Anda di halaman 1dari 52

BAB TIGA : Kenegaraan Islam

Kandungan Tiga:

3.1 Konsep Negara Islam


3.2 Sistem Politik & Pemerintahan
3.3 Sistem Perundangan
3.4 Sistem Ekonomi
3.5 Kesimpulan

IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam


3.1 Konsep Negara Islam

 Islam adalah satu cara hidup yang lengkap merangkumi seluruh aspek
kehidupan manusia

 Meliputi segenap sistem pengurusan, politik, kenegaraan, kewangan dan


pentadbiran kemanusiaan.

 Untuk melaksanakan cara hidup ini, ia memerlukan satu organisasi masyarakat


yang tersusun berdasarkan kepada ajaran yang telah ditentukan oleh Allah
dan RasulNya.

 Tanggapan salah yang seringkali diperkatakan adalah Islam hanyalah sebuah


agama yang berkait tentang soal ibadah dan ketaatan semata

 Asas kepada tuntutan pembinaan negara Islam berdasarkan firman Allah Taala
bermaksud:

"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan
memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta
memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta
melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan
(ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.“
(Surah Al Hajj : 41)2
PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Konsep Negara Islam

3
 Secara umumnya konsep negara Islam adalah berteraskan;

 Al-Uluhiyyah
iaitu menjadikan keesaan dan keagungan Allah sebagai matlamat politik.
Sayyid Qutb berkata " politik adalah tasawwur rabbani datang daripada
Allah. Ia mempunyai pelbagai keistimewaan yang tersendiri".

 Al-Risalah
iaitu tanggungjawab politik yang berkesinambungan kepada praktikal
para nabi-nabi sebelum ini. Setiap para nabi selain daripada rasul, juga
bertindak selaku pemerintah dan penggiat sosial dalam usaha membawa
risalah mereka

 Al-Khilafah
iaitu pundak tanggungjawab politik terletak pada manusia yang bergelar
khalifah bermula daripada Nabi Adam AS sehinggalah zaman ini. Manusia
tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab memakmurkan alam
dengan nilai-nilai Islam

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Definisi Negara Menurut Barat

Negara adalah suatu wilayah di permukaan bumi yang kekuasaannya baik


politik, ketenteraan, ekonomi, sosial mahupun budayanya diatur oleh
pemerintahan yang berada di wilayah tersebut.

Negara juga merupakan suatu wilayah yang memiliki suatu sistem atau aturan
yang berlaku bagi semua individu di wilayah tersebut, dan berdiri secara
merdeka

Aristotle menyatakan Negara adalah: perpaduan beberapa keluarga


mencakupi beberapa desa, hingga pada akhirnya dapat berdiri sendiri
sepenuhnya, dengan tujuan kesenangan dan kehormatan bersama.

Phillimore menyatakan Negara adalah: orang yang mendiami suatu wilayah


tertentu secara menetap, dikawal dengan hukum- hukum kebersamaan,
kebiasaan dan adat- istiadat didalam satu kebijaksanaan.

Gettell menegaskan Negara adalah: Sebuah komuniti secara tetap mendiami


wilayah tertentu, menuntut dengan sah kemerdekaan diri dari luar dan
mempunyai sebuah organisasi pemerintahan, dengan menciptakan dan
menjalankan hukum secara menyeluruh didalam lingkungan
5
3.1.1 Definisi Negara Islam

 Para sarjana Islam telah memberikan pandangan yang pelbagai dalam


memperkatakan mengenai maksud negara Islam:

 Muhammad Hassan al-Syaibani:


“Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang
Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”

 Muhammad Abu Zuhrah;


“Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan
orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara
sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”

 Abu Yusuf;
“Negara yang mengamalkan hukum-hukum Islam dengan nyatanya
sekalipun kebanyakan penduduknya terdiri daripada “non-muslim”

 Dr. Abdul Karim Zaydan;


“Negara Islam adalah negara di mana orang Islam memegang tampok
pemerintahan.”

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Berdasarkan kepada definisi, dapat difahami;

 Negara Islam diertikan sebagai sebuah organisasi yang terdapat di dalamnya


wilayah, penduduk, undang-undang dan kedaulatan yang menjadi teras
utama memacu kepada ajaran Islam.

 Merujuk kepada sebuah organisasi besar yang diperintah atau dikuasai oleh
orang Islam berlandaskan kepada syariat Islam dengan wujudnya jaminan
keselamatan, keamanan dan keharmonian sosial terhadap seluruh masyarakat
yang bernaung di bawah penguasaannya.

 Che Bakar et. al (2007) merumuskan bahawa negara Islam boleh dikenalpasti
berdasarkan beberapa asas utama yang wujud di dalamnya;

1. Negara yang tunduk dan akur di bawah kuasa Islam dan orang Islam
sebagai ketua pemerintah
2. Tanah air orang Islam adalah sah sebagai negara Islam
3. Negara yang aman dan bebas didirikan syiar Islam di dalamnya

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Struktur Kenegaraan Islam

8
Struktur Kenegaraan Islam

1. Khalifah; Ketua atau pemerintah tertinggi dalam kerajaan, di bawahnya wujud


jentera kerajaan/kementerian (wizarah) dan agensi-agensinya yang
menyokong pemerintahan tersebut. Kuasa khalifah/imamah tidak mutlak.
Ianya didefinisikan sebagai amanah yang diberikan untuk menegakkan
pemerintahan berasaskan syariat Islam.

2. Legislatif; Badan perundangan, menyediakan segala dasar dan perundangan


berpandukan al-Qur’an yang akan digunapakai di dalam menja-lankan
pemerintahan dan pentadbiran negara

3. Jurisdiktif; Badan kehakiman (qadhi). Badan ini mengendalikan perselisihan


atau pertelingkahan selain berfungsi menegakkan keadilan dan pembelaan
hak yang menjadi teras kepada keharmonian dan kesejahteraan
negara.Pengadilan yang dijalankan adalah berpandukan syari`at.

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Prinsip Kenegaraan Islam

10
Hak & Tanggungjawab Pemerintah Terhadap Rakyat

Melaksanakan Syariat Islam


Menjadi hak dan tanggungjawab pemerintah untuk melaksanakan syariat Islam di
dalam pemerintahannya bagi memberi keadilan dan kesaksamaan terhadap
rakyat yang dipimpin tanpa mengira apa jua anutan kepercayaan mereka.

Menjaga Keselamatan & Keamanan


Keselamatan merupakan tonggak utama bagi merealisasi keharmonian dan
keamanan rakyat. Pemerintah wajib mempertahankan keselamatan dan
keharmonian rakyatnya meliputi nyawa, harta, kehormatan dan seumpamanya
tanpa prejudis kepada mana-mana pihak.

Menunaikan Hak Rakyat


kebebasan bersuara, pendidikan, menyuarakan pandangan, ekonomi merupakan
antara hak rakyat yang perlu dijaga dan dipelihara bagi mewujudkan
keharmonian dan keamanan negara

Menasihati Rakyat
Menasihati ke arah kebenaran merupakan hak dan tanggungjawab pemerintah
yang sentiasa mahukan kebaikan untuk rakyatnya. Tugas pemerintah adalah
memastikan rakyat di bawah naungannya menjadi rakyat yang patuh pada
agama dan undang-undang. 11
Hak & Tanggungjawab Rakyat Terhadap Pemerintah

Ikhlas dan Doa


Kewajipan yang pertama sekali ke atas rakyat adalah ikhlas kepada para
pemerintah, kasihkan mereka dan menginginkan kebaikan kepada mereka
serta membenci segala yang memburukkan mereka

Penghormatan dan Kemuliaan


Nabi Muhammad telah mewajibkan ke atas umatnya menghormati dan
memuliakan para pemimpin. Pada waktu yang sama Baginda melarang mencaci
mereka dan menyebut kekurangan mereka dan kelemahan mereka kerana
demikian itu menyebabkan berlakunya kebencian rakyat kepada mereka.

Patuh dan Taat


Berusahalah mentaati pemimpin zahir dan batin, pada setiap yang diperintahkan
dengannya dan yang ditegahnya kecuali yang berupa maksiat.

Nasihat dan penilaian


Para pemerintah bukanlah maksum, tindakan mereka mungkin betul atau tidak
dan mereka masih memerlukan nasihat orang yang ikhlas dan tunjuk ajar
daripada orang yang bertakwa. Menasihati mereka berpandukan syariah adalah
petunjuk daripada agama dan petunjuk generasi salaf yang berkehendakkan
kepada ikhlas berdiplomasi, lunak, lemah lembut, bijaksana supaya hasilnya
12
terlaksana.
Elemen Negara Islam

13
3.1.2 Elemen Negara Islam

 Rakyat
Rakyat merupakan aset dan tunjang keberadaan sesebuah negara.

Rakyat yang dimaksudkan adalah warganegara yang patuh dan taat kepada
pemerintah yang menjalankan pemerintahan berlandaskan syariat Islam
secara menyeluruh.

jaminan yang diberikan oleh undang-undang terhadap pemeliharaan dan


pengiktirafan terhadap hak-hak rakyat dalam negara yang biasa dinyatakan
sebagai hak asasi manusia.

Perbezaan warna kulit, bangsa, agama dan ras bukanlah menjadi titik
penghalang dalam melaksanakan keadilan terhadap rakyat yang bernaung
di bawah pemerintahan dalam sesebuah negara

Rakyat terbahagi kepada dua;

 Penduduk, iaitu mereka yang tinggal atau menetap di dalam suatu


wilayah negara. Mereka disebut penduduk karena orang-orang tersebut
lahir secara turun-temurun, berkembang biak di dalam suatu negara
tertentu.
14

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
sambungan…

 Bukan penduduk, iaitu mereka yang berada di dalam suatu wilayah


negara hanya untuk sementara waktu. Misalnya para pelancong, pelajar
asing dan orang asing yang bekerja dalam suatu negara tertentu

Semua rakyat dalam apa jua ketegori berhak mendapat jaminan keamanan
dan keselamatan selama mana mereka berada di dalam wilayah kekuasaan
Islam.

Pemerintah yang baik dan adil adalah pemerintah yang melaksanaan


amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah yang memberikan hak-
hak rakyatnya dengan penuh amanah adil dan saksama berlandaskan syariat
Allah Taala. Apabila hak rakyat terbela, proses ke arah pembentukan negara
Islam yang aman, makmur dan sejahtera akan mudah dicapai serta
dilaksanakan.

15

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
 Wilayah/Daerah Negara

Wilayah sesebuah negara merupakan tempat tinggal rakyat dan tempat


berlangsungnya pemerintahan yang berdaulat.

Ia meliputi daratan, lautan dan udara. Daratan adalah wilayah di permukaan


bumi dengan batas-batas tertentu. Lautan merupakan perairan yang berupa
samudera, laut, selat, tasik dan sungai. Sedangkan udara meliputi wilayah
yang berada di permukaan bumi di atas wilayah darat dan laut.

Kesemuanya yang terkandung di dalam maksud wilayah wajib dipertahankan


oleh pemerintah dan rakyat yang hidup di dalam sesebuah negara.

Justeru, pencerobohan dan pelanggaran hak wilayah dalam sesebuah negara


merupakan suatu kesalahan dan kezaliman yang wajib dicegah. Manakala
penduduk dan rakyat di dalam wilayah tersebut wajib bangun
mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran wilayah yang diduduki
dengan apa cara sekalipun.

16

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
 Kedaulatan

Kedaulatan dirujuk kepada maksud kekuasaan atau pemerintahan. Berdaulat


bererti mempunyai kekuasaan penuh (kekuasaan tertinggi) untuk mengatur
suatu pemerintahan. Dengan demikian Negara yang berdaulat adalah suatu
negara yang telah mendapatkan kekuasaan penuh untuk mengatur
pemerintahannya.

Kedaulatan negara adalah sesuatu yang perlu dipelihara dan dikekalkan serta
ianya tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak dari negara lain.
Kedaulatan boleh dipertahankan dengan penguatkuasaan undang-undang
yang bertujuan memelihara, melindungi dan menjaga kepentingan-
kepentingan negara seperti keamanan, keselamatan, persempadanan, sistem
ekonomi dan sebagainya.

Dalam konteks pemerintahan Islam, agama Islam didaulatkan serta al-Quran


dijadikan sebagai perlembagaan lengkap yang mentadbir keseluruhan
perjalanan sesebuah negara.

17

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
 Pemerintah

Pemerintah yang berdaulat iaitu pemerintah yang mempunyai kekuasaan


tertinggi yang dihormati dan ditaati oleh rakyat dalam Negara itu mahupun
negara-negara lain.

Tugas utama pemerintah Islam ialah bertindak sebagai khalifah Allah di bumi
dengan menguruskan segala urusan sosial, politik dan ekonomi dalam negara
berkenaan berdasarkan kepada syariah supaya aqidah Islam yang kuat
sentiasa dapat dipertahankan

Khalifah atau ketua negara itu akan bertanggungjawab membentuk satu


sistem pemerintahan supaya menjaga kebajikan kerohanian dan kebajikan
kebendaan rakyatnya. Manakala tugas setiap rakyat adalah untuk mematuhi
pemerintah.

Pemilihan pemimpin perlulah meraikan perkara-perkara dasar yang


menjadikan seseorang itu layak diangkat menjadi pemimpin atau pemerintah
seperti seorang yang beragama Islam, bijaksana, berilmu, berakhlak dan
sebagainya.

18

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Negara Islam Madinah

 Nama asal ialah ‘Yathrib’ & ‘Tayyiibah’ - ditukar menjadi Madinah setelah
menerima penghijrahan Nabi Muhammad dan pengikutnya dari Mekah

 Madinah asalnya bukan penempatan yang aman, sering berlaku


pertelingkahan kaum khususnya Arab dan Yahudi yang masing-masing ada
puak dan kabilah tersendiri seperti Aus dan Khazraj yang mempunyai anutan
tersendiri.

 Kedatangan Nabi Muhammad membawa Islam telah menyatukan penduduk


pelbagai kaum dan agama di bawah naungan sebuah ‘negara Islam
Madinah’.

 Madinah juga negara berperlembagaan bertulis pertama di dunia, sekalipun


telah wujud banyak negara sebelumnya.

19

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Negara Islam Madinah

 Madinah turut mempunyai pelbagai sistem yang berteraskan kepada


Perlembagaan Madinah seperti :

a. Sistem politik – Merangkumi konsep khalifah, amanah, kuasa, hak Allah,


dan jaminan lima matlamat syari`at tercapai

b. Sistem ekonomi – Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.


Menekankan keadilan sosial, menghindar penindasan dan kezaliman,
penghapusan riba dan konsep amanah harta hak Allah.

c. Sistem sosial – Menekankan aspek ukhuwwah, kekeluargaan, kejiranan,


hubungan dengan bukan Islam, hubungan antara golongan tua dan
muda, pendidikan seni, budaya dan pendidikan.

20

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
3.2 Politik dan Pemerintahan

 Islam merupakan agama yang paling kaya dengan pemikiran politik.


Pemikiran politik Islam bermula dari masalah etika politik, falsafah politik,
agama, hukum, hingga tatacara kenegaraan. Tapi keragaman khazanah
pemikiran politik Islam itu boleh dikatakan bermula pada pemikiran tentang
hubungan agama dan negara.

 Politik Islam atau dikenali dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah
Islamiyyah atau juga dikenal dengan istilah siyasah syar’iyyah. Siasah
syar’iyyah merupakan perkataan Arab yang terdiri daripada dua perkataan
iaitu Siasah dan Syar’iyyah yang mana perkataan kedua merupakan sifat
kepada yang pertama.

 Ibn-Qayyim Al-Jauziyyah menyebutkan tentang pembahagian secara umum


dalam Siasah (politik) iaitu dengan mengatakan bahawa Siasah (politik)
terbahagi kepada dua; pertama: Siasah yang berasaskan keadilan yang
merupakan sebahagian daripada Syariat Islam dan yang kedua merupakan
siasah yang berasaskan kezaliman yang perlu dijauhkan serta diharamkan oleh
syara’ ke atasnya.

21

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Matlamat Politik Dalam Islam

 Menegak dan Menyebar Agama Islam


Matlamat politik Islam antaranya adalah untuk menegak dan menyebarkan
risalah Islam di atas muka bumi ini dengan menggunakan pelbagai cara yang
dibenarkan dan dengan kadar yang termampu

 Merealisasikan Konsep Penghambaan Kepada Allah


Seluruh makhluk di bumi dan di langit adalah tertakluk di bawah kekuasaan
Allah Taala. Matlamat perundangan Islam paling utama adalah memastikan
seluruh manusia tunduk sebagai hamba kepada Allah Taala dan mengakui
keagungan dan keesaan-Nya.

 Menjamin & Memelihara Kesejahteraan Manusia


Tujuan tertinggi perundangan Islam adalah untuk menjamin dan memelihara
kesejahteraan hidup manusia yang meliputi perkara-perkara berikut:

a. Akidah/Agama
b. Nyawa
c. Akal
d. Harta
e. Maruah dan Keturunan

22

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
3.2.1 Institusi Khalifah

 Perkataan khalifah berasal dari istilah Arab yang bermakna "pengganti". Istilah
khulafa ialah kata jamak bagi khalifah. Oleh itu, "khalifah" ialah seseorang
yang dilantik oleh masyarakat Islam untuk menggantikan tugas-tugas
kepimpinan yang dijalankan oleh Nabi Muhammad.

 Khilafah pula ialah institusi atau jawatan yang menjalankan urusan


pemerintahan dan pentadbiran di dalam semua bidang untuk menggantikan
Nabi Muhammad. Institusi ini dianggap bermula serentak dengan perlantikan
Saidina Abu Bakar sebagai pengganti Nabi Muhammad sebagai ketua negara
Islam yang baru.

 Al-Dahlawi berkata: “Al-Khalifah: Ialah kepimpinan tertinggi yang


bertanggungjawab menegakkan agama dengan menghidupkan ilmu-ilmu
agama, menegakkan rukun-rukun Islam, melaksanakan jihad dan segala yang
berkaitan dengannya seperti menyusun tentera, menyediakan segala
keperluan untuk peperangan, membahagikan al-fai’, melaksanakan tugas
kehakiman, melaksanakan hudud, menghilangkan kezaliman melaksanakan
amar ma’ruf dan nahi munkar sebagai menggantikan tugas Nabi(s.a.w.).”

23

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Ciri-Ciri Khalifah

 Perlantikan khalifah adalah melalui sistem syura. Ciri-ciri utama bagi pelantikan
khalifah adalah seperti berikut;

1. Seseorang itu mesti yang merdeka, iaitu bukan hamba abdi dan mesti
beragama Islam

2. Mempunyai ilmu agama Islam yang lengkap yang membolehkannya


melakukan ijtihad ke atas masalah yang berlaku dalam urusan kehidupan
dan juga mengenai hukum-hukum perundangan Islam

3. Adil iaitu istiqamah dalam akhlak Islam. Semua tingkah laku baik,
menjauhkan maksiat, baik dari segi syarak atau akidah

4. mempunyai kemampuan untuk melaksanakan undang-undang

5. Pancaidera serta anggota badannya tidak cacat

6. Luas pengalaman dan bijak dalam pentadbiran

7. Berani dan berwibawa dalam mempertahankan kedudukan ummah dan


agama terutamanya dalam soal jihad
24

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Khulafa al-Rasyidin

 Dipimpin oleh empat orang Khalifah yang dilantik secara syura dan pusat
pemerintahan berlangsung di Madinah:

1. Abu Bakar al-Siddiq


2. Umar ibn al-Khattab
3. Uthman bin Affan
4. Ali bin Abi Talib

 Pemerintahan zaman Abu Bakar al-Siddiq telah berjaya menghentikan


pemberontakan golongan murtad yang enggan membayar zakat. Di zaman
beliau juga al-Quran dikumpulkan dan penerusan polisi zaman Nabi
Muhammad dengan menghantar tentera Islam ke Syria di bawah pimpinan
Usamah bin Zaid.

 Pemerintahan Umar ibn al-Khattab telah menyaksikan pembaharuan secara


agresif dalam bidang pentadbiran antaranya; pengasingan kuasa,
penubuhan baitulmal, pembangunan tanah, penubuhan jabatan-jabatan
(diwan), penstrukturan sistem ketenteraan dan memperkenalkan taqwim Islam.
Beliau juga bertanggungjawab memperluaskan kuasa politik Islam hingga ke
Syam, Mesir dan Parsi (Iran).

25

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Sambungan…

 Pemerintahan zaman Uthman bin Affan telah melakukan penyatuan dan


pembukuan al-Quran selain menubuhkan armada laut bagi pasukan tentera
Islam. Di zaman pemerintahan beliau juga berlaku perluasan kekuasaan politik
hingga ke Cyprus dan bertanggungjawab menghapuskan gerakan
pemberontakan di wilayah Khurasan, Iskandariyyah dan Azerbaijan.

 Khalifah Ali bin Abi Talib memegang tampuk pemerintahan setelah khalifah
Uthman bin Affan mati dibunuh puak pemberontak. Di zaman beliau perluasan
wilayah Islam terhenti ekoran pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan dan
negara berada dalam kekacauan. Seterusnya beliau telah memindahkan
pusat pemerintahannya ke Kufah di Iraq. Kesan daripada kekacauan telah
menyebabkan berlakunya peperangan saudara seperti peperangan Siffin dan
peperangan jamal (unta). Di zaman beliau juga muncul mazhab-mazhab
politik yang banyak antaranya syiah dan khawarij.

26

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Pemerintahan Khalifah Setelah Khulafa al-Rasyidin

1. Kerajaan Umawiyyah

2. Kerajaan Abbasiyyah

3. Kerajaan Uthmaniyyah

27
Kerajaan Umawiyyah

 Diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 41H/661M hingga tahun
132H/750M setelah al-Hasan bin Ali menyerahkan tampuk pemerintahan
khalifah kepadanya demi menyatukan umat Islam yang berpecah pada ketika
itu.

 Pusat pemerintahan terletak di Damsyik, Syria. Manakala pemerintahan Bani


Umayyah di Sepanyol telah diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil( Abdul
Rahman 1) tahun 756M hingga 1031M dan berpusat di Cordova.

 Bermulanya era pemerintahan secara pewarisan setelah Muawiyyah melantik


anaknya Yazid sebagai pengganti khalifah setelahnya.

 Antara sumbangannya:

a. Pembangunan bandar
b. Pemantapan sistem ketenteraan
c. Perkembangan bidang pendidikan sains dan teknologi
d. Perkembangan senibina

28

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Kerajaan Abbasiyyah

 Diasaskan pada tahun 132H bersamaan 750M oleh Abdullah bin Muhammad
bin Ali bin Abdullah bin al-Abbas. Menjadikan Baghdad di Iraq sebagai pusat
pemerintahannya.

 Mencapai puncak kegemilangan (the golden age) sewaktu pemerintahan


Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Khalifah Harun al-Rasyid dan Khlaifah al-
Makmun

 Antara sumbangannya adalah;

a. Perkembangan dalam bidang keilmuan dan falsafah


b. Penuguhan Baitul Hikmah yang berperanan sebagai pusat terjemahan,
perpustakaan dan pengumpulan manuskrip
c. Pembinaan institusi dan pusat pengajian tinggi
d. Penubuhan institusi al-wizarah dan penghapusan diskriminasi etnik dalam
pentadbiran
e. Pembinaan bandar dan perkembangan ekonomi

29

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Kerajaan Uthmaniyyah Turki

 Diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah di Barat Laut Anatolia
pada awal abad ke 14M. Ianya muncul selepas dunia Islam diserang Tentera
Monggol pada awal abad ke 13M

 Pemerintahannya berlangsung selama 6 abad (600 tahun) merangkumi


Anatolia, Semenanjung Balkan, tanah Arab, Afrika Utara, Semenanjung Arab,
Caucasus dan kepulauan di Lautan Mediterranean.

 Mencapai zaman kemuncak kegemilangan dalam era pemerintahan;

1. Sultan Bayazid II b. Mehmet II.


2. Sultan Selim I b. Bayazid II.
3. Sultan Suleyman al-Qanuni b. Selim I

 Antara sumbangannya;

a. perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, penerbitan, dan


penterjemahan serta kebudayaan
b. Perkembangan senibina yang berpengaruh seperti Masjid Sultan Ahmad
(Masjid Biru)di Istanbul, Masjid Sultan Salim dan Masjid Sultan Suleiman
c. Pembinaan landasan keretapi Hijaz pada masa pemerintahan Sultan
Abdul Hamid II. 30

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
3.2.2 Bidang Kuasa

 Bidangkuasa khalifah dalam siyasah syar`iyyah, diistilahkan oleh ulama sebagai


tanggungjawab wilayah al-Ammah, ianya merangkumi segala bidang yang
dapat mencapai kerahmatan hidup untuk manusia di dunia dan akhirat.

 Bidang pelaksanaan siyasah syar`iyyah merangkumi keseluruhan tuntutan


Islam yang syamil dan kamil;

 Bermula daripada membentuk masyarakat dengan acuan Islam, mendidik


keluarga-keluarga Islam dengan akhlak Islam, menyusun dasar dan sistem
kemasyarakatan dengan sistem-sistem Islam, membentuk dasar-dasar negara
dan sistemnya dalam pelbagai bidang; sistem pemerintahan, dasar
pendidikan, dasar ekonomi, dasar kebudayaan, sistem kehakiman, dasar luar
negara dan sebagainya dengan asas-asas Islam.

 Keselamatan hidup di akhirat hanya tercapai sekirannya manusia beriman


kepada Allah dan melaksanakan seluruh tanggungjawab yang ditaklifkan
kepada khalifah. Begitu juga kedamaian hidup di dunia dan keadilan sesama
manusia tidak akan tercapai melainkan dengan melaksanakan segala
perintah Allah kepada manusia.

31

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
3.2.2 Bidang Kuasa

 Bidang Kuasa khalifah antaranya;

 Khalifah mempunyai kuasa untuk menguruskan soal-soal agama dan


perundangan Islam dalam sesebuah masyarakat Islam

 Khalifah juga bertanggungjawab mempertahankan negara dari kuasa-


kuasa luar dan menjamin keselamatan negara dan umat Islam dari
sebarang ancaman luar dan dalam negara

 Bertanggungjawab menguruskan hal-ehwal kewangan negara iaitu


menyusun urusan percukaian sama ada dari segi pungutan dan
pengagihan

 Dalam bidang pentadbiran, khalifah bertanggungjawab melantik atau


melucutkan jawatan pegawai dalam pentadbiran negara

32

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
3.3 Perundangan Islam
Kerangka (World-view)Islam

33

PAL Dalam Negara Islam IDA 202: Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam
Sumber
Perundangan
Islam

Lain-Lain
Al-Quran Sumber

As-Sunnah Al-Qiyas

Al-Ijma’

34
Pengertian Perundangan Islam
(Syariah Islamiyyah)

 Pengertian Umum:
◦ Seluruh ajaran Islam (syariat)
 Pengertian Khusus:
◦ Undang-undang yang merangkumi undang-
undang jenayah dalam Islam

*Di Malaysia terdapat perbezaan bidang kuasa


antara undang-undang Syariah dan undang-
undang sivil
*Undang-undang syariah pula hanya terbatas
dalam ruanglingkup undang-undang keluarga.
35
Pengertian Perundangan Islam (samb…)

 Pengertian dari sudut bahasa: aliran (al-mazhab)


dan jalan yang lurus (at-Tariiqah al-
Mustaqiimah) atau sumber air minuman
(syir’atul-maa’) atau mencipta, menjelas dan
menerang jalan-jalan (Syara-’a).

 Pengertian dari sudut istilah: hukum-hukum


yang disyara’kan oleh Allah swt untuk
hambaNya, sama ada yang berkaitan dengan
aqidah, ibadat, akhlak, mu’amalat dan sistem-
sistem hidup dalam pelbagai aspek demi
kebahagian mereka di dunia dan akhirat.
Pembahagian
Undang-undang Islam

Hudud Ta’zir

Qisas
Undang-undang Hudud

 Pengertian:
◦ Bahasa: pencegahan. Istilah: hukuman yang
telah ditentukan oleh syara’ berdasarkan Al-
Qur’an dan As-Sunnah bagi menjaga hak Allah
swt.

 Skop undang-undang Hudud:


◦ Zina dan homoseksualiti
◦ Qazaf (menuduh perempuan berzina)
◦ Minum arak
◦ Curi
◦ Rompak
◦ Lari dari medan perang
◦ Memberontak terhadap negara Islam yang sah
o Berzina : iaitu melakukan persetubuhan haram/tanpa nikah
yang sah mengikut hukum syara`. Hukuman bagi penzina
yang belum berkahwin ialah sebat 100 kali. Manakala bagi
penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga
mati.
o Qazaf (menuduh orang berzina) : iaitu membuat tuduhan
zina ke atas orang yang tidak bersalah atau menafikan
keturunannya serta tuduhannya tidak dapat dibuktikan
dengan empat orang saksi yang adil menurut perspektif
Islam. Hukuman bagi kesalahan ini adalah sebat 80 kali.
o Minum arak : iaitu meminum minuman yang memabukkan,
sama ada sedikit atau banyak. Hukuman bagi kesalahan ini
adalah sebat 40 kali.
o Mencuri : iaitu mengambil atau memindahkan harta orang
lain secara senyap atau sembunyi tanpa persetujuan
pemilikya. Hukuman bagi kesalahan ini adalah di potong
tangannya.
o Hirabah (merompak) : iatu mengambil harta orang lain
dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan
ancaman. Hukuman bagi kesalahan jenis ini bergantung pada
niat dan situasi yang berlaku. Sekiranya melibatkan
pembunuhan, maka hukum balas bunuh akan dijatuhkan.
Jika hanya merompak sahaja, maka tangan dan kakinya
secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri akan
dipotong. Jika hanya menganggu ketenteraman awam
hanyalah dipenjarakan.
o Riddah (murtad) : iaitu orang yang keluar dari agama Islam,
sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan.
Hukuman bagi kesalahan ini adalah di bunuh. Namun
sebelum hukuman dijatuhkan, pesalah perlu diberi nasihat
dan tempoh untuk bertaubat sebanyak 3 kali.
o Bughat (penderhaka) : iaitu segolongan umat Islam yang
melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang
menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.
Samb…

 Hikmah perlaksanaannya:
◦ Menghalang jenayah yang menyebabkan
kerosakan kepada masyarakat.negara
berleluasa.
◦ Tanda kepatuhan kepada perintah Allah swt
◦ Mewujudkan masyarakat dan negara yang
aman damai.
Undang-undang Qisas

 Pengertian:
◦ Bahasa: mengikut. Istilah: Hukuman yang
telah ditentukan oleh syara’ berdasarkan nas-
nas Al-Qur’an dan As-Sunnah bagi menjaga
hak individu.

 Skop jenayah Qisas:


◦ Bunuh
◦ Mencederakan anggota
Skop Jenayah Qisas
 Membunuh orang lain dengan sengaja.

Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan


hukuman balas bunuh. Firman Allah SWT dalam suarah al-Baqarah
ayat 178 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan


hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-
orang yang mati dibunuh."

Bagi jenayah membunuh dengan sengaja (membunuh dengan niat),


terdapat dua jenis hukuman iaitu qisas atau pun diat. Diat hanya
boleh dilaksanakan jika waris si mati bersetuju untuk menerima
diat. Jika tidak, hukuman qisas akan dikenakan. Manakala bagi
pembunuhan tanpa niat pula, tidak boleh dijatuhkan
hukuman qisas dan hanya dikenakan diat sahaja. Kesemua
jenis jenayah pembunuhan, pembunuh hanya boleh diberi
pengampunan oleh waris si mati sahaja kerana pemerintah
negara tidak berkuasa dalam soal pengampunan.
Sambung…

 Menghilangkan, mencederakan atau melukakan salah satu


anggota badan orang lain dengan sengaja.

Manakala bagi kesalahan menghilangkan, mencederakan atau


melukakan salah satu anggota badan orang lain wajib dibalas
dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka
seseorang itu atau mengikut jenis anggota badan yang terlibat.
Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 45 yang
bermaksud:

"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu,
bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan
mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas
dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga
hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan
hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan
sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
Sambung…

Diat
Diat merupakan denda yang wajib dibayar oleh penjenayah
kepada waris mangsa untuk menggantikan hukuman qisas yang
perlu dijalani disebabkan oleh jenayah yang dilakukan. Kadar
diat adalah dikira mengikut harta yang senilai dengan nilai 100
ekor unta pada masa tersebut. Di antara contoh-contoh harta
yang boleh digunakan sebagai diat ialah wang emas, wang
perak, lembu, kambing dan wang yang diiktiraf atau digunapakai
oleh sesebuah negara sebagai pertukaran dalam pentadbiran
ekonomi negara. Di antara kesalahan-kesalahan yang wajib
dikenakan hukuman diat ialah; pembunuhan yang disengajakan dan
pembunuhan yang tidak disengajakan. Firman Allah SWT dalam suarah
al-Baqarah ayat 178 yang bermaksud:
"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari
saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang
mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti
nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti
nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu
keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah
itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula)
maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
Hikmah
◦ Supaya setiap individu mendapat keadilan
yang sewajarnya.
◦ Mencegah dari pencerobohan kepada hak-hak
individu.
◦ Memadamkan api dendam keluarga yang
teraniaya.
Undang-undang Ta’zir

 Pengertian:
◦ Bahasa:Menolak atau
menghalang.Istilah:hukuman-hukuman yang
tidak ditentukan oleh syara’ dan tidak
termasuk dalam hudud dan qisas.

 Skop undang-undang Ta’zir:


◦ Amat luas; selain hukuman hudud & qisas
Di antara kesalahan-kesalahan yang
termasuk di bawah kategori ta’zir
 Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang
tidak cukup bukti untuk membolehkan
pesalah dikenakan hukuman hudud atau
qisas yang sebenar.

 Perbuatan yang boleh mengganggu


ketenteraman awam seperti mengedar
dadah, berjudi, mengamalkan rasuah,
mengumpat dan menipu serta lain-lain lagi.
Hukuman bagi kesalahan ta’zir adalah
berbentuk
• Bunuh: Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh
syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.

• Sebat: Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan


jumlah sebatan yang tertentu.

• Penjara: Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu.

• Buang daerah atau pemulauan: Hukuman ini dikenakan agar


penjenayah berasa tertekan dan mengalami kesusahan
akibat terpisah dari kaum keluarga dan masyarakat.

• Ancaman: Supaya pesalah takut untuk melakukan kesalahan


kerana mengetahui akibat yang terpaksa ditanggung jika
disabitkan bersalah.

• Teguran: Teguran yang dilakukan oleh hakim secara rasmi.

• Nasihat: Hukuman ini hanya untuk kesalahan kecil bagi kali


pertama ia dilakukan agar pesalah tidak mengulangi kembali
perbuatan tersebut pada masa akan datang.
sambung

Hikmah perlaksanaannya:

Keadilan dapat ditegakkan dalam semua


aspek kehidupan manusia
Hukuman tidak terbatas hanya kepada hukum
Had dan Qisas sahaja.
Prinsip PerundanganIslam
 Keadilan- tanpa mengira kedudukan, bangsa,
warna kulit dan kepercayaan.

 Kebebasan – Setiap orang diberi peluang dan


ruang untuk menyumbang, mengemukakan
pandangan dan pendapat tidak bercanggah
dengan prinsip-prinsip syariah dan tidak
membahayakan kepentingan awam
(Muhammad Faruq al-Nabhan t.t.).

 Persamaan – sama-sama menikmati kehidupan


yang dijamin oleh syari’ah tanpa mengira
warna kulit dan agama.

 Syura-Syura adalah proses perbincangan dan


perundingan untuk menghasilkan keputusan
dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.
Kesimpulan

1. Ajaran Islam tidak mengenepikan aspek politik dan


kenegaraan

2. Kenegaraan Islam berbeza dari yang lain kerana ia


bersumberkan ajaran Islam kerana kerajaan
adalah amanah dari Allah dan kerana Allah

3. Kekuasaan khalifah bukanlah sesuatu yang mutlak,


tetapi merupakan amanah yang
dipertanggungjawabkan kepadanya untuk
menegak dan menyerlahkan kesyumulan dan
keadilan Islam untuk manusia sejagat

52

Anda mungkin juga menyukai