Anda di halaman 1dari 56

KONSEP

PEMERINTAHAN ISLAM
KOLEJ EKONOMI TENAGA & SAINS SOSIAL
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

Adnan Yusoff (c) 1


KONSEP PEMERINTAHAN ISLAM
Pemerintahan ( ‫) الحكم‬, ( ‫ ) الملك‬dan ( ‫ ) السلطان‬adalah terdiri daripada
beberapa perkataan yang berlainan tetapi memberikan konotasi erti
yang sama iaitu – suatu Kekuasaan yang melaksanakan hukum dan
aturan (aktiviti kepemimpinan yg telah diwajibkan syarak ke atas
orang Islam).
Objektif ‘kekuasaan’ ini adalah sebagai alat kepada pemerintah yg
berkuasa menggunakannya untuk mencegah kemungkaran, kezaliman
serta menyelesaikan permasalahan dan persengketaan yang berlaku
dikalangan manusia.
Pemerintah juga disebut sebagai ‘penguasa – wilayatul amri’. Firman
Allah :
al-Nisaa : 59 - ‫أطيعوا هللا وأطيعوا الرسول وأولى األمر منكم‬
al-Nisaa : 83 - ‫ولو ردوه إلى الرسول وإلى أولى األمر منهم‬

Adnan Yusoff (c)

2
KONSEP PEMERINTAHAN ISLAM
Pemerintah adalah penguasa dan pelaksana kepada segala
urusan yang berkaitan aktiviti ummat manusia.

Sebagai suatu ideologi dan agama bagi sesebuah negara,


masyarakat serta kehidupan maka Islam telah meletakkan
‘negara dan kekuasaan’ sebagai asas yang tidak dapat
dipisahkan dari kewujudan Islam. Banyak ayat al-Quran
berkaitan dengan pemerintahan dan kekuasaan yang
memerintahkan supaya orang Islam menjalankan
pemerintahan berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah
swt. Firman Allah : al-Maidah : 48
‫فاحكم بينهم بما أنزل هللا وال تتبع أهواءهم عما جاءك من الحق‬
Adnan Yusoff (c)

3
KONSEP PEMERINTAHAN ISLAM
al-Maidah: 49 ‫وأن احكم بينهم بما أنزل هللا وال تتبع أهواءهم‬
Al-Maidah : 44 ‫ومن لم يحكم بما أنزل هللا فأولئك هم الكافرون‬
.. 45 ‫الظالمون‬
.. 47 ‫الفاسقون‬ //
Ayat-ayat ini kesemuanya menerangkan tentang kewajipan
melaksanakan hukum-hukum Allah tetapi tidak ada suatu ayat
atau nas yang menyatakan secara jelas tentang ‘negara Islam’.
Malah dalam perbincangannya al-Quran memfokuskan tentang
konsep pemerintahan dan kekuasaan seperti hukum jenayah,
peperangan, muamalah, sosial, politik dan lain-lain.
al-Taubah 103, 123, al-Anfal 61, al-Maidah 1, 38, al-Baqarah 188, 179, al-
Talaq 6
Adnan Yusoff (c)

4
KONSEP PEMERINTAHAN ISLAM

Nas al-quran ini merupakan guide kepada sistem pemerintahan


yang bakal diwujudkan kerana ia merangkumi seluruh aspek
pemerintahan dan berkaitan kehidupan dan permasalahan
manusia. Guide inilah yang telah digunapakai oleh para khulafa
al-rashidin selepas peninggalan baginda rasul dalam membangun
dan melaksanakan pemerintahan mereka.

Dengan ini menunjukkan bahawa Islam telah menyediakan


falsafah/sistem pemerintahannya sejak dari mula kelahirannya
supaya dilaksanakan oleh ummat Islam bagi mengurus dan
mentadbir pemerintahan negara secara sistematik, tersusun dan
mantap.
Adnan Yusoff (c)

5
KONSEP PEMERINTAHAN ISLAM
Al-Quran tidak memberikan model/bentuk Negara Islam
yang tertentu tetapi ia menggariskan apa yang sepatutnya
wujud dan dilakukan oleh pemerintah Islam dalam usaha
melaksanakan perintah Allah.

Sehubungan dgn itu sebuah Negara Islam tidak akan lengkap


kecuali setelah hukum dan sistem yang digariskannya itu
hidup dan dilaksanakan terlebih dahulu.
Pemerintahan dan kewujudan negara Islam adalah suatu
yang pasti dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa lagi kerana
Negara adalah merupakan satu-satunya cara (modus
Operandi) yang diiktiraf syarak dan bertanggungjawab bagi
memastikan penerapan hukum-hukum dan arahan Allah
dalam kehidupan manusia berjalan dengan lancar.
Adnan Yusoff (c)

6
KONSEP PEMERINTAHAN ISLAM
Sistem Islam tidak akan wujud sama sekali jika tidak ada negara
yang menerapkan konsep pemerintahan dan arahan syarak dalam
realiti kehidupan manusia.

Daripada perlaksanaan sistem inilah maka wujudnya Negara


Islam bertujuan untuk memastikan berlangsungnya hukum-
hukum dan perintah Allah dalam kehidupan manusia. Ia bukan
sebuah negara Teokrasi (ketuhanan) atau pendewaan tetapi
sebuah negara yang yg ‘manusiawi’ memastikan keadilan
sejagat.

Negara Islam memiliki sistem pemerintahan yang telus di mana


ia mempunyai struktur, bentuk, dasar, rukun, dasar2 yang
menjadi landasan kepada pemikiran yg rasional disamping
memiliki standard yg tersendiri yg digunakan untuk
mentadbirurus kehidupan ummat manusia melalui hukum dan
undang2nya.
Adnan Yusoff (c)

7
NEGARA ISLAM
Negara Islam merupakan suatu kuasa politik yang
berfungsi untuk menerap dan melaksanakan hukum-hukum
Islam serta mengembangkan dakwah Islam ke seluruh
dunia. Negara Islam adalah satu-satunya ‘cara’ yang telah
dicipta oleh Islam untuk menerapkan sistem sistem dan
hukumnya secara menyeluruh dalam kehidupan
masyarakat.

Negara Islam merupakan asas utama kepada perlaksanaan


sistem Islam dalam kehidupan di mana tanpa adanya negara
maka kewujudan Islam sebagai sebuah ideologi dan agama
kehidupan agak pudar – kerana yang ada hanyalah amalan
yang berbentuk ritual serta akhlak semat-mata.
Adnan Yusoff (c)

8
NEGARA ISLAM
Akidah Islam adalah unsur tunggak (dasar) kepada pembinaan sebuah
negara Islam di mana kecacatan yang berlaku kepada unsur ini akan
membawa kepada kezaliman dan persengketaan dalam sistem
pemerintahan dan kekuasaan. Dan syahadat ini jugalah yang menjadi
motto sebuah negara Islam. Sabda Rasulullah saw :
,‫ ويقيموا الصالة‬,‫أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن ال اله إال هللا وأن محمدا رسول هللا‬
.‫ وحسابهم على هللا‬,‫ فإذا فعلوا عصموا مني دماءهم وأموالهم إال بحقها‬,‫ويؤتوا الزكاة‬

Ini menunjukkan bahawa akidah adalah asas kepada keberlangsungan


Negara Islam yang menjadi fardhu ke atas seluruh ummat Islam. Jika
akidah tidak dijadikan asas maka kita boleh mengangkat senjata
berperang bila nampak kekufuran yang nyata. Rasulullah ditanya
tentang pemerintah yang zalim :
‫ ما أقاموا فيكم الصالة‬, ‫أفال ننابذهم عند ذلك ؟ قال ال‬
Adnan Yusoff (c)

9
NEGARA ISLAM
Oleh yang demikian Negara Islam tidak boleh memiliki sebarang bentuk
pemikiran, ideologi, konsep, hukum atau standard yang tidak
berdasarkan kepada akidah Islam bahkan tidak cukup sekadar nama
sahaja malahan hendaklah dijelmakan dalam praktis dalam setiap
agenda dan tindakan yang dilakukan.
Islam bukan suatu sistem demokrasi yang diimpot dari Barat dan
kemudiannya diadaptasikan kedalam sistem pemerintahan negara kerana
demokrasi tidak bersumberkan Akidah Islamiyyah. Malah sebahagian
dari konsep demokrasi seperti patriotisme, nasionalisme wujud diatas
asas yang rapuh dan tidak diiktiraf syarak.

Dalam sistem pemerintahan negara Islam tidak terdapat kementerian


sebagaimana dalam konsep demokrasi, republik, monarki dan kaisar
kerana semuanya tidak bertunjangkan Akidah Islam.
Adnan Yusoff (c)

10
NEGARA ISLAM
Perundangan atau apa sahaja sistem, konsep dan sebagainya hendaklah
pada setiap masa berdasarkan kepada hukum yang telah diturunkan
Allah, malahan Allah telah mengcam mereka yang menerapkan hukum
selain dari hukum Allah.

Syariat Islam telah di jadikan Allah sesuai untuk kegunaan manusia


dalam sebarang aktiviti mereka samada hubungan mereka dengan Allah,
hubungan dengan manusia atau alam sejagat. Oleh dalam Islam tidak
ada ruang untuk manusia membuat undang2 negara yang berdasarkan
keinginan akal mereka yang sempit dan terhad dan kemudiannya ingin
dilaksanakan kepada masyarakat umumyang akan menimbulkan
kekacauan dan tidak puashati.
Firman Allah dalam surah al-Ahzab:36 :
‫ورسولُه أمرا أن يكون لهم الخيرةُ من أمرهم‬
َ ُ‫وما كان لموءمن وال موءمنة إذا قضى هللا‬
Adnan Yusoff (c)

11
NEGARA ISLAM
Di atas asas inilah Rasulullah membentuk kerajaan Islam
Madinah di mana wujudnya dasar, rukun, struktur, dasar
hubungan dalam dan luar negara.

Di atas dasar ini jugalah baginda melantik para wakil, gabenor,


penguasa dan sebagainya di mana baginda memilihnya dengan
kualifikasi yang paling sempurna serta memastikan apakah cara
yang perlu oleh mereka bagi melaksana dan menjalankan tugas
mereka disamping melakukan koreksi jika terdapat aduan serta
laporan. Dalam kesah Muadz bin Jabal – Qadhi Yaman –
Bagaimana ia akan menyelesaikan permasalahan jika diajukan
kepadanya sesuatu permasalahan ? Kitab Allah – Sunnah –
Ijtihad.
Adnan Yusoff (c)

12
NEGARA ISLAM
Baginda mengatur urusan kehidupan dan pemerintahan dengan baik
dengan melantik mereka yang sesuai dengan tugas yang akan diberikan.
Ali dilantik sebagai penulis perdamaian dan perjanjian, Muaiqib bin Abi
Fatimah – mengurus chop rasmi dan penulis hasil rampasan perang,
Hudzaifah – Pencatat hasil pendapatan tanah Hijaz, Zubir al-Awwam –
pencatat Zakat, Mughirah bin Syukbah – pencatat hutang2 dan transaksi
muamalah, Surahbil bin Hasanah – penulis surat kepada raja-raja.
Baginda sentiasa bermusyawarah dengan para sahabat sebelum
melakukan apa2 tindakan yang ingin dilakukan yang diwakili oleh 14
orang sahabat: 7 Muhajirin + 7 Ansar (Ahli Mesyuarat-Exco). Dengan
ini baginda telah berjaya membangun strukur tersendiri sebuah negara
Islam di mana baginda menjadi Ketua Negara dan memiliki pembantu-
pembantunya (wali, amil, qadhi, bahagian2 dll).
Adnan Yusoff (c)

13
BENTUK PEMERINTAHAN ISLAM
Sistem pemerintahan Islam adalah berbeza dengan sistem pemerintahan yang
ada di dunia hari ini samada dari aspek asas/dasar yang menjadi landasan
pembinaannya, pemikiran, konsep, standard serta hukum2 yang dilaksanakan
bagi menangani permasalahan ummat, aspek undang2 dan perundangan
maupun dari aspek bentuk yang menggambarkan kewujudan negara Islam.

1. PEMERINTAHAN ISLAM BUKAN SISTEM MONARKI.


MONARKI – ialah suatu pemerintahan yang melaksanakan sistem waris di mana
singgahsana kerajaan akan diwariskan kepada seorang putera Mahkota dari
Maharaja.
Islam tidak memperakui sistem pemerintahan monarki - di mana menurut Islam,
pemerintahan negara hendaklah dipegang oleh mereka yang telah dibai’at
oleh ummat dengan penuh keredhaan dan kebebasan.

Adnan Yusoff (c)

14
BENTUK PEMERINTAHAN ISLAM

Monarki – memberikan hak tertentu atau hak keistimewaan khusus


untuk pemerintah/raja (memiliki kekebalan huku) dan tidak boleh dimiliki
oleh orang lain. Dalam sistem ini juga pada sesetengah negara
menjadikan maharaja sebagai ‘simbol semata-mata’ dan tidak
mempunyai apa-apa kuasa (Eropah). Atau sebaliknya di mana raja
mempunyai kuasa yang mutlak serta menjadi sumber hukum sedangkan
mereka bebas dari sebarang ikatan hukum (Saudi, Morocco dll).
Sistem Pemerintahan Islam tidak pernah sekali-kali memberikan hak
khusus atau keistimewaan kepada Khalifah atau gabenornya dan
mereka adalah sama dengan rakyat biasa. Khalifah bukan suatu ‘simbol’
umat atau lambang kekuasaan yang boleh melakukan apa sahaja
menurut kehendaknya.
Adnan Yusoff (c)

15
BENTUK PEMERINTAHAN ISLAM
Khalifah aadalah wakil rakyat/ummat untuk menguruskan p’tahan dan
kekuasaan di mana ia dipertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir
pemerintahan dan kekuasaan yang diberikan rakyat supaya melaksanakannya
berdasarkan kepada Syariat Allah ke atas ummat. Dengan itu dalam Islam
Khalifah adalah terikat kepada hukum-hukum syarak dalam apa jua tindakan
mereka.

2. PEMERINTAHAN ISLAM BUKAN SISTEM REPUBLIK.

Sistem Republik – adalah berlangsung di atas rukun/asas sistem demokrasi.


Dalam sistem Demokrasi kedaulatan sesebuah negara dan kekuasaannya
berada ditangan rakyat. Oleh demikian dlm sistem ini rakyat memiliki kuasa
penuh/mutlak – memiliki hak memerintah dan membuat aturan, hak
menentukan pemerintah/penguasa dan hak memecatnya, hak menggubal
undang-undang dan mengubahnya.
Dalam Sistem Presiden adalah bertanggungjawab kepada Rakyat atau
mewakili rakyat maka dgn itu rakyat berhak untuk memberhentikan presiden
kerana kedaulatan diangan rakyat.
Adnan Yusoff (c)

16
BENTUK PEMERINTAHAN ISLAM
Sistem Republik terbahagi kepada dua struktur pemerintahan yang
utama, iaitu :

A – Sistem Presiden, dimana seorang presiden memiliki kuasa


sebagai ketua negara + Perdana Menteri (kuasa eksekutif dan kuasa
pemerintahan) sekaligus dan kemudiannya berhak melantik
menteri-menteri. (Amerika).

B – Sistem Presiden Berparlimen - Pemerintah terdiri daripada


Presiden dan Perdana Menteri tetapi dlm sistem ini Perdana
Menteri berkuasa penuh dalam hal-hal berkaitan pemerintahan.

Adnan Yusoff (c)

17
BENTUK PEMERINTAHAN ISLAM
3. SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM – BUKAN TEOKRASI

Khilafah memiliki semua kuasa pemerintahan dan pentadbiran –


pemimpin kepada seluruh kaum muslimin serta menegakkan hukum
syarak serta pemikiran Islam, menyeru kepada Islam dan berjihad pada
jalan Allah.
Jawatan Khalifah adalah jalan untuk melaksanakan syariat Allah –
mengabdikan diri kepada Allah – berbeza dengan jawatan kenabian
kerana ia merupakan jawatan kurniaan Ilahi manakala Khalifah adalah
jawatan yang diberikan manusia. Masyarakat boleh melantik siapa
sahaja yang dikehendaki mereka bagi menguruskan hal mereka.
Khilafah adalah merupakan kepimpinan umum bagi keseluruhan kaum
muslimin di dunia – jabatan pemerintahan. Khalifah tidak kebal dari
kesalahan berbeza dgn rasul kerana ia jawatan Ilahi.
Adnan Yusoff (c)

18
BENTUK PEMERINTAHAN ISLAM
4. PEMERINTAHAN ISLAM – SISTEM KHALIFAH .
َ َ‫ ) َخل‬Khalafa yang
Perkataan Khalifah berasal dari ‘root word’ – ( ‫ف‬
bermaksud pengganti selepasnya. Ia adalah ketua umum yang
memerintah dalam urusan agama dan dunia sebagai ganti kepada
Rasulullah saw.
Apabila kita merujuk kepada al-qur’an dan al-Hadis terdapat beberapa
perkataan yang turut memberi konotasi yang sama dengan khalifah
iaitu, perkaaan Imamah ( ‫ ) ِإ َما َمة‬dan Amirul Mukminin ( ‫) أمير المؤمنين‬
iaitu sebagai ketua negara yang bertanggungjawab dalam urusan
agama dan keduniaan di mana khalifah memiliki kuasa dalam bidang
keagamaan maupun kuasa ekskutif dan legislatif.
Adnan Yusoff (c)

19
BENTUK PEMERINTAHAN ISLAM

Sistem Pemerintahan Islam - adalah berpaksi di atas asas Akidah dan


hukum Syarak. Kedaulatan negara dan pemerintahan hanya dimiliki oleh
Syarak dan bukannya rakyat – Rakyat atau khalifah tidak berhak membuat
aturan sendiri kerana yang berhak menggariskan undang-undang hanya Allah
swt (utk mempastikan keadilan dalam sistem pemerintahan berjalan dengan
baik). Khalifah adalah bertanggungjawab bagi mengadaptasikan hukum-
hukum untuk dijadikan undang-undang dasar dan perundangan yang diambil
daripada Kitab Allah dan Sunnah Rasul.

Dalam konteks ini ummat tidak berhak untuk memecat seseorang khalifah
yang dilantik dan memiliki syarat yang cukup – rakyat hanya berhak untuk
mengangkat (mencari org yang sesuai) kerana mereka diberikan kuasa untuk
memilih calon yang sesuai dan menepati kehendak syarak dan seterusnya
mereka hendaklah memberi bai’at untuk menguruskan pentadbiran negara.
Adnan Yusoff (c)

20
BENTUK PEMERINTAHAN ISLAM
Sistem Khalifah – tidak ada menteri atau kementerian yang bernaung di bawah
khalifah sebagaimana dalam sistem demokrasi, yang masing-masing memiliki
kuasa-kuasa tertentu.

Sistem pemerintahan Islam Khalifah hanya mempunyai pembantu-pembantu


(Mu’awin) bagi menjalankan tugas khalifah dalam pemerintahan dan juga
sebagai pelaksana. (sistem pemerintahan yg berbeza – baik ??).

Khalifah bertanggungjawab kepada kepada ummat dan wakilnya,


walaubagaimanapun umat dan wakil tidak berhak untuk melucut atau
memberhentikannya kecuali jika ia jelas bertentangan dengan hukum Syarak.
Pemberhentian Khalifah hanya boleh dilakukan oleh Mahkamah Mazalim.
Dengan itu menunjukkan kepada kita bahawa sistem pemerintahan Islam
memiliki sistem yg tersendiri dan berbeza dengan sistem republik walaupun
terdapat beberapa persamaan antara keduanya.
Adnan Yusoff (c)

21
BENTUK PEMERINTAHAN ISLAM
HUKUM MENDIRIKAN KHILAFAH DAN MENGGUGURKANNYA.
Mendirikan Khalifah Islamiyyah adalah wajib ke atas seluruh kaum muslimin di
seluruh pelusuk dunia. Perlaksanaannya merupakan suatu tuntutan
sebagaimana menjalankan tugas wajib yang telah difardukan Allah. Pengabaian
dalam melaksanakannya merupakan suatu kemaksiatan yang besar. Rasulullah
saw telah bersabda :
‫من خلع يدا من طاعة لقي هللا يوم القيامة ال حجة له ومن مات وليس في عنقه بيعة‬
.‫مات ميتة جاهلية‬
al-Maidah: 49 ‫وأن احكم بينهم بما أنزل هللا وال تتبع أهواءهم‬
Al-Maidah : 44 ‫ومن لم يحكم بما أنزل هللا فأولئك هم الكافرون‬
.. 45 ‫الظالمون‬
.. 47 ‫الفاسقون‬ //
al-Nisaa : 59 - ‫أطيعوا هللا وأطيعوا الرسول وأولى األمر منكم‬
Adnan Yusoff (c)

22
BENTUK PEMERINTAHAN ISLAM
Berdasarkan kepada ayat al-quran dan hadis Rasulullah saw di atas
menunjukkan secara ‘administritive’ nya memerlukan kepada kewujudan
‘sistem Khalifah’ yang bertanggungjawab mengurus kehidupan ummat
manusia dengan tersusun dan adil.
Seterusnya para sahabat telah bersepakat mengenai perlunya
perlantikan seorang khalifah sebagai pengganti Rasulullah setelah
kewafatannya.
Manakala dari segi logik dan rasional – melaksanakan urusan agama
dan hukumnya dalam kehidupan manusia harian adalah suatu kewajipan
yang diletak di atas setiap kaum muslimin di mana kewajipan ini tidak
mungkin dapat dilaksanakan tanpa adanya seorang penguasa umum.
Kaedah Fikhiyyah telah menyatakan :
‫ما ال يتم الواجب إال به فهو واجب‬
Adnan Yusoff (c)

23
BENTUK PEMERINTAHAN ISLAM
SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM TERTEGAK DI ATAS EMPAT RUKUN BERIKUT
:
a. Kedaulatan Syarak
b. Kekuasaan milik Rakyat/Ummat.
c. Mengangkat satu Khalifah – Fardhu Ain.
d. Khalifah bertanggungjawab melaksanakan hukum syarak dan melakukan
penggubalan undang-undang.

Keempat rukun ini mesti wujud secara lengkap dan kegagalan dalam melaksanakan
mana-mana satu rukun menyebabkan berlakunya kecacatan atau tidak layak
dipanggil pemerintahan Islam.
A. KEDAULATAN SYARAK
‘Kedaulatan’ berasal dari kata nama ‘al-Siyadah’. Dalam sistem pemerintahan Islam
Kedaulatan hanya dimiliki oleh Syarak semata-mata dan bukannya ditangan rakyat.
Kedaulatan bermaksud ‘suatu kuasa yang menangani dan menjalankan suatu
kehendak atau aspirasi tertentu’ – kerana itu jika sesiapa yg menangani dan
mengendalikan aspirasinya maka sesungguhnya kedaulatannya ada ditangannya
sendiri.
Adnan Yusoff (c)

24
BENTUK PEMERINTAHAN ISLAM
Jika aspirasi tersebut ditangani dan dikendalikan oleh orang lain, maka orang
tersebut pada hakikatnya telah menjadi hamba bagi orang lain. Apabila aspirasi
sekumpulan rakyat ditangani dan dikendalikan dari individu kalangan mereka sendiri
dan telah dipilih oleh masyarakatnya secara sukarela serta diberikan hak
mengendalikan maka mereka yang dipilih itu adalah merupakan sayyid kepada
masyarakat/rakyatnya. Jika aspirasi sesuatu masyarakat / ummat dikendalikan oleh
ummat lain dengan cara paksa maka ummat tersebut adalah ummat yang dijajah
oleh ummat lain.

Dalam sistem demokrasi - ia telah menjadikan menjadikan kedaulatan ditangan


rakyat – bererti rakyatlah yang menangani dan mengendalikan aspirasinya. Rakyat
akan mengangkat siapa sahaja dan akan memberikan hak pengendalian dan
pengurusan aspirasinya.
Inilah yg dimaksudkan dgn kedaulatan dalam sistem demokrasi – melantik dan
menghilangkannya adalah ditangan rakyat.
Adnan Yusoff (c)

25
RUKUN2 PEMERINTAHAN ISLAM
Kedaulatan ditangan Syarak – bermaksud syarak adalah bertanggungjawab mutlak
dalam mengendali dan menangani aspirasi individu/masyarakat selaras dengan
perintah dan larangan Allah. al-Quran turut menyatakan konsep kedaulatan ini
sebagaimana firman Allah al-Nisa, 65:

.‫فال وربك ال يؤمنون حتى يحكموك فيما شجر بينهم‬


‫أطيعوا هللا وأطيعوا الرسول وأولى األمر منكم فإن تنازعتم فى شئ فردوه الى هللا وإلى‬
.59..‫الرسول‬
Ayat di atas menunjukkan syarak adalah merupakan kuasa pemutus yang mutlak
dalam mengurus dan mengendalikan urusan individu dan ummat.

Dengan itu seorang khalifah tidak akan dibai’ah oleh rakyat/ummat sebagai
pegawai, pekerja atau buruh rakyat/ummat agar melaksanakan apa sahaja yang
dikehendaki ummat sebagaimana dalam sistem demokrasi.
Walaubagaimanapun Khalifah adalah dibai’ah berdasarkan kepada kitabullah dan
sunnah Rasulullullah – melaksanakan hukum syarak dan bukan melaksnakan apa
yang dikehendaki manusia. malahan jika ada yang membai’ah khalifah itu keluar
dari ketentuan syarak maka Khalifah dikehendaki memerangi mereka dan
membawa mereka kembali di atas landasan syarak.

Adnan Yusoff (c)

26
RUKUN2 PEMERINTAHAN ISLAM
B. KEKUASAAN DI TANGAN RAKYAT/UMMAT.
Kekuasaan ditangan rakyat adalah berdasarkan kepada fakta bahawa syarak
telah menjadikan kuasa perlantikan Khalifah adalah milik rakyat di mana
Khalifah akan hanya berkuasa apabila dilantik dan dibai’ah oleh rakyat. Hal ini
sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ubadah bin al-Shamit :
‫بايعنا رسول هللا صلى هللا عليه وسلم على السمع والطاعة في العسر واليسر والمنشط والمكره‬
Bai’ah tersebut diberikan rakyat kepada Khalifah bukannya dari khalifah
kepada rakyat kerana merekalah yang melantik khalifah sebagai penguasa
mereka. Maka setelah Khalifah dibai’ah oleh rakyatnya ia memiliki kekuasaan
dan menuntut rakyat supaya mematuhi perintahnya.
...‫فليطعه‬... ‫ومن بايع إماما‬

Adnan Yusoff (c)

27
RUKUN2 PEMERINTAHAN ISLAM
c. Mengangkat Satu Khalifah – Fardhu Ain.
Rasulullah saw telah bersabda, “ Barangsiapa yang melepaskan tangan
daripada ketaatan, ia akan bertemu dengan Allah dihari Kiamat tanpa
mempunyai hujjah, dan siapa yang mati sedangkan ia tidak melakukan bai’ah
maka ia mati dalam keadaan Jahiliyyah”.

Hadis ini menunjukkan bahawa Wajib melakukan bai’ah ke atas Khalifah yang
dipilih dan Khalifah hendaklah seorang sahaja. Sabda Rasulullah saw, “ Jika
terdapat dua orang Khalifah yang dibai’ah maka bunuhlah yang terakhir dari
keduanya”.

d. Khalifah bertanggungjawab melaksanakan hukum syarak dan


melakukan penggubalan undang-undang.
Khalifah sahaja yang berhak melakukan adopsi terhadap hukum-hukum
syarak.

Adnan Yusoff (c)

28
STRUKTUR NEGARA ISLAM
NEGARA ISLAM MEMPUNYAI LAPAN STRUKTUR ASASI :

KHALIFAH

MASHALIH
AMIRUL JIHAD MUA’WIN MAJELIS MUA’WIN
WALI DAULAH QADHI
PANGLIMA TAFWIDH UMMAH TANFIDH
GABENOR JABATAN HAKIM
PERANG PEMERINTAHAN WAKIL RAKYAT PENTADBIRA
NEGARA

Adnan Yusoff (c)

29
STRUKTUR NEGARA ISLAM
Struktur, bentuk dan model Pemerintahan di atas adalah diadaptasikan
daripada sistem pemerintahan yang dilaksanakan oleh baginda Rasul di
mana baginda rasul adalah sebagai Ketua Negara.

Baginda Rasul telah melantik dua orang Mua’win iaitu Abu Bakr dan
Umar al-Khattab bagi membantunya dalam urusan pemerintahan dan
pengurusan. Rasulullah saw telah bersabda :
‫يراي من أهل السماء فجبريل وميكائيل وأما وزيراي من أهل األرض فأبو بكر وعمر‬
َ ‫َو ِز‬
Pengertian (‫يراي‬
ََ ‫ ) َو ِز‬pada bahasa sebagaimana yg dinyatakan dalam hadis
di atas adalah bermaksud ‘dua pembantuku’ bukannya yang difahami
sekarang iaitu ‘menteri’ malahan bertentangan dgn sistem pemerintahan
Islam. Ini adalah kerana ‘pembantu’ adalah mereka yang diberikan kuasa
umum untuk membantu khalifah dalam pemerintahannya dan tidak
dikhususkan dalam aktiviti tertentu sahaja sebagaimana ‘menteri’ sekarang.
Adnan Yusoff (c)

30
STRUKTUR NEGARA ISLAM
Wali atau Gabenor adalah merupakan penguasa bagi daerah atau
kawasan tertentu sebagaimana baginda Rasul telah melantik Uttab bin
Usaid sebagai wali kota Mekkah dan Badzan bin Sasan di Yaman dll.
Rasulullah telah melantik Ali bin Abi Talib, Muaz bin Jabal sebagai
qadhi di Yaman bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh
masyarakat setempat dan juga Abu Musa sebagai Wali dan Qadhi
sekaligus. Pada zaman Rasulullah mereka yg memegang Jabatan
Qadhi seramai 6 orang iaitu, Umar, Ali, Abdullah bin Mas’ud, Ubay
bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Abu Musa al-ash’ari.
Penubuhan Jabatan Kenegaraan untuk menguruskan kepentingan
negara berdasarkan baginda telah membahagikan penulis-penulis
untuk mengurus kepentingan tersebut di mana baginda telah melantik
Mu’aiqib bin Abi Fatimah sebagai penulis Ghanimah,
Adnan Yusoff (c)

31
STRUKTUR NEGARA ISLAM
Hudzaifah al-Yamani – penulis hasil tanah penduduk Hijaz, Zubir
al-Awwam – pencatat zakat, Mughirah bin Shu’bah – pencatat
hutang dan transaksi muamalah dll.
Dalam hal Ketenteraan Baginda sendiri yang menjadi Panglima
Utama yang memimpin dan mengurus pasukan ketenteraan.
Baginda juga pernah melantik para panglima dalam beberapa
peperangan untuk melaksanakan tugas2 kepenglimaan antaranya
Abdullah bin Jahsy, Aba Salamah al-Asad, Ubaidah al-Jarrahm
Saad bin Abi Waqas dan Usaid bin Hudhair.
Penubuhan Majlis Ummah yang berfungsi sebagai anggota
mesyuarat dan muhasabah kepada pihak pemerintah di mana
banyak isu kita dapati baginda telah meminta pandangan rakyat
umum serta orang tertentu (pimpinan + tokoh masy.) untuk
bermesyuarat, antaranya ialah Hamzah, Abu Bakr, Umar, Ali, Ibn
Mas’ud, Salman, Ammar, Hudzaifah, Abu Dzar, Bilal, miqdad.
Mereka ini berfungsi sebagai lembaga Shura kepada Rasulullah
saw. Adnan Yusoff (c)

32
STRUKTUR NEGARA ISLAM
Dengan ini menunjukkan bahawa baginda telah membentuk dan
membangunkan struktur yang khusus bagi sesebuah negara
dengan bentuk dan model yang tertentu – dan di atas bentuk serta
model inilah baginda menguruskan pemerintahannya dan
kemudian diikuti oleh para sahabat.

Sistem ini telah membuktikan kemampuannya dalam membawa


masyarakat manusia patuh dan taat kepada perintah Allah serta
memakmurkan alam sejagat sejajar dengan kehendak syarak
disamping dapat meluaskan keadilan dan keharmonian kepada
masyarakat manusia.

Adnan Yusoff (c)

33
STRUKTUR NEGARA ISLAM
KHALIFAH
Ialah Pemimpin umum yang berkuasa memerintah dalam urusan agama
dan duniawi sebagai ganti kepada Raslullah saw. Khalifah adalah orang
yang dipilih oleh rakyat bagi mewakili mereka melaksanakan hukum
syarak kerna Allah telah meletakkan kekuasaan ditangan mereka .

BAGAIMANA BERLAKU PEMILIHAN ?

Sebenarnya tidak suatu cara yang tertentu dalam memilih Khalifah


malah ia adalah terpulang kepada rakyat/masyarakat itu sendiri tetapi
mestilah cara tersebut menunjukkan keridhaan rakyat kepada pemimpin
yang dilantik dan dilakukan dengan penuh keadilan. Pemilihan boleh
berlaku samada secara ‘pemilihan langsung’ atau ‘pemilihan wakil
rakyat – ahlu al-aqd wa al-hil’ yang melantiknya.
Adnan Yusoff (c)

34
STRUKTUR NEGARA ISLAM
CARA PEMILIHAN KHALIFAH

KHALIFAH

WAKIL RAKYAT
AHLU AL-AQD WA AL- RAKYAT
HILL

RAKYAT

Adnan Yusoff (c)

35
STRUKTUR NEGARA ISLAM
SYARAT KHALIFAH

Khalifah mesti memenuhi syarat sah perlantikan (syarat al-In’iqad)


berikut supaya ia mampu memerintah dengan baik dan layak di bai’ah
rakyat :

1. Muslim – Menurut Islam perlantikan pimpinan utama tidak boleh


diberikan kepada orang bukan Islam sama sekali untuk menguruskan hal
ehwal orang Islam. Firman Allah dalam surah al-Nisa, 141.
.‫ولن يجع َل هللا ُ للكافرين على المؤمنين سبيال‬

ini adalah kerana pimpinan umum merupakan ulil amri dan Allah telah
menyatakan hendaklah ianya dari kalangan kaum muslim itu sendiri.
Firman Allah surah al-Nisa, 59.
‫أطيعوا هللا وأطيعوا الرسول وأولى األمر منكم‬

Adnan Yusoff (c)

36
STRUKTUR NEGARA ISLAM
2. Laki-Laki – Islam telah memiliki sistem pemerintahan yang
tersendiri di mana ia telah mensyaratkan hanya lelaki sahaja yang
berhak dilantik sebagai khalifah bedasarkan kepada firman Allah
dalam surah al-Nisa, 34.
‫الرجال قوامون على النساء‬
3. Baligh – Kanak-kanak, orang tidak siuman atau bodoh tidak boleh
diangkat menjadi khalifah kerana mereka tidak mampu untuk
menguruskan diri sendiripun. Sabda Rasulullah saw :
‫ عن الصبي حتى يبلغ وعن النائم حتى يستيقظ وعن المعتوه حتى يبراء‬: ‫رفع القلم عن ثالثة‬
4. Berakal – berakal merupakan sandaran kepada tanggungjawab dlm
Islam.
5. Adil – iaitu orang yang konsisten dlm menjalankan agamanya. Adil
merupakan syarat kesahihan perlantikan seseorang khalifah,
sebagaimana yang telah disyaratkan kepada saksi.
Adnan Yusoff (c)

37
STRUKTUR NEGARA ISLAM
6. Merdeka.
7. Mampu melaksanakan amanat Allah – antara syarat bai’ah dan
tidak sah jika ia tidak melaksnakan syariat Allah (tugas utama).

SYARAT AFDHALIYYAH (PRIORITY).

Bukan syarat asasi kepada kesahihan pengangkatan jawatan khalifah


tetapi lebih kepada pelengkap kepada sistem pentadbiran dan
pemerintahan negara seperti sifat mujtahid, politikus yang ulung,
keturunan Quraisy dll.

KESAHIHAN MENJAWAT JAWATAN KHALIFAH


Jawatan Khalifah menjadi sahih selepas berlakunya akad bai’ah daripada
pihak yang berkelayakkan. Selepas itu khalifah menjadi waliyul amri dan
bai’ah selepas itu adalah bai’ah ketaatan bukannya bai’ah perlantikanm –
khalifah berkuasa memerintah dll.
Adnan Yusoff (c)

38
STRUKTUR NEGARA ISLAM
KESAHIHAN SISTEM PEMERINTAHAN KHALIFAH/ISLAM.

Selepas kejatuhan kerajaan Islam Othmaniyyah maka setiap negara


umat Islam berkewajipan untuk melantik seorang khalifah dinegeri-
negeri tersebut tanpa mengambil kira besar atau kecil maka negara
tersebut telah menegakkan sistem Islam/Negara Islam jika memenuhi
4 syarat berikut:

1. Negara tersebut hendaklah sebuah pemerintahan yang bebas


dan hanya bersandarkan kepada umat Islam – bukan bersandar
atau dipengaruhi oleh golongan lain.
2. Keamanan yang dinikmati adalah dari kekuatan dan kekuasaan
umat Islam.
3. Melaksanakan Islam secara menyeluruh – kembangkan syiar
Islam.
4. Khalifah yang dibai’ah memenuhi syarat2 in’iqad.
Adnan Yusoff (c)

39
STRUKTUR NEGARA ISLAM
BAI’AH – ialah suatu kewajipan dan hak bagi seluruh kaum muslimin
samada lelaki atau perempuan berdasarkan hadis Rasulullah saw :
. ‫ مات ميتة جاهلية‬,‫ومن مات وليس في عنقه بيعة‬
Oleh itu bai’ah kepada khalifah adalah berada ditangan kaum muslimin
maka melalui bai’ah diberikan oleh kaum muslimin kepada khalifah
merupakan suatu akad penyerahan kuasa kepada seorang khalifah –
barulah perlantikan itu sah - bukannya dari khalifah kepada kaum
muslimin. Sabda Rasulullah saw :
‫بايعنا رسول هللا صلى هللا عليه وسلم على السمع والطاعة في العسر واليسر والمنشط والمكره‬
Bai’ah boleh digunakan dengan pelbagai cara – dengan syarat ia
memenuhi syarat2 yang ditentukan. Manakala dalam lafaznya mestilah
mengandungi makna mengamalkan kitabullah dan sunnah rasulullah (bagi
Khalifah) dan sanggup mentaati dalam keadaan susah atau senang, sulit
atau lapang (bagi rakyat). Dengan itu khalifah akan terikat dengan
bai’ahnya itu. Adnan Yusoff (c)

40
STRUKTUR NEGARA ISLAM
TEMPOH MASA JAWATAN KHALIFAH
Jawatan Khalifah tidak dihadkan dengan masa kerja dan waktu
tertentu selama mana khalifah mampu melaksanakan syarak serta
mempunyai abiliti untuk mentadbir negara dan tugas khalifah,
kerana bai’ah yang diberikan kepada khalifah adalah bersifat
mutlak tanpa batasan tertentu.
Orang ramai tidak boleh memecat khalifah sekalipun mereka
yang melantiknya kerana mereka tidak diberi kuasa untuk
memecat khalifah selagi mana akad bai’ah yang diberikan
kepadanya masih terus dilaksanakan dengan sempurna dan
berlandaskan syarak. Sabda Rasululah saw :
‫من رأى من أميره شيئا فكرهه فليصبر فإنه ليس احد يفارق الجماعة شبرا فيموت إال‬
.‫مات ميتة جاهلية‬
Adnan Yusoff (c)

41
STRUKTUR NEGARA ISLAM
PENAMATAN/PEMBERHENTIAN KHALIFAH

Khalifah secara automatik akan terlucut jawatannya dan berkuatkuasa


serta merta jika berlaku salah satu dari perkara berikut :

1. Murtad dari Islam – kerana Islam adalah salah satu syarat pengangkatan
khalifah. Firman Allah swt al-Nisa’, 59 :
‫أطيعوا هللا وأطيعوا الرسول وأولى األمر منكم‬
2. Berlakunya gila yang tidak boleh sembuh.
3. Khalifah telah ditawan musuh
Khalifah juga boleh dilucutkan jawatannya jika – hilang sifat keadilannya/
bertukar menjadi zalim/fasik secara terangan, khalifah tidak mampu
melaksanakan tugasannya krn cacat/sakit/uzur yang berterusan
menyebabkan terbengkalainya urusan pentadbiran & pemerintahan
negara– Khalifah berada dalam tekanan dan tak mampu memerintah
secara bebas dan adil.
Adnan Yusoff (c)

42
STRUKTUR NEGARA ISLAM

MAHKAMAH MAZALIM

ialah satu-satunya Mahkamah yang berhak dan mempunyai


kuasa untuk melucutkan jawatan seorang khalifah jika ia
mendapati :

1. Sabit melakukan kezaliman.


2. Memberhentikan/melucutkan jawatan khalifah

Adnan Yusoff (c)

43
STRUKTUR NEGARA ISLAM
2. MUA’WIN

MUA’WIN

MUA’WIN MUA’WIN
TAWFIDH TANFIDH

JENTERA
NIABAH UMUM JABATAN AWAM RAKYAT KETENTERAAN
NEGARA

Adnan Yusoff (c)

44
STRUKTUR NEGARA ISLAM
MU’AWIN

Dalil keharusan melantik penolong :


29 ‫طه‬.. ‫واجعل لي وزيرا من أهلي‬
Adalah pembantu yang telah diangkat oleh khalifah agar
membantunya dalam rangka melaksnakan tugas-tugas serta
tanggungjawab kekhalifahan. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

i. Wuzarah Tafwidh – Pembantu Khalifah dalam bidang


pemerintahan dan kekuasaan.

ii. Wuzarah Tanfiz – Pembantu Khalifah dalam bidang


pentadbiran.
Adnan Yusoff (c)

45
STRUKTUR NEGARA ISLAM
1. MU’AWIN TAFWIDH

Wuzarah Tafwidh – Pembantu Khalifah dalam bidang


pemerintahan dan kekuasaan yg diberikan kuasa secara mutlak
dengan pendapat dan ijtihadnya untuk menguruskan
bahagiannya – lapor kpd khalifah.
Dalam sistem Demokrasi – menteri kabinet adalah merupakan
pemerintah dan ia merupakan suatu kumpulan individu yg
menjalankan pemerintahan sebagai satu team tertentu dalam
bidang tertentu. Pemerintahan adalah merupakan kolektif bukan
personal dan kuasanya hanyalah dalam bidang yang tertentu.
Muawin membantu semua tugas khalifah – melaporkan – tugas
pribadi.
Adnan Yusoff (c)

46
STRUKTUR NEGARA ISLAM
SYARAT PERLANTIKAN JAWATAN MU’AWIN TAFWIDH
Syarat untuk dilantik sebagai mu’awin adalah sama dengan syarat
perlantikan khalifah di atas. Namun penyerahan jawatan kepada mu’awin
perlu memenuhi dua syarat berikut:

i. Memberikan kuasa secara mutlak/umum.


ii. Melantik sebagai wakil/niyabah.
Khalifah hendaklah mengatakan kepadanya ‘saya serahkan kepadamu apa
sahaja yang menjadi kekuasaanku bagi mewakili diriku’.

TUGAS MU’AWIN TAFWIDH. – bukan seorang yg bertanggungjawab


kepada urusan rakyat – bertanggungjawab melaksanakan tugas yg
diberikan kpdnya oleh khalifah.

Mua’awin bertugas untuk menyampaikan kepada khalifah apa yang


menjadi rencananya dalam mengatur urusan pemerintahan dan melaporkan
yang telah dilakukan bagi menguruskan urusan tersebut – terus
melaksanakannya selagi mana tidak ada teguran dari khalifah.
Adnan Yusoff (c)

47
STRUKTUR NEGARA ISLAM
MU’AWIN TANFIZ

Wuzarah Tanfiz – adalah Pembantu Khalifah dalam bidang pentadbiran dan


operasional. Ia juga merupakan protokol yang bertanggungjawab sebagai
penghubung antara khalifah atau muawin tafwidh dan rakyat.

Pembantu Khalifah dalam melaksanakan pelbagai tugas tetapi ia bukan


yang mengatur dan menjalankannya tetapi ia merupakan pelaksana kepada
arahan khalifah – wakil operasi – antara khalifah dan pihak lain.
Mengurus bidang teknikal bukannya pemerintahan yang membantu
melaksanakan urusan tetapi bukan pengendali. Ia tidak boleh mengangkat
seseorang wali ataupun amil.
Urusan yang melibatkan wuzarah Tanfiz – pentadbiran negara, ketenteraan,
rakyat dan urusan kenegaraan.

Adnan Yusoff (c)

48
STRUKTUR NEGARA ISLAM

3. AMIRUL JIHAD

AMIRUL JIHAD

KEAMANAN DLM
LUAR NEGARA KETENTERAAN PERINDUSTRIAN
NEGERI

Adnan Yusoff (c)

49
STRUKTUR NEGARA ISLAM

AMIRUL JIHAD.
Ialah orang dilantik Khalifah untuk menjadi ketua dalam hal yang berkaitan
dengan depatmen berikut :
i. Hubungan luar negara,
ii. Ketenteraan,
iii. Keamanan dalam negeri,
iv. Perindustrian
Keempat sektor ini adalah merupakan tugas yang berkaitan secara langsung
dengan Jihad dan penentuan kepada .

Pada zaman Rasulullah Amirul Jihad adalah terletak secara langsung di


bawah baginda demikian juga pada zaman Khulafa al-Rashidin
Adnan Yusoff (c)

50
STRUKTUR NEGARA ISLAM
4. WALI

Adalah orang yang diangkat oleh khalifah untuk menjawat


jawatan pemerintah (hakim) bagi suatu wilayah/daerah yang
tertentu dalam negara Islam.

wali berkuasa dalam bidang pemerintahan sebagai wakil kepada


khalifah dan ia dilantik oleh Khalifah secara langsung. Ia
bertanggungjawab melaksnakan urusan pemerintahan.
Penamatan tugas wali juga adalah ditentukan oleh khalifah.

Adnan Yusoff (c)

51
STRUKTUR NEGARA ISLAM
5. QADHI

QADHI

QADHI HISBAH QADHI MAZALIM

S
Adnan Yusoff (c)

52
STRUKTUR NEGARA ISLAM
AL-QADHA’

Adalah lembaga keadilan yang bertugas untuk menyampaikan keputusan


hukum yang muktamad. Ia berfungsi sebagai :
i. Menyelesaikan persilisihan antara anggota masyarakat.
ii. Menyelesaikan perselisihan antara pemerintah dan rakyat.
(Mahkamah Mazalim).

Qadhi/Hakim terbahagi kepada 3 kategori iaitu :


Pertama : Hakim Umum – yang mengurus dan menyelesaikan urusan
persengketaan dikalangan masyarakat berkaitan muamalah atau jenayah.
Kedua : Hakim Hisbah/Muhtasib – menguruskan penyelewengan hak
negara dan rakyat. (Omar - al-Syifa – Qadhi Hisbah –hakim pasar)
Ketiga : Hakim Mazalim – Bertanggungjawab menyelesaikan
pertelingkahan antara rakyat dan pemerintah
Adnan Yusoff (c)

53
STRUKTUR NEGARA ISLAM
6. MAJELIS UMMAH

MAJELIS UMMAH

KEANGGOTAAN KEKUASAAN SYURA

Adnan Yusoff (c)

54
STRUKTUR NEGARA ISLAM
Majlis Ummat adalah terdiri daripada mereka yang mewakili aspirasi rakyat
berhadapan dengan Khalifah. Mereka bertanggungjawab mewakili ummat dalam
melakukan Muhasabah (kontrol dan koreksi) terhadap pegawai, pengurusan dan
pentadbiran pemerintah (hukkam).

Pada Zaman Rasulullah terdapat seramai 14 orang pemimpin yang mewakili kaum
ansar dan Muhajirin. Pada masa Abu Bakr jawatan ini dipegang oleh para ketua
kaum dan mufti spt Omar al-Khattab, Othman, Ali, Abdul Rahman bin Auf, Muaz
bin Jabal, Ubay bin Kaab, Zaid bin Thabit dll.

Dalam Majelis ini juga ia boleh diwakili oleh golongan yang non Muslim bagi
menjaga kepentingan dan hak mereka.
Pemilihan anggota Majelis ini adalah melalui pemilihan umum bukan melalui
perlantikan oleh pihak pemerintah kerana mereka adalah mewakili rakyat –
bertujuan menyampaikan hasrat rakyat.

Adnan Yusoff (c)

55
TAMMAT

Adnan Yusoff (c)

56

Anda mungkin juga menyukai