Anda di halaman 1dari 4

NAMA: MUHAMAD LUKMAN NURHAKIM BIN DZULKARNAIN

ID: 52104118051
TEST AMALAN ISLAM (ESEI)
NOMBOR SOALAN: 1
TAJUK: PEMERINTAHAN ISLAM PERLU DILAKSANAKAN DI MALAYSIA.
Perlaksanaan Pemerintahan Islam sering kedengaran di kebanyakkan negara-negara yang
menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Walau bagaimanapun corak pemerintahan di
Malaysia masih tidak menggunakan ajaran Islam sebagai corak pemerintahan nya meskipun
negara Malaysia menjadikan agama islam sebagai agama rasminya. Pemerintahan Islam
bermaksud mewujudkan negara Islam berlandaskan ideologi al-Quran dan as-Sunnah tanpa
mencampuri konsep nasionalisme atau konsep ideologi modern berunsurkan pembaratan di
dalam struktur pemerintahan. Tujuan bernegara Islam adalah menyediakan suatu dasar rangka
politik bagi menyatukan persatuan dalam kalangan ummat Islam supaya bersatu dan saling
tolong-menolong antara satu sama lain. Berdasarkan ayat al-Quran dalam surah al-Imran ayat
103-104 bermaksud,
“berpegang teguhlah kamu sekalian pada tali Allah dan jangan bercerai-berai. Dan
ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu sekalian masih bermusuh-musuhan, lalu
dengan nikmat-Nya disatukannya hati kamu sekalian sehingga menjadi bersaudara, dan
ketika kamu sekalian sudah berada di tubir neraka, lalu kamu sekalian diselamtkan-Nya.
Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu mendapat
petunjuk. Hendaknya ada di antaramu satu ummat yang menyeru pada kebaikan,
memerintahkan kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan mereka itulah
orang-orang yang akan memperoleh kemenangan”
(Surah al-Imran, 103-104)
Pada pandangan saya, perlaksanan pemerintahan Islam amat digalakkan di negara Malaysia
kerana terdapat beberapa faktor yang menunjukkan negara Malaysia akan menjadi negara yang
lebih baik sama ada dari segi sosial, politik dan ekonomi.

Sehubungan dengan itu, antara faktor yang utama ialah sistem pemerintahan islam dapat
membela persamaan dan keadilan di negara Malaysia. Seperti yang kita lihat sekarang, negara
Malaysia hangat mempersoalkan tentang persamaan dan keadilan dimana rakyat yang berlainan
bangsa sering merasakan bangsa melayu ini tidak mengambil kira persamaan dan keadilan
langsung terhadap mereka. Bagi mereka, bangsa Melayu sering melebih-lebihkan bangsanya
sendiri. Ada sesetengah bangsa Cina yang melebihkan-lebihkan bangsanya sendiri dan
sebagainya. Tambahan pula ada sesetengah ahli politik yang bersikap mementingkan bangsa
sendiri sehingga tidak memandang langsung bangsa-bangsa yang lain ini. Akibatnya negara
Malaysia menjadi mundur kerana rakyatnya yang berlainan kaum ini merasakan sesetengah ahli
politik ini bersikap berat sebelah.

Seterusnya, sistem pemerintahan Islam juga dapat memastikan kesaksamaan agihan


pendapatan dan kekayaan dimana jika jurang adalah besar maka akan timbul permusuhan antara
kaya dan miskin. Contohnya agama islam mengajar untuk memastikan kesaksamaan antara
semua manusia supaya seseorang itu tidak merasa dirinya direndahkan oleh orang yang lain.
Selain itu, pemerintahan islam juga dapat menghapuskan kemiskinan, mencapai
gunatenaga penuh dan pertumbuhan ekonomi yang optimum. Ini kerana dalam Islam, Allah
menjadikan manusia bersama-sama dengan pelbagai sumber dan ia adalah amanah Allah.
Manusia perlu menggunakannya secara cekap dan optimum melalui panduan dan arahan
daripada pemerintah. Kesannya kemiskinan boleh di atasi dan ekonomi akan sentiasa berada
dalam gunatenaga penuh. Maka, Malaysia dapat menjadi negara yang bebas kemiskinan
seterusnya menjadi negara yang maju.

Dalam pada itu, kes jenayah di Malaysia berkemungkinan tinggi dapat dikurangkan
akibat pemerintahan Islam yang mengamalkan hukum hudud terhadap para penjenayah yang
ingin melakukan jenayah. Hal ini demikian kerana, penukaran dari sistem hukuman sedia kini
kepada hukum hudud akan memberi impak yang besar kepada penjenayah ini. Sebagai contoh,
apabila pelaku jenayah ini selesai dengan hukumannya iaitu dipotong tangan jika mencuri, ia
akan mengakibatkan penjenayah-penjenayah yang lain untuk tidak berani melakukan jenayah
lagi.

Kesimpulannya, terdapat banyak implikasi sistem pemerintahan Islam jika ianya


dilaksanakan di negara Malaysia, kebanyakan nya memberi faedah yang baik kepada negara
justeru menaikkan imej negara kearah yang lebih baik. Rakyat juga penting seiring dengan
perlaksaan pemerintahan Islam dimana rakyat perlulah taat kepada pemerintah. Sistem
pemerintahan yang menepati syarak berlandaskan ideologi al-Quran dan as-Sunnah dan
memenuhi kehendak semasa tanpa berorientasikan pedoman teori politik pemerintahan yang
bukan Islam dapat menjuruskan sesebuah pemerintahan negara yang ideal dan komprehensif.
Pemerintah dan masyarakat saling bergandingan membentuk hala tuju negara dikehendaki di
mana bangsa-bangsa yang memeluk agama Islam mempunyai pilihan bebas untuk menentukan
nasib mereka sendiri dalam membentuk pembentukan pemerintahan negara Islam sebaik-
baiknya. Perlaksanaan pemerintahan Islam yang menjana keredhaan Ilahi.
Rujukan:

 https://www.researchgate.net/publication/
312378893_Politik_Agama_dan_Negara_Pemerintahan_Islam_di_Malaysia
 https://www.academia.edu/31500868/
PEMERINTAHAN_ISLAM_MENURUT_MUHAMMAD_ASAD
 http://www.ukm.my/hairun/EX3613/kuliah%201.pdf
 https://media.neliti.com/media/publications/57574-ID-islam-dan-politik-pemerintahan-
pemikiran.pdf

Anda mungkin juga menyukai