Anda di halaman 1dari 12

CTU101

PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

NAMA PENSYARAH: USTAZAH ALMU JAHIDAH

TAJUK TUGASAN: ISU PENYALAHGUNAAN JAWATANKUASA

NAMA AHLI KUMPULAN NO ID


MUHAMMAD FAUZAN BIN MANSOR 2022896152

MUHAMMAD NUR IMAN MUSLIM BIN REYMIE 2022463306

MUHAMMAD ADI HARRIS ISMAIL 2022892734

KUMPULAN: JCS1101D

SESI:
ISI KANDUNGAN

No Isi Kandungan Muka Surat

1 Muka Hadapan
2 Senarai Kandungan
3 Pendahuluan
4 Objektif Kajian
5 Kajian Literatur
6 Metodologi, dapatan dan Perbincangan
7 Kesimpulan
8 Bibliografi/ rujukan
PENDAHULUAN

Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah kerja kursus ini telah berjaya disempurnakan


dengan bantuan ahli kumpulan dan tidak lupa juga Yang Maha Besar Allah SWT. Tajuk yang
telah kami kemukakan adalah “Isu Penyalahgunaan Jawatankuasa”. Tajuk ini juga telah
mendapat persetujuan daripada Ustazah Almu Jahidah

Menurut pandangan Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib


dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula bertanggungjawab dalam
mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga
oleh seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan yang boleh
terjerumus dengan pendustaan juga menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas yang
dipikulkan kepadanya dengan baik, bertanggungjawab dan adil. Namun begitu, terdapat banyak
isu penyalahgunaan jawatankuasa dalam kalangan pemimpin di negara kita. Hal ini
menyebabkan rakyat ditindas oleh pemimpin yang tidak bertauliah ini. Ketauhilah bahawa kita
tidak akan terlepas daripada azab – azab yang bakal menduga sekiranya kita berdusta kepada
rakyat sebagai pemimpin.

Dalam proses pembelajaran subjek CTU101 ini, saya telah dapat mempelajari bahawa
betapa pentingnya kepimpinan yang beramanah dalam islam supaya tiada isu penyalahgunaan
kuasa dalam kehidupan bermasyarakatan

Dari Abu Hurairah R.A, ia berkata “Sesungguhnya akan ada dikalangan kamu yang
bersunnguh – sungguh gilakan kepimpinan sedangkan ia akan menjadi satu penyesalan di Hari
Kiamat”.

(Hadis Riwayat al – Bukhari)


OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian

Kajian kami merangkumi objektif-objektif yang berikut :

1. Kajian ini secara amnya dilakukan untuk mempelajari istilah penyalahgunaan kuasa agar
dapat membantu saya serta ahli kumpulan membuat kajian ilmiah dengan betul, jelas dan tepat.

Seterusnya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis


maklumat tentang penyalahgunaan kuasa.

2. Kajian ini dapat menambah ilmu pengetahuan kami tentang hukum – hakam dalam islam serta
segala informasi tentang penyalahgunaan kuasa pada masa kini. Di samping itu, ia juga dapat
member kami pendedahan yang luas iaitu mengenali dan memahami asal usul pemimpin yang
zalim pada masa lalu. Akhirnya kami juga berkesempatan untuk membuat kajian yang berkaitan
dengan latar belakang penyalahgunaan kuasa dalam islam

3. Kajian ini juga dapat menjadikan teladan dan iktibar malah menyedarkan kita betapabesarnya
isu-isu kezaliman pemimpin dalam ruang sosio politik di negara kita. Selain itu. la dapat mengajar
kita bahawa pemimpin - peminpin islam harus bertanggungjawab memelihara dan memulihara
rakyat mereka supaya masyarakat tidak mundur pada masa akan datang

4. Kajian ini juga dapat kita mengenali cabaran kepimpinan pada masa kini. Cabaran ini dapat
memberi iktibar malah menyedarkan masyarakat islam betapa pentingnya kepimpinan yang
berwibawa ini dalam kehidupan seharian dalam kalangan masyarakat islam di negara kita kerana
ia dapat meberi kesedaran serta mengubah cara pemikiran kita serta dapat membuka minda kita
untuk berfikiran lebih kritis. Selain itu, ia mengajar bahawa pemimpin yang beriman harus
menerapkan sifat – sifat mahmudah dalam kepimpinan mereka

hak kita untuk bebas bersuara.


KAJIAN LITERATUR

PUNCA BERLAKUNYA PENYALAHGUNAAN JAWATANKUASA DALAM KALANGAN


PEMIMPIN

Masalah rasuah dan salah guna kuasa yang semakin membimbangkan di negara ini
berpunca daripada akibat terhakisnya sifat malu dalam kalangan umat Islam dalam
melakukan kemungkaran tersebut.Menurut teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan
Agama Islam Johor (JAIJ) hari ini, punca lahirnya salah guna kuasa, rasuah dan
pengkhianatan dalam kalangan masyarakat, sebenarnya adalah kesan daripada hilangnya
perasaan malu mereka yang terlibat.Dalam khutbah bertajuk ‘Sifat malu lambang ketakwaan
dan integriti pekerja mukmin’ itu, umat Islam hari ini sudah semakin kurang memiliki sifat
malu sehingga tergamak melakukan pelbagai kemungkaran dan berlaku dalam pelbagai
bidang tugas serta pekerjaan merangkumi sebahagian agamawan, ahli politik, penjawat
awam dan pekerja swasta.Budaya rasuah amatlah sinonim dalam kalangan pemimpin di
Malaysia pada masa kini.Kuasa yang tidak dipandu oleh integriti menjadi punca utama
seseorang pemimpin politik itu terlibat rasuah. Kedudukan dan kuasa boleh menyebabkan
seseorang pemimpin itu hilang pedomen. Kedudukan dan kuasa membuka banyak peluang
untuk seseorang itu melakukan rasuah. Sekiranya tiada integriti, mereka cenderung untuk
menyalah guna kuasa, menyeleweng wang rakyat dan suapan acap kali menjadi penentu
sesuatu keputusan penting.Perkara ini hendaklah dipandang serius dalam kalangan
pemimpin di Malaysia ini bagi melahirkan negara yang maju serta berwawasan dengan
adanya pemimpin yang jujur , Amanah dan telus dalam melaksanakan tugasan.

Melalui hadis ini, Rasulullah mengingatkan kepada kita “Pemimpin mestilah kuat dan
Amanah”
Maksudnya: Daripada Abu Zar RA dia berkata, aku bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai
Rasulullah apakah Tuan tidak melantik aku (menjadi pemimpin). Lalu Rasulullah memegang
bahuku dengan tangannya dan bersabda: Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku lihat engkau
adalah lemah sedangkan kepimpinan itu adalah amanah. Dan ia di hari kiamat nanti adalah satu
kehinaan dan penyesalan melainkan mereka yang memegangnya dengan haknya dan
menunaikan hak-hak yang terdapat ke atas kepimpinan tersebut. (Sahih Muslim, no: 1825)

Seseorang pemimpin hendaklah adil dan saksama dalam mentadbir negara tanpa bersetongkol
dengan prinsip salah guna kuasa dan perbuatan rasuah.Hal ini dapat menjatuhkan integriti dalam
diri.Sebagai contohnya pemimpin hendaklah memimpin negara berlandaskan prinsip islam dan
hukum allah demi memastikan keamanan dan kesajahteraan negara sentiasa mendapat rahmat
oleh yang maha besar ALLAH SWT.
Selain daripada itu, punca penyalahgunaan kuasa adalah disebabkan pengunaan
harta orang awam secara haram. Perkara ini terjadi apabila hilangnya sifat amanah dalam
umat islam. Sifat amanah merupakan ini merupakan sifat yang paling agung dalam
seseorang pemimpin. Sifat amanah menunjukkan betapa bertauliahnya seseorang
pemimpin. Walaubagaimanapun, sifat amanah dalam umat islam pada masa kini semakin
merosot sehinggakan sesetengah daripada mereka tergamak melakukan kezaliman
terhadap rakyat mereka sendiri. Perkara ini juga menunjukkan betapa dekatnya kiamat
menghampiri kita. Lebih menyedihkan lagi perkara ini berlaku antara pemimpin di negara
kita. Sebagai contoh, bekas perdana menteri negara kita, Dato Najib bin Abdul Razak telah
disabitkan kesalahan akibat penyalahgunaan kuasa pada bulan ogos lalu. Perkara ini
berlaku akibat keobsesan dengan harta rakyat sehinggakan harta – harta rakyat digunakan
untuk membelikan harta – hara mewah seperti jam rolex yang berharga lebih daripada RM1
juta. Hal ini terbuktilah bahawa harta yang banyak menyebabkan hilangnya sifat mahmudah
dalam diri seseorag seperti sifat kepimpinan, jujur, amanah dan integriti. Tambahan pula,
kazaliman pemimpin terhadap rakyat adalah punca utama rakyat mengalami depresi yang
melampau. Hal ini disebabkan rakyat yang tidak berkemampuan bukan sahaja harus
menanggung keluarga mereka malah mereka harus mencari rezeki yang halal dengan
situasi yang amat mencabar dengan tiadanya pertolongan daripada pemimpin yang korupsi.
Tamahan pula, perkara ini juga salah satu punca kes bunuh diri semakin berleluasa pada
masa kini. Berdasarkan statistik yang dilaporkan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia), kes
bunuh diri meningkat sebanyak 81 peratus. Hal ini terbuktilah bahawa perebutan harta rakyat
merupakan langkah yang gelap masa depan sesuatu negara. Perkara ini perlulah diberikan
perhatian sepenuhnya supaya negara kita kekal aman dan selamat serta memberikan
keselesaan rakyat terutamanya rakyat yang kurang berkemampuan. Selebih daripada itu,
kita sebagai rakyat yang diperintah mempunyai hak untuk menyuara dan memprotes jika kita
dizalimi oleh pemernintah
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan, Rasulullah mewajibkan kita untuk menegur
pemimpin kita sekiranya kita dizalimi olehnya:

 Maksudnya: Daripada Ummu Salamah RA isteri Baginda Nabi SAW,


daripada Rasulullah SAW Baginda bersabda: “Akan datang para
pemimpin, yang kamu ketahui (kemakrufannya/kebaikannya) dan kamu
ingkari (kemungkarannya). Barangsiapa yang membenci (kemungkaran
yang pemimpin lakukan), maka dia terlepas (dari dipertanggungjawab).
Barangsiapa saja yang mengingkari (kemungkarannya), maka dia akan
selamat. Akan tetapi, orang yang reda dan mengikuti mereka (maka
mereka akan menanggung dosa).” Para sahabat bertanya: “Apakah tidak
boleh kami perangi sahaja mereka ini?” Baginda menjawab: “Tidak boleh,
selagimana mereka menunaikan solat.” (Sahih Muslim, no: 1854)
KESAN PENYALAHGUNAAN JAWATANKUASA DALAM KALANGAN PEMIMPIN

Dalam Islam, konsep amanah dan integriti sangat ditekankan sebagai acuan hidup
bermasyarakat dalam negara. Konsep ini jelas terpakai bukan hanya untuk mereka yang
beragama Islam, malah meliputi sesiapa saja dengan apa pun anutan dan fahaman.

Nabi Muhammad SAW sendiri menegaskan melalui hadis,

Maksudnya: Tiada iman bagi orang yang tidak amanah dan tak beragama orang yang tidak
menunaikan janji (HR Ahmad).

Penyalahgunaan kuasa perlu dihindar daripada menjadi amalan serta kebiasaan yang
berterusan. Sebahagian rakyat Malaysia menganggap kedudukan dan pangkat sebagai satu
keutamaan seolah-olah dengan kedudukan yang mereka peroleh itu, boleh melakukan apa
sahaja yang mereka suka. Situasi ini akan menyebabkan ramai yang mudah terjebak ke lembah
kehinaan seperti rasuah dan sogokan wang haram. Hal ini akan meruntuhkan institusi
masyarakat. Impaknya, ia akan mendatangkan kesan negatif kepada individu, malah turut
menjejaskan institusi. Sebagai contoh, jika berlaku dalam perkhidmatan awam, ia akan
menyebabkan kehilangan pendapatan besar kepada negara. Ini sekali gus membantut keperluan
dan sumbangan serta faedahnya kepada pembangunan komuniti secara menyeluruh. Kita tidak
mahu sikap tidak amanah ini menjangkiti generasi muda yang bakal menjadi pelapis dan
meneruskan kepimpinan masyarakat dan negara pada masa hadapan.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,

Maksudnya: Akan tiba pada manusia tahun yang penuh dengan kebohongan. Saat itu, orang
bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang
amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara. Ada orang bertanya:
Siapakah Ruwaibidhah itu? Nabi menjawab, Orang bodoh yang menguruskan urusan umum
(Ibnu Majah).

Hadis ini menerangkan bahawa pada masa akan datang iaitu pada zaman generasi muda kelak
memimpin negara, dunia penuh dengan penipuan dan tipu daya. Ini berlaku apabila orang yang
berdusta lebih dipercayai, manakala mereka yang berkata benar ditolak dan didustakan. Ia
zaman tipu daya apabila amanah dan tanggungjawab diserahkan kepada orang yang salah atau
pengkhianat sebaliknya mereka yang amanah pula dikhianati.

Islam secara hakiki tidak pernah melarang untuk seseorang atau sesiapa sahaja hidup mewah,
namun syaratnya biarlah dengan cara dan jalan yang betul iaitu menerusi sumber pendapatan
yang halal dan betul caranya. Berhutang juga diharuskan tetapi perlulah berusaha untuk
membayarnya daripada sumber pendapatan yang halal meskipun memerlukan jangka masa
yang lama. Jangan sesekali mengambil jalan mudah untuk melangsaikan hutang dengan rasuah
dan melakukan kes pecah amanah. Islam juga membolehkan seseorang itu memiliki jawatan
tinggi atau naik pangkat tetapi biar ia mengikut saluran yang betul dan atas kemampuan serta
kelayakan sendiri. Elakkan naik pangkat dengan saluran salah iaitu melalui rasuah dan
penyalahgunaan kuasa.

Sabda Rasulullah SAW,

Maksudnya: Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran. Seorang sahabat
bertanya, Apakah dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu, wahai Rasulullah?
Rasulullah SAW menjawab, Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang tidak
berkelayakan, maka tunggulah saat kehancurannya (Hadis Riwayat Bukhari).

Hadis ini menerangkan keperluan untuk melantik mereka yang betul-betul mempunyai kelayakan
untuk melaksanakan amanah sesuai dengan urusan ummah. Jika tidak, pelbagai kehancuran
akan berlaku termasuk penyelewengan, penindasan dan rasuah. Bukan itu sahaja, pelbagai
perbuatan terkutuk akan menjadi amalan biasa.

Anda mungkin juga menyukai