Anda di halaman 1dari 27

PENDAHULUAN

Perkahwinan yang bahagia adalah cita-cita dan idaman setiap laki-laki dan wanita. Bagi mencapai cita-cita tersebut, Allah dan RasulNya telah menunjukkan jalan tentang kewajipan yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan dengan penuh kesedaran agar kehidupan rumahtangga rukun dan damai serta aman tenteram sampai ke anak cucu.Sebagai suami mahupun isteri mesti sedar bahawa perkahwinan yang terputus di tengah jalan adalah kerana ia tidak didasari atas mawaddah wa rahmah dan keberatan pasangan untuk menjalankan kewajipan dan tanggungjawab untuk hidup bersama dalam keadaan suka mahupun duka. Jadi untuk menuju kebahagiaan hidup suami isteri,tanggungjawab antara satu sama lain tidak seharusnya diabaikan

Dalil yang berkaitan tanggungjawab suami terhadap isteri adalah seperti berikut : Rasullah bersabda:

:
Maksudnya : Nabi Bersabda : Sesungguhnya termasuk golongan mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang baik budi pekertinya dan mereka yang lebih halus dalam mempergauli keluarganya (isteri, anak-anak dan para kerabatnya).

1) Memberikan Mas kahwin atau mahar kepada


isteri Mahar adalah harta yang wajib diberikan suami di waktu nikah.Mas kahwin juga boleh diberikan kepada isteri selepasnya Pemberian mas kahwin adalah wajib bagi suami tetapi ianya tidak menjadi rukun nikah.Jadi menjadi kewajipan suami membayar mahar kepada isterinya walaupun dengan sebentuk cincin besi, sebagaimana Sabda Nabi yang bermaksud: Sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah yang ringan mas kahwinnya.

2) Menyediakan Nafkah Zahir dan Batin


Suami perlu menyediakan nafkah zahir dan keperluan asasi seperti pendidikan, makan minum yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan, tempat tinggal dan kesihatan kepada isteri dan anak-anak. Pemberian nafkah lahiriah ini tidak termasuk barang mewah tetapi mengikut kemampuan suami. Firman Allah "Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik. (Al-Baqarah:233) Suami juga hendaklah memenuhi keperluan batin isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

3) Melayan Dengan Penuh Mesra,Lemah Lembut

Dan Memberi Kerjasama Terhadap Isteri


Suami haruslah memberi layanan yang baik dan mesra samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik. Tidak berkasar terhadap isteri dan anak-anak. Selaku ketua keluarga, suami lebih utama menonjolkan sikap kasih sayang dan prihatin. Kalau dalam sebuah institusi kecil rumahtangga, ketua keluarga tidak memberi kasih sayang, di mana pula anggota keluarga itu hendak mengadu. Jadi Suami perlu melayan isteri dengan penuh mesra dan sentiasa memberi kerjasama terhadap isteri dalam urusan rumahtangga, karier kerja dan anak-anak, Jangan dibebankan sepenuhnya kepada isteri tetapi perlu berkongsi dalam kehidupan rumahtangga.

4) Suami Pemimpin Kepada Isterinya


Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin isterinya.Nabi bersabda :

:
. Maksudnya: Nabi S.A.W bersabda: Takutlah kepada Allah di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan solat kepada isterinya dan yidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah kianat kepada Allah dan Rasulnya.

5) Suami Memberi Ilmu dan Pendidikan Agama Kepada Isteri


Ilmu dan Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan pasangan suami isteri bagi memperbaiki kekurangan diri. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isterinya. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan rumahtangga.Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.

6) Bergaul Dengan Baik Terhadap Isteri Suami seharusnya sedar bahawa gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh mengeratkan dan merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim. Suami juga perlu menjaga hati dan perasaan isteri daripada terguris kerana isteri memiliki perasaan yang sensitif dan mudah tersentuh. Allah berfirman :

:
Maksudnya : Allah Taala berfirman : Pergaulilah isteri-isterimu dengan baik.

7)Memberi perlindungan kepada Isteri


Suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada Isteri kerana dia amanah Allah. Hendaklah suami memastikan bahawa isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka. (at-Talaq :6) Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap suami.Suami juga bertanggungjawab sepenuhnya dalam memberi perlindungan kepada isteri dan mengelakkan diri dari menyiksa dan mendera isteri serta memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.

8) Memelihara Pandangan Terhadap Perempuan Lain


Suami tidak boleh memandang kepada wanita lain. Memandang di sini ada dua maksud iaitu memandang dengan matakasar secara lahiriah dan memandang dalam erti kata memberi perhatian atau memberi perasaan terhadap wanita lain. Di antara hikmah larangan ini ialah supaya hati suami tertumpah kepada isterinya sahaja. Sekaligus suami tidak membanding-bandingkan wajah isteri dan perangai isteri sendiri dengan wanita lain. Isteri itu adalah anugerah Tuhan yang sudah menjadi ketetapan semenjak azali lagi,

9)Suami Sentiasa Kasih Kepada Isteri


Suami dituntut supaya sentiasa mengasihi isteri. Dalam hidup seorang suami, isteri adalah orang yang amat berjasa. Jasa isteri itu mewajarkan seorang suami mengasihi isteri. Inilah satu bentuk mengenang jasa seorang isteri yang banyak berkorban untuk membina hubungan kasih sayang yang berkekalan dengan suami. Untuk memastikan bahwa suami sentiasa kasih dan dapat bersabar dengan karenah isteri, suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Suami hendaklah bersabar dengan keletah isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Jadi suami hendaklah melayan isteri dengan baik dan sentiasa kasih padanya.

Suami Sentiasa Kasih Kepada Isteri Memberi perlindungan kepada Isteri Suami Memberi Ilmu dan Pendidikan Agama Kepada Isteri Bergaul Dengan Baik Terhadap Isteri Memberikan Mas kahwin atau mahar kepada isteri

Memelihara Pandangan Terhadap Perempuan Lain

Tanggungjawab suami
Suami Pemimpin Kepada Isterinya
Melayan Dengan Penuh Mesra,Lemah Lembut Dan Memberi Kerjasama Terhadap Isteri Menyediakan Nafkah Zahir dan Batin

TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI


PENDAHULUAN Allah telah menciptakan wanita sebagai pendamping kepada lelaki atau suami yang telah diberi tanggungjawab untuk mentaati dan mematuhi kehendak suaminya. Seorang isteri yang mentaati dan berbakti kepada suaminya ,Allah Taala telah menjanjikan ganjaran pahala yang besar dan syurga untuknya selama mana ia sentiasa dalam keredhaan suaminya.Sebaliknya isteri yang mengingkari dan membantah suruhan suaminya akan mendapat laknat dari Allah, malaikat dan seluruh manusia.

Dalil berkaitan tanggungjawab isteri terhadap suami adalah seperti firman Allah dalam KitabNya yang suci .

TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI 1) Mentaati Dan Mematuhi Perintah Suami


Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW: Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim) Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah dan dia tidak berdosa.

2) Melayan Suami Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara keduaduanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh. (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah) Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya

3) Mengurus Rumahtangga Dan Harta Benda

Suami
Seorang isteri bertanggungjawab untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan hati suami. Di samping itu, isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazirkan wang pemberian suaminya. Isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri, tetapi perlulah ada kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, bagi mewujudkan sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan suami isteri.

4) Menenangkan dan Penghibur Hati Suami


Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh memintaminta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritikkritik bentuk hadiah itu.

5)Isteri Sebagai Pendorong Suami


Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.

6)Berhias dan berwangi-wangian untuk suami


Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas serta memakai wangian. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.

7) Menjaga Maruah dan Kehormatan Diri, Suami dan Keluarga


Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku

Berhias dan berwangiwangian untuk suami

Menjaga Maruah dan Kehormatan Diri, Suami dan Keluarga

Menenangkan dan Penghibur Hati Suami

Tanggungjawab isteri terhadap suami

Mengurus Rumahtangga Dan Harta Benda Suami

Melayan Suami

Mentaati Dan Mematuhi Perintah Suami

Pandangan Terhadap Perkahwinan Umat Islam Masa Kini


Pendahuluan Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab. Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh.

Tetapi perkahwinan yang dijalankan menurut sunnah nabi adalah sederhana da sekadar meraikan perkahwinan tersebut sahaja. Tidak seperti apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang bahawa urusan perkahwinan telah banyak menyimpang dari landasan sebenar sebagaimana yang digariskan oleh islam.

Dali

Dali

Sekian

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai