Anda di halaman 1dari 6

Kasih Sayang Asas Kebahagian Intitusi Keluarga

(23 Februari 2007M / 05 Safar 1428H)

ِ ِ ‫قائ‬
:‫ل‬ َ ْ ‫ه ال‬
ِ ‫مدُ لل‬ َ ْ ‫اَل‬
ْ ‫ح‬

‫ُهه‬
ُ ‫حمّدًا َعبْد‬
َ ُ‫ وَأَ ْش َهدُ أَنّ م‬،ُ‫ْكه لَهه‬
َ ‫َهه لَ َشرِي‬
ُ ‫ِلهه إِلّ الُ وَحْد‬
َ ‫َنه لَ إ‬
ْ ‫َأ ْشهَدُ أ‬
.َ‫حمّدٍ َوعَلَى آِلهِ وَأَصْحَاِبهِ َأ ْج َم ِعيْن‬
َ ُ‫صلّ وَسَلّمْ عَلَى َسيّ ِدنَا م‬
َ ّ‫ اَل ّلهُم‬.ُ‫َورَ ُسوُْله‬

.َ‫صيْ ُكمْ وَإِيّايَ ِبَت ْقوَى الِ َفقَدْ فَازَ اْل ُمّت ُقوْن‬
ِ ْ‫ ِإّتقُوا الَ وَُأو‬،ِ‫ َفيَا ِعبَادَ ال‬،ُ‫َأمّا َبعْد‬
MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan, bersamalah kita
meningkatkan taqwa kepada Allah SWT, dengan mentaati segala
perintahnya dan menjauhi larangannya. Sesungguhnya kebahagian dunia
dan kesejahteraan akhirat hanyalah ditentukan oleh iman dan takwa.

MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN,


Mimbar hari ini ingin menarik perhatian para jemaah mengenai satu
tajuk, iaitu Kasih Sayang Asas Kebahagian Intitusi Keluarga.

Intitusi Keluarga merupakan asas pembinaan sesebuah masyarakat. Maju


dan bahagiannya sesebuah masyarakat itu amat bergantung kepada
Intitusi Keluarga yang berkualiti. Justeru itu syariat Islam menjadikan
perkahwinan sebagai satu peraturan yang wajib di hayati, demi menjamin
kerukunan hidup berumah tangga.

Perkara ini telah di nyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah Ar-rum ayat
21:

1
Maksudnya : ”Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan
Allah dan rahmatMu, bahawa dialah yang menciptakan untuk kamu kaum
lelaki (isteri-isteri dari jenis kaum kamu sendiri) supaya kamu bersenang
hati dan hidup mesra dengannya, dan di jadikan antara kamu (suami
isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”

MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN,


Islam adalah agama yang mementingkan hubungan kasih sayang. Kasih
sayang adalah fitrah semua jadi yang Allah bekalkan di dalam naluri
setiap insan. Ini bererti kasih sayang tidak mengenal waktu, jarak,
tempat kedudukan dan pangkat. Dengan sebab itu, Allah S.W.T
meletakkan syarat untuk memperolehi rahmatnya adalah dengan
berkasih sayang antara sesama manusia. Ini ditegaskan dalam sebuah
hadis yang berbunyi:

Rasulullah SAW bersabda:

" ُ‫" مَنْ لَ َيرْحَمِ النّاسَ لَ َيرْ َح ْمهُ ال‬


Maksudnya : ”Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan
menyayanginya.”
(H.R. Al-Termizi)

Hadis di atas menekankan kepada umat Islam agar hidup berkasih


sayang dan sentiasa memelihara persaudaraan, dengan jaminan kurniaan
rahmat oleh Allah s.w.t kepada mereka yang berakhlak penyayang.

MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN,


Sifat kasih sayang amat penting dan begitu di tekankan oleh islam
khususnya dalam pembinaan sebuah keluarga bahagia. Bagi memperolehi
kasih sayang yang sebenar dalam kehidupan sebuah rumah tangga
seseorang itu perlu menjalinkan hubungan yang harmonis di antara
seluruh anggota keluarga dengan sentiasa kasih mengasihi, saling
menghormati serta bantu membantu di antara satu sama lain. Semua
pihak perlu tahu akan peranan dan tanggungjawab yang mesti
dilaksanakan. Terdapat beberapa faktor yang dapat menyuburkan kasih
sayang untuk pembinaan sebuah keluarga bahagia. Antaranya ialah:

PERTAMA, FAKTOR KASIH SAYANG ANTARA SUAMI DAN ISTERI:


Sebuah keluarga yang bersifat mawaddah dan rahmah bermula daripada
ikatan perkahwinan. Bagi melahirkan kasih sayang yang sebenar di
antara suami dan isteri kedua-dua pihak perlu tahu akan peranan dan
tanggung jawab masing-masing. Isteri bertanggungjawab melayani dan
mentaati suami manakala suami pula berperanan sebagai pelindung dan
2
tempat bergantung isteri dan ahli keluarga. Islam juga menganjurkan
para suami agar sentiasa bergaul dengan isteri secara maaruf ( baik).

Allah menegaskan hal ini dalam surah An-nisa ayat 19 yang berbunyi.

Maksudnya : ”Wahai orang2 beriman tidak halal bagi kamu mewarisi


perempuan2 dgn jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka
dengan menahan dan menyusahkan mereka kerana kamu hendak
mengambil balik sebahagian apa yang kamu telah berikan kepadanya,
kecuali apabila mereka telah melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan
bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri) dengan cara yang baik.
Kemudian jika kamu merasa benci dengan mereka di sebabkan dengan
tingkahlaku mereka, jgnlah pula kamu terburu-buru menceraikannya
kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedang Allah hendak
menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebajikan yang banyak bagi
kamu.”

Hakikat ini diperjelaskan lagi dgn sabda baginda baginda S.A.W yang
berbunyi:

" ْ‫" َخ ْيرُ ُكمْ َخ ْيرُ ُكمْ َلهْ ِلهِ وََانَا َخ ْي ُركُمْ َلهْلِي‬
Maksudnya : ”Sebaik-baik di kalangan kamu adalah yang paling baik
terhadap isterinya dan aku adalah yang paling baik pada isteriku..”

(Hadis Riwayat Al-Termizi)

Faktor kedua ialah kasih sayang antara anak-anak dengan


ibubapa.
Sebagaimana ibu dan bapa memberikan kasih sayangnya kepada anak-
anak, maka islam juga menganjurkan supaya anak-anak juga
memberikan kasih sayang terhadap kedua ibu bapa mereka. Tegasnya
anak-anak mestilah menyayangi dan mengasihi ibu bapa, mematuhi
segala perintah dan nasihat keduanya, mengunakan kata-kata yang
lemah lembut serta beradab, tidak menyinggung perasaan dan
3
menyakitkan hati kedua ibubapa. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Isra’
ayat 23 yang berbunyi:

Maksudnya : ”Dan tuhanmu telah perintahkan supaya tidak menyembah


melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya
sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka
janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar
sekalipun perkataan ”Ahhh...” dan janganlah engkau mengherdik mereka
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”

Anak-anak mestilah menunjukkan tanda kesyukuran dan rasa berterima


kasih terhadap jasa kedua orang tuanya yang sudah bersusah payah
mendidik dan membesarkannya dengan cara sentiasa bertanya khabar
dan mengambil berat kepada kedua ibubapa, lebih-lebih lagi kepada
kedua ibu bapa yang lemah dan uzur. Adalah menjadi kewajipan kepada
anak-anak memperuntukkan masa khas untuk memenuhi keperluan
ibubapa dari segi makan minum, pakaian, perubatan dan kasih sayang
sebagaimana mereka berikan kepada kita sewaktu kita kecil dahulu.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kedua ibubapa kita tidak mampu
membalasnya, walau dengan apa pun sumbangan yang kita berikan
kepada mereka.

Firman Allah dalam surah Al-Lukman ayat 14:

Maksudnya : ”Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua


ibubapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun. Dengan yang demikian itu, Bersyukurlah kepadaku dan kepada
ibubapamu dan kepadaku jua tempat kembali.”

4
Oleh itu janganlah kita leka dengan kehidupan dan tugas-tugas seharian
sehingga kita lupa akan tanggungjawab kita sebagai seorang anak lebih-
lebih lagi apabila ibubapa kita telah meninggal dunia. Sebagai anak yang
soleh maka hendaklah kita selalu berdoa kepada keduanya sebagaimana
Firman Allah dalam surah Isra’ ayat 24 yang berbunyi.

Maksudnya : ”Wahai tuhanku ampunkanlah dosaku dan dosa kedua


ibubapaku serta kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku
semasa aku kecil.”

MUSLIMIN YANG BERBAHAGIA,

Faktor ketiga yang dapat menyuburkan kasih sayang ialah dengan


adanya hubungan kejiranan yang baik.
Islam senantiasa menganjurkan supaya umatnya menjalin hubungan
kasih sayang, silaturahim dan saling membantu antara satu sama lain.
Kasih sayang itu bukan sekadar perlu dipupuk antara suami dan isteri, ibu
bapa dan anak serta anak dan ibu bapa saja, tetapi silaturahim terhadap
saudara yang lain termasuk jiran tetangga juga sangat digalakkan oleh
Islam karena hasil dari ikatan kemesraan itu akan melahirkan kekuatan
ummah yang padu. Adalah wajar amalan hormat-menghormati dan tolak
ansur di antara jiran tetangga di tingkatkan kerana ianya boleh
melahirkan kehidupan yang harmonis dan sekaligus dapat
membangunkan intitusi keluarga masing-masing

Ini di jelas oleh Allah dalam surah An-nisa ayat ayat 36 Allah berfirman:

Maksudnya : ”Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan


janganlan kamu mempersekutukannya dengan suatu apa jua dan
5
hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat,
anak-anak yatim, orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan
jauh dan rakan sejawat dan orang-orang musafir yang terlantar dan juga
hamba sehaya yang kamu miliki sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.”

Sebagai kesimpulannya marilah sama-sama kita menyuburkan budaya


kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga, berjiran dan bermasyarakat,
mudah-mudahan kita akan di rahmati Allah S.W.T.

ِ‫ وََن َفعَنِى وَإِيّاكُ مْ ِبمَا فِيْ هِ مِ نَ اْليَا تِ وَالذّ ْكر‬،ِ‫بَا َر َك الُ لِىْ وَلَكُ مْ فِىْ اْل ُقرْءَا نِ اْل َعظِيْ م‬
ُ‫ أَقُولُ قَوْلِى َهذَا وَأَ سَْتغْ ِفر‬،ُ‫سمِيْعُ اْلعَلِيْ م‬
ّ ‫ وََتقَبّلَ مِنّىْ َومِنْكُ مْ ِتلَوَتَ هُ إِنّ هُ ُهوَ ال‬،ِ‫اْلحَكِيْ م‬
،ِ‫ْنه وَاْلمُ ْؤمِنَاته‬
َ ‫ وَاْلمُ ْؤمِنِي‬،ِ‫ُسهِلمَات‬
ْ ‫ُسهلِمِ ْينَ وَاْلم‬
ْ ‫ وَلِسهَاِئرِ اْلم‬،ْ‫ْمه لِىْ وَلَكُمه‬
َ ‫الَ اْلعَظِي‬
.َ‫فَاسَْت ْغفِرُوهُ فَيَا فَ ْوزَ اْلمُسَْت ْغ ِفرِيْنَ وَيَها َنجَاةَ التّائِبِ ْين‬