Anda di halaman 1dari 4

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“ PEMIMPIN BERTELAGAH RAKYAT BERPECAH ”

“PEMIMPIN BERTELAGAH RAKYAT BERPECAH”.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini bukan saja mimbar ini tetapi ramai pihak
yang waras melahirkan rasa bimbang mengenai perkembangan politik wang atau
rasuah politik di negara ini. Berdasarkan pemerhatian mimbar, penggunaan wang
untuk mendapatkan pengaruh kepimpinan dan politik telah menjadi budaya
segelintir daripada pemimpin masyarakat.
Dalam isu ini, mereka yang kaya raya dan bernafsu besar dalam politik tanpa
merasa malu melantik proksi atau agen tertentu untuk menjalankan kempen
membeli undi, menawarkan ganjaran, kemudahan, dan sebagainya secara tidak sah
dalam usaha mendapatkan penyokong dan kuasa.

Berdasarkan kempen sengit dalam tempoh bertahun-tahun menggunakan


politik wang ini, sebenarnya telah membuktikan sikap tidak amanah dan
menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin. Apabila pemimpin asyik
bertelagah merebut jawatan hingga lalai dan lupa tanggungjawab membela nasib
rakyat menyebabkan rakyat merasa bosan. Keadaan bosan yang berterusan ini
mampu mengugat sistem bernegara kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada
pemimpin.

Dalam sejarah silam tamadun Islam, dapat disaksikan bagaimana pemimpin yang
terlibat dengan politik wang, tamak kuasa, mengutamakan puak dan keluarga, dan
gila wanita adalah penyebab utama tumbangnya kerajaan Umaiyah, Abbasiah dan

1
Uthmaniah. Persoalan besar timbul ialah jika pemimpin sendiri berpecah belah dan
terlibat pula dengan amalan-amalan buruk, maka bagaimana ia mahu menyuruh
rakyat bersatu padu dan berakhlak mulia?.

Rasulullah s.a.w menegah umat Islam daripada meminta-minta untuk


menjadi pemimpin dalam urusan pentadbiran negara. Imam Bukhari dan Muslim
meriwayatkan bahawa satu ketika Abdul Rahman bin Samurah telah ditegur oleh
Rasulullah s.a.w:

Mafhumnya: “Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta


diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan
kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi
pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau
memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan”

Hadith ini menjelaskan bahawa dalam Islam, jawatan pemimpin adalah satu
tanggungjawab yang berat. Ia bukan suatu status yang direbut bagi mendapatkan
sanjungan dan keistimewaan tertentu. Oleh sebab itu, Islam menegaskan bahawa
jawatan kepimpinan tidak boleh ditagih-tagih mengikut desakan naluri dan nafsu
semata-mata. Bahkan, dalam proses pemilihan pemimpin atau pentadbir hendaklah
dilakukan dengan adil yang berasaskan kepada kelayakan, karisma dan ciri
kepimpinan seperti bertaqwa, berakhlak tinggi, bertanggungjawab, sabar, boleh
merancang dan bijak melaksanakan tugas.

Allah s.w.t telah mengingatkan bahawa kepimpinan yang paling berkesan ialah
kepimpinan melaui teladan sebagaimana yang dicontohi oleh Rasulullah s.a.w.
Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubat ayat 128:

2
Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari
golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang
kesusahanmu, yang sangat inginkan kebaikan bagimu, (dan) amat belas lagi
penyayang kepada orang yang beriman.”

Ayat tadi mengajar kita bahawa pemimpin yang bersikap belas kasihan,
penyayang, prihatin terhadap kebajikan rakyat adalah bukti ketinggian iman
mereka. Justeru, mimbar ingin mengingatkan bahawa memegang kuasa melalui
kemenangan politik wang hanya memberi keseronokan sementara waktu untuk diri
sendiri dan beberapa kerat kuncu-kuncu mereka, tetapi memberi kesan penderitaan
jangka panjang kepada negara dan rakyat jelata.

Kita perlu insaf dan sedar bahawa budaya politik wang akan mewariskan
pemimpin yang tidak berkualiti, pemimpin korup, tidak berakhlak, dan tidak
berintegriti. Selain itu, amalan politik wang akan menutup proses demokrasi secara
sihat kerana orang yang berduit sahaja berpeluang menjadi pemimpin besar,
manakala mereka yang tidak berduit terhalang walaupun mempunyai karisma dan
benar-benar layak menjadi pemimpin.

Keadaan ini jika terjadi merupakan satu kerugian besar kepada agama,
negara dan rakyat jelata. Isu-isu politik wang di kalangan pemimpin ini akan
menyukarkan usaha untuk menyatu padukan umat Islam di negara ini. Kita perlu
ingat bahawa kelemahan kepimpinan Islam menyebabkan pihak tertentu
mengambil peluang memperhebatkan tekanan yang mencabar institusi Raja sebagai
ketua agama Islam, mempertikai Islam dalam perlembagaan, dan pelaksanaan
undang-undang Islam di negara ini.

3
Dalam prinsip ketiga pendekatan Islam Hadhari ada menetapkan bahawa sesebuah
kerajaan perlu berlaku adil dan beramanah. Untuk mencapai matlamat ini maka
amalan buruk dalam berpolitik seperti politik wang, menyalahguna kuasa, rasuah,
dan sebagainya hendaklah ditolak dan dihapuskan. Sewajarnya mereka yang
mengamalkan budaya ini tidak diberi ruang sebagai pemimpin.

Sebagai kesimpulan, mimbar ingin menasihatkan kepada pemimpin yang


diberi kepercayaan supaya memikul amanah dan tanggungjawab dengan
meletakkan hala tuju negara selari dengan al-Qur'an dan as-Sunnah serta
memastikan rakyat hidup bersatu padu. Waspadalah dengan penyokong yang cuba
merosakkan kita kerana pemimpin yang berwibawa tidak mudah terpengaruh
dengan tekanan penyokong yang rosak.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-A’raf ayat 142:

Maksudnya: “Dan berkatalah Musa kepada saudaranya Harun: Gantikanlah


aku dalam (urusan memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah engkau
menurut jalan orang yang melakukan kerosakan.”

Anda mungkin juga menyukai