Anda di halaman 1dari 3

 

 Assalammualaikum wr wb
Bismillahir Rahmanir Rahim
 Alhamdulillah, nahmaduhu… 
 Allahumma Salli ‘Ala Muhammad… 

Qaala Rasulullah..
 An Nikahu…. 

Nikah itu adalah sunnah ku, barangsiapa yang tidak mengikuti


sunnah ku, bukanlah dia dari golongan ku.

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt dengan limpah dan rahmatNya,


kita akan meraikan pernikahan diantara:

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,


Pernikahan bukanlah sekadar memenuhi naluri fitrah semula jadi
manusia tetapi mempunyai tujuan yang lebih murni, iaitu untuk
melahirkan keluarga yang mencintai dan menghayati Islam dan
menjadikan Islam sebagai cara hidup. Perkahwinan akan membentuk
sifat-sifat terpuji seperti sabar, penyayang, berjimat cermat, sentiasa
merancang masa hadapan, menimbulkan semangat rajin berusaha,
hidup berdisplin, mengeratkan hubungan silatur rahim, menghindari
perbuatan zina dan pergaulan bebas, mampu menenangkan fikiran
dan dapat beribadat secara berjemaah.

Suami hendaklah memberikan nafakah dan perbelanjaan kepada


isteri dan anak-anak, termasuk menyediakan tempat perlindungan.
Suami juga hendaklah melayani isteri dengan penuh kasih sayang
dan lemah lembut, samada dalam tuturkata atau perbuatan kerana
isteri adalah manusia biasa, yang mempunyai, hak, perasaan dan
harga diri. Isteri adalah amanah Allah swt dan suami
dipertanggungjawabkan untuk menjaganya dengan penuh kasih
sayang.

Suami juga hendaklah memberikan bimbingan dan dorongan kepada


isteri supaya sentiasa mentaati Allah swt dan Rasulullah saw, kerana
kebahagiaan dan keberkatan rumahtangga bukanlah kerana harta,
tetapi juga bergantung kepada penghayatan agama. Sekiranya suami
 

kurang mampu membimbing isterinya kearah kesejahteraan dan


kesempurnaan beragama, dia hendaklah membenarkan dan
mengalakkan isterinya hadir dalam majlis-majlis ilmu.

Untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia, isteri sangat


berperanan dan mempunyai tanggungjawabnya yang tersendiri. Isteri
hendaklah hidup bersederhana, menjaga kesihatan dan
kecantikannya, berpakaian sopan, mengurus rumahtangga dan tidak
mengabaikan tanggungjawab kepada Allah dan RasulNya, menjaga
kehormatan diri dan suami, melayani suami dengan mesra dan
menghormati suami sebagai ketua keluarga. Suami isteri juga perlu
menyelesaikan masalah atau cabaran rumahatangga dengan penuh
hikmah dan bijaksana.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,


Selain usaha memenuhi tuntutan dan keperluan harian, perkara yang
paling penting dalam kehidupan kita adalah untuk beribadat kepada
 Allah, terutama dalam soal mendirikan solat 5 waktu. Orang yang
telah mengaku dirinya Islam, tidak boleh meninggalkan solat 5 waktu
dengan sengaja, kerana ia adalah perbuatan yang haram dan
berdosa besar. Didiklah hati kita untuk tunduk dan patuh kepada
perintah Allah dan kuatkanlah azam untuk meninggalkan apa yang
telah dilarang dan ditegahNya. Suami bertanggungjawab mengajak
isterinya untuk mendirikan solat, demikian juga sebaliknya, suami dan
isteri juga hendaklah memastikan anak-anak juga mendirikan solat 5
waktu dan menjunjung tinggi sunnah Rasulullah saw.

Demikianlah panduan ringkas mengenai kehidupan berkeluarga


seperti yang diajarkan oleh Rasulullah saw. Marilah kita bersama-
sama meningkatkan ilmu dan ibadat kita kepada Allah swt, berusaha
bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal dan baik, menjaga
kesihatan untuk membina keluarga bahagia dan membangunkan
masyarakat demi pembentukan negara yang makmur dengan limpah
rahmat dan pengampunan Allah swt.

 Aquulu qauli haaza…. 


 

 
Doa Selepas Akad Nikah
Ya Allah Ya Rahman
Jadikanlah permulaan hari ini dengan segala kebaikan bagi kami, di
pertengahan hari ini, segala kejayaan bagi kami dan di akhir hari ini,
segala keberkatan bagi kami. Dengan kebesaran, kemuliaan serta
rahmat Mu, kami mohon berkatilah Majlis ini bersempena dengan
pernikahan………. dengan ………. Semoga kehidupan mereka
berdua aman bahagia, sentiasa dalam pemeliharaan dan
perlindungan Mu.

Ya Allah Ya Rahim
Sematkanlah di dalam hati sanubari keduanya perasaan saling
mengerti, bertolak ansur dan berkasih sayang yang berkekalan.
Kurniakanlah mereka berdua taufiq dan hidayah serta keteguhan
Iman untuk terus melaksanakan amal-amal ibadat juga kerja-kerja
kebajikan yang mendatangkan manfaat kepada diri mereka, keluarga,
agama, masyarakat dan negara. Kurniakanlah keduanya anak-anak
yang soleh dan solehah yang dapat menjadi penawar, penenang dan
penghibur di dalam rumahtangga mereka. Limpahilah mereka Ya
 Allah dengan rezeki yang baik serta halal.

Ya Allah Ya Zal Jala li wal Ikram


Berkatilah pasangan ini dan jadikanlah perkongsian hidup keduanya
penuh kecintaan dan kehangatan sebagaimana yang dikurniakan
kepada Nabi Adam dan Hawa juga Nabi Muhammad saw bersama
isteri-isteri baginda. Kami juga bermohon agar hubungan yang terjalin
antara kedua keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai
berpanjangan, penuh harmoni dan berkekalan hingga akhir hayat.

Ya Allah Ya Aziz
Kami mohon perhimpunan ini di redai, dirahmati dan mendapat kasih
sayang Mu. Jadikanlah kami dan pemimpin kami hamba yang selalu
bersalawat kepada Baginda saw, menyayangi dan mencintai Baginda
dan jadikanlah kami hamba yang selalu ingat akan kebesaran Mu
dan sentiasa bersyukur di atas nikmat pemberian Mu.

Anda mungkin juga menyukai