Anda di halaman 1dari 3

SEBAB-SEBAB BERLAKU RASUAH

1.Rasuah berlaku kerana wujud tiga unsur utama iaitu kuasa, kelemahan dalaman dan
peluang:
Kuasa
Memiliki kuasa melalui pelantikan jawatanKuasa
Pentadbiran melalui pilihanraya
Kelemahan Dalaman
Kawalan Dalam Organisas
Kawalan Diri - Moral dan Etika (Keimanan)
Peluang
Menggunakan peluang atau kesempatan yang ada untuk kepentingan diri ketika memiliki kuasa dan
tiada kawalan dalaman.

Beberapa faktor berkaitan juga telah dikenalpasti menjurus kepada perlakuan rasuah:
a.Faktor Kelemahan Individu
Sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan rasmi
Perasaan tamak untuk membuat harta dan cepat kaya
Sikap suka berjudi dan berhutang serta boros.

b.Faktor Sosial dan Kebudayaan
Kemerosotan penghayatan nilai murni dan etika
Keadaan masyarakat yang buta huruf
Amalan tradisi seperti pemberian ang-pow dan buah tangan
Keperluan perkhidmatan asas dan sosial melebihi kemudahan yang sedia ada seperti penambahan
aksesori kenderaan yang berlebihan dan sering melancong.

c.Faktor Kepimpinan dan Pentadbiran
Kelemahan pemimpin sesuatu organisasi
Melambatkan-lambatkan urusan pejabat
Overgrown bureaucracy
Terlampau banyak penurunan kuasa.



d.Faktor Pembangunan Ekonomi dan Modenisasi
Perlaksanaan projek-projek pembangunan tanpa kawalan
Tekanan modesasi untuk hidup berlumba-lumba.

e.Faktor Politik
Mencari kekayaan melalui politik
Menyalahgunakan kuasa dan nepotisme.


LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH
1. PERANAN PEMIMPIN DAN KETUA JABATAN
a) Melahirkan Budaya Organisasi Cemerlang
Isu-isu disiplin dan masalah moral dan akhlak di kalangan warga organisasi seharusnya ditangani secara
tegas dan bijaksana.
Nilai-nilai murni sebagaimana disarankan oleh Konvensyen JKP iaitu nilai teras dan kembangan
hendaklah disemaikan dan bajai supaya ia subur menjiwai setiap warga organisasi.
Kesebokan dengan projek-projek pembangunan hendaknya tidak menjadi alasan untuk lari dari
tanggungjawab ini.
Menggerakan JKP merupakan satu cabaran untuk melahirkan Budaya Kerja Cemerlang yang perlu
dilakukan oleh ketua-ketua organisasi.

b) Pemimpin sebagai "role model"
Dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat, fungsi kepimpinan itu amat besar dan mutlak
sekali.
Pemimpin adalah merupakan role model dan "motor penggerak" untuk mencapai tujuan kewujudannya.
Berjaya atau tidaknya sesebuah organisasi atau masyarakat dalam mencapai tujuan mereka, sebahagian
besarnya ditentukan oleh cara-cara pemimpin dalam membimbing orang-orang yang dipimpinnya.
Seseorang ketua atau pemimpin itu perlulah menjadi role model bagi warga organisasi yang diterajuinya.
Jika sifat keperibadian dan nilai integriti yang tinggi menjadi asas kepimpinan, maka nilai-nilai yang sama
dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, berkesan dan berterusan di kalangan anggota-anggotanya.
Dalam buku The Tao of Leadership, di zaman Dinasti Han China, pengaruh pemimpin dikatakan sebagai
mempunyai ripple effect iaitu:
Your behavior influences others through a ripple effect. A ripple effect works because everyone
influences everyone else. Powerful people are powerful influences... Remember that your influence
begins with you and ripples outward. So be sure that your influence is both potent and wholesome.
Sabda Rasullullah s.a.w.:
Mana-mana pemimpin yang menguruskan urusan umat Islam sedangkan dia tidak mengambil berat
dan tidak memperdulikan mereka, nescaya ia tidak akan masuk syurga bersama mereka.
(Riwayat Muslim)

2. Peranan Individu (Pekerja)
a) Keazaman untuk menghindarkan diri dari terjerumus dalam kancah rasuah dan penyelewengan diri
hendaklah sentiasa ada dalam setiap diri individu samada ia seorang pekerja biasa atau pemimpin dalam
sesebuah jabatan. Bagi maksud ini renungilah petikan-petikan berikut:-
Allah s.w.t. berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan rasulNya dan
(janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).
Al-Anfal ayat 27,
Sabda Rasulullah s.a.w.;
Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah, dan tidak sempurna agama bagi orang yang
tidak menepati janji." (Riwayat Muslim)
Amanah itu membawa rezeki dan khianat itu menyebabkan kefakiran (kemiskinan dan kehinaan).
(Riwayat al-Dailami)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Manusia yang paling dukacita (kerana azab) dihari Kiamat ialah seseorang yang berusaha mencari
harta (kekayaan) secara tidak halal, maka harta itu akan membawanya ke Neraka.
(Riwayat al-Bukhari)

b) Atas kesedaran itu, diharap setiap individu yang menjadi penjawat awam bolehlah berperanan
mencegah rasuah yang antaranya dalah seperti berikut:-
Berpegang kepada prinsip agama dan nilai murni;
Tegas berlandaskan undang-undang dan peraturan ketika membuat keputusan;
Bebaskan diri daripada hutang berlebihan dan bina gaya hidup yang sepadan dengan pendapatan;
Utamakan perkhidmatan dari kepentingan diri
Teliti dalam setiap urusan
Ikhlas bekerja tanpa harapkan balasanSegera membuat laporan percubaan meyogok
Muhasabah diri.

Anda mungkin juga menyukai