Anda di halaman 1dari 8

Tujuan Piagam Madinah

Menghadapi masyarakat majmuk Madinah Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk. Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan Mewujudkan keamanan di Madinah Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat. Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi. Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah. Prinsip Piagam Madinah Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara. Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial. Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukumanQisas dan sebagainya telah dicatatkan Kebebasan beragama Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

Kandungan Piagam Madinah Fasal 1 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis) dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lali masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.

Fasal 2 Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.

Fasal 3 Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama Mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang beriman.

Pasal 4

Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersamasama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Anda mungkin juga menyukai