Anda di halaman 1dari 10

KEPENTINGAN KEPIMPINAN MAHASISWA DALAM GERAKAN ISLAM DAN PRA SYARATNYA Oleh: Khairul Anuar Bin Ismail

Mukaddimah
Allah berfirman dalam Surah al-Isra ayat 71:


"Pada hari kiamat kelak Kami menyeru setiap golongan manusia berdasarkan (jenis) pemimpin mereka, maka sesiapa yang diberikan catitan amalnya dari sebelah tangan kanannya maka mereka itu membacanya ( dengan penuh rela) sedang mereka sedikitpun tidak dizalimi."

Kepimpinan adalah suatu amanah dan dalam menentukan hala tuju manamana organisasi. Ia juga merupakan tanggungjawab berat yang menentukan jatuh bangun sesuatu bangsa. Kepimpinan adalah sumber pengaruh yang mencorakkan keluarga, organisasi, masyarakat dan negara. Dalam masa yang sama ia juga menjadi lumrah sumber kebanggaan dan kepentingan yang menjadi rebutan manusia untuk membuktikan keunggulan mereka berbanding orang lain. Lebih jauh, ia bukan sahaja suatu responsibility dan accountibility duniawi semata-mata bahkan sesuatu yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak di hadapan Allah Azza wa Jalla.

Sebab itulah Rasulullah menegaskan tentang kecelakaan yang akan menimpa seseorang di akhirat kelak apabila ia memikul beban kepimpinan yang ia tidak

sanggup melaksanakannya dengan amanah dan adil

di samping menjatuhkan

maruah umat. Pernah suatu ketika Abu Zarr al-Ghiffari berkata kepada Rasulullah: "Apa tidakkah anda mahu mengangkat saya menjadi gabenor (pemimpin wilayah)?" Maka baginda pun menepuk bahu Abu Zarr dan bersabda : Wahai Abu Zarr, anda lemah. Ini adalah amanah. Ia sumber kehinaan dan penyesalan di hari kiamat kelak, kecuali siapa yang menerima mandat kepimpinan ini dengan betul dan menunaikan segala tuntutannya."

Dalam masa yang sama Islam menganggap kepimpinan mempunyai martabatnya yang mulia dan ganjaran yang lumayan dari Allah Azza wa Jalla. Syeikh Izzuddin menegaskan:

.
Umat Islam telah bersepakat bahawa kepimpinan adalah daripada sebesar -besar ketaatan kepada Allah. Pemimpin-pemimpin yang adil lebih besar ganjaran dan lebih hebat kedudukannya daripada orang lain kerana amat banyak urusan yang berada di tangannya yang terdiri daripada pelaksanaan undang-undang kebatilan dan mencegah

Senario Yang Melatari

Mahasiswa dan Hubungannya dengan

Kepimpinan Islam Masa Kini


Dunia Islam kini menghadapi perubahan yang pesat dan drastik dalam aspek politik dan sosial berbanding masa lalu. Umat Islam hari ini sedang melalui perubahan disebabkan faktor globalisasi dan teknologi yang menghadapkan para pemimpin dengan berbagai cabaran, peranan dan peluang baru untuk ditangani dengan jitu dan berkesan. Namun, ketika mana umat Islam memerlukan satu bentuk kepimpinan yang selaras dengan tuntutan wahyu Allah namun masih wujud senario

melarikan diri dari memikul tugas kepimpinan atau kemunduran di kalangan mahasiswa Islam dan pengajian Islam dalam melaksanakan tugas sebagai entiti intelektual yang dapat menghulurkan tangan menyelamatkan umat dari kelemasan dalam lautan jahiliyyah.

Terdapat juga dikalangan mahasiswa yang melihat kepimpinan dalam konteks yang sempit dan juziyy dan berpada dengan mengambil langkah-langkah yang dapat menyelamatkan diri sendiri dan dapat menjamin periuk nasi mereka setelah selesai tugas mereka di menara gading dengan segulung ijazah. Golongan ini sebenarnya hanya boleh digelar cendiakawan tetapi jahil dalam mengaplikasi dan

memobalisasikan ilmu pengetahuan semaksima mungkin dengan bergelumang dengan seribu satu penyakit masyarakat yang dilingkari ranjau-ranjau dan ujian yang amat dahsyat.

Jesteru, kelompok ini wajib sedar bahawa dengan tanggungjawab dan amanah ilmu Allah yang dipikul, mahasiswa Islam adalah para pemimpin dan calon pemimpin masa hadapan yang perlu mengikuti dan memahami serta dapat merumuskan bentuk atau lakaran kemungkinan masa depan politik umat Islam secara fikah nabawi . Allah SWT telah menempelak sikap golongan yang tahu memikul amanah wahyu tapi tidak tahu cara menunaikannya sebagaimana dalam surah al-Jumuah ayat 5 yang bermaksud: Bandingan

orang-orang

(Yahudi)

yang

dipertanggungjawabkan

dan

ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) kitab Taurat kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu adalah sama seperti keldai yang memikul bendala kitab-kitab besar. Budaya hanya seronok bertallaqi dengan meninggalkan tallaqi cara melaksanakan tuntutan memikul amanah ilmu boleh merosakkan peribadi mahasiswa Islam dengan penyakit aliimul lisan jaahilul Qalb (fasih berbicara namun jahil hatinya) dalam konteks tidak memahami keperluan umat yang sebenar. Budaya ini akan menatijahkan seorang yang alim yang hanya sibuk berbicara tentang hukum darah nyamuk ketika mana darah umat Islam sedang membasahi bumi kerana disembelih kuffar. Oleh itu, mahasiswa harus memahami bahawa skop ilmu di dalam

kitabullah lebih luas dari sekadar yang tertulis dengan tinta yang digelar kitabullah almaqru bahkan melangkaui kepada ilmu yang tidak tertulis yang digelar kitabullah al manzhur. Maka seorang mahasiswa yang sebenar adalah mereka yang bertindak dan mengadakan persiapan yang perlu berdasarkan sirah kepimpinan tokoh-tokoh salafussoleh yang terpahat dalam sejarah untuk mengatasi ranjau masa hadapan.

Sifat-sifat Pemimpin yang Dirumus dari Pendidikan Islam-Saintifik:


1. Kemampuan Intelektual dan Mental: Dia tidak semestinya seorang yang mempunyai kecerdasan yang luar biasa.

2. Minda dan Kebolehan yang Luas: Dia bukan sahaja aktif dalam satu bidang sahaja. Dia mempunyai kefahaman yang luas, kecenderungan yang banyak, dan pelbagai. Dia seorang yang peka dan mempunyai minat yang luas terhadap kerja-kerja yang melibatkannya secara langsung, termasuk pelbagai perkara dan aktiviti penting di persekitarannya. Jelasnya dia seorang yang dikurniakan kelebihan yang luas. Namun bukan semua orang mempunyai kelebihan pelbagai. Jadi, bekerja secara kolektif dan berjemaah merupakan satu jalan penyelesaian yang dianjurkan Islam.

3. Kemahiran Komunikasi: Salah satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Muhammad S.A.W. ialah Orang yang paling fasih bertutur Bahasa Arab. Mengikut Cambridge History of America Literature, Bukan polisi dan tindakannya yang menyebabkan kemenangan Lincoln menerajui partinya pada tahun 1860, tetapi cara dia menyampaikan sesuatu". Dalam setiap revolusi, orang yang dapat

menyampaikan sesuatu dengan baik dapat memimpin.

4. Kematangan: Seorang pemimpin yang berjaya bebas daripada sifat kebudak-budakan; sikap dan tingkah lakunya adalah tindakan seorang yang dewasa yang

bertanggungjawab dan matang. Dari segi psikologinya, dia seorang yamg stabil dan menggambarkan kestabilan dan peribadi kepada pengikut-pengikutnya.

5. Kekuatan Motivasi: Dorongan, tenaga, inisiatif, ketabahan, keupayaan memulaikan diri sendiri, dan pendirian yang tetap telah lama diterima sebagai tanda pemimpin yang kuat. Pemimpin yang berjaya suka merancang, mengurus dan mengarah usaha yang lain. Dia mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu.

6. Kemahiran Sosial: Kepimpinan pada dasarnya memperoleh sesuatu melalui orang lain, yang menunjukkan secara jelas bahawa pemimpin yang berjaya mesti bergantung kepada kemahiran sosial. Dia mesti peka terhadap perasaan dan sikap manusia, sama ada jelas atau tidak; dia mesti tegas untuk mempengaruhi orang lain dengan berkesan.

7. Keupayaan Mentadbir: Kebolehan membayang, memulakan, merancang, menyusun, mengarah,

menyelesaikan, menilai orang lain, memilih, mengajar, merangsang, mengkaji, memerhati, meneliti, memperbaiki, melihat dengan pandangan yang jauh, meringkaskan, memutuskan, memastikan kerja dilaksanakan; perkar-perkara ni merupakan kemahiran yang dipegang oleh pemimpin lebih daripada teknologi.

Sifat-sifat Mahmudah yang perlu ada kepada Pemimpin

i)

Kualiti 1. Akhlak yang baik 2. Daya imaginasi 3. Berfikiran sebagai pengurus 4. Bersikap adil kepada semua 5. Minat dalam pelbagai bidang 6. Berfikiran sebagai seorang pendidik 7. Emosi yang matang 8. Berfikiran sebagai perancang 9. 10. Tekun 14. Bersemangat 15. Bertenaga 16. Berfikiran sebagai jurulatih 17. Penulisan dan percakapan yang jelas 18. Logikal

19. Berfikiran pantas dan tajam 20. Bertanggungjawab

Menghormati diri sendiri dan orang lain 21.Sifat sebagai seorang murabbi

11. Tegas 12. Sifat tersusun rapi

22. Sifat seorang penggerak 23. Kreatif , bekerja kuat 24. Boleh dipercayai 25. Kesetiaan kepada semua 26.Sifat kemanusiaan

ii)

Ilmu pengetahuan: Seorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dalam perkara seperti yang berikut:

1. Matlamat, prinsip, dan objektif organisasi 2. Struktur dan orientasi organisasi 3. Tugas dan tanggungjawab 4. Polisi, amalam dan peraturan organisasi 5. Asas-asas ekonomi 6. Prinsip dan kaedah pengurusan secara saintifik 7. Hasil, proses dan bidang organisasi 8. Perancangan, penjadualan dan pengawasan 9. Keperluan dan kawalan kos 10. Bidang profesional, kerja dan teknikal 11. Keperluan dan kawalan mutu 12. Asas matematik, bahasa dan sains 13. Undang-undang yang penting 14. Piawaian dalam bidang profesional(nya) 15. Keperluan dan kekuatan peribadinya 16. Seni dan sains pemikiran kreatif 17. Prinsip dan kaedah perhubungan sesama manusia 18. Pemilihan dan perletakan alat, kaedah serta prinsip-prinsip 19. Prinsip-prinsip latihan, bahan dan kaedah 20. Sistem penghargaan dalam organisasi 21. Penjagaan mesin, peralatan dan bahan 22. Fungsi kakitangan dan pelbagai unit 23. Komunikasi 24. Keselamatan di rumah, di tempat kerja dan semasa rehat 25. Manusia, peralatan, bahan dan kaedah

26. Mendapatkan penghasilan yang tinggi, berkualiti dan kos yang murah.

iii)

Kemahiran:

1. Pemikiran kreatif 2. Perancangan, pengurusan, perlaksanaan dan tindakan susulan 3. Pengajaran dan latihan 4. Mengarahkan kerja 5. Persiapan bahan, peralatan, dan bekalan 6. Pemilihan dan penempatan kakitangan 7. Pemakluman kepada kakitangan 8. Penjagaan kualiti 9. Pengurangan dan pembasmian pembaziran 10. Pengawalan kos 11. Keperluan dan penjagaan mutu 12. Pelaksanan polisi, kontrak dan peraturan 13. Menjaga kebajikan dan amalan pekerja 14. Kerjasama dengan pihak lain 15. Penyimpanan rekod 16. Penguatkuasaan peraturan dan undang-undang 17. Pengendalian masalah kakitangan 18. Memperbaiki keadaan persekitaran pekerjaan yang tidak selamat 19. Pengendalian kecemasan 20. Penjagan rimah yang baik 21. Pembelajaran untuk memperbaiki diri secara berterusan 22. Memberikan dan menerima ganjaran yang setimpal dengan usaha 23. Mengemaskinikan maklumat 24. Menjadi contoh yang baik 25. Memimpin ke arah penghasilan kerja yang tinggi, berkualiti, dan pengurangan kos.

Kualiti dan sifat-sifat di atas mungkin masih belum cukup untuk memantapkan kepemimpinan harakah untuk masa depan. Mereka perlu dikukuhkan dengan aspekaspek ruhaniah dan rabbaniah yang menjadi amalan dan tradisi para leluhur silam

daripada kalangan ulama salafussoleh. Sifat-sifat seperti taqwa, wara, zuhud, nazahah, inabah, tawadhu, wala, mujahadah, hikmah dan sebagainya seperti yang diterangkan dengan terperinci oleh Syeikh Said Hawwa dalam buku beliau Tazkiyyah al-Anfus dan sebagainya. Oleh itu kemahiran memimpin perlu digabungkan dengan kefahaman wahyu yang mendalam agar segala dasar gerak kerja dibatasi dengan sifat ihsan dengan erti kata bahawa engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan sekiranya engkau tidak dapat melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihat engkau.

Dalam masa yang sama suatu langkah untuk mewujudkan kepimpinan yang berkesan perlu dirancangkan. Richard M. Steers mencadangkan beberapa kaedah untuk meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam organisasi. Antaranya ialah:

1.

Pemilihan pemimpin yang baik. Langkah ini adalah langkah yang paling

penting tetapi paling merumitkan. Ini adalah kerana kriteria seorang pemimpin yang berkesan sukar untuk diagak pada seseorang. Langkah yang paling bijak ialah untuk menentukan bentuk kepimpinan yang diperlukan mengikut situasi kumpulan.

2.

Latihan kepimpinan. Latihan adalah satu perkara yang wajib. Dalam

organisasi hari ini yang memerlukan pemimpin yang multi talented latihan bukan lagi satu kemewahan tetapi satu kemestian. Bidang-bidang latihan yang diperlukan oleh seorang pemimpin ialah seperti pengurusan am, pembangunan organisasi dan manusia, kepimpinan dan pembinaan semangat kumpulan. Keberadaan dalam persatuan seumpama PMRAM merupakan satu langkah yang terbaik dalam perkaderan pemimpin.

3.

Memberi penghargaan kepada sifat kepengikutan. Pengikut-pengikut yang

menunjukkan sifat kepengikutan yang baik juga perlu diberi penghargaan yang sewajarnya serta tidak melampaui batas. Kepengikutan yang dimaksudkan bukanlah bermaksud sifat-sifat tunduk dan patuh kepada pemimpin secara membuta tuli, tetapi kepengikutan yang konstruktif di mana pengikut memainkan peranan sewajarnya dalam memberi maklumbalas kepada pemimpin.

4.

Merubah struktur, tugas dan suasana kumpulan. Kadang-kadang struktur,

bentuk tugas dan suasana yang wujud di dalam kumpulan perlu diubahsuaikan mengikut gaya kepimpinan yang ada di dalamnya. Kumpulan perlu mempunyai sifat-sifat tertentu supaya ianya best fitdengan corak kepimpinan yang wujud.

Penutup
Jesteru, ketahuilah bahawa kepimpinan politik umat Islam dalam dunia Melayu kini menghadapi kemerosotan yang parah dari segi moral, spiritual dan budaya. Alam Melayu masih dibelenggu dengan pengamalan agama yang bersifat adat dan warisan turun temurun bukan dalam aspek kefahaman yang sebenar. Ini juga timbul kerana cara yang salah yang dibawa oleh para pendakwa dakwah yang terhenti pada wasilah dakwah tanpa sampai kepada maqasidnya.

Fenomena masyarakat Melayu Islam masa kini masih melihat bahawa kepimpinan yang boleh mengambil-alih tempat mereka ialah pemimpin-pemimpin dalam harakah Islamiah yang terbukti mampu menghadapi cabaran zaman dan mempunyai komitmen akhlak yang tinggi. Oleh itu kepimpinan harakah Islamiah alaf yang dilapisi oleh mahasiswa Islam mesti memperkukuhkan ciri dan kualiti khusus untuk menangani persoalan baru dalam persekitaran baru di masa yang akan datang.

Bentuk dan wadah kepimpinan masa depan, organisasi atau harakah Islamiah bistari yang "fully networking" atau "interconnected" dengan sistem pengurusan yang "viable" dan terkini perlu direalisasi secepat mungkin untuk melayakkan diri mereka menjadi khalifah Allah yang "competent".

Dalam masa yang sama, tuntutan pendemokrasian politik atau pemerintahan yang adil, ekonomi, pendidikan, perundangan dan sebagainya tetap merupakan tugas mereka yang tidak dapat dielak.

Akhir kalam, dalam melangkah setiap anak tangga ke pintu pembebasan umat Islam maka mahasiswa atau syabab muthaqqafin khususnya memerlukan satu model

institusi latihan kepimpinan harakah Islam antarabangsa untuk melatih dari melahirkan kader pemimpin yang benar-benar terdidik dengan segala prasyarat kepimpinan alaf baru yang semakin mencabar, pelbagai dan canggih. Dalam konteks ini, mahasiswa Mesir perlu bersama PMRAM untuk merealisasikan hasrat yang tulus ini.

(Artikel ini adalah satu ulasan dan beberapa tambahan pandangan penulis terhadap idea asal yang dikemukakan oleh al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Shamsudin Pengerusi Sekteriat Ulama Islam Asia Tenggara yang bertajuk prasyarat kepimpinan gerakan Islam alaf baru)

Anda mungkin juga menyukai