah menjaga harta suami dengan baik supaya tidak hilang, dicuri orang atau
isteri sendiri yang mengambil dari poket untuk keperluan yang tidak diketahui suami. Menurut
Siti Suriani Othman et. al. (2017), sekiranya isteri mengambil harta suami untuk keperluan
pihak keluarga isteri, kerana ia ingin membantu orang tua atau saudara maranya, perbuatan ini
juga turut termasuk dalam tidak menjaga harta suami. Niat tidak menghalakan cara, walaupun
isteri berniat baik, namun isteri tiada hak untuk mengambil harta suami tanpa izin. Oleh itu, isteri
hendaklah bertanggungjawab atas amanah yang telah diberikan oleh suami supaya amanah itu
tidak keciciran dari tangan pihak isteri. Untuk mewujudkan institusi keluarga yang harmoni dan
sentiasa bahagia, isteri juga hendaklah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang
diberikan dengan baik mengikut acuan yang diberikan oleh suami.

11
4.0 PERANAN SUAMI DAN ISTERI DALAM INSTITUSI PERKAHWINAN

Bagi mewujudkan rumah tangga yang bahagia serta berkekalan, bukan satu pihak
sahaja yang memainkan peranan, akan tetapi kedua-dua pihak haruslah memainkan peranan
dan tanggungjawab bersama agar tujuan asal perkahwinan ini dapat direalisasikan. Antara
peranan bersama antara suami dan isteri ialah bersama-sama mendidik anak-anak dengan
kasih sayang. Kasih sayang ini mestilah ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak sehingga
mereka dapat merasakan kasih sayang tersebut tercurah dalam emosi mereka (al-Nawawi,
1983). Selain itu, suami dan isteri juga perlu bertolak ansur dalam setiap hal dan keadaan. Hal
ini dikatakan demikian kerana, sesebuah institusi kekeluargaan itu boleh musnah ekoran
daripada sikap ego serta tidak bertolak ansur sama ada suami mahupun isteri. Hal ini dibuktikan
oleh Ali Husain Muhammad Makki al-Amili (2001) bahawasanya, sikap tidak bertolak ansur ini
mengundang kepada perbalahan serta kebencian kerana salah satu pihak tidak memainkan
peranan dan sebagainya dan seterusnya mengundang kepada perceraian.

5.0 KESIMPULAN

Natijahnya, dapatlah disimpulkan di sini bahawa untuk membina sebuah institusi


keluarga yang bahagia itu tidaklah mudah kerana di sebaliknya terselit pelbagai tanggungjawab
dan amanah untuk kedua-dua pihak namun perkara ini juga tidaklah mustahil. Jadi, suami dan
isteri hendaklah bekerjasama dan saling memberi dalam menjalankan tugas masing-masing
bagi meringankan beban sesama sendiri demi sebuah keluarga yang bahagia menurut syarak
yang ditetapkan oleh Islam. Tidak lupa juga, suami dan isteri sewajarnya mengetahui serta
mempraktikkan peranan masing-masing agar bahtera yang dibina ini dirahmati Allah dan
seterusnya mewujudkan keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah. Jelaslah peranan suami,
isteri dan peranan bersama ini dapat diadaptasikan dalam memastikan institusi keluarga yang
dibina lebih mantap.

12
RUJUKAN

Ali husain Muhammad Makki al-Amili (2001). Penceraian Salah Siapa? Bimbingan Islam dalam
Mengatasi Problematika Rumah tangga. Penerbit Lentara. Jakarta.
Al-Nawawi. (1983). Riyad al-Solihin. Bairut: Daral-Fikr al-Ma'asir.
Hasan Ahmad Hasan Hamam & Ahmad Salim Badawilan. (2017). The great husband and wife
Muhammad SAW & Aishah RA. Semenyih, Selangor Darul Ehsan: Humaira Publication
Sdn. Bhd.
Jakim. (2017). Laporan tahunan 2017. Diakses pada 20 Februari 2021 daripada
https://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/LAPORAN_TAHUNAN_JAKIM_2017-
compressed.pdf
Johar Seman. (2018). Whizz thru SPM Pendidikan Islam. Oxford Fajar

Mat Saad Abd. Rahman. (1993). Undang-undang keluarga Islam: Aturan perkahwinan. Kuala
Lumpur: Hizbi
Muhammad Masnur Hamzah. (2015). As-Syamail Al-Muhammadiah keagunganmu ya
Rasulullah. Batu Caves, Selangor: Publishing House Sdn. Bhd.
Noor Syaibah Shabuddin, Norazilah Johari, Norhasima Abdullah & Syazwana Aziz. (2016).
Perceraian dalam kalangan pasangan dewasa pertengahan di Pejabat Agama Islam
Daerah Hulu Langat (PAIDHL): Eksplorasi faktor. Jurnal Sains Sosial, 1, 36-52.
Siti Suriani Othman et. al. (2017). Komunikasi Islam teori & aplikasi. Nilai, Negeri Sembilan.

Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM): Universiti Sains Islam Malaysia.

13

Anda mungkin juga menyukai