Anda di halaman 1dari 9

WAKALAH DALAM TAKAFUL

1.0 Pengenalan
Kebangkitan semula Islam telah mendorong negara-negara Islam terutamanya, berfikir
mengkaji dan mencari jalan untuk menggantikan sistem kehidupan kearah sistem yang
selari dengan tuntutan agama Islam. Kemunculan sistem kewangan Islam yang
merangkumi sektor perbankan dan insurans atau takaful pula telah memberi pilihan yang
lebih luas kepada masyarakat dalam menentukan produk tabungan yang sesuai dengan
keperluan mereka.
Takaful adalah sistem insurans Islam. Sebagai suatu institusi kewangan yang bergerak
mengikut landasan syariah atau hukum syarak, insurans secara Islam atau operasi takaful
adalah suatu bidang yang perniagaan yang baru diterokai. Syarikat insurans yang pertama
telah ditubuhkan pada tahun 1979 iaitu Syarikat Insurans Islam Sudan.
Masyarakat Muslim amat memerlukan kepada satu produk perlindungan yang
berteraskan Islam. Hal ini demikian kerana dalam menjalani kehidupan sehari-hari dan
sebagai salah seorang anggota masyarakat, kita sentiasa terdedah kepada kemungkinan
ditimpa pelbagai musibah, malapetaka dan bencana. Sebarang musibah, malapetaka dan
bencana jika datang menimpa bukan sahaja boleh mengancam nyawa manusia. Bahkan
akan menyebabkan berlakunya kemusnahan dan kehilangan harta benda.
Kontrak wakalah merupakan satu kontrak yang membolehkan seseorang itu mewakilkan
urusannya kepada orang lain. Keperluan terhadap kontrak ini tidak dapat dinafikan lagi
memandangkan tidak semua individu berkesempatan dan mempunyai kemampuan untuk
melakukan semua urusniaga sendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Disamping itu,
kontrak ini ini juga telah diaplikasikan dalam transaksi masa kini. Keperluan terhadap
kontrak ini tidak dapat dinafikan lagi. Sebagai contoh, industri takaful merupakan salah
satu institusi yang mengaplikasikan kontrak wakalah ini di dalam pengoperasian
syarikatnya.














2.0 Definisi insurans Islam
Insurans adalah perkataan Inggeris pada dasarnya bermaksud suatu jaminan. Ia
merupakan pampasan kewangan apabila berlaku sesuatu. Ia juga bermaksud suatu
kumpulan yang membuat kutu bagi meringankan beban kewangan individu dan
menghindari kesulitan perbelanjaan. Konsep insurans yang ringkas dan umum ialah
persediaan yang dibuat oleh sekumpulan orang yang masing-masing menghadapi
kerugian kecil sebagai sesuatu yang tidak dapat diduga dan apabila kerugian serupa itu
terkena keatas salah seorang daripada mereka yang menganggotai kumpulan itu, maka
kerugian itu akan diagihkan diantara mereka.
Mohd Abd Munim al-Jamal(1980) dalam kitabnya mendefinisikan insurans Islam ini
sebagai satu sistem atau kaedah tolong menolong yang dijalankan oleh sekumpulan orang
yang dijangka akan menerima atau menghadapi risiko dengan masing-masing
memberikan sumbangan bagi meringankan beban risiko jika ia benar-benar terjadi.
Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan muamalat Islam yang
berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1400
tahun. Pada asasnya sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab,
jaminan, perlindungan, dan saling membantu dalam kalangan peserta. Dalam erti kata
lain ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka
yang memerlukan.
Insurans mengikut Islam juga boleh difahami sebagai satu kaedah iaitu satu kumpulan
orang yang berikrar untuk mengumpul serta menggembeleng usaha dan sumber bagi
mengadakan pakatan untuk bekerjasama dan tanggung-menanggung sesama mereka, jika
ditakdirkan mana-mana mereka ditimba musibah. Melalui pakatan ini, orang yang
dilanda malang itu akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya terbentuk
sejumlah wang.
Menurut seorang pentafsir undang-undang iaitu Dr. Abd. Razak al-Sanhuri pula insurans
adalah satu sistem atau kaedah tolong-menolong yang dilakukan antara beberapa individu
yang bersepakat untuk mengatasi risiko yang dialami oleh seseorang daripada mereka
sehingga apabila risiko tersebut benar-benar berlaku, mereka berkerjasama
menghadapinya. Sedikit sahaja diantara mereka yang ditimpa malapetaka atau kesusahan
tersebut, tetapi ditanggung dan dirasai oleh kesemua daripada mereka. Inilah yang
dikatakan tolong-menolong yang terpuji, tolong-menolong atas dasar kebajikan dan
takwa.
Akta Takaful 1984, (akta 312,1984) pula mentakrifkan takaful sebagai satu skim yang
berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan
pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta apabila diperlukan.







3.0 Wakalah
3.1 Definisi
Dari segi bahasa kalimah Wakalah adakalanya bermakna pemeliharaan. Al-Wakalah dari
segi bahasa juga mempunyai dua makna iaitu penjagaan dan penyerahan kuasa. Ulama
Hanafi mentakrifkan perwakilan dari segi syara sebagai menugaskan orang lain
melakukan kerjanya dalam mengendalikan perkara-perkara yang diharuskan oleh syara
atau sebagai mewakilkan seseorang untuk menyerah dan menjaga sesuatu perkara kepada
wakil. Ini termasuklah segala pengendalian atau pengurusan harta dalam bentuk jual beli
dan perkara-perkara lain yang boleh diwakilkan seperti izin untuk masuk.
Manakala dari segi istilah fuqaha, al-Wakalah didefinisikan sebagai seseorang
menyerahkan perkara yang harus dia lakukan kepada orang lain menggunakan lafaz
tertentu untuk dilaksanakan dalam kehidupannya semasa hayatnya dimana perkara
tersebut boleh menerima penggantian atau perwakilan dengan lafaz.
Ulama Syafii mentakrifkan perwakilan sebagai mewakilkan seseorang untuk
menyerahkan apa yang dilakukan dan boleh dilakukan oleh orang lain supaya boleh
dilakukan oleh orang lain dalam hidupnya. Prinsip Wakalah atau perwakilan adalah
diharuskan mengikut peruntukan yang digariskan oleh Islam dan ianya terpakai didalam
pelbagai urusan kehidupan sama ada yang menyentuh hak-hak Allah ataupun berkaitan
dengan hak-hak manusia.
Sayyid Sabiq dalam kitabnya, Fiqh Sunnah menjelaskan al-Wakalah sebagai penyerahan
atau pendelegasian mandat iaitu yang bermaksud pemberian kuasa oleh sesorang kepada
orang lain dalam perkara-perkara yang dapat diwakilkan. Dr Mustafha Diibu Bigha
dalam bukunya Fiqh Menurut Mazhab Syafie mendefinisikan Wakalah sebagai
penyerahan kuasa sesuatu yang dapat dilakukan sendiri oleh seseorang kepada orang lain
untuk diuruskan semasa dia masih hidup.
3.2 Pensyariatan al-Wakalah
Telah dinyatakan denga jelas bahawa kontrak al-Wakalah adalah kontrak yang yang
diharuskan oleh syarak melalui Al-Quran, hadith Rasulullah dan ijma. Ijma ulama juga
telah bersepakat tentang pengharusan penggunaan kontrak al-Wakalah tersebut.
Sebagaimana yang telah diketahui bahawa kontrak al-Wakalah merupakan satu kontrak
yang membolehkan seseorang itu mewakilkan urusannya kepada orang lain. Disini dapat
dilihat denga jelas yang mana keperluan terhadap kontrak ini tidak dapat dinafikan lagi
memandangkan mustahil setiap individu mampu menyelesaikan dan menguruskan semua
urusannya tanpa meminta bantuan daripada orang lain. Ini kerana tidak semua individu
berkesempatan dan berkemampuan untuk melakukan semua urusannya dengan sendiri
tanpa meminta bantuan dari orang lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang
tersebut.
Islam juga turut menganjurkan umatnya agar saling tolong-menolong antara satu sama
lain dalam kehidupan bagi memudahkan pelaksanaan urusan masing-masing. Kesemua
ini adalah bertepatan dengan konsep dan prinsip al-Wakalah itu sendiri. Sebagaimana
firman Allah S.W.T dalam Al-Quran:
(#uPu-\o?u v?t eq9.9-# 3uu.)|I9-#u ( eu (#uPu-\o? v?t
O.OM}-# |u(\.9-#u 4 (#u^)?-#u v!-# ( |e) v!-# ev
>-o)e\.9-#
. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya
(bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
Surah Al-Maidah(5):2
3.3 Rukun Wakalah
Bagi Ulama Hanafi, rukun perwakilan hanya dua iatu ijab dan qabul. Maka ijab daripada
pewakil dan penerimaan daripada wakil. Penerimaan ijab tidak semestinya dengan lisan,
ia boleh dibuat dalam bentuk isyarat dan pemahaman kerana pewakilan bermaksud
mengaharuskan, sama seperti mengharuskan mengambil makanan.
Para ulama sepakat mengatakan bahawa penerimaan perwakilan boleh dibuat dalam dua
bentuk iaitu segera atau bertangguh. Ini berdasarkan amalan Rasulullah s.a.w. yang mana
baginda membuat perlantikan manakala kerja-kerja pewakilan tidak dibuat oleh mereka
iaitu para sahabat yang terlibat dengan segera. Oleh itu jika tidak ada ijab dan tidak ada
qabul, aqad tidak sempurna. Ini kerana sempurnanya sesuatu akad ialah dengan
wujudnya ijab dan qabul, setiap satu daripada keduanya boleh ditarik balik sebelum
wujud yang lain. Dengan kata lain, ijab tidak bermakna jika tidak diterima, begitu juga
qabul tidak bermakna jika tidak ada tawaran. Perkara ini sama seperti yang berlaku dalam
kontrak jual beli dan sebagainya. Bagi jumhur, rukun pewakilan ada empat iaitu:
1) Pewakil
2) Wakil
3) Wakilan
4) Lafaz
3.4 Syarat-syarat perwakilan
3.4.1 Syarat pewakil
Seorang pewakil mestilah memenuhi syarat yang telah ditetapkan iaitu ia hendaklah
orang yang berhak mengendalikan harta yang diwakilkan. Dengan ini adalah tidak sah
perlantikan pewakilan yang dibuat oleh kanak-kanak yang belum mumayiz dan orang
gila kerana mereka tidak berakal. Berakal adalah salah satu syarat daripada beberapa
syarat kelayakan seseorang menjadi pewakil. Begitu juga tidak sah kanak-kanak yang
belum mumayyis melantik wakil untuk mengurus perkara yang ia sendiri tidak layak
mengurusnya. Semua perkara itu adalah yang membahayakan dirinya sendiri.
Bagaimanapun ia diharuskan melantik wakil bagi menguruskan perkara-perkara yang
mendatangkan manfaat sahaja.
3.4.2 Syarat wakil
Seterusnya seorang wakil ia hendaklah sudah berakal untuk membuat pilihan antara baik
dan buruk, rugi dan untung dalam perniagaan. Dengan itu orang gila dan kanak-kanak
yang belum mumayyiz tidak boleh dilantik wakil. Bagi Ulama Hanafi, kanak-kanak
yang sudah mumaiyyiz boleh dilantik menjadi wakil, sama ada mendapat izin atau tidak.
Syarat diatas dikenakan, kerana wakil menjalankan menjalankan tugas pewakil dari segi
pernyataan, ia hendaklah mempunyai kelayakan yang sama dengannya. Kelayakan
pernyataan adalah terdiri daripada akal dan mumayyiz. Ulama Maliki dan Hanbali
menggatakan bahawa melantik kanak-kanak menjadi wakil tidak sah kerana ia belum
mukallaf. Ini kerana ia belum mempunyai kelayakan mengurus diri sendiri, maka ia tidak
sah menjadi wakil.
3.4.3 Syarat wakilan
Wakilan hendaklah perkara yang diharuskan oleh syara. Wakilan juga hendaklah barang
yang dimiliki oleh pemilik tidak boleh diwakilkan kepada orang lain untuk mentadbirnya.
Wakilan hendaklah barang yang diketahui, untuk mengelakan kesamaran dan penipuan.
Syarat ini telah dibuat oleh Ulama Syafii. wakilan juga hendaklah bukan perkara
memohon hutang. Wakilan hendaklah perkara letak barang yang boleh diwakilkan
kepada seseorang iaitu semua urusan atau kendalian harta adalah boleh diwakilkan.
Dengan itu, urusan-urusan ibadah jasmani seperti sembahyang tidak boleh diwakilkan
3.5 Penamatan kontrak Wakalah
Kontrak wakalah akan berakhir melalui beberapa proses iaitu yang pertama pembatalan.
Kontrak al-Wakalah adalah kontrak Jaiz(boleh dibatalkan oleh kedua-dua pihak).
Maksudnya pewakil boleh membatalkan kontrak ini atau memecat wakil pada bila-bila
masa yang dikehendaki. Dalam masa yang sama wakil juga berhak membatalkan
perlantikan dan menarik diri daripada mengurus harta pewakil pada bila-bila masa. Ini
kerana mungkin wakil tidak berkesempatan untuk menjalankan urusan yang diwakilkan
kepadanya atau perlantikan tersebut tidak sesuai dengan kepentingannya. Jika wakil
diwajibkan kekal dengan kontrak ini sudah tentu ia akan membebankannnya. Kebenaran
untuk membatalkan kontrak ini memberikan kepada wakil yang diupah dan tidak diupah.
Atas dasar ini apabila pewakil memecat wakil, kontrak tersebut dianggap telah tamat.
Penamatan kontak yang kedua berlaku melalui salah satu pihak hilang kelayakan. Seperti
yang kita sedia maklum, pewakil dan wakil perlu memenuhi syarat-syarat tertentu
sebelum mereka dibenarkan berurusan. Jika salah satu daripada syarat tersebut tidak
dipenuhi, merreka dikira hilang kelayakan. Dengan ini kontrak wakil tersebut dikira
terbatal atau tamat. Ini kerana jika syarat ini tidak dipenuhi ketika kontrak dimulakan,
sudah tentu kontak tersebut tidak sah. Demikianlah juga jika syarat-syarat ini dilanggar
ketika kontrak ini berlansung. Contohnya salah satu pihak disahkan gila atau muflif.
Kontrak wakil juga tamat apabila salah satu pihak meninggal dunia, walaupun kematian
ini tidak diketahui pihak satu lagi. Ini kerana pewakil hilang kelayakan untuk memberi
kebenaran selepas meninggal dunia. Demikian juga dengan kematian wakil, wakil
kehilangan kelayakan untuk menguruskan harta.
Penamatan kontak yang ketiga berlaku apabila perkara yang diwakilkan selesai
dilaksanakan. Apabila wakil selesai menjalankan urusan seperti yang diizinkan dan
wakilnya oleh pewakil, kontrak tersebut dikira telah tamat. Contohnya pewakil
menyerahkan kepada wakil untuk menjual rumahnya lalu wakil berjaya menjualnya.
Maka perkara yang diwakilkan itu sudah tidak wujud dan tidak perlu diuruskan.



4.0 Wakalah dalam industri takaful
4.1 Pengenalan model Wakalah dalam industri takaful
Model Wakalah digunakan secara meluas diperingkat antarabangsa. Begitu juga di
Malaysia. Model ini digunakan oleh kebanyakan institusi takaful di Malaysia. Dalam
Islam juga menyatakan keharusan Wakalah dalam melaksanakan urusan seharian yang
tidak mampu dikendalikan sendiri. Firman Allah s.w.t.:
|e-o( t|. ev!-# e.v=t ,o.9-# -e |& -e\,_ |& e
e:tI(To |& ~e0 uu\o |~e=(0(=o( .e9u A(\.9--e/ 4
Maksudnya jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah keadaanya
atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan
dengan jujur.
Surah Al-Baqarah(2):282
4.2 Pengaplikasian Wakalah dalam takaful
Setiap syarikat takaful yang menggunakan prinsip Wakalah dalam pengendalian
operasinya mempunyai cara pengurusan yang tersendiri. Antara syarikat takaful yang
menggunakan model ini sebagai prinsip utama ialah Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
Takaful Ikhlas telah memilih sistem Wakalah dan al-tabarru sebagai model Islam dalam
membentuk asas operasi syarikat. Wakalah adalah satu bentuk perhubungan perwakilan
diantara Syarikat Takaful Ikhlas dan peserta-pesertanya(pencarum).
4.3 Model Wakalah
Konsep Wakalah pada dasarnya adalah perhubungan antara ejen-prinsipal yang mana
pengendali takaful bertindak sebagai ejen bagi pihak peserta takaful dalam menguruskan
dana para peserta takaful dan juga melaksanakan kegiatan pelaburan. Semua risiko akan
ditanggung oleh dana takaful dan apa jua lebihan yang terdapat dalam operasi takaful
adalah khusus untuk para peserta. Pengendali takaful tidak akan berkongsi secara lansung
dalam risiko yang ditanggung oleh dana atau lebihan serta kurangan daripada dana.
Sebaliknya pegendali takaful akan menerima bayaran/upah yang disebut sebagai
upah/bayaran Wakalah(Fi wakalah) bagi mernguruskan operasi bagi pihak peserta
biasanya berdasarkan kepada peratusan sumbangan yang dibayar. Namun upah
pengendali mungkin termasuk dalam kos pelaksanaan, dikenakan terhadap setiap lebihan
sebagai intensif untuk menguruskan dana takaful secara berkesan. Pelaburan daripada
dana juga berdasarkan kepada kontrak Wakalah dimana pengendali takaful akan
mengenakan caj perkhidmatan kepada para peserta sebagai upah atas perkhidmatan yang
diberikan.
4.4 Fi Wakalah
Di bawah model Wakalah, pengendali takaful hanya memperolehi bayaran untuk
perkhidmatan dan tidak berkongsi dalam sebarang hasil operasi takaful. Pengendali
mendapat ganti rugi melalui sejumlah kos disebut Fi Wakalah. Terdapat Fi Wakalah
dalam sumbangan dan Fi Wakalah dalam hasil pelaburan. Adapun Fi Wakalah di
smbagan adalah peratusan yang telah ditetapkan atau jumlah yang tetap daripada yuran
peserta. Manakala Fi Wakalah dalam hasil pelaburan atau pada risiko premium
merupakan peratusan tetap daripada nilai pelaburan yang terkumpul didalam akaun
peserta.
Upah atau bayaran ini boleh didapati dalam jumlah tetap atau berdasarkan kepada jumlah
lebihan atau keuntungan pelaburan megikut nisbah yang telah dipersetujui bersama
terlebih dahulu antara pegendali takaful dengan peserta. Ia juga merangkumi kos
pengurusan dana dan intensif Fi Prestasi. Fi Wakalah dibayar daripada dana takaful dan
kemudiannya disalurkan kepada dana pemegang saham untuk membayar kos pengurusan
dan komisyen kepada ejen.
4.5 Rangka model Wakalah
Aliran pengendalian produk jangka pendek model wakalah.









Model ini menerangkan peserta membayar caruman mengikut skim yang diambil.
Caruman tersebut dibahagi kepada dua iaitu Fi Wakalah(FW) dan Kumpulan Wang
Takaful Berkumpulan/Am(KWTBA). Pembahagian antara FW dengan KWTBA
berdasarkan nisbah dipersetujui terlebih dahulu antara peserta dengan pengendali takaful
seperti ditetapkan di bawah kontrak.
FW yang terdiri daripada komisen dan perbelajaan pengurusan akan dibayar kepada
kumpulan wang pemegang saham. Lebihan dalam KWTBA akan dilabur dan pendapatan
pelaburan akan dimasukkan balik dalam kumpulan wang. Pengendali takaful akan
menerima bahagian pendapatan pelaburan yang telah dipersetujui sebagai Fi Prestasi.
Lebihan pada akhir tahun setelah ditolak tuntutan, takaful semula dan rizab akan
diagihkan kepada pengendali takaful dan peserta berdasarkan nisbah yang telah
dipersetujui terlebih dahulu seperti ditetapkan di bawah kontrak. Pemegang saham akan
menggunakan FW untuk membiayai perbelanjaan pengendalian.






Aliran pengendalian produk jangka panjang model wakalah.












Model Wakalah diatas menerangkan tentang peserta akan membayar caruman mengikut
skim. Caruman tersebut dibahagikan kepada Fi Wakalah(FW), Akaun Peserta(AP) dan
Akaun Risiko Peserta(ARP) juga dikenali sebagai Akaun Khas Peserta. Pembahagian
antara EW, AP, dan ARP adalah berdasarkan nisbah yang dipersetujui terlebih dahulu
seperti ditetapkan dibawah kontrak.
FW terdiri daripada komisen dan perbelanjaan pengurusan akan dibayar kepada
pemegang saham. Kumpulan wang AP dan lebihan dalam ARP selepas ditolak
perbelanjaan pengendalian, akan ditolak dalam aset seperti Instrumen Islam Kerajaan,
Sekuriti hutang swasta secara Islam dan ekuiti, aset tetap dan wang tunai dan akuan
pelaburan.
Keuntungan pelaburan, sekiranya ada akan diagihkan antara pengendali takaful dengan
Kumpulan Wang Takaful Peserta dalam bentuk Fi Prestasi berdasarkan nisbah yang
dipersetujui terlebih dahulu antara pengendali takaful dengan peserta. Amaun dalam AP
akan dikumpul dan dibayar kepada peserta atas kematian, serahan atau matang.
Amaun dalam ARP akan digunakan untuk membayar tuntutan, takaful semula dan rizab.
Lebihan dalam ARP pada akhir tahun setelah ditolak tuntutan, takaful semula dan rizab
akan diagihkan kepada pengendalikan takaful dan peserta. Pengagihan lebihan
berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui terlebih dahulu yang ditetapkan dibawah
kontrak. Pemegang saham akan menggunakan FW untuk membiayai perbelanjaan
pengendalian.







4.6 Contoh pengaplikasian kontrak Wakalah dalam takaful
4.6.1 Syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.(TISB) dilantik menjadi wakil bagi pihak peserta. Peserta
membenarkan TISB menguruskan hal-ehwal dana(wang caruman) dan melaburkan
sumbangan yang dibuat oleh peserta. Sebagai balasannya, TISB berhak mengenakn yuran
wakalah, sebagai upah menguruskan perjalanan wang caruman tersebut. Ianya bertepatan
dengan tindakan Rasulullah SAW ketika baginda mengutuskan pegawainya dan
membenarkan pegawainya menerima bayaran zakat. Apabila pulang, mereka diupah
baginda.
Model wakalah dalam Takaful Iklas Sdn.Bhd.


Rajah diatas menunjukkan carta aliran Model Wakalah dan Tabarru di dalam Takaful
Ikhlas Sdn Bhd. syarikat Takaful Ikhlas menggunakn konsep wakalah bil-ujrah iaitu
wakalah dengan upah. Seseorang yang menyertai satu-satu skim perlindungan Takaful
yang disediakan dan melantik syarikat Takaful untuk mewakilinya dalam menguruskan
segala hal ehwal yang berkaitan dengan proses skim perlindungan takaful ini. Semua
skim perlindungan takaful mempunyai tempoh matang yang ditetapkan terlebih dahulu.
Maka peserta merupakan pewakil yang melantik syarikat takaful sebagai wakil bagi
menguruskan produk skim takaful yang dipilih olehnya. Seterusnya syarikat takaful dan
peserta akan melakukan akad dengan memeterai perjanjian yang telah diterangkan
dengan jelas tentang perjalanan skim perlindungan takaful berkenaan serta hak-hak dan
kewajipan-kewajipan kedua-dua belah pihak. Di atas prinsip itu juga peserta memberikan
kebenaran mutlak kepada syarikat untuk melantik wakil bagi pihak mereka, jika mereka
memerlukannya. Dengan akad wakalah ini, para peserta membenarkan syarikat untuk
mengambil upah atau komisyen yang ditolak dari sumbangan mereka.
Peserta dikehendaki membayar ansuran sumbangan skim perlindungan takaful mengikut
tempoh yang telah ditetapkan didalam akad. Sumbangan ini hendaklah tidak kurang
daripada jumlah minima yang telah ditetapkan oleh syarikat takaful. Bayaran sumbangan
ini boleh dibuat secara tahunan, setengah tahun, suku tahun dan bulanan.
Bagi tabung dana takaful keluarga, setiap kali peserta membuat bayaran ansuran
sumbangan syarikat takaful dan membahagikan bayaran ini kepada akaun pelaburan
peribadi(PIA) dan Akaun Pelaburan Risiko Peribadi(PRIA). Sebahagian besar dari
jumlah sumbangan akan dimasukkan kedalam akaun peserta untuk tujuan tabungan dan
pelaburan. Bakinya akan dimasukkan ke dalam akaun tabungan taauwuni(TAP) untuk
keperluan membayar manfaat takaful kepada manba-mana peserta-peserta yang lain
apabila ditimpa malapetaka dan bencana. Manakala baki daripada kedua-dua akaun ini,
akan dimasukkan ke dalam dana pelaburan. Syarikat takaful akan melaburkan kumpulan
wang ini dalam bentuk pelaburan yang halal mengikut hukum-hukum syarak. Apa-apa
keuntungan yang diperolehi dari usaha pelaburan yang dijalankan dan diuruskan oleh
syarikat takaful akan dibahagikan mengikut perjanjian mudharabah yang dipersetujui
antara syarikat dan peserta yang dinyatakan dalam perjanjian.











5.0 Kesimpulan
Sistem Wakalah adalah suatu asas penting dalam jaminan social Islam. Segala wakil-
mewakil dalam suatu perkara telah menjadi keistimewaan kepada masyarakat kini.
Seseorang yang bertindak sebagai wakil telah diberi kepercayaan sepenuhnya untuk
menguruskan sesuatu perkara yang dikehendaki. Dengan itu, setiap wakil perlu
mempunyai sifat jujur dan amanah terhadap tugas yang diberikan dan kepercayaan orang
ramai terhadapnya agar segala urusan yang dilakukan berjalan dengan baik dan
sempurna.
Al-Wakalah merupakan perlantikan seseorang melalui akad untuk mengambil tempat
orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu, atau pemberian
kuasa kepada seorang wakil untuk menguruskan dan menjaga sesuatu perkara. Ianya
menjadi konsep asas dalam kontrak di antara wakil dengan pengendali takaful yang
bertindak sebagai prinsipal. Dengan akad tersebut, maka peserta membenarkanpengendali
takaful untuk mengambil upah atau komisyen kepada wakil melalui sumbangan mereka.

Anda mungkin juga menyukai