Anda di halaman 1dari 26

Pengenalan.

Politik atau siasah adalah perkataan yang membawa maksud yang sama. Kedua-dua
perkataan ini membawa maksud ilmu yang berkaitan dengan kenegaraan. Jadi, politik dan
siasah ini adalah satu elemen yang sangat berkait rapat dengan kekuasaan serta hal-hal yang
bersangkutan dengan urusan pemerintahan dan pentadbiran. Oleh itu, sesebuah pentadbiran
negara perlu diurus dan dikendalikan dengan teliti serta berlandaskan panduan yang bersifat
holistik dan sempurna iaitu Al-Quran dan Hadis supaya dapat membina sebuah negara yang
harmoni dan aman.

Apabila berbincang tentang pentadbiran negara, satu elemen penting haruslah


diterapkan dan diamalkan iaitu adil dan saksama. Sepertimana firman Allah S.W.T dalam
surah al-Nisa’ 4 : 58 :

َ ‫اس أَ ْن تَحْ ُك ُموا بِ ْال َع ْد ِل ۚ إِ َّن هَّللا‬ ِ ‫إِ َّن هَّللا َ يَأْ ُم ُر ُك ْم أَ ْن تُؤَ ُّدوا اأْل َ َمانَا‬
ِ َّ‫ت إِلَ ٰى أَ ْهلِهَا َوإِ َذا َح َك ْمتُ ْم بَ ْينَ الن‬
Y‫صي ًرا‬ِ َ‫نِ ِع َّما يَ ِعظُ ُك ْم بِ ِه ۗ إِ َّن هَّللا َ َكانَ َس ِميعًا ب‬ 

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis


amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukumnya
dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhannya itu memberi pengajaran
yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar
lagi melihat.

Setiap pentadbiran negara mempunyai pelbagai fungsi dan kesemua fungsi tersebut
tidak boleh dikendalikan seseorang individu sahaja. Hal ini adalah bagi mengelakkan
berlakunya ketidakadilan. Jadi, bertitik tolak daripada perkara ini, maka satu doktrin telah
diamalkan supaya suatu pentadbiran dan pemerintahan yang adil dapat dibina. Maka, satu
pegangan perlembagaan yang dinamakan sebagai ‘pengasingan kuasa’ dilaksanakan. Tugasan
ini akan membincangkan dan mengupaskan tentang konsep pelaksanaan pegangan
perlembagaan ini. Bagi mewujudkan suatu perbincangan ilmiah yang terperinci dan jelas,
terdapat dua perspektif yang akan diutarakan iaitu perspektif Islam dan barat.

Pengasingan kuasa ini sebenarnya telah diamalkan dalam pemerintahan Islam lagi
malah beberapa orang tokoh sarjana Islam seperti Sulayman al-Tamawi, Mahmud al-Hilmi,
Zafir al-Qasimi, ‘Abd al-Hamid al-Mutawalli, dan lain-lain turut membincangkan konsep
perlembagaan ini (Bharuddin Che Pa dan Farizah Zulkafli, 2014). Perbincangan daripada

1
perspektif barat juga penting kerana idea pengasingan kuasa ini adalah dikemukakan oleh
pemikir barat. Menurut Syed Ahmad Hussein (1994), konsep doktrin pengasingan kuasa ini
merupakan idea yang dikemukakan seorang pemikir barat iaitu John Locke dan
dikembangkan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah terkemuka Perancis pada abad ke-18.

Kandungan penulisan ini juga akan membicarakan tentang konsep pembahagian


fungsi yang dilaksanakan oleh badan atau institusi tertentu hasil daripada amalan
pengasingan kuasa. Terdapat tiga badan atau institusi yang terlibat iaitu badan perundangan
(legislative power), badan eksekutif (executive power) dan badan kehakiman (judiciary
power). Oleh kerana ketiga-tiga badan atau institusi ini tidak bercanggah dengan amalan
prinsip-prinsip Islam, maka penulisan ini akan menghuraikan konsep pembahagian fungsi ini
melalui perspektif Islam dengan merujuk pandangan sarjana Islam, dalil daripada al-qur’an
dan contoh-contoh berkaitan dengan penghuraian yang terperinci.

Seterusnya, penulisan ini akan dilengkapkan dengan huraian tentang analisis


sejauhmanakah amalan pengasingan kuasa berlaku dalam sistem politik di Malaysia. Menurut
Bharudin Che Pa dan Farizah Zulkafli (2014), di Malaysia peranan badan perundangan,
badan pemerintahan dan badan kehakiman telah ditentukan melalui peruntukan undang-
undang yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. Analisis ini akan dikukuhkan
dengan pandangan daripada sudut Islam secara terperinci.

Tuntasnya, berdasarkan kandungan penulisan ilmiah ini, kebolehan pelajar dalam


membincangkan konsep pengasingan kuasa menurut perspektif Islam dan barat serta
amalannya di Malaysia dapat dinilai. Selain itu, pelajar dapat memahami secara mendalam
tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran yang diamalkan di Malaysia berdasarkan
doktrin pengasingan kuasa.

2
Konsep Pengasingan Kuasa Menurut Perspektif Islam

Islam adalah satu agama yang syumul dan menyeluruh daripada semua aspek kehidupan di
dunia dan akhirat. Jadi, Allah S.W.T memerintahkan umatnya supaya menjaga dan
mentadbir bumi ini dengan sebaik yang mungkin berlandaskan suruhan dan laranganNya.
Antara suruhan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T ialah supaya mentadbir bumi dengan
keadilan tanpa membezakan darjat dan kedudukan manusia sepertimana firman Allah S.W.T
dalam surah al-Maidah 5:8 :

ۚ ‫م َعلَ ٰى أَاَّل تَ ْع ِدلُوا‬Yٍ ْ‫يَا أَيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمنُوا ُكونُوا قَ َّوا ِمينَ هَّلِل ِ ُشهَدَا َء بِ ْالقِ ْس ِط ۖ َواَل يَجْ ِر َمنَّ ُك ْم َشنَآنُ قَو‬
َ‫ا ْع ِدلُوا هُ َو أَ ْق َربُ لِلتَّ ْق َو ٰى ۖ َواتَّقُوا هَّللا َ ۚ إِ َّن هَّللا َ َخبِي ٌر بِ َما تَ ْع َملُون‬ 

“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang


selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah menjadi saksi dengan adil. Dan
janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu
untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih hampir kepada
takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
apa yang kamu kerjakan.”

Bagi merealisasikan perintah Allah ini, maka konsep pengasingan kuasa ini turut
diperbahaskan melalui sudut pandang Islam. Walaupun konsep pengasingan kuasa
diperkenalkan oleh para pemikir politik barat, tidak semua idea dan pemikiran tersebut
bertentangan dengan konsep Islam. Pengamalan konsep pengasingan kuasa dalam sesebuah
negara tidak menjadi kesalahan di sisi Islam kerana ia merupakan persoalan politik yang
boleh difikirkan sendiri oleh umatnya (Bharuddin Che Pa dan Farizah Zulkafli, 2014).

Konsep pengasingan kuasa ini telah dibincangkan oleh para sarjana Islam. Mereka
telah meninggalkan beberapa teori politik yang masyhur yang boleh dijadikan kerangka asas
kepada masa kini untuk membina peradaban berlandaskan syariat Islam. Menurut Ahmad
Redzuan Mohd Yunus (2001), para sarjana Islam dalam bidang undang-undang seperti
Mahmud Hilmi menyebut teori pengasingan sebagai kekuasaan umum (Mahmud Hilmi, t.th).
Manakala, al-Mutawali menyebutnya dengan pembahagian kuasa (Abd. Hamid al-Mutawalli,
1970) dan al-Tamawy pula menyebutnya sebagai kekuasaan yang tiga (Sulayman Muhammad
al-Tamawy, 1967).

3
Sekiranya diteliti dalam lipatan sejarah pemerintahan dan pentadbiran Islam,
pengasingan ini telah diwujudkan namun ianya tidak diklasifikasikan secara terperinci dan
jelas. Dalam sistem politik Islam perbahasan tentang tiga kuasa dalam pemerintahan lebih
dikenali dengan istilah al-Sultah al-Tasyri‘iyyah (kuasa perundangan), al-Sultah al-
Tanfidhiyyah (kuasa pemerintahan) dan al-Sultah al-Qada’iyyah (kuasa kehakiman).

Menurut La Samsu (2017), dalam kajiannnya tentang ketiga-tiga pembahagian kuasa


ini, beliau menyatakan bahawa dalam Islam terdapat pembahagian kuasa dalam tiga model.
Al-Sultah al-Tasyri‘iyyah adalah kekuasaan pemerintah Islam dalam membuat dan
menetapkan hukum. Al-Sultah al-Tanfidhiyyah adalah kekuasaan untuk melaksanakan
undang-undang pada jajaran lingkaran kabinet dalam sesebuah pemerintahan. Sedangkan al-
Sultah al-Qada’iyyah adalah kekuasaan yang mempunyai hubungan dengan tugas dan kuasa
pengadilan, yakni mengawal dan memantau jalan perundangan oleh penegak hukum. Tiga
model kekuasaan itu bertujuan untuk menghindari terpusatnya kekuasaan hanya pada satu
penguasa sahaja.

Pengasingan kuasa ini adalah salah satu wahana dalam usaha untuk membina sebuah
Daulah atau Negara yang mempunyai sistem pemerintahan yang cekap dan berkesan serta
bergerak berlandaskan syariat Islam yang mementingkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang
tinggi. Keteladanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam memerintah
sesebuah Negara sedikit sebanyak telah memberi panduan untuk menciptakan masyarakat
berbudaya dan bermartabat tinggi sepertimana yang telah berlaku kepada pemerintahan
Negara Madinah setelah baginda berhijrah dari Makkah.

Nabi Muhammad S.A.W menunjukkan bahawa sumber kekuasaan bukanlah pada


keputusan dan lisan peribadi, tetapi pada suatu dokumen tertulis yang prinsip-prinsipnya
disepakati bersama. Piagam Madinah adalah salah satu dokumen termasyhur yang menjadi
bukti jelas ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W bahawa pemerintahan yang adil
bukanlah berada pada kekuasaan individu. Sejarah terpenting wujud dalam sistem sosial
politik hasil eksperimen Madinah melalui dokumen yang termasyhur iaitu Misaq al-Madinah
iaitu Piagam Madinah (La Samsu, 2017). Hal ini sejajar dengan konsep pengasingan kuasa
iaitu bagi mengelakkan terpusatnya kekuasaan hanya pada seseorang penguasa sahaja.

Walaupun berlakunya pembahagian kuasa yang berasingan serta bebas berfungsi


berdasarkan badan atau institusi tertentu, namun ianya masih lagi berada di bawah naungan
Khalifah atau Ketua Negara. Setiap badan atau institusi ini akan berfungsi mengikut

4
lingkungan kekuasaannya yang perlu ditadbir urus dengan cermat dan teliti serta berlandaskan
kehendak syariah Islam yang berpandukan kepada sumber rujukan utama iaitu al-Quran dan
hadis sepertimana dalam firman Allah S.W.T surah al-Hadid, 57: 25:

‫ْط ۖ َوأَ ْنزَ ْلنَا ْال َح ِدي َد‬


ِ ‫َاب َو ْال ِميزَ انَ لِيَقُو َم النَّاسُ بِ ْالقِس‬ َ ‫ َم َعهُ ُم ْال ِكت‬Y‫ت َوأَ ْن َز ْلنَا‬
ِ ‫لَقَ ْد أَرْ َس ْلنَا ُر ُسلَنَا بِ ْالبَيِّنَا‬
ِ ‫ص ُرهُ َو ُر ُسلَهُ بِ ْال َغ ْي‬ ْ
‫َزي ٌز‬ِ ‫ب ۚ إِ َّن هَّللا َ قَ ِويٌّ ع‬ ُ ‫اس َولِيَ ْعلَ َم هَّللا ُ َم ْن يَ ْن‬
ِ َّ‫فِي ِه بَأسٌ َش ِدي ٌد َو َمنَافِ ُع لِلن‬
“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-Rasul Kami Dengan
membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah
menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi
neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah
menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal
serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan
yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam
kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah
tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak
dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal
balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya Allah Maha Kuat
lagi Maha Kuasa.”

5
Konsep Pengasingan Kuasa Menurut Perspektif Barat.
Konsep pengasingan kuasa telah diperbincangkan secara meluas dalam sistem politik barat.
Malah, konsep ini telah lama dikenali dari masyarakat Greek Kuno lagi. Namun, pengasingan
atau pembahagian tersebut tidaklah sempurna seperti masa kini. Hal ini berlaku kerana
peredaran zaman dan masa telah memberi ruang dan peluang untuk membuat sebarang
perubahan dan penyesuaian sejajar dengan keadaan semasa.

Eropah adalah lokasi utama yang mewujudkan konsep pengasingan kuasa ini. Senario
ini bermula pada penghujung kurun kelapan belas akibat daripada kezaliman dan penindasan
yang dilakukan oleh pemerintah pada ketika itu. Menurut Riska Ayu (2013), pada abad ke-16
hingga abad ke-18, monarki merupakan sistem pemerintahan yang banyak dijalankan oleh
Negara Eropah. Louise Philippe adalah salah seorang pemerintah yang mengamalkan
penindasan dan kezaliman semasa zaman pemerintahannya sehingga menyebabkan
berlakunya pemberontakan bagi menentang pemerintahan beliau. Sistem monarki (kekuasaan
yang ada di tangan seseorang manusia) yang diamalkan oleh beliau dalam usaha untuk
menghasilkan dua projek besar beliau iaitu penaklukan militer dan pembangunan Versailles
telah menyebabkan rakyat Eropah sengsara kerana kedua-dua projek ini memerlukan
pembiayaan yang besar sehingga membuatkan rakyatnya mati kelaparan.

Peristiwa ini menjadi salah satu rentetan kepada jalan penyelesaian ke arah
pengamalan pengasingan kuasa. Menurut Bharuddin Che Pa dan Farizah Zulkafli (2014),
konsep pengasingan kuasa juga sudah menjadi suatu pegangan dan prinsip yang telah sebati
dalam masyarakat akibat pengalaman sejarah silam dan diaplikasikan dalam sesebuah
pemerintahan. Hal ini kerana konsep pengasingan kuasa ini menawarkan pengasingan fungsi
dan kuasa kerajaan yang dilaksanakan dan dikuatkuasakan oleh beberapa individu dan
institusi yang berlainan. Kesannya, ketidakadilan dalam sistem pemusatan kuasa dapat
dielakkan. Idea pengasingan kuasa ini juga dirintis oleh para sarjana politik terdahulu seperti
Aristotle (384 S.M-322 S.M) yang berpendapat bahawa adalah lebih baik tidak memusatkan
kuasa kepada satu badan tertentu tetapi menitikberatkan kerjasama di antara satu badan
dengan satu badan yang lain (Bharuddin Che Pa dan Farizah Zulkafli, 2014).

Menurut para sarjana politik barat, konsep dan teori pengasingan kuasa dalam konteks
tamadun masyarakat moden hari ini mula dipelopori oleh Charles Louis Secondat de
Montesquieu, iaitu seorang ahli falsafah politik Perancis yang terkenal. Beliau
mengemukakan teori tersebut dalam bukunya The Spirit of Laws yang diterbitkan pada tahun

6
1784 (Bharuddin Che Pa dan Farizah Zulkafli, 2014). Hal ini menunjukkan bahawa konsep
pengasingan ini telah banyak dibincangkan oleh para sarjana politik barat. Berpandukan
pemerhatian Montesquieu, konsep ini adalah berdasarkan pemerhatian perkembangan dasar
perlembagaan Britain dan Perancis ketika berlakunya perubahan sistem pemerintahan iaitu
daripada pemerintahan monarki kepada pemerintahan berparlimen.

Montesquieu menegaskan bahawa bagi mengelakkan kezaliman dan penindasan


dalam pemerintahan, pengasingan kuasa hendaklah dilaksanakan dengan cara ketiga-tiga
fungsi tersebut tidak berada di bawah kekuasaan perseorangan. Sepertimana petikan daripada
bukunya iaitu The Spirit of Laws:

“Kebebasan politik boleh diperolehi apabila tiadanya penyalahgunaan kuasa.


Tetapi pengalaman lalu menunjukkan kepada kita bahawa setiap orang yang
mempunyai kuasa berkemungkinan untuk menyalahgunakannya dan
meneruskan tindakan tersebut selama yang boleh. Untuk menghalang daripada
berlakunya salahguna kuasa, adalah bagi pihak yang berkuasa itu memeriksa di
antara satu sama lain. Apabila kuasa legislatif dan eksekutif berada ditangan
orang yang sama, tidak akan adanya kebebasan. Demikian juga tidak ada
kebebasan sekiranya kuasa kehakiman tidak dipisahkan daripada legislatif dan
eksekutif. Segalanya akan berakhir jika orang atau badan yang serupa samada
bangsawan atau rakyat, melaksanakan ketiga-tiga kuasa tersebut”.

Berdasarkan petikan ini, jelas menunjukkan bahawa konsep pengasingan kuasa ini
adalah menjadi salah satu jalan penyelesaian bagi menghapuskan sistem pemusatan kuasa.
Konsep pengasingan kuasa yang diperkenalkan cuba menghapuskan pemusatan kuasa
berdasarkan lembaran sejarah seperti yang berlaku pada zaman pemerintahan Raja Louis XIV
di Perancis. Penekanan terhadap perlunya pengasingan kuasa antara badan-badan yang terlibat
dianggap sebagai jalan penyelesaian yang terbaik (Bharuddin Che Pa dan Farizah Zulkafli,
2014).

Maka, Sinha dan Deeraj (1996) merumuskan, tiga badan utama dalam pemerintahan
iaitu kuasa perundangan, kuasa pentadbiran dan kuasa kehakiman hendaklah di asingkan dari
aspek bidang kuasa serta tidak dianggotai oleh individu yang sama. Berdasarkan kenyataan
ini, maka terdapat tiga badan atau institusi yang terlibat iaitu badan perundangan (legilative
power), badan pentabiran (executive power) dan badan kehakiman (judiciary power). Ketiga-
tiga badan ini akan mempunyai fungsi dan kuasa yang berlainan.

7
Konsep Badan Perundangan, Badan Eksekutif Dan Badan Kehakiman Menurut
Perspektif Islam.

Sistem pemerintahan Islam akan diterajui oleh seorang pemimpin yang dikenali sebagai
Khalifah atau Imam atau seperti kita sedia maklum iaitu Ketua Negara. Malah, institusi
pemimpin tertinggi negara ini menjadi salah satu tonggak utama dalam sistem pemerintahan
negara. Namun, kuasa bukannya semua dipusatkan kepada khalifah semata-mata. Pelbagai
badan atau institusi yang telah dibina bagi mengendalikan dan menguruskan pemerintahan
sesebuah negara Islam. Jadi, kesemua bidang tersebut hendaklah ditadbir secara berasingan
agar sesebuah badan itu dapat berfungsi dengan berkesan dan adil.

Oleh itu, terdapat tiga pecahan kuasa yang besar telah diklasifikasikan iaitu al-Sultah
al-Tasyri‘iyyah (badan perundangan), al-Sultah al-Tanfidhiyyah (badan eksekutif) dan al-
Sultah al-Qada’iyyah (badan kehakiman). Ketiga-tiga badan ini bergerak secara berasingan
mengikut fungsi masing-masing secara bebas namun masih lagi berada di bawah naungan
Khalifah atau Ketua Negara. Badan dan institusi ini akan diuruskan dengan cermat dan adil
berlandaskan syariah Islam itu sendiri.

Badan Perundangan.

Sistem pemerintahan Islam meletakkan istilah khas bagi badan perundangan sesuai dengan
fungsinya iaitu al-Sultah al-Tasyri‘iyyah. Menurut Nadirsah Hawari (2011), sultah dalam
bahasa arab berasal daripada perkataan salata yang bermaksud menguasai atau berkuasa.
Sedangkan Tasyri‘iyyah bererti menjelaskan atau menetapkan. Oleh itu, al-Sultah al-
Tasyri‘iyyah ini ialah satu badan yang bertugas membuat syariat atau undang-undang.

Selain itu, terdapat juga istilah fiqh bagi badan ini iaitu al-Hilli wa al-‘Aqd yang
bermaksud satu badan yang berkuatkuasa dalam bidang perundangan Islam yang terdiri
daripada para pakar dari pelbagai bidang sains dengan bercirikan sifat adil dan amanah
(Nadirsah Hawari, 2011). Kesemua istilah dan definisi konsep ini menunjukkan bahawa
badan perundangan negara Islam mestilah dianggotai oleh individu-individu yang pakar
dalam bidang masing-masing dan menetapkan undang-undang atau syariat yang tidak
bertentangan dengan al-Quran dan Hadis sepertimana dalam firman Allah S.W.T dalam
surah al-Maidah ayat 49 :

8
‫َوأَ ِن احْ ُك ْم بَ ْينَهُ ْم بِ َما أَ ْن َز َل هَّللا ُ َواَل تَتَّبِ ْع أَ ْه َوا َءهُ ْم‬

“Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu


dengan apa yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada kamu dan janganlah
kamu mengikut hawa nafsu mereka.”

Selain itu, para sarjana Islam juga membahaskan tentang badan perundangan ini. Dr.
‘Abd Qadir Mustafa mentakrifkan badan perundangan Islam itu sebagai badan yang bertugas
menyampaikan hukum-hakam dan mentafsirkan nas Syarak. Beliau juga menjelaskan badan
tersebut mestilah melaksanakan tugas yang sepatutnya dilaksanakannya iaitu berusaha
menggubal undang-undang. Sulayman al-Tamawi pula berpendapat, badan perundangan
Islam sentiasa terikat dengan ketetapan nas al-Quran dan sunnah. Peranannya yang lain ialah
memperluaskan hukum berlandaskan hukum-hakam yang terdapat di dalam nas tersebut
(Bharuddin Che Pa dan Farizah Zulkafli, 2014).

Berdasarkan perbahasan yang diutarakan oleh para sarjana Islam, maka dapatlah
difahami bahawa badan perundangan Islam merupakan satu institusi yang
dipertanggungjawabkan untuk menggubal undang-undang berdasarkan nas al-Quran dan
hadis dan bukan berdasarkan akal fikiran semata-mata.

Fungsi Badan Perundangan

Kehidupan di dunia ini memberi seribu satu cabaran kepada umatnya dan Allah S.W.T. telah
menurunkan segala perintah dan larangannya melalui al-Quran dan hadis sebagai panduan
hidup tanpa mengubah atau memindanya. Namun, aktiviti penggubalan, mencipta definisi dan
huraian yang releven dan membuat undang-undang serta peraturan terhadap sumber rujukan
utama ini adalah dibolehkan. Sebagai contoh, jika perintah Allah tersebut boleh membawa
banyak pengertian, maka menjadi tanggungjawab kepada badan perundangan ini untuk
menentukan pengertian yang paling sesuai untuk dimaktubkan dalam undang-undang.

Namun, timbul beberapa persoalan sekiranya panduan asas tidak terdapat atau tidak
dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran dan hadis serta amalan para Khulafa’ al-Rasyidin.
Maka, dapatlah diertikan bahawa Allah telah memberi kebebasan untuk menggubal undang-
undang menurut kebijaksanaan dan hikmah yang dimiliki oleh anggota atau ahli badan
perundangan ini. Kaedah ijmak dan qiyas dapat digunakan selain kaedah ijtihad yang lain
seperti kaedah Masalih al-Mursalah, al-Istihsan, al-Istishab, Sad al- Dhara’i’, al-‘Urf, dan

9
sebagainya bagi membantu anggota badan ini menentukan sesuatu hukum sesuai dengan
kemaslahatan dan keperluan tertentu seperti menurut syeikh ‘Abd al-Wahhab Khallaf (1984) :
“Dalam usaha menggubal undang-undang itu badan perundangan hendaklah mengambil kira
soal kemaslahatan dan keperluan yang akan dihasilkan dari pelaksanaan undang-undang
tersebut”.

Senario seperti di atas kerap timbul terutamanya setelah kewafatan Nabi Muhammad
S.A.W. Hal ini kerana semasa hayat baginda, segala permasalahan terus dirujuk kepada al-
Quran atau baginda sendiri akan menentukan hukum yang seterusnya ditafsir sebagai undang-
undang. Para sahabat kurang memainkan peranan dalam menggubal atau mentafsir
perundangan. Namun, setelah kewafatan Nabi, di samping merujuk kepada al-Quran dan
sunnah, para sahabat berpegang kepada ijtihad jama‘i (ijmak) dan ijtihad fardi (Ijtihad
Perseorangan) untuk memutuskan hukum-hukum baru ekoran daripada perluasan daerah
Negara Islam dan berkembangnya sistem politik, ekonomi dan masyarakat Islam (Bharuddin
Che Pa dan Farizah Zulkafli, 2014).

Badan Perundangan juga bertindak sebagai penasihat kepada Ketua Negara dalam hal-
hal yang berkaitan sesuatu dasar atau merumuskan satu fatwa dalam masalah undang-undang
atau pentadbiran (Mohamed Azam Mohamed Adil, 2006). Hal-hal berkaitan akidah, akhlak
dan syariah yang tidak dapat dicapai oleh akal manusia diselesaikan melalui wahyu yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Namun, masalah yang berkaitan urusan
pemerintahan dan pentadbiran kebanyakkannya diselesaikan hasil permesyuaratan yang
dilaksanakan antara Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Sebagai contoh semasa
perang Khandaq. Baginda meminta pendapat daripada Saad bin Muaz dan Saad bin Ubadah
tentang pemberian satu pertiga kurma Madinah kepada Bani Ghathfan. Permesyuaratan
tersebut dikenali sebagai Sistem Syura.

Syura adalah daripada perkataan shawarahu-mushawaratun yang membawa


pengertian berbincang atau bertukar fikiran untuk mengetahui pendapatnya. Syura
mengandungi berbagai prinsip yang murni seperti hak persamaan, keadilan dan kebebasan
bersuara. Maka, baginda telah meletakkan syura sebagai satu taraf yang tinggi dalam hal
memutuskan sesuatu keputusan sepertimana dalam sabda baginda kepada Abu Bakr dan Umar
yang bermaksud :

“Apabila kalian berdua sepakat dalam musyawarah, maka aku tidak akan
menyalahi kamu berdua” (HR. Ahmad).

10
Majlis Syura adalah satu kumpulan cerdik pandai yang mewakili umat yang terdiri
daripada pelbagai bidang dan kemahiran seperti bidang ekonomi, ketenteraan dan politik. Ia
bertindak dengan membahagikan kuasa secara tersusun dalam usaha untuk menyelesaikan
segala masalah secara aman. Badan ini juga bertindak mengawasi para pekerja awam dan
melantik orang yang layak bagi sesuatu jawatan dan mengawal turun naik harga barangan
(Mahdi Abdullah, 1984).

Selain itu, anggota Majlis Syura juga mempunyai peranan yang sangat penting iaitu
memilih, melantik dan melucutkan jawatan Khalifah atau Ketua Negara. Proses ini diteruskan
dan diserahkan kepada umat Islam untuk pengesahan atau dikenali sebagai bai’ah. Ibnu
Khaldun berpendapat bahawa Khalifah adalah satu kemestian menurut ijmak ulama’ dan
hukumnya fardhu kifayah. Majlis ini bertanggungjawab mengkaji dan menyelidik latar
belakang individu yang hendak dilantik menjawat jawatan tertinggi dalam pemerintahan
negara. Keutamaan haruslah diberikan kepada individu yang memiliki segala kriteria yang
telah ditetapkan, paling layak, dihormati dalam kalangan masyarakat dan berpengaruh.
Setelah dipilih melalui Majlis Syura, maka calon tersebut akan diperkenalkan dan
dikemukakan kepada umat Islam untuk diberi bai’ah sebagai tanda penerimaan dan
pengesahan. Namun, jika individu tersebut gagal melaksanakan peranan dan tanggungjawab
yang diberikan, maka Majlis Syura adalah satu lembaga yang berhak dan berkuasa untuk
melucutkan jawatan sebagai Khalifah atau Ketua Negara.

Anggota Badan Perundangan.

Melihat kepada kepentingan fungsi dan tanggungjawab besar yang perlu digalas oleh badan
perundangan ini dalam urusan pemerintahan negara, maka para ulama’ telah menggariskan
serta menetapkan syarat-syarat khusus kepada setiap anggota Majlis Syura ini. Sufyan al-
Thawriy menetapkan ahli syura mestilah seorang yang bertakwa, amanah dan takutkan Allah.
Menurut Abd. al-Qadir Awdah (1986), ahli syura haruslah adil, bebas daripada melakukan
maksiat, mempunyai pengetahuan yang luas, pintar, dan diketahui kebijaksanaannya kepada
ahli Majlis Syura.

Syarat ahli Majlis Syura menurut al-Mawardi pula ialah adil dalam segala keadaan dan
bentuk, mempunyai pengetahuan yang cukup hingga membolehkannya mengetahui calon-
calon yang layak dan memenuhi syarat-syarat tertentu dan mempunyai pandangan yang luas
hingga membolehkan beliau mengetahui orang yang lebih utama dan berhak sebagai
pemimpin rakyat.

11
Ekoran daripada tugas yang dipikul oleh institusi ini merangkumi perkara yang tidak
terdapat di dalam al-Quran dan hadis, maka kelayakan yang tinggi diperlukan. Berdasarkan
pendapat para ulama’ tentang syarat ahli syura ini, maka dapat disimpulkan bahawa syarat
yang perlu dipenuhi untuk menjadi anggota badan perundangan ini antaranya ialah adil,
berilmu, memiliki kemampuan dan pengalaman yang luas dalam bidang pemerintahan,
bijaksana dan kelayakannya tidak jauh daripada Ketua Negara. Kelayakan mental dan moral
yang kuat menjadi keutamaan dalam pemilihan ahli syura.

Selain itu, pencalonan diri mestilah dihapuskan dan dijadikan sebab ketidaklayakan
menganggotai institusi kerana ianya bertentangan dengan syariah. Malah, tiada anggota yang
boleh meluluskan undang-undang dengan apa cara sekalipun untuk mengganggu proses
pemilihan atau mengutamakan pihak tertentu. Ahli syura hendaklah menjalankan tugasnya
tanpa berpihak kepada mana-mana individu dan pembentukan keadaan berpuak mestilah
ditegah. Tuntasnya, badan atau institusi ini merupakan salah satu badan yang terpenting
dalam menggerakkan sesebuah negara Islam.

Badan Eksekutif

Umumnya, Badan Eksekutif atau dikenali sebagai al-Sultah al-Tanfidhiyyah berperanan


melaksanakan undang-undang dan memberi perkhidmatan kepada rakyat. Menurut al-
Mawdudi, badan ini akan menguatkuasakan segala perintah dan larangan yang telah
diturunkan oleh Allah S.W.T melalui al-Quran dan hadis serta undang-undang yang telah
disepakati dan diluluskan dalam Majlis Syura untuk dikemukakan kepada masyarakat
seterusnya diamalkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian (Bharuddin Che Pa, 2005).

Jelaslah bahawa Badan Perundangan (al-Sultah al-Tasyri‘iyyah) dan Badan Eksekutif


(al-Sultah al-Tanfidhiyyah) mempunyai hubungan relatif yang rapat dan saling terkait antara
satu sama lain. Namun, bidang dan fungsi kedua-dua badan ini amatlah berbeza tetapi masih
lagi berada di bawah naungan Khalifah atau Ketua Negara atau disebut sebagai Ulu al-Amr.
Ulu al-Amr (penguasa yang melaksanakan urusan) mempunyai autoriti yang tinggi terhadap
badan ini. Malah, istilah Ulu al-Amr ada disebut di dalam al-Quran surah al-Nisa, 4 : 59 :

‫ ال َّرسُو َل َوأُولِي اأْل َ ْم ِر ِم ْن ُك ْم ۖ فَإِ ْن تَنَازَ ْعتُ ْم فِي َش ْي ٍء‬Y‫يَا أَيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمنُوا أَ ِطيعُوا هَّللا َ َوأَ ِطيعُوا‬
‫ُول إِ ْن ُك ْنتُ ْم تُ ْؤ ِمنُونَ بِاهَّلل ِ َو ْاليَوْ ِم اآْل ِخ ِر ۚ ٰ َذلِكَ خَ ْي ٌر َوأَحْ َسنُ تَأْ ِوياًل‬
ِ ‫فَ ُر ُّدوهُ إِلَى هَّللا ِ َوال َّرس‬

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa)

12
dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)
dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada
(Kitab) Allah (al-Quran) dan (sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman
kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu),
dan lebih elok pula kesudahannya.”

Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bentuk dan batasan fungsi Badan
Eksekutif dan badan-badan pentadbiran yang lain yang sepatutnya dipraktikkan oleh setiap
Negara Islam pada masa kini. Kuasa Badan Eksekutif hendaklah diketuai oleh Ketua Negara
dan beliau dibantu oleh Jemaah Menteri serta para menteri yang dilantik. Mereka dibantu pula
oleh ketua-ketua tentera, pegawai-pegawai keamanan, pegawai-pegawai percukaian dan
kakitangan pemerintahan yang lain (Bharuddin Che Pa dan Farizah Zulkafli, 2014). Maka,
wujudlah istilah-istilah seperti Khalifah, Ulu al-Amr dan Wizarah/Wazir (kementerian) dalam
sistem pemerintahan Islam.

Anggota Badan Eksekutif.


Sistem pemerintahan Islam juga mengharuskan pembentukan kabinet atau kementerian bagi
membantu Khalifah atau Ketua Negara dalam menjalankan tugas-tugas negara. Jemaah ini
akan bertindak sebagai pembantu pentadbiran atau sebagai setiausaha dan bertanggungjawab
hanya kepadanya. Istilah wizarah berasal daripada perkataan wizr yang bermaksud beban. Hal
ini bersesuaian dengan fungsi badan ini iaitu mengambil alih peranan atau beban Khalifah
atau Ketua Negara.

Konsep wizarah ini juga ada dipetik di dalam al-Quran yang menerangkan tentang
permintaan Musa kepada Allah S.W.T yang meminta supaya dilantik Nabi Harun a.s menjadi
wazirnya melalui surah Taha, 20: 29-32 :
‫}وأَ ْش ِر ْكهُ فِي‬
َ 31{ ‫}ا ْش ُد ْد بِ ِه أَ ْز ِري‬30{ ‫}هَارُونَ أَ ِخي‬29{ ‫ ِم ْن أَ ْهلِي‬Y‫َواجْ َعلْ لِي َو ِزي ًرا‬
}32{ ‫أَ ْم ِري‬

“Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.(29) Iaitu Harun


saudaraku;(30) Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,(31)dan
jadikanlah Dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku(32)”

13
Ini menunjukkan bahawa setiap ketua atau pemimpin haruslah mempunyai pembantu
bagi menjamin kelangsungan dan keberkesanan pemerintahannya. Ibn Khaldun
mengungkapkan: “Sultan sendiri adalah seorang yang lemah yang memikul tugas berat. Oleh
itu, perlu dibantu oleh tentera-tentera bangsanya. Jika dia perlukan bantuan dalam setiap hari,
maka tentulah ia sentiasa memerlukan bantuan dalam mengendalikan rakyatnya”. Maka,
ekoran itu terbentuklah Badan Eksekutif.

Al-Mawardi dalam bukunya al-Ahkam al-Sultaniyyah membahagikan wizarah atau


kementerian kepada dua jenis iaitu Wizarah al-Tafwid dan Wizarah al-Tanfiz. Ibn Khaldun
merumuskan: “Di antara hal-hal yang telah dicapai oleh ilmu Fiqh Islam ialah membahagikan
wizarah kepada dua iaitu wizarah tafwid dan wizarah tanfidh yang mempunyai keistimewaan
tersendiri”.

Wizarah al-Tafwid bermaksud kementerian atau menteri yang berkuasa penuh. Dalam
keadaan yang diperlukan beliau layak menggantikan Ketua Negara dan bertanggungjawab
terhadap semua urusan pentadbiran (Bharuddin Che Pa dan Farizah Zulkafli, 2014).
Kementerian ini juga boleh dikenali dengan Kementerian Perwakilan atau Delegasi yang
diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh Khalifah atau Ketua Negara dan diperturunkan semua
urusan pentadbiran. Wizarah al-Tanfiz atau Kementerian Eksekutif berfungsi melaksanakan
segala arahan Khalifah atau Ketua Negara malah bertindak sebagai saluran rasmi informasi
beliau. Posisi kementerian ini tidak seberat Kementerian Perwakilan iaitu sekadar berperanan
mematuhi dan melaksanakan apa yang telah diperintahkan.

Namun, syarat kelayakan untuk dipilih menjadi kedua-dua kementerian ini adalah
amat dititikberatkan. Antara syaratnya ialah keyakinan atau thiqah, tidak tamak, jujur,
mempunyai hubungan baik dengan rakyat, mempunyai kebolehan untuk mencari kebenaran,
tidak materialistik, mempunyai pengalaman yang luas, bijaksana, benar ucapannya dan tidak
rakus sehingga tidak menerima rasuah (La Samsu, 2017).

Semasa zaman Khalifah terawal juga telah mempraktikkan sistem eksekutif ini
terutamanya semasa pemerintahan Umar al-Khattab. Beliau telah membahagikan pentadbiran
kerajaan kepada beberapa jabatan seperti Jabatan Pendidikan, Institusi Keintelektualan,
Pertahanan, Baitulmal dan Pentadbiran Percukaian. Setiap wilayah yang telah dibahagikan
diketuai dan ditadbir oleh seorang Gabenor. Contohnya, Hijjaz dan Madinah yang dijadikan

14
sebagai ibu negeri berada di bawah pentadbiran Yazid bin Abi Sufyan, Kufah di bawah
Mughirah bin Syu’bah, Basrah di bawah Abu Musa al-Asy’ari dan Mesir di bawah Amru bin
al-‘As. Wilayah ini terletak di bawah pentadbiran Madinah sebagai ibu negara.

Badan Kehakiman.
Konsep dan teori Kehakiman Islam telah banyak dibincangkan dari perspektif Fiqh (Zulzaidi
Mahmod dan Ahmad Hidayat Buang, 2016). Menurut perspektif Fiqh, badan kehakiman
diberi istilah khas iaitu al-Sultah al-Qada’iyyah. Istilah ini berasal daripada perkataan qada-
yaqdi-qada’an yang membawa erti telah mengerjakan, telah selesai, telah perintahkan dan
menghukum (Bharuddin Che Pa dan Farizah Zulkafli, 2014).

Menurut Sharbini al-Khatib, qada ialah menyelesaikan pertikaian antara dua pihak
atau lebih mengikut hukum syarak. Ulama’ fiqh pula memberi huraian mengikut Ibn al-
Human, qada’ ialah hukum yang mengikat. Pada umumnya ulama’ bersetuju bahawa al-
Qada’ atau kehakiman adalah penyelesaian pertikaian di antara pihak-pihak dengan hukuman
yang mengikat. Perkataan lain yang ada kaitan dengan kehakiman iaitu hakama, yahkumu,
hukman di mana dalam bahasa Melayu dipanggil hukum (Bharuddin Che Pa dan Farizah
Zulkafli, 2014).

Institusi kehakiman merupakan sebuah institusi yang menjalankan tugas keadilan


untuk memberi hak kepada yang berhak (Sharaf al-Din, 1996) malah bidang kehakiman
merupakan tugas yang mulia dan pegawai yang terlibat dalam bidang ini memikul
tanggungjawab yang sangat berat (Syed Agil Barakbah, 2000). Maka, badan ini haruslah
ditadbir urus dengan teliti dan adil serta segala keputusan yang diambil adalah berlandaskan
hukum syarak. Penyelesaian pertikaian yang adil lagi saksama dapat memastikan hak-hak
manusia tidak terabai dan dicabuli.

Badan Kehakiman ini mestilah bebas sepenuhnya daripada Badan Eksekutif. Badan
Eksekutif tidak perlu campur tangan dalam urusan kehakiman bagi mengelakkan hukuman
yang bakal dijatuhkan tersasar dari hukum syarak. Hakim bebas bertindak dalam
penghakimannya. Dalam hal ini, Islam menyeru agar menghukum dengan adil sepertimana
firman Allah S.W.T melalui surah al-Nisa 4 : 58 :

15
‫اس أَ ْن تَحْ ُك ُموا بِ ْال َع ْد ِل ۚ إِ َّن هَّللا َ نِ ِع َّما‬ ِ ‫إِ َّن هَّللا َ يَأْ ُم ُر ُك ْم أَ ْن تُ َؤ ُّدوا اأْل َ َمانَا‬
ِ َّ‫ت إِلَ ٰى أَ ْهلِهَا َوإِ َذا َح َك ْمتُ ْم بَ ْينَ الن‬
‫صيرًا‬ ِ َ‫م بِ ِه ۗ إِ َّن هَّللا َ َكانَ َس ِميعًا ب‬Yْ ‫يَ ِعظُ ُك‬ 
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah
kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan
hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-
baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa
Melihat”.
Para Hakim dan Qadi adalah individu terpenting dalam Badan Kehakiman ini. Mereka
hendaklah berfungsi secara bebas tanpa terikat kepada eksekutif kerajaan. Namun, mereka
tertakluk kepada undang-undang dan ketetapan al-Quran dan hadis sepertimana firman Allah
S.W.T dalam surah al-Maidah 5 : 48 :

ِّ ‫م بَ ْينَهُ ْم بِ َما أَ ْنزَ َل هَّللا ُ ۖ َواَل تَتَّبِ ْع أَ ْه َوا َءهُ ْم َع َّما َجا َءكَ ِمنَ ْال َح‬Yْ ‫ۚ فَاحْ ُك‬ 
‫ق‬
“Maka hukumlah antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan
jangan sekali-kali mengikut kemahuan mereka daripada apa yang telah datang
kepadamu daripada kebenaran”.

Fungsi Badan Kehakiman


Badan Kehakiman Islam berfungsi untuk mempraktikkan undang-undang Allah S.W.T yang
diturunkan melalui al-Quran dan hadis. Fungsi institusi ini dapatlah dilihat dengan jelas
melalui surat khalifah ‘Umar kepada hakim-hakim yang dilantik (Abdul Monir Yaacob,
2001). Antaranya surat Khalifah kepada hakim Abu Musa al- Ash‘ari. Antara lain
menyatakan:
“Perbicaraan hendaklah dijalankan berdasarkan kepada al-Quran dan sunnah.
Yang pertama hendaklah memahami apakah yang dikemukakan kepadamu
sebelum apa-apa keputusan dibuat. Layanan yang sama rata yang sepenuhnya
kepada semua pihak yang membuat guaman di hadapanmu dan dalam cara kamu
memandang mereka juga dalam hukuman yang kamu jatuhkan. Dengan cara itu
seseorang yang berpangkat tinggi tidak berpeluang menaruh harapan kepadamu
untuk menjadi seorang yang tidak adil dan seorang yang lemah pula tidak hilang
kepercayaan kepada keadilanmu. Tugas untuk membuktikan adalah menjadi
tanggungjawab pihak yang menuntut dan sumpah dikenakan atas pihak yang

16
ingkar. Perdamaian merupakan hak kedua-dua pihak yang membuat guaman
kecuali yang dibenarkan oleh Islam. Fahaman yang jelas kepada setiap kes yang
dibawa ke hadapanmu dalam perkara yang tidak ada nas dari al-Quran dan
sunnah. Tugas kamu ialah menggunakan kaedah qias atau perbandingan bagi
tujuan memisahkan di antara perkara…”

Kandungan surat ini sarat dengan panduan, etika dan fungsi serta peranan yang harus
dimainkan oleh Badan Kehakiman. Adab serta etika yang perlu ditunjukkan oleh para hakim
dan qadi ini sememangnya dapat menghapuskan segala prejudis dan ketidakpuasan hati dalam
kalangan rakyat sekali gus rakyat akur dengan keputusan mahkamah yang berlandaskan al-
Quran dan hadis.

Badan Kehakiman ini sebenarnya telah melalui fasa pengasingan kuasa bermula
daripada zaman Abu Bakar lagi. Hal ini dapat diperhatikan apabila beliau telah mengasingkan
Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman iaitu beliau sebagai Ketua Eksekutif manakala Umar
pula menjawat jawatan sebagai Ketua Kehakiman. Pengasingan ini juga jelas dibuktikan
melalui peristiwa pemilikan tanah terbiar yang berlaku antara Akri bin Habis dan Uyaina bin
Hisn (kedua-duanya bukan Islam). Pada mulanya, Abu Bakr meluluskannya tanpa sebarang
pembayaran kepada kerajaan Islam hasil perbincangan beliau dengan sahabat disisinya.
Namun, apabila perkara ini dibawa kepada Umar selaku Ketua Kehakiman, maka beliau telah
menggugurkan pemilikan tersebut lantaran umat Islam masih belum kuat. Apabila perkara ini
dikemukakan sekali lagi kepada Abu Bakar, maka beliau menjawab “Aku tidak boleh
membuka kembali perkara yang telah diputuskan oleh Umar”. Ini menunjukkan keputusan
Umar adalah muktamad dan Khalifah sebagai Ketua Eksekutif tidak boleh mengetepikan
keputusannya.

Para hakim yang telah dilantik oleh Umar haruslah mempunyai kriteria yang telah
ditetapkan seperti bertakwa, jujur, amanah, pakar dalam bidang kehakiman dan bijaksana
dalam membuat keputusan malah tidak memihak dan bebas daripada Badan Eksekutif.
Buktinya semasa kes Umar melawan Ubai bin Ka’ab yang dibicarakan di mahkamah Zaid bin
Thabit selaku hakim Kota Madinah. Zaid hendak berdiri menunjukkan tanda hormat kepada
Khalifah Umar, namun Umar bertegas, “Ini adalah perlakuan tidak adil kamu yang pertama”.
Ketika itu, Umar berbicara dengan Ubai seperti seorang rakyat biasa.

17
Peristiwa kecurian perisai kepunyaan Khalifah Ali semasa zaman pemerintahannya
telah menunjukkan bahawa setiap pertuduhan mestilah disertakan dengan bukti yang konkrit.
Perkara ini telah dikemukakan kepada hakim besar, Syuraih iaitu sahabat baik Ali. Semasa
perbicaraan, perisai yang dicuri telah dikemukakan dan hakim yakin perisai tersebut
kepunyaan Ali. Namun, disebabkan Ali dan anaknya gagal mengemukakan bukti yang jelas,
Yahudi tersebut memenangi kes itu. Disebabkan keadilan yang ditunjukkan melalui proses
perbicaraan itu, dikatakan Yahudi tersebut telah memeluk Islam.

Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa semasa zaman pemerintahan Islam, Badan
Eksekutif dan Badan Kehakiman telah diasingkan dan bergerak secara bebas namun
berlandaskan hukum syarak. Keadilan yang ditunjukkan oleh agama Islam adalah suatu
bentuk keadilan yang tidak mengira agama, kedudukan dan bangsa. Badan ini adalah satu
institusi yang bebas secara total daripada sebarang campur tangan pihak pemerintah. Malah,
kebebasan hakim tidak terhakis walaupun kedudukan pemerintah tergugat. Buktinya, Khalifah
sekalipun terpaksa tunduk kepada keputusan hakim. Keadilan mutlak telah diamalkan oleh
Islam apabila setiap pertuduhan mestilah disertai dengan bukti dan dalil yang jelas sehingga
menyebabkan orang bukan Islam tertarik dengan keindahan agama tertinggi ini.

18
Analisis Amalan Pemisahan Kuasa Sistem Politik di Malaysia.
Pembentukan Malaysia adalah berasaskan daripada gabungan beberapa buah negeri. Amalan
demokrasi telah menjadi tunjang dalam pelaksanaan pentadbiran negara melalui konsep
pengasingan kuasa. Kestabilan dan kemakmuran politik negara terletak kepada pengasingan
ketiga-tiga badan utama dalam sistem pentadbiran iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif
dan Badan Kehakiman. Konsep ini telah menjadi satu platform untuk negara bagi mengawal
pemusatan kuasa dalam kalangan pemimpin agar Malaysia menjadi sebuah negara yang
disegani dunia.

Secara praktisnya, amalan pemisahan kuasa ini dilaksanakan bersesuaian dengan


keadaan dan cita rasa Malaysia walaupun berlaku pertentangan dengan doktrin asal yang
diasaskan oleh Montesquieu. Menurut konsep doktrin pengasingan kuasa yang asal, Parlimen
dan Dewan Undangan Negeri sahaja yang berkuasa membuat undang-undang manakala
badan pemerintahan dan badan kehakiman adalah terkecuali (Bharuddin Che Pa dan Farizah
Zulkafli, 2014). Namun, undang-undang yang dirangka terus melalui badan perundangan
adalah hanya sebilangan kecil sahaja. Kebanyakkannya, pihak eksekutif memainkan peranan
dalam menyediakan undang-undang sebelum diserahkan kepada badan perundangan untuk
disahkan. Hal ini adalah bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan pentadbiran.

Selain itu, menurut doktrin pengasingan yang asal, keanggotaan setiap badan utama
pemerintahan negara haruslah ditadbir selia oleh individu yang berbeza sesuai dengan tujuan
utama doktrin pengasingan ini iaitu untuk mengelak berlakunya pemusatan kuasa ke atas
individu tertentu. Namun, senario pemerintahan di Malaysia adalah berbeza dengan doktrin
asal apabila berlaku penggabungan antara badan perundangan dan badan eksekutif. Hal ini
jelas berlaku di negara ini apabila seorang menteri kabinet biasanya adalah juga sebagai ahli
parlimen sama ada sebagai ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Negara. Jelas tiada
pengasingan kuasa di sini (Bharuddin Che Pa dan Farizah Zulkafli, 2014). Ini menunjukkan
pihak yang menggubal undang-undang dan pihak yang melaksanakan undang-undang adalah
orang yang sama.

Namun, satu konvensyen kawalan kerajaan telah dirangka bagi mengawal kerajaan
yang memerintah iaitu Konvensyen Perlembagaan. Melalui konvensyen ini, satu prinsip
diamalkan iaitu “Tanggungjawab Bersama” yang menuntut setiap ahli kabinet dan menteri
untuk menunjukkan taat setia dan kebertanggungjawaban mereka kepada orang awam

19
melalui sistem perwakilan atau demokrasi (Rusniah Ahmad, 2008). Walaupun undang-
undang digubal dan dilaksanakan oleh orang yang sama, pengamalan prinsip konvensyen ini
mengawal mereka supaya telus, amanah dan mengutamakan rakyat. Bagi mengutamakan
rakyat, para menteri perlu menjadi ahli salah satu daripada dewan Parlimen supaya mereka
dapat bertanggungjawab atas kuasa-kuasa yang dijalankan oleh kementerian masing-masing.

Bil. Anggota Badan Nama Menteri/ Perdana Kawasan Parlimen


Menteri yang diwakili dalam
Eksekutif
Badan Perundangan
1 Perdana Menteri YAB. Tun Dr. Mahathir bin P.004 – Langkawi,
Mohamad Kedah
2 Timbalan Perdana YAB. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah P.100 – Pandan,
Menteri merangkap bt. Dato’ Dr. Wan Ismail Selangor
Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga &
Masyarakat
3 Menteri Kewangan YB. Tuan Lim Guan Eng P.043 – Bagan, Pulau
Pinang
4 Menteri di Jabatan YB. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof P.057 – Parit Buntar,
Perdana Menteri Rawa Perak
(Agama)
5 Menteri Hal Ehwal YB. Dato’ Seri Mohamed Azmin b. P.098 – Gombak,
Ekonomi Ali Selangor
Jadual 1 : Anggota Badan Eksekutif 2018 yang Mewakili Kawasan Parlimen dalam Badan
Perundangan.

Jadual di atas menunjukkan sebahagian anggota badan eksekutif yang mewakili


kawasan parlimen masing-masing. Mereka terlibat secara serentak sebagai ahli badan
perundangan dan ahli badan eksekutif. Ini membuktikan bahawa walaupun menteri tidak
menganggotai dalam badan perundangan atas nama Jemaah Menteri namun, realitinya semua
menteri adalah seorang ahli Parlimen secara peribadi. Oleh sebab Jemaah Menteri juga
merupakan ahli Parlimen, maka segala keputusan yang dibuat oleh mereka di Parlimen akan
dipertahankan. Di sini menunjukkan berlakunya penggabungan antara badan perundangan
dan badan eksekutif secara jelas apabila menteri-menteri yang menganggotai Jemaah Menteri
masih lagi terlibat secara langsung sebagai anggota badan perundangan sama ada sebagai ahli
Dewan Rakyat atau ahli Dewan Negara dan bergiat cergas di Parlimen (Bharuddin Che Pa,
2005).

20
Namun, Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 48, (1) (c) menegaskan bahawa
“Seseorang yang memegang jawatan berpendapatan atau bergaji sepenuh masa dalam mana-
mana perkhidmatan awam tidak layak menjadi anggota parlimen”. Berdasarkan
perlembagaan ini jelas tidak membenarkan mana-mana ahli eksekutif atau penjawat awam
terlibat sebagai seorang ahli politik. Tujuan utama peraturan ini ditetapkan ialah bagi
memisahkan golongan penjawat awam dengan golongan ahli politik. Kedua-dua golongan itu
dianggap mempunyai kelainan daripada segi tugasnya, golongan yang memegang jawatan
memberikan taat setia kepada pihak pemerintah sebaliknya ahli politik (anggota parlimen)
menjaga kepentingan rakyat yang menjadi tanggungjawabnya (Bharuddin Che Pa & Farizah
Zulkafli, 2014).

Jika ditinjau semasa zaman awal pemerintahan Islam, konsep pengasingan kuasa
memang tidak berlaku sebagaimana yang diamalkan di kebanyakan negara pada hari ini.
Segala kuasa perundangan, pemerintahan dan kehakiman dipelopori sendiri oleh Nabi
Muhammad S.A.W. Baginda sebagai seorang ketua Negara telah menyampaikan perintah dan
larangan yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui wahyu lalu ianya dijadikan undang-
undang. Di sini dapatlah disimpulkan bahawa segala urusan pemerintahan adalah berpusatkan
kepada Baginda.

Namun, berlaku sedikit perubahan selepas persempadanan negara Islam semakin


meluas malah tanggungjawab politik dan pemerintahan semakin bertambah. Atas dasar
kemaslahatan pentadbiran serta meringankan tugas dan tanggungjawab maka para pemimpin
telah membahagikan kuasa mengikut kesesuaian semasa. Maka, badan perundangan dan
badan eksekutif digabungkan. Muhammad Asad (1967), berpendapat hubungan badan
perundangan dengan badan eksekutif amat rapat pada ketika itu kerana kedua-dua kuasa itu
diterajui oleh khalifah. Penggabungan kedua-dua kuasa ini timbul kerana sistem
pemerintahan Islam yang berteraskan sistem syura.

Hal ini jelas dibuktikan melalui peristiwa pembukuan al-Quran yang berlaku antara
Saidina Abu Bakar dan Umar al-Khattab. Cadangan yang diutarakan oleh Saidina Umar
untuk membukukan al-Quran ditolak oleh Saidina Abu Bakar kerana Nabi Muhammad
S.A.W tidak pernah melakukannya. Namun, setelah isu ini dibawa dalam musyawarah
bersama para sahabat, maka Saidina Abu Bakar bersetuju dan proses pembukuan ini

21
dijalankan. Ini membuktikan bahawa penggabungan kedua-dua kuasa ini adalah harus kerana
tiada teori rigid yang menghalang penggabungan kuasa ini dalam Islam.

Doktrin pengasingan kuasa ini jelas diaplikasikan dalam bidang kehakiman di


Malaysia. Menurut Zuliza Mohd Kusrin dan Mohd Zamro Musa (2010), konsep kebebasan
kehakiman perlu diperkasakan bagi menjamin integriti badan tersebut yang sebenarnya
berkait rapat dengan pelaksanaan keadilan dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. Hal
ini dapat dilihat dalam tatacara perlantikan para hakim. Satu suruhanjaya khas yang
dianggotai oleh sembilan orang tokoh perundangan terkemuka telah ditubuhkan pada tahun
2008 oleh mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Ini adalah bagi
menyerahkan dan meletakkan bidang kuasa kehakiman kepada badan kehakiman
sepenuhnya. Kesannya, tiada campur tangan kuasa yang akan terlibat dalam badan
kehakiman ini.

Selain itu, kebebasan kehakiman ini dapat juga dilihat apabila Yang di-Pertua Dewan
Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof yang mengekalkan perintah larangan mahkamah
yang dibuat oleh Hakim Mohd Sofian Abd Razak sebelum ini yang tidak membenarkan apa-
apa perbincangan mengenai kes jenayah 1MDB. Tindakan Datuk Mohamad Ariff ini
menunjukkan bahawa beliau menghormati dan mengaplikasikan doktrin pengasingan kuasa,
yang menghendaki badan perundangan tidak campur tangan dalam perkara yang terletak
dalam bidang kuasa badan kehakiman.

Menurut perspektif Islam pula, dapat dilihat semasa zaman pemerintahan Saidina
Umar al-Khattab yang telah membentuk sebuah badan khas bagi mentadbir urusan
kehakiman. Hal ini dilaksanakan oleh Saidina Umar kerana memandangkan wilayah-wilayah
penduduk Islam terlalu ramai. Malah, bertitik tolak daripada hal ini juga, beliau telah
mengasingkan kuasa kehakiman daripada kuasa pemerintahan. Beberapa orang qadi khas
yang dilantik untuk mentadbir wilayah-wilayah berkenaan. Khalifah 'Uthman bin 'Affan pula
telah memberi saraan kepada hakim/qadi dengan hasil yang diperuntukan khas dari simpanan
Baitulmal yang mula diasaskan oleh Saiyidina Abu Bakar.

Kita dapati telah berlaku pemisahan antara pemerintahan dan kehakiman. Ini mungkin
disebabkan banyak masalah yang dihadapi oleh seseorang khalifah dalam mengendalikan hal
ehwal negara. Melalui pemisahan ini, khalifah telah melantik satu badan yang khas iaitu

22
badan kehakiman untuk menyelenggarakan masalah kehakiman. Seterusnya keputusan yang
dibuat itu hendaklah bukan hanya berdasarkan kepada budi bicara seseorang hakim semata-
mata, tetapi mestilah berdasarkan juga kanun kehakiman yang sesuai serta mempunyai
keadilan (Mohd Nazri Ahmad, 2001)

23
Kesimpulan
Menurut Zuliza Mohd Kusrin & Mohd Zamro Muda (2010), doktrin pengasingan kuasa yang
diperkenalkan oleh tokoh pemikir barat adalah antara doktrin-doktrin yang diamalkan dalam
undang-undang perlembagaan di Malaysia untuk mengelakkan pemusatan kuasa terhadap
sesuatu badan tertentu sahaja. Doktrin yang diamalkan ini tidak bercanggah dengan konsep
Islam. Malah, sistem pemerintahan di zaman awal Islam telah mengamalkan doktrin
pengasingan kuasa ini.

Namun, konsep yang diamalkan oleh barat dengan Islam adalah berbeza. Konsep
Islam menekankan badan-badan tertentu dalam pengasingan kuasa ini haruslah berperanan
berlandaskan sumber utama rujukan Islam iaitu al-Quran dan hadis, hukum syarak dan ijtihad
para ulama. Manakala, menurut konsep barat, kuasa-kuasa tersebut bebas bergerak mengikut
ketetapan yang telah dirangka oleh kerajaan pemerintah serta mengikut ideologi yang
diamalkan.

Berdasarkan kajian dan maklumat yang telah dijalankan, konsep pengasingan kuasa di
Malaysia telah diamalkan namun pelaksanaannya adalah secara tidak mutlak. Hal ini kerana
berlaku penggabungan kuasa antara badan perundangan dan badan eksekutif. Manakala
badan kehakiman berkuasa dan berperanan secara bebas berlandaskan Perlembagaan
Persekutuan dan terpisah daripada kedua-dua badan yang lain.

Apa yang telah diamalkan di Malaysia adalah tidak bertentangan dengan hukum
syarak selagi mana bertujuan untuk mencegah kezaliman dan menegakkan keadilan. Kaedah
ini harus dilaksanakan sekiranya asas politik Islam dipelihara dan prinsip-prinsip siyasah
shar’iyyah tidak diketepikan bagi menjaga hak dan tanggungjawab kerajaan serta rakyat.
Sifat relatif atau kebergantungan serta unsur penyesuaian fleksibel yang diamalkan dalam
sistem pentadbiran di Malaysia adalah suatu yang luar biasa yang dapat menjadi satu
pemangkin dalam melahirkan sebuah negara Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

(6,669 patah perkataan)

24
Rujukan
Abdul Monir Yaacob. (1988). Sejarah Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Ahmad Atory Hussain. (1985). Politik dan Dasar Awam Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Hidayat Buang. (2007). Undang-undang di Malaysia : Prinsip dan Amalan. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Abdul Monir Yaacob & Sarina Othman. (1996). Tinjauan Kepada Perundangan Islam. Kuala
Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2001). Demokrasi dan Kepimpinan Islam : Satu
Perbandingan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Bari. (1959). Perlembagaan Malaysia : Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Arah
Pendidikan Sdn. Bhd.

Muhammad Al-Buraey. (1985). Pembangunan Pentadbiran Menurut Perspektif Islam.


(Abdullah Md. Noor, Norlida Abdul Halim & Norlela Hassan, Trans.). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Hashim Kamali. (2000). Islamic Law in Malaysia : Issues and Developments.
Kuala Lumpur: Ilmiah Publishers Sdn. Bhd

Mohamed Azam Mohamed Adil. (2006). Perundangan dan Kenegaraan Islam. Kuala
Lumpur: iBook Publication Sdn. Bhd.

Muhammad Asad. (1967). Minhaj al-Islam fi al-Hukm. Beirut: Dar al-Ilm Li al-Malayin.

Malaysia, Undang-undang. (1984). Perlembagaan Persekutuan. Kuala Lumpur: Penerbit


Undang-undang Malaysia.

Syed Ahmad Hussein. (1996). Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Sulayman Muhammad al-Tamawi. (1986). al-Sultah al-Thalathah Fi al-Dasatir al


‘Arabiyyah al-Mu‘asirah Wa Fi al-Fikr al-Siyasi al-Islami, Dirasah Muqaranah.
Kaherah: Matba‘at al-Jami‘ah ‘Ayn Syams.

Sinha and Dheeraj. (1996). Legal Dictionary. Kuala Lumpur: International Law Book
Services.

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2002). Beberapa Perbezaan Antara Demokrasi dan
Kepimpinan Islam. Jurnal Ulum Islamiyyah, 1(1), 1-20.

Bharuddin Che Pa & Farizah Zulkafli. (2014). Pengasingan Kuasa Menurut Perspektif
Barat Dan Islam: Amalannya Di Malaysia. Jurnal Syariah, 22(1), 21-56.

25
La Samsu. (2017). al-Sultah al-Tasyri‘iyyah, al-Sultah al-Tanfidhiyyah, al-Sultah al-
Qada’iyyah. Jurnal Tahkim, 13(1), 155-171.

Mohd Izhar Ariff Mohd Hashim & Alias Azhar. (2010). Prinsip dan Model Negara Islam:
Definisi dan Aplikasinya di Malaysia. Journal of Governance and Development, 6(1),
53-68.

Nadirsah Hawari. (2011). al-Sultah al-Tasyri‘iyyah dalam Perspektif Fiqh Siyasi dan Qanun
Wadhi’y. Jurnal TAPIs, 7(12), 46-75.

Zuliza Mohd Kusrin & Mohd Zamro Muda. (2010). Mekanisma Semak dan Imbang
Terhadap Badan Kehakiman Dalam Amalan Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia:
Suatu Tinjauan. Malayan Law Journal, 6(25), 1-9.

26

Anda mungkin juga menyukai